Anuar Safian - Ku Li jangan anggap rakyat Kelantan Bodoh

Tuesday, February 2, 2010

Apa kah selama ini Ku Li ingat rakyat Kelantan bodoh dan apakah selama 32 tahun Ku Li yang telah menjadi ahli Parlimen selama 32 tahun tidak mempunyai ruang dan landasan untuk menerangkan kepada rakyat Kelantan atau kenapa selama itu juga beliau tidak pernah menuntut hak rotyalti sedangkan beliau adalah juga ahli Parlimen Gua Musang dan juga merupakan bekas Pengerusi Petronas.

Ku Li sudah boleh berhenti dan menutup lebaran politik nya kerana beliau kini tidak lagi akan mendapat kepercayaan dari ahli UMNO dan perbuatan beliau bersekongkol dengan Parti PAS ketika menganjur kan Program Ceramah Royalti Minyak amat memalukan ahli BN negeri Kelantan .

Rakyat Kelantan sudah mulai bosan dengan cara Tengku Razaleigh berpolitik malahan ramai yang menyifatkan Ku Li hanya mementingkan agenda sendiri dalam kerjaya politik beliau selama ini. Sememangnya bertepatan sekalai apabila perwakilan UMNO tidak memberikan beliau pencalonan untuk bertanding sebagai Presiden UMNO.

Rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

Sejurus itu Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan , sdr Anuar Safian menyifatkan perbuatan Ku Li itu sebagai negeri menyifatkan apa yang dilakukan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat sebagai tidak lebih daripada memperbodohkan rakyat Kelantan.

Sdr Anuar menyifatkan tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan program itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecil kan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Bagi Pemuda UMNO, royalti atau wang ihsan adalah sama sahaja. Apa yang penting, program dan perlaksanaan akan sampai kepada rakyat termiskin terbanyak yang boleh dibela dengan adanya bantuan lima peratus daripada Kerajaan Pusat ini.

“Bantuan ini nanti akan diagih secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini melalui lain-lain bantuan seperti KWAMP, tabung bantuan nelayan dan skim bantuan baja pertanian yang telus dan adil,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,”

0 comments:

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP