Budak upahan Khir Toyo yang hilang punca.

Saturday, January 30, 2010

Hishamuddin aka Yeop adalah Naib Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Yeop tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi kononnya dilihat sebagai orang 'grassroot' akar umbi UMNO. Oleh kerana Bahagian Putrajaya agak glamour kerana adalah merupakan pusat dan nadi kepada pentadbiran kerajaan , Putrajaya dilihat sebagai sebuah Bahagian yang glamour. Sebenarnya Putrajaya cuma mempunyai tidak lebih dari 40 cawangan .

Jika di bandingkan keahlian antara Putrajaya dengan tempat tempat lain seperti Cheras atau pun Bandar Tun Razak , keahlian Putrajaya adalah cepot sahaja. Tidak ramai yang berminat untuk menjadi ahli Putrajaya kerana Putrajaya hanyalah satu Bahagian di mana di penuhi oleh pejabat pentadbiran, Kemenangan Yeop di Putra jaya adalah kemenangan mudah sebab tidak benar benar ditandingi. Beliau adalah merupakan Naib Ketua kepada Datuk Hj Zaki Zahid ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang telah mengalahkan Tun Faizal dengan undi yang tipis sebanyak 5 undi sahaja, Beliau juga adalah ( EXCO PPUM) .

Ramai yang tahu Tun Faisal , Datuk Zaki adalah pelajar luar negara dan jika di bandingkan dengan Yeop yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan ramai juga yang tahu bahawa Datuk Zaki adalah kawan akrab Ini yang membuat Yeop merasa tertekan dan rendah diri apabila bersama sama mereka mereka ini.

Oleh kerana Yeop merasakan dirinya tidak boleh bersatu dengan kumpulan Pemuda di Putrajaya , beliau telah berpusing untuk mencari haluan dan semua orang tahu bahawa Yeop ini 'berkiblatkan' Dato Seri Khir Toyo sebagai guru politiknya , Yeop juga ditaja untuk bertanding di Putrajaya dan ditaja untuk bertanding Exco..Sewaktu pemilihan baru baru ini, selain dari menjadi jentera kanan pada DSKT (Khir Toyo) dia juga diarah untuk membelasah dan memfitnah KJ dalam lawatan beliau ke satu negara.. Tetapi Yeop silap perhitungan di mana semasa berkempen untuk dirinya sebagai Exco dan DSKT, dia terperangkap di Johor di mana perwakilan selatan meminta Yeop menyanyi lagu UMNO dan Pemuda UMNO. Yeop begitu terkejut dengan permintaan berkenaan kerana sememangnya Yeop tidak tahu menyanyikan lagu UMNO dan Pemuda.. Yeop tetap menyanyikan lagu berkenaan dan apa yang terjadi , perwakilan di Johor pecah perut dengar lagu yang Yeop nyanyi kan , lintang pukang jadinya lagu UMNO dan Pemuda UMNO.

Ada yang menyindir Yeop , weil kalau nak fitnah atau hentam orang ukurlah baju di badan sendiri, Lagu UMNO dan Pemuda pun tak lancar, Namun dalam pada itu Yeop juga kelihatan hebat kerana apabila sampaikan salam dari DSKT dia akan menghulur kan kain samping UMNO pada perwakilan sambil menyampai kan 'salam dari DSKT. . Yang peliknya, selepas Khir kalah, Yeop akur dgn keputusan dan menjadi rakan baik KJ dan peristiwa yang terjadi tempoh hari di mesyuarat Exco memusykilkan sebab macam mana blog MYKMU dan Barking Magpie dapat info secara langsung dan tidak tepat.Semua orang tahu siapa yang biayai MYKMU, Tak payah lah kita cerita.

Yang bestnya untuk mengelakkan dari perasan bahawa tulisan itu dari krew MYKMU , maka tulisannya juga agak lintang pukang dengan ejaan yang ketara lintang pukang, Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah MYKMU kerana mereka adalah Pro dalam bidang penulisan dan ejaan , Tidak mungkin silap ejaan , Bukan sedikit , banyak pula .Mereka juga takut takut berani mahu laporkan berita ini kerana ramai yang tahu Yeop ini memang budak belaan Khir Toyo masa pemilihan UMNO dulu dan tukang sampaikan kain samping. Siapa tak tahu kain samping mahal dari DSKT. Yang melaporkan pula secara tidak jujur adalah MYKMU yang di bayar oleh Khir Toyo sepenuhnya.MYKMU menggambarkan seolah olah mesyuarat semalam kecoh sangat , kesian..... sebenarnya bukanlah kecoh mana sangat , oleh kerana mahu membakar semangat pemuda ianya di gambarkan sebegitu buruk sekali. Mujur Naib Pemuda UMNO memberikan gambaran yang lebih tepat. Malahan katanya , ini adalah isu dalaman dan tidak ada gerakan yang membuat teguran yang melampau kepada pemimpin atasan ketika berjumpa dengan Kelab UMNO Korea.

Seharusnya Yeop sepatutnya membuat teguran kepada ustaz Syahrin Jamaluddin Tebrau yang tidak pernah datang mesyuarat dan buat program, Mengapa Hishamuddin tidak mahu menegur ini!!!

Tentu ada orang yang masih berdendam dengan KJ cuba berpolitik, baling batu dan sorokkan tangan, Jangan sampai kami potong tangan nanti.

3 comments:

Wenger J. Khairy said...

Potong je. kah kah
Great story sir

Anonymous said...

Yeop mmg perasuah Khir Joyo...rumah mahligai duit selangor...

Anonymous said...

xpandai politik pun.........dulu susun fail je dkt bernama..knp lah pemuda putrajaya ambik juga jdi nkp

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP