Tuah & Sial Yahaya Ismail
Monday, March 23, 2009
Oleh Zainal Yusof
KETIKA membaca berita dalam akhbar harian, 23 Mac 2009, mengenai tindakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya melalui sebuah buku tulisan Yahaya Ismail, terdetik di hati saya – begitu besar cabaran yang dihadapi anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini.
Malahan, pendedahan Khairy Jamaluddin yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda bahawa dia didatangi penulis itu untuk meminta RM100,000 supaya buku tersebut tidak diedarkan, bukanlah cerita baru kepada dunia penulisan politik.
Di Malaysia, nama-nama penulis ‘berkarat’ ini memang sudah cukup tersohor dengan ugut-mengugut dan ‘pow mengepow’.
Inilah kerja mereka. Inilah yang menyebabkan mereka hidup tidak pernah aman, tidak pernah tenteram dan tidak pernah bahagia.
Kalau sesiapa tahu siapa Yahaya Ismail sebenarnya, mereka tidak akan sudi mendekatinya. Kalau bercakap, dialah penulis yang penuh idealisme dan penuh dengan prinsip. Tetapi hakikatnya, tiada seorang pun orang politik yang kisahnya pernah disentuh Yahaya terselamat dari dikerjakan Yahaya.
Inilah kehidupan Yahaya, dari seorang kaki betina, menyamar menjadi jurugambar untuk modeling, berbangga dengan gelaran Haji, sebenarnya hidupnya penuh dengan kepura-puraan.
Suatu ketika, dia menyokong Tengku Razaleigh Hamzah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46. Kawan-kawan dalam S 46 tahu sangat siapa Yahaya. Cubalah bertanya dengan Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Mas Kelantan, siapa Yahaya Ismail ini.
Orang-orang Pas cuba-cuba juga mendekati dan mendampingi Yahaya. Kononnya, kalau Yahaya rajin menulis dan memfitnah pemimpin-pemimpin Umno, yang untungnya Pas. Tetapi Yahaya tidak berminat dengan Pas kerana Yahaya tidak berani ‘pow’ orang Pas sebagaimana dia berani ‘pow’ pemimpin Umno.
Pertama-tama, saya amat-amat mengkagumi ketegasan Saudara Khairy Jamaluddin dalam bab ini. Sebagai seorang pemimpin muda yang berkarisme, Khairy Jamaluddin sebenarnya tidak memerlukan musang-musang seperti Yahaya ini dalam dunia penulisan politik tanahair.
Trend menulis dan mengugut ini adalah trend lama. Yahaya tersilap orang bila dia merangkak ke pejabat Saudara Khairy Jamaluddin nak minta duit pada 17 Februari 2009 yang lalu, kerana dia ingat Saudara Khairy Jamaluddin sama dengan orang-orang politik yang pernah dia ‘pow’ sebelum ini.
Yahaya, penulis kaki betina ini sebenarnya sudah lama melakukan kerja-kerja seperti ini. Kalau sesiapa yang sempat kenal dengan Yahaya susah nak tahu kisah kehidupannya di belakang tabir (sebenarnya di belakang langsir) kerana dia bercakap seolah-olah dia seorang sahaja yang akan masuk syurga kerana kejujuran dan keikhlasannya. Hakikat sebenarnya, inilah penulis yang sepatutnya dilaknat kerana cari makan mengisi temboloknya dan keluarganya dengan kerja jijik dan mengotorkan.
Yahaya sudah lama hidup dengan memfitnah pemimpin politik. Biasanya pemimpin yang difitnahnya, akan membayar kepadanya puluhan ribu ringgit. Maka, dia menyangkakan, Khairy Jamaluddin juga begitu. Tetapi, nyata dia silap. Silap besar dia kerana dia nak samakan Khairy Jamaluddin dengan mereka yang pernah dia pow sebelum ini.
Taktik Yahaya, dia akan ‘pow’ seseorang itu sekali sahaja. Sebab, dia pandai menipu. Kalau dia berjanji nak cetak buku 20,000 naskhah, dia akan cetak 2,000 sahaja. Bila buku tidak berada di pasaran, dia akan menipu, mengatakan kononnya buku itu ‘sold out’ kerana terlalu popular.
Padahal, duit upah cetak bagi buku 20,000 naskhah ditelannya seorang dan dibelikan kereta untuk anak-anak dan keluarganya.
Alhamdulilah, Umno mempunyai seorang tokoh muda yang mesti diberikan perhatian dan sokongan apabila beliau hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Ini kerana, dalam era ini sudah terlalu sukar untuk kita jumpa seorang anak muda yang petah percakapannya, tinggi semangatnya, bertenaga, berpendidikan dan berani berdepan dengan sesiapa sahaja, khususnya pembangkang.
Orang dewasa memang gentar dengan Khairy Jamaluddin kerana mereka merasakan Khairy Jamaluddin ini bukan seseorang yang ‘mudah diperkotak-katikan’. Namun, Pemuda Umno memerlukan Saudara Khairy Jamaluddin kerana ketokohan dan kebolehannya.
Sayanglah kalau Pemuda Umno tersalah pilih. Rugilah Pemuda Umno jika mereka tersilap perhitungan kerana peluang memilih ketua ini tidak dating selalu. Jika tersilap, Pemuda Umno akan kerugian dan Pergerakan Pemuda Umno akan kehilangan ‘sebutir mutiara’ yang cuba disekat, difitnah, dihalang dan diburuk-burukkan’ daripada dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Jika Pemuda Umno melihat kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno sudah baik, terimalah Saudara Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai pengganti Hishammuddin kerana mustahil Hishammuddin boleh tenang menerajui Pergerakan Pemuda selama ini dengan KJ menjadi Naibnya, jika KJ tidak mempunyai kemampuan dan kebolehan.
Sifir paling mudah, jika Hishammuddin boleh menerima KJ, kenapa Pemuda Umno dari seluruh Malaysia tidak boleh menyokong dan mengundi KJ? Pemuda selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin sebenarnya patut diteruskan oleh KJ.
Malang sungguh Pergerakan Pemuda jika mereka tidak dapat membuat pertimbangan dan penilaian kerana sentimen dan persepsi.
Malanglah kalau pemikiran Pemuda dirosakkan oleh fitnah dan tohmah yang dilemparkan oleh orang-orang seperti pemain acilut, bernama Yahaya Ismail. Jika Yahaya diupah oleh saingan KJ dalam pertandingan ini, tolaklah saingan KJ itu kerana mereka sebenarnya ‘penyebar fitnah’ yang dosanya lebih besar dari dosa membunuh.
Ingat pesan KJ dalam satu wawancara dalam media arus perdana baru-baru ini, janganlah rosakkan kawan-kawan hanya kerana mahu bertanding dan mengejar kemenangan.
Di sinilah sebenarnya ketepatan slogan yang KJ perkenalkan iaitu SETIAKAWAN dalam Pergerakan Pemuda dan merakyatkan Pemuda Umno dari menjadi ‘pasukan elit’ kepada pasukan yang akan masuk ke kampong dan mendekati rakyat di bawah.
Tolak fitnah, tolak Yahaya dan tolak mereka yang tidak mempunyai asas kepimpinan Pemuda sepertimana KJ yang empat tahun sebagai Exco Pemuda, empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda dan beliaulah satu-satunya Ketua Pemuda Umno Bahagian yang menawarkan diri menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Asasnya kukuh dan Umno memang memerlukan seorang Ketua Pemuda Bahagian untuk diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Jangan terejut jika dalam sehari dua ini akan terbit pula buku ‘antara tuah dan sial Yahaya Ismail’.
Sila baca:
Pak Ya tak tahu beza ugut dan rundingan
8 comments:
Tak payah dia tulis, RAMAI YANG MEMANG MELUAT DENGAN BERUK ITAM KHAIRY NIH.
Korang suker le pasal korang pun dari keturunan beruk. Cam ko mungkin glamor sikit ler pasal org panggil ko cimpanzi
Setakat guna mak bapak nak naik bole g mampos ler!!!
Raksasa BN..pemimpin yang benar benar pemimpin adalah pemimpin yang telah diuji..nampaknya saudara KJ telah diuji dari pelbagai sudut dan tahniah beliau tidak melatah malah terus berjuang untuk memperkasakan pemuda UMNO..mudah mudahan kalau ikhlas saudara KJ berjuang pasti kemenangan akan menyebelahinya..sama sama kita nantikan..perwakilan pemuda akan menterjemahkan apakah mahu mereka 8 jam dari sekarang..BERANI BERUBAH sekalipun janganlah putuskan semangat SETIAKAWAN
SAYA cukup hairan, dalam dunia ini masih ada yang menggunakan perkataan beruk itam dan sebagainya. Adakah KJ minta dia dilahirkan ke dunia dengan kulit hitam? Atau penulis yang menulis marah-marah KJ ini terlalu putih kulitnya? Guna mak bapa untuk naik, dikatakan salah. Kenapa anak-anak Karpal Singh dan anak-anak Kit Siang tidak menjadi kemarahan penulis tersebut? Adakah dia bersaudara dengan Gobind Deo anak Karpal Singh atau dia saudara sepupu dengan Guan Eng anak Kit Siang? Pelik kadang-kadang hidup di dunia ini. Kalau KJ naik, salah, tetapi kalau anak-anak dan menantu orang lain naik, tak apa pula. Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dipilih bertanding di Lembah Pantai, tidak menjadi kecaman walaupun dia bukan ada pegang apa-apa jawatan dalam PKR. Saudara-saudara sekelian, buka mata, dengarlah sama hujah orang lain. Saudara-saudara sekalian, lapangkan dada, jangan kerana sayangkan Yahaya Ismail, KJ menjadi mangsa. Saya percaya, antara KJ dengan Yahaya Ismail, Yahaya yang mendatangi KJ dan bukan KJ mendatangi Yahaya Ismail.Salam perjuangan dari Gondang
Tuah Muar berpandangan:- Terima kasih Jebat berkokok. Saudara faham erti demokrasi dan saudara faham bagaimana seseorang yang hendak menjadi pemimpin, mesti didatangi ujian. Salam
bape banyak lak KJ bayar raksasa BN nih? bengong..
Benarkah Azalina dan Rais letak jawatan???Berita tergempar di selamba-u.blogspot.com
setahu aku la kan apayang yahaya tulis dalam buku2 dia tu betul la jangan marah
:) kita bercakap dasar fakta.. Demokrasi kan. Apa yg tak betul, auta... Boleh saman.. Rakyat Malaysia sekarang semakin cerdik.. Maklumat hanya d hujung jari.. Hanya mereka yg menggadai bangsa, agama, tanahair menyanjung gunung yg condong...
Salam perpaduan..
Post a Comment