Kerana Mukhriz dan Muhyiddin Tun Tikam Ali Rustam

Saturday, March 21, 2009

Semacam saja bunyi Tun mengecam Ali Rustam dan Mohd Taib lantas menyokong Muhyiddin Yassin. Tun dan rangkaian nya 3 M (Mahathir , Mukhriz , Muhyiddin ) meluahkan rasa tidak senang hati kepada Mohd Taib dan Ali Rustam kerana mereka adalah saingan kepada 3 M.

Tun seboleh -boleh mahukan Muhyiddin menang dalam pemilihan UMNO ini dan seboleh-bolehnya mahukan Mukhriz menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Ahli UMNO kini mungkin sudah jelas dengan apa yang sedang berlaku kini, Muhyiddin nafi ada konspirasi , Mukhriz tidak ada berkata apa-apa terpaksa tarik break dan mahu jadi gentelman dan mahu menang berhemah pula. Kenapa . Tikaman dari belakang tidak tembus kot……….

Tun tak boleh paksa perwakilan, biar mereka buat pilihan mereka sendiri.

Bukan menuduh konspirasi 3 M , cuma mahu mengajak ahli UMNO memikirkan saja apa yang sedang berlaku,. kita tak ada bukti yang kuat tapi sudah cukup menyakinkan kita , itu hak kita untuk membuat andaian. hak ahli dan hak rakyat untuk membuat andaian, Senjata 3 M kini makan diri sehingga memaksa Tun tidaj henti bercakap. Cakaplah apa saja, Ahli UMNO sudah bosan.

Untuk pembelaan dan suara Ahli serta simpati kepada Ali Rustam , perwakilan diminta memberikan undi protes dengan memberikan undi kepada Mohd Taib dan juga Khairy Jamaluddin. Nampak pertarungan Timbalan Presiden bertambah sukar apabila Muhyiddin terpaksa bertarung , satu lawan satu.

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

“Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung. “Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.
Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sokong Muhyiddin

“Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.

“Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya,” katanya.

Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.

“Pilihan saya Muhyiddin,” kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat “tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya”.

Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

“Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?” katanya.

3 comments:

Unknown said...

Dato Panglima Tun Ali dihukum bunuh.

Sejarah berulang kembali. Dalam merebut dan mengejar pangkat dan kuasa, macam-macam cara dan muslihat digunakan. Tetapi yang amat kita kesalkan bila cara yang kotor digunakan dalam perlumbaan merebut kuasa ini.
Kerana dengki dan iri dengan kuasa dan pangkat yang dianugerah Raja kepada Mamak Bendahara Tun Mutahir (Bukan Tun Mahathir), maka musuh-musuh politiknya telah merencana untuk menjatuhkan beliau.
Pesaing-pesaing yang mengidam kuasa dan pangkat Bendahara ini telah menjalankan hasutan dan tomah. Akhirnya termakanlah Raja akan hasutan mereka itu, hingga Mamak Bendara dicop sebagai penderhaka.
Mamak Bendahara Tun Mutahir telah disingkirkan dengan cara yang amat menyedihkan. Bukan setakat itu saja, Dato Panglima Tun Ali, orang yang rapat dengan Tun Mutahir pun turut disingkirkan.

Anonymous said...

HAHAHH.....lagi seminggu lu ngan Khairy Berok Mengah boleh gi bercuti kat bali.....release tension....DASAR BARUA BANGSAT !!!

Anonymous said...

Allo samdol!!! ko boleh cite aper jer tapi ko ni jenis BINATANG BACUL!!! Cakap meluap2 satu sen haram tak guna....

Ko dengan suku sakat Khairy beruk itam dan yg lelain tu leh g jahanam...

Fakta!!!! Tak 1 anjing cam ko pun yg boleh buktikan aper2 atas TUN...DOK MENYALAK 24 jam... Elok korang2 ni telan pil tidur bebanyak dan toksah bangun2 lagi bagus.

Korang ni semua virus/parasit yag memakan tuan

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP