Khir Terlepas Kerana Banyak Bela Toyol ~ Malaysiakini

Wednesday, March 18, 2009




Kita semua perlu ucapkan tahniah kepada Khir Toyol tidak bersalah oleh lembaga disiplin UMNO Malaysia. Khir Toyol kali ini berjaya kali ini membersihkan nama beliau sekali lagi setelah dahulu berjaya membersihkan diri sama seperti 20 tuduhan ketika masih menjadi Menteri Besar Selangor. Kita semua patut muhasabah diri kerana Khir Toyol itu orang yang bersih tidak pernah rasuah tidak pernah merasuah. Beliau adalah pemimpin yang baik yang mana tidak satu sen pun duit beliau ditabur kepada perwakilan ketika pencalonan dan juga sewaktu kempen pemuda
UMNO.

Jangan tuduh Khir Toyol , dia manusia yang paling jujur dan paling baik dan tidak pernah melanggar undang-undang, jangan tuduh dia kerana dia memang tak pernah bagi duit barang satu sen pun kepada sesiapa saja yang menjadi perwakilan. Berdosa kalau kita tuduh dia, Lembaga disiplin juga mendapati Khir putih bersih dan tidak beralah, beliau bijak dan licik , macam mana Lembaga Disiplin nak mendapati beliau salah , yang bagi duit bukan Khir dan bukan orang Khir Toyol, yang bagituh hanya toyol toyol yang mengagih rezeki hasil ....... nak hukum sapa , kata kawan-kawan ? takkan nak hukum toyol.

Lembaga disiplin mendapati Khir Toyol bersih sebersih salju, Khir Toyol sendiri tahu ahli UMNO tahu, semua orang tahu, tahu sama tahu , geleng kepala sesama sendiri , apa nak jadi dengan lembaga disiplin UMNO ni , yang membajak gunung dan melambakkan gunung di depan mata tak nampak , yang ikan bilis pula yang mereka nampak. dari 30 orang yang Wak jumpa di PWTC dan bercerita mengenai Khir Toyol sebersih salju ini , 30 yang tersenyum dan seolah-olah malas nak bercerita , lantak lah kata mereka...nak jadi apa jadi lah....... tak kan lah terang- terang dan besar besar , Lembaga Displin tak nampak yang gelap gelap yang kecil-kecil Lembaga disiplin nampak. Apa pun kita sebagai ahli UMNO kena hormati keputusan Lembaga Disiplin , jika kita tak hormat siapa lagi nak hormat. Hormat saja lah...... Hormat.... Hormat....... Hormat.....

Lembaga Disiplin Umno telah menerima 226 aduan sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula 17 Julai lalu dan dari jumlah tersebut 33 aduan dirujuk kepada Panel Penyiasatan untuk siasatan lanjut. Pengerusi lembaga, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata sebanyak 13 aduan pula telah dihantar ke Borang “A” bagi bukti tambahan manakala 49 lagi dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut.“Sehingga kini Lembaga Disiplin masih menerima aduan berhubung pelanggaran tataetika anggota Umno. Saya telah dimaklumkan berkenaan betapa berleluasanya aduan rasuah politik dan kesalahan lain di bawah etika tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kita tak faham bagaimanakah cara mereka mengadakan siasatan tetapi kita terpaksa akur dengan mereka , Hormat... Hormat ...Hormat..... Ini bermakna Khir Toyol layak bertanding dan bersih dari sebarang perbuatan rasuah , betul ka........ Walaupun Khir Toyol didapati bersih , ada pula desas- desus yang mahukan Khir Toyol membuat sumpah sebelum pemilihan ini , kalau Khir Toyol pun pernah desak orang lain bersumpah kenapa Khir Toyol tak nak bersumpah. Mudah saja, tak payah pergi masjid, dalam ucapan beliau , beliau mulakan dengan Bismillah dan mulakan bahawa saya bersumpah tidak pernah dan tidak barang satu sen pun duit saya digunakan merasuahkan perwakilan , jika benar saya pernah melakukan maka saya akan dilaknati Allah SWT.

Buka susah itu saja. kompius, jika Khir Toyol berani bersumpah perwakilan akan menyokong beliau , sah lah dia tak pernah bagi barang satu sen pun. Tiba-tiba kedengaran seorang Perwakilan Pemuda yang duduk lantas bangun dan berkata dengan nada suara yang tinggi, habis jam ini aku beli dengan duit siapa ? sendiri mahu ingat lah , tak elok menang dengan cara macam itu, katanya , apa apa pun sama juga , yang ko ambik asal...... Entahlah , rasa macam nak meloya pun ada rasa macam nak muntah muntah pun ada ni, tak kan oleh kerana kita mengandung kot...............tapi dalam keadaan begini rasa Khir Toyol pun malu juga , Khir Toyol malu malu kucing bila berdepan dengan orang yang pernah merasa jasa baik Khir Toyol. Tanyalah Faizal Kelang , dia pun rasa malu gak...... Kalau rasa betul kasi tahu kawan kalau rasa orang lain tak betul kasi tahu sajalah.............. Siapalah kita semua ini jika nak dibandingkan dengan Khir Toyol , dia orang bersih , kepimpinan beliau berpegang pada kepimpinan rasul-rasul.... ya lah.....

0 comments:

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP