Pemuda sudah buat kerja, MT tua buat apa?
Wednesday, March 30, 2011
Malah PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui model baru politik BN bukan sahaja memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan. Mengambil contoh apa yang diusahakan oleh Pemuda BN menerusi Karnival Kerjaya 2011 yang terbesar pernah diadakan di negara ini. Ianya menunjukkan permasalahan golongan muda dalam soal pekerjaan telah diambil kira.
Tidak dinafikan Politik kita hari ini diasak untuk merealisasikan transformasi politik, mendahului rakyat oleh itu MT2 BN perlu melakukan perubahan drastik ... bekerja bukannya menyalak! Masyarakat kini memandang kepada Umno dan mahu tahu bentuk perubahan dan transformasi yang bakal dilakukannya dan jika keadaan dan sikap anggota MT tua masih sama seperti dahulu, keyakinan mereka akan terhakis.
Selain dari Datuk Sri Najib dan sebahagian dari MT yang lain yang rajin bekerja, MT2 tua seperti Pasir Salak perlu melakukan perubahan menghampiri rakyat, membasmi kemiskinan minda, punyai kekuatan dalam mengubah perjuangan rakyat. Politik baru perlu seiringan dengan nada mendahului rakyat, bukanya terpekik pekik, habuk pun tarak.
Terjemahan Model Politik Baru, jelas di persembahkan oleh Khairy melalui kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional yang lalu, ia benar benar menyelami masalah dan keperluan anak muda Pemuda seharusnya berterima kasih dan berbangga dengan apa yang di usahakan BN Youth Job Fair demi menolong anak bangsa.
0 comments:
Post a Comment