Politik jahat cuba lagakan Khairy dengan PM

Wednesday, January 13, 2010

UMNO dan BN boleh lah lupakan untuk memerintah dan menawan kembali negeri yang telah terlepas dari tangan UMNO jika sikap sebahagian Ahli dan pemimpin UMNO masih belum berubah dengan sikap dengki khianat sesama sendiri. Just say Go to hell dengan UMNO dan BN. Pemimpin macam haprak, yang dah pencen masih mahu berkuasa dan yang kalah pemilihan masih tidak puas hati kerana kalah.

Jika sifat dengki dan cantas mencantas dari dalaman UMNO sendiri tidak berakhir maka UMNO akan berakhir dan terkubur dan kemungkinan besar UMNO akan tinggal sejarah saja lagi selepas PRU 13. Ada pihak sekarang cuba untuk menjatuhkan dan melagakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah menang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO secara sah. Ada pihak kini cuba menghubungi kait Khairy Jamaluddin dengan Raja Petra dan Kalimullah dan juga Anwar Ibrahim.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Raja Petra (RPK) yang banyak menulis untuk menjatuhkan Khairy Jamaluddin terutama dalam penulisan bersiri beliau, Khairy Jamaluddin Chronicles yang benar benar mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Raja Petra adalah di antara bloggers yang tidak suka dan bencikan Khairy Jamaluddin dan sebolihnya boleh mahu melihat kejatuhan Khairy Jamaluddin dalam kerjaya politik nya. Bagaimana pula Khairy di katakan mempunyai hubung kait dengan RPK. Agak agak lah jika mahu menuduh.

Mereka kini mungkin mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan KJ. Siapa di belakang agenda tersebut, ini kita biarkan rakan rakan lain yang mengulas. Yang pastinya pergabungan mereka menulis pasal Khairy dengan cerita setengah masak mereka sebenarnya berniat jahat dan bermotifkan politik.

Tuduhan Khairy bersekongkol dengan Anwar Ibrahim adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab dan merupakan satu fitnah yang amat besar sekali dosanya. Jika Khairy mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, Khairy tentunya telah menyertai PKR apabila dia mula pulang ke negara. Khairy dan sekumpulan pelajar diluar negara yang banyak pendedahan telah dibawa pulang oleh kerajaan ke tanah air ialah Menteri BN bukan PKR.

Ada lah tidak patutlah blog blog yang mengelarkan mereka pro kepada Mukhriz cuba melaga lagakan KJ dengan PM kerana PM bukan lah seseorang yang tidak boleh berfikir. PM tahu apa yang dilihat dan dilakukannya. Jika tidak tentu sekali PM tidak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda.

3 comments:

Faizal Ahmadi said...

Kenapa sampai jadi macam tu sepatutnya kita orang UMNO kena bersatu dan merapatkan barisan bagi merampas balik kawasan yang ditawan oleh pakatan pembangkang

Sepatutnya budaya cantas mencantas ini dihentikan kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi nanti

MK IV said...

jemputan program dialog bersama pemimpin,
sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

Anonymous said...

Bila puak pakatan rakyat bertelingkah mereka bertelingkah cara terbuka. Mereka selesai cara terbuka. Mereka juga terpaksa berdepan dengan pukulan media perdana. Puak BN atau umno pula segera buat ulasan mereka berpecah.

Nampaknya umno sebenarnya semakin berpecah. Umo tak punya pakar-pakar propganda yang sehebat zaman dulu. Malu sangat jika umno bergantung pada budak Ezam atau bloggers yang jelas tidak setanding dengan blogger PR yang otai malahan ramai yang pakar dalam propaganda.

Jika Khairy berlaga dengan PM, apa masalahnya? Berlaga pemikiran, bukan berlaga keris bukan berbunuh atau bertumbuk. Tak boleh ke bercanggah pendapat? Bila nak matang kalo percanggahan/percambahan mindapun dilarang? Budak umno semua buta sejarah. Syed Jaafar Albar pernah berlaga dengan PM, Dato' Harun biasa , Suhaimi Kamaruddin biasa. Wei budak, budak hingusan, pemuda mendepani zaman. Faham ka?

Kalu semua tak buleh, semua kena angguk susahlah. INi zaman edan, zaman gegar, zaman tsunami. Kalau tak boleh berbeza pendapat lebih baik ambil peluang dan masa yang ada untuk kumpul apa yang boleh sementara umno berkubur.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP