Bersediakah Perak diperentah DAP ~ Malaysiakini
Sunday, May 17, 2009
Krisis politik di negeri Perak tidak jadi begini jika pihak Pakatan Rakyat adalah kumpulan ahli politik yang bersifat budiman ("gentleman"). Bila majoriti sudah tidak ada, undurlah dengan terhormat. Tidaklah menipu memaksa orang letak jawatan. Tidaklah menipu mengatakan tidak tahu ada 3 sudah tidak beri sokongan. Tidaklah bubar bila hilang kuasa.
Bila semua ini gagal, mereka memberontak, menderhaka kepada Sultan, menghina mahkamah, dan memecat orang sewenang wenang. Tindak tanduk dan asas hujah Pakatan Rakyat Perak penuh diwarnai dengan tipu helah, putarbelit fakta, dan permainan persepsi yang tidak konsisten dari satu masa ke satu masa. Perbuatan buruk mereka ini perlu didedahkan, difahami dan diyakini oleh orang ramai, ahli UMNO dan rakyat Malaysia dalam usaha DAP menrepublik Malaysia.
Kemelut di negeri Perak berlaku kerana pihak Pakatan Rakyat terutama DAP tidak henti-henti berdegil dan enggan menerima realiti bahawa hilang majoriti hilanglah kuasa memerintah. Dalam amalan politik demokrasi, kuasa memerintah diberikan kepada pihak yang mempunyai paling banyak kerusi di Dewan Perundangan, tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kedudukkan Dato Seri Mohammad
Nizar sebagai Menteri Besar yang dilantik Sultan. Bila menang, tentu mereka bersorak. Tetapi bila kalah, pelbagai helah, bangkangan dan tuduhan mereka akan buat.
Elok kita rungkaikan dulu penipuan besar pihak pembangkang berkenaan persidangan DUN Perak pada Mei 7hb Khamis lalu. Kata mereka, prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang kerajaan - Eksekutif, Penggubal Undang-Undang ("Legislature") dan Mahkamah - dan Institusi Raja dalam semangat Perlembagaan Persekutuan harus dihormati.
Jika diamati betul-betul, bukankah saman Nizar terhadap Zambry adalah satu tindakan meminta mahkamah mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal-hal pembubaran DUN dan perlantikan MB?
Dalam perkara ini, boleh pula mereka akui peranan mahkamah dalam mengadili persoalan-persoalan Perlembagaan. Samada keputusan mahkamah dihormati itu tidak pasti. Apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mereka selalunya akan berdegil dan engkar dengan keputusan mahkamah.
Dalam hal mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung MB yang dilantik Sultan dan 6 orang Exco serta 3 ADUN bebas, mereka berhelah pula mengatakan keputusan mahkamah tidak wajib dihormati. Semasa DUN bersidang pada Mei 7hb, Speaker tidak langsung mempedulikan keputusan mahkamah.
Langsung, ia mengatakan kuasa Speaker adalah absolut dan mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan langsung. Mana pula kata mereka yang sering mewar-warkan mengenai perlu ada "check and balance" dalam sistem kerajaan? Adakah memberi kuasa mutlak tanpa "check and balance" itu selari dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Yang pastinya, Speaker tidak memahami ruang kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan DAN Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Dia juga tidak memahami dimana kedudukkannya dalam struktur kerajaan negeri Perak.
Kuasa Speaker hanya khusus dalam memastikan perjalanan persidangan itu dijalankan dengan aman dan lancar menurut peraturan dan undang-undang seperti yang ditugaskan oleh DYMM Sultan Perak.
Terfikirkah, jika Speaker tidak langsung percaya mahkamah boleh masuk campur dalam hal DUN, mengapa perlu pihaknya menghantar sepasukan Peguam untuk menjawab tuntutan pihak MB, 6 exco dan 3 ADUN bebas untuk mengetepikan keputusannya?
Ini hanya menunjukkan mahkamah ada peranan dalam menginterpretasi dan membuat keputusan dalam perbezaan pendapat (dispute). Keputusan mahkamah sebagai pihak yang berkelayakkan haruslah dihormati dan diakur.
Tetapi tidak, pihak anarkis ini hanya menghormati keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka. Manakala apabila keputusan mahkamah tidak berpihak, mereka engkari. Lebih teruk lagi, mahkamah dihina, dicerca dan dituduh berat sebelah.
Kalaulah betullah pengasingan kuasa dari cabang-cabang kuasa itu mutlak, kenapa untuk Nizar dilantik MB, perlu terpilih jadi ADUN? Bukankah itu mencampuraduk Eksekutif dan Penggubal Undang-Undang yang bermakna melanggari semangat Perlembagaan Persekutuan?
Suara PolitikTaminsari
4 comments:
salam, kenapa lama dh x update ya? teruskan berblog ok..
Wow!!! RaksasaBN kembali!!!!! Yeah!!!
Cayalah raksaksa....lama tak blogging ekkk.
RaksasaBN sedang betapa menimba ilmu dengan rakan rakan baru... harap kemunculkan generasi terbaru raksasaBN akan memantapkan lagi blog ini....
Post a Comment