Lim Guan Eng Bacul
Wednesday, February 24, 2010
Bukti LGE hantar pencacai debat... sebaliknya beliau menikus, bacul tak berani berdebat dengan Pemuda Umno Pulau Pinang!
Oleh : Jebat
Syabas kepada Pemuda Penang kerana menolak jemputan debat tersebut, Kalau nak debat dengan budak suruhan saja nak buat apa? Setakat hantar balaci baik tak payah, tetapi jika Lim Guan Eng (LGE) berdebat dengan Pemuda Umno baru betul. Disahkan yang menghantar surat tersebut bukannya orang penang tetapi orang serawak! Lagi mau debat ka?
Sehinggakan sambutan Maulidur Rasul pun boleh di batalkan. Sedarlah saudara Islam , jangan biarkan LGE memperbudak-budakkan anda.
Kalau LGE berani sahutlah cabaran Pemuda Umno, kalau dia kalah bubarkan Dun di Pulau Pinang! Ada berani ka? Banyak isu-isu yang LGE belum jawab dan tunaikan manifesto pilihanraya walaupun hampir dua tahum memerentah pulau pinang.
Bekas Banduan memang tak layak jadi pemimpin!
Yang ini pula cerita seorang pengecut yang menuduh orang lain pengecut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh si ketua pengecut ini cukup mengelikan hati, kata blogger pisau hahaha.
Tahukah anda si gemuk pendek ini cukup penakut, jika ada tunjuk perasaan dialah yang berdiri paling belakang,jika dikejar FRU beliau lah yang paling dulu melarikan diri,nak dikatakan terkena air gatal bau gas pemedih mata pun tidak pernah.
Peristiwa di Melaka masih kuat menjadi ingatan dikalangan blogger apabila sipendek ini ketakutan apabila dikepung Pemuda Umno hingga terkencing didalam seluar,peristiwa itulah menjadi titik tolak pemakaian lampin dewasa jika beliau keluar kemana mana.
3 comments:
Pemuda UMNO biadap koyak surat jemputan
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Inilah Doa Lim Kit Siang Untuk Umno...!!
Saban hari tak kira siang dan malam,pimpinan UBN akan memberikan buah "Racun"kepada orang melayu di Perak agar bersatu memenangkan UBN.demi untuk memastikan MB Perak kekal diterajui orang melayu Umno.
Cerita "Fitnah" yang sudah menjadi sinonim dengan Zambry and the gang meracun pemikiran orang melayu Perak bahawa Pimpinan DAP Pusat sedang merancang mengambil calon melayu untuk bertanding atas tiket DAP pada pilihanraya ke-13 nanti.
Perancangan ini dilakukan semata-mata bagi memastikan hanya calon DAP yang akan menjadi MB Perak sekirannya PR menang nanti,kerana DAP mempunyai kerusi DUN lebih banyak daripada parti kompenen dalam PR.
Inilah "Buah racun" yang sedang dan akan terus disajikan oleh UMNO bagi memastikan kerja jahat mereka akan terus dimakan dan ditelan oleh orang melayu semata-mata ingin kekal menerajui negeri Perak dimasa akan datang.
Tetapi malang untuk Umno...Semasa sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Pusat Khidmat Taman Caning di Ipoh ahad lalu yang dihadiri oleh Pengerusi DAP YB Lim Kit Siang,Hj Nizar dan speaker Sivakumar telah dapat menjawab segala tomahan dan fitnah yang dijaja oleh puak UBN.
Kenyataan YB Lim Kit Siang bahawa dia sentiasa berdoa kepada tuhan agar Datuk Seri Nizar kembali menjadi MB pada PRU ke-13 nanti sekiranya PR menang dan V.Sivakumar kekal menjadi speaker Dewan Negeri Perak.Kenyataan ini sekali gus telah menutup segala fitnah dan racun yang selama ini dimainkan oleh pimpinan Umno semata-mata mereka sangat kebuloq akan jawatan MB Perak.
Bai : Kalau Ambil Kerajaan Cara Jahat...Sudah pasti kerja
buatnya pun cara Jahatt..
Pemuda Umno Cari Publisiti Murahan dan Pengecutt...
Tindakan Umno Pulau Pinang yang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu kepentingan orang Melayu sedangkan menolak cabaran Pemuda Pakatan Rakyat, adalah helah orang pengecut.
Umno negeri itu dilihat berdolak dalik dan cuba lari dari cabaran sebenar kerana tidak berani berdepan dengan realiti dan fakta dengan berselindung melalui cabaran terhadap Guan Eng.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran yang diuar-uarkan dalam media.
”Pada saya, itu satu helah politik Umno untuk lari daripada berhadapan dengan isu sebenar dan mengelak dari debat ini dilakukan untuk mencari kebenaran.
"Yang menganjur dan mengajak berdebat datang dari Pemuda Pakatan Rakyat kepada Pemuda Umno, tapi mereka ingin melarikan diri dengan mencabar Lim Guan Eng pula,” katanya.
Sekreteriat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini melontar cabaran kepada Pemuda Umno untuk berdebat isu ’Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ pada 7 Mac depan di Ekspo Seberang Jaya
Shamsul berkata, Umno sebenarnya tidak berminat mencari kebenaran dalam isu kepentingan Melayu Pulau Pinang sebaliknya bermain politik dengan memberi alasan remeh.
Sebelum ini, katanya, Umno Pulau Pinang lantang membangkitkan pelbagal isu Melayu dan mengecam pentadbiran Guan Eng tetapi mereka membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan statistik dan fakta sebenar.
”Kalau mereka tidak berani berdebat, terbukti mereka ini pengecut dan mencari publisiti murahan untuk mendapatkan populariti. Apakah tiada bijak pandai dalam Pemuda Umno untuk berdepan Pemuda PR?" katanya.
Post a Comment