Khairy tonjol kematangan
Tuesday, January 19, 2010
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia berhubung kaedah penyelesaian kemelut penggunaan kalimah Allah menampilkan kepimpinan berhikmah dan matang. Yang paling mengejutkan beberapa pihak, Khairy dengan penuh selesa dan yakin telah berkata “saya amat bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir agar isu penggunaan kalimah Allah ini diselesaikan di luar proses undang-undang mahkamah” – seperti dilaporkan oleh Utusan dan Berita Harian. Apatah lagi, baru semalam dilaporkan Khairy dan Datuk Mukhriz Mahathir sama-sama berjumpa untuk melawat tokoh silat Datuk Omardin Mauju di Institut Jantung Negara.
Setelah pelbagai spekulasi mengenai hubungan Khairy dan Tun Mahathir serta Datuk Mukhriz, ternyata hakikatnya Khairy tidak mempunyai masalah peribadi dengan kedua-dua pemimpin ini, dan sedia menyokong apa-apa kenyataan, cadangan atau pendekatan mereka berdasarkan merit hujah dan kesesuaiannya.
Dialog dan perbincangan di luar mahkamah memang menjadi pilihan Tun Mahathir dan Khairy kerana penyelesaian di dalam mahkamah hanya akan membawa perasaan marah dan benci dari satu pihak, lantas terus membahayakan keamanan negara.
Sememangnya Pemuda di bawah kepimpinan Khairy membawa satu pendekatan baru yang mahu menempatkan Pemuda bukan sekadar pendesak tetapi pemudah cara serta pergerakan yang memberi cadangan bijaksana sejajar dengan pembaharuan senario politik tanahair. Dan yang lebih penting lagi, sudah tiba masanya Pemuda bersatu – jika tuan punya badan pun sudah tiada perperangan, berhentilah wahai ejen, macai dan penyokong. Bersatulah Pemuda. Bersatulah UMNO.
2 comments:
Alhamdullillah!!!...inilah yang sebaik2nya...islam menuntut semua umatnya saling hormati menghormati...yg tua anggap lah yg lebeh muda itu anak dan yg muda pulak anggaplaplah yg tua itu bapak...tidak salah bapak menegur anak demi kebaikan...begitu juga anak jgn terus tidak menerima pakai teguran si bapak...apa tah lagi diantara kj dgn TUN Mahadhir,kedua2 mereka mempunyai aura tersendiri sebagai pemimpin....saya secara peribadi dgn sepenuh jiwa menyokong serta memberi keyakinan yg tinggi diatas ketokohan KJ sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia yg dapat menarik ramai anak muda dalam memertabadkan bangsa dan agama...tapi sebagai manusia biasa KJ juga mempunyai kelebihan dan kekurangan....samalah kita memberi sokongan yg padu kpd KJ dalam memperjuangkan hala tuju anak bangsa kita kearah kejayaan serta keterbukaan minda....harap2 KJ tidak mengecewakan harapan bangsa utk menjulang nama negara yang kita cintai ini.... kak sharifah said
Hai bodohnya posting
Post a Comment