Khir Tempe kaki auta ~ Malaysiakini

Monday, March 16, 2009

Khir mungkin sudah tahu nama beliau tersenarai dalam Lembaga Disiplin UMNO

Khir Tempe sudah mula menyerang dan mendakwa ada gerakan sulit menjejaskan reputasinya pula , itulah , jika mahu jolok lihat wajah di cermin dahulu, bila kena jolok kembali jangan salahkan orang lain, hero mana boleh tuduh - tuduh, nak jadi hero kenalah perfect. Mungkin Khir Tempe sudah tahu namanya mungkin telah tersenarai dalam nama 20 calon yang akan diambil tindakan oleh lembaga disiplin UMNO. Lembaga Disiplin UMNO tentu sudah ada bukti dan telah menyiasat. Janganlah tuduh Lembaga Disiplin UMNO salah dan jangan pula tuduh pengadu salah , sebab ramai orang UMNO yang tahu dan bukan seorang yang telah menerima budi baik Khir Tempe secara terang-terangan. Lembaga Disiplin UMNO tidak mungkin mahu menganiaya ahli mereka. Di sebut juga bahawa seorang calon Timbalan Presiden juga turut tersenarai. Beberapa hari yang lepas Khir Tempe kata ada cubaan sabotaj untuk menjatuhkan beliau. Ini tektik untuk cover line kot sebelum berita sebenar akan tersebar. sila baca dua kenyataan Khir sebelum ini .

Keyataan Pertama

SHAH ALAM 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendakwa wujud gerakan sulit untuk menjejaskan reputasi beliau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Beliau mendakwa, terdapat orang UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri sekarang untuk menyerangnya menerusi pelbagai dakwaan tidak berasas.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak terbabit membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ada bukti mengenai dakwaan salah laku membabitkan dirinya.

"Saya sedar dan tahu, ada jaringan di antara orang dalam UMNO dengan pembangkang (kerajaan negeri sekarang) untuk menjatuhkan saya.

"Kalau betul semua dakwaan itu, kenapa terus serang dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kalau ada yang tak betul, lapor terus kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan salah laku beliau sepanjang mentadbir negeri Selangor sebelum ini.

Dalam pada itu Mohamad Khir turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah menarik janggut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib di luar sidang DUN semalam.

Sebuah laman web hari ini melaporkan bekas Menteri Besar Selangor itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan oleh wakil rakyat Pas itu semasa sidang DUN berlangsung.

Menurutnya, beliau hanya menyentuh janggut wakil rakyat itu di luar dewan sebagai tanda persahabatan seperti yang disaran dalam Islam dan tindakan itu pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak lakukan (menarik janggut) tapi saya sentuh sambil menegur kerana tindakan beliau menuduh orang tidak terlibat dengan dewan (isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik) perlu dielakkan.

"Jangan gunakan dewan untuk membuat tuduhan tidak berasas," katanya.

Semalam, Saari mencadangkan kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM1.5 juta untuk pembelian tiga kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan Range Rover oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pembelian kereta Range Rover bernilai RM500,000 oleh Cekal Tulin, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang digunakan oleh Zaharah.

Keyataan kedua

Dakwaan disabotaj: Ada bukti kukuh, Khir mahu Lembaga Disiplin bertindak

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tetap yakin berpeluang memenangi jawatan nombor satu pergerakan itu walaupun ada usaha mensabotaj beliau dalam pemilihan sayap Umni itu hujung bulan ini.

"Saya ada keyakinan, tapi keputusan akhir terletak di tangan perwakilan.

"Saya telah berusaha sebaik mungkin, akhirnya saya bertawakal kepada Allah. Jika ada peluang saya pasti menang," katanya.

Bagaimanapun, Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menyifatkan berita tersebut sebagai khabar angin semata-mata kerana beliau hanya memperoleh maklumat tersebut daripada perwakilan ketika berkempen.

Laporan media sebelum ini menggambarkan bekas Menteri Besar Selangor itu sedang mendahului dari segi sokongan daripada perwakilan untuk memenangi jawatan nombor satu sayap parti itu. Ketua Pembangkang DUN Selangor ini menegaskan, beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan setakat ini melainkan ada bukti kukuh yang menunjukkan ada pihak cuba mensabotajnya.

"Saya harap masalah sabotaj tidak patut wujud dalam parti kerana ia tidak adil kepada calon-calon lain. Lembaga Disiplin perlu ambil tindakan ke atas mereka yang bersalah jika ada laporan yang diterima," ujarnya.

Ketika ditanya apakah bentuk sabotaj yang dimaksudkan, Khir menjelaskan, ada pihak cuba mereka-reka bukti tentang dirinya dan melaporkan kepada Lembaga Disiplin.
Tambah Khir, beliau juga bimbang tidak dibenarkan berjumpa dengan perwakilan Umno di tempat-tempat tertentu.

Selain beliau, jawatan Ketua Pemuda menjadi saingan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

0 comments:

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP