Budak upahan Khir Toyo yang hilang punca.
Saturday, January 30, 2010
Jika di bandingkan keahlian antara Putrajaya dengan tempat tempat lain seperti Cheras atau pun Bandar Tun Razak , keahlian Putrajaya adalah cepot sahaja. Tidak ramai yang berminat untuk menjadi ahli Putrajaya kerana Putrajaya hanyalah satu Bahagian di mana di penuhi oleh pejabat pentadbiran, Kemenangan Yeop di Putra jaya adalah kemenangan mudah sebab tidak benar benar ditandingi. Beliau adalah merupakan Naib Ketua kepada Datuk Hj Zaki Zahid ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang telah mengalahkan Tun Faizal dengan undi yang tipis sebanyak 5 undi sahaja, Beliau juga adalah ( EXCO PPUM) .
Ramai yang tahu Tun Faisal , Datuk Zaki adalah pelajar luar negara dan jika di bandingkan dengan Yeop yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan ramai juga yang tahu bahawa Datuk Zaki adalah kawan akrab Ini yang membuat Yeop merasa tertekan dan rendah diri apabila bersama sama mereka mereka ini.
Ada yang menyindir Yeop , weil kalau nak fitnah atau hentam orang ukurlah baju di badan sendiri, Lagu UMNO dan Pemuda pun tak lancar, Namun dalam pada itu Yeop juga kelihatan hebat kerana apabila sampaikan salam dari DSKT dia akan menghulur kan kain samping UMNO pada perwakilan sambil menyampai kan 'salam dari DSKT. . Yang peliknya, selepas Khir kalah, Yeop akur dgn keputusan dan menjadi rakan baik KJ dan peristiwa yang terjadi tempoh hari di mesyuarat Exco memusykilkan sebab macam mana blog MYKMU dan Barking Magpie dapat info secara langsung dan tidak tepat.Semua orang tahu siapa yang biayai MYKMU, Tak payah lah kita cerita.
Yang bestnya untuk mengelakkan dari perasan bahawa tulisan itu dari krew MYKMU , maka tulisannya juga agak lintang pukang dengan ejaan yang ketara lintang pukang, Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah MYKMU kerana mereka adalah Pro dalam bidang penulisan dan ejaan , Tidak mungkin silap ejaan , Bukan sedikit , banyak pula .Mereka juga takut takut berani mahu laporkan berita ini kerana ramai yang tahu Yeop ini memang budak belaan Khir Toyo masa pemilihan UMNO dulu dan tukang sampaikan kain samping. Siapa tak tahu kain samping mahal dari DSKT. Yang melaporkan pula secara tidak jujur adalah MYKMU yang di bayar oleh Khir Toyo sepenuhnya.MYKMU menggambarkan seolah olah mesyuarat semalam kecoh sangat , kesian..... sebenarnya bukanlah kecoh mana sangat , oleh kerana mahu membakar semangat pemuda ianya di gambarkan sebegitu buruk sekali. Mujur Naib Pemuda UMNO memberikan gambaran yang lebih tepat. Malahan katanya , ini adalah isu dalaman dan tidak ada gerakan yang membuat teguran yang melampau kepada pemimpin atasan ketika berjumpa dengan Kelab UMNO Korea.
Seharusnya Yeop sepatutnya membuat teguran kepada ustaz Syahrin Jamaluddin Tebrau yang tidak pernah datang mesyuarat dan buat program, Mengapa Hishamuddin tidak mahu menegur ini!!!
Tentu ada orang yang masih berdendam dengan KJ cuba berpolitik, baling batu dan sorokkan tangan, Jangan sampai kami potong tangan nanti.