Kalah dah tentu kalah - Anwar dan PR akan rancang kekecohan di Bagan Pinang

Wednesday, September 30, 2009


Gambar http://dun31baganpinang.blogspot.com/

Kekalahan sudah terbayang oleh Anwar Ibrahim dan barisan Pakatan Rakyat dapat merasakan bahawa mereka akan kalah di Bagan Pinang. Apa yang perlu mereka perlu lakukan adalah untuk menggalkan pilihanraya kecil ini. Sukar bagi mereka unuk menipu pengundi Bagan Pinang. Anwar terpaksa merangka strategi supaya pengundi tidak akan keluar agar peratusan jumlah pengundi akan memberi kesan besar kepada majority kemenangan kesuluruhan.

Antara kaedah dan rancangkan yang akan digunakan oleh Pembangkang ialah dengan menggunakan Jentera Pemuda PAS yang akan mengulangi peristiwa di Manik Urai dengan memulakan rusuhan di peti undi seperti di Manek Urai Kelantan.

Jentera Pemuda PAS juga sudah bersiap sedia menurunkan peruntukan kepada awang Gedebe PAS Kelantan untuk buat kecoh dan provokasi.

Seperti biasa kereta kereta penyokong PR akan menyesakkan jalan-jalan di Bagan Pinang dan mereka juga akan mebuat provokosi selepas tengah hari bagi memaksa pihak polis bertindak untuk menyelesaikan rusuhan.

Mereka juga akan mempersendakan yang kononnya calon BN ini kononnya tidak disukai oleh rakyat dilauar Bagan Pinang kerana kononya terlibat dalam gejala rasuah, malanganya mereka tidak dapat menandingi TS Isa dan idak dapa mengalahkan TS Isa walaupun mereka kata calon mereka bersih. Mereka juga akan menyalahkan SPRM dan melibatkan timbul isu pengundi hantu pula, dan pastinya isu undi pos walhal semua itu adalah undi sah. Mereka juga akan bersandiwara seolah olah PAS tak berminat sebab dah 'letih' berpolitik. Ayat-ayat ini dah mula keluar. Berbagai Isu akan ditimbulkan termasuk isu kepala lembu untuk tarik pengundi India. Isu Kg Buah Pala pun akan dipersalahkan kepada Kerajaan BN, walhal terang terang adalah masalah DAP dan PR. Namun pengundi Bagan Pinang Tidaklah sebodoh pengundi Permatang Pauh.

Calon BN TS Isa Samad adalah bekas guru, banyak berjasa pada komuniti dan juga merupakan bekas MB yang amat popular di kalangan orang Negeri Sembilan, sokongan akar umbi terlalu kuat dan tidak berbelah bahagi . Beliau juga merupakan anak tempatan. Orang luar perlu melihat ini sebagai simbol dan signal bahawa Isa sebenarnya adalah seorang ahli politik dan pemimpin yg mesra rakyat. Bagi yang belum kenal TS Isa tentu kagum dengan desakan yang dibua oleh anak anak tempatan terhadap Isa.

Beliau juga begitu setia kepada parti, walaupun dilucutkan jawatan setelah memenangi jawatan Naib Presiden, beliau masih setia. Tidak pun engkar dan menentang keputusan Lembaga Disiplin atau marah kepada pucuk pimpinan. Tetap setia berkhidmat. Orang sebegini patut dihadapankan dalam parti. Tiada undang undang yang menyatakan bahawa beliau idak layak bertanding. mengapa beliau tidak boleh bertanding . Undilah TS Isa.

HOBEN JANG HOBEN!!!

KEK PEMATANG PASIR BOLEHLA TUNJUK HERO BAI!!!

KALAU NAK NGASO KONO GANYANG, MEH LA CUBO KEK BAGAN PINANG!!!

Read more...

Pemimpin PAS merupakan pemimpin yang korupt

Thursday, September 17, 2009


PAS kini dilanda masalah rasuah apabila pemimpin tertinggi mereka sendiri mengamalkan rasuah. Husam dikatakan telah mendapat dana yang besar sebanyak RM2 juta ketika pemilihan kepimpinan PAS baru baru ini apabila Husam cuba merebut jawatan Timbalan Presiden, Nik Aziz telah bergegas ke Istana selepas Muktamar '09 apabila YM Tuanku Sultan Faris minta Nik Aziz menghadap baginda. Apabila Nik Aziz tiba di Istana , soalan pertama Tuanku Sultan kepada 'Tok Guru adalah macam mana Husan boleh kalah setelah membelanjakan sebanyak RM2 juta'...soalan kedua...'..mana Husam dapat duit 2 juta in?'.....Tok Guru tak dapat jawap soalan soalan ini dan pulang dengan keadan yang kusut dan tidak tenteram.

Sebenarnya YM Sultan tahu bagaimana Husam mendapat sumber dana untuk berkempen ini dan YM Sultan juga tahu Husam kini mempunyai isteri baru berbangsa cina yang tinggal di Shah Alam Selangor dimana isterinya ini memiliki sebuah kereta mewah jenama Murano. Selepas projek lojing Husam di Gua Musang dapat dikesan oleh kerajaan pusat, Husam menceburkan diri pula dalam perniagaan gas dan minyak
dipersisiran Kelantan.

Sejurus selepas kemenangan tipis PAS pada pilihan raya kecil di Manek urai, Husam telah membayar orang dalam di Talisman iaitu satu syarikat luar negara yang beroperasi di Kelantan (pejabat di Pangkalan Chepa) sebagai vendor Petronas. Kelicikan Husam dengan kekuatan mabayar vendor Petronas membolehkan mereka mendapat banyak maklumat.

Sebenarnya Husam langsung tidak memperdulikan PAS lama perjuangan politiknya , tetapi perjuangan beliau hanyalah untuk diri sendiri dan seperti semua orang tahu Husam adalah boneka dan orang kuat Anwar IIbrahim dalam kumpulan Endorgan di dalam PAS. Anwar Ibrahim adalah Ketua Husam yang sebenar, keretakan hubungan Nik Abduh dan Husam amat ketara sekali sehingga beliau pernah menyatakan bahawa Husam itu adalah anak Nik Aziz yang sebnar dan bukannya beliau. Nik Abduh juga ada berkata bahawa pembantu-pembantu bapanya sebagai yang hanya belajar agama sekadar ‘mi celup tetapi mendakwa diri mereka pun ulama juga".

ADUN ADUN negari Kelantan juga merupakan ADUN yang korupt, seperti, YB Taqyiddun Adun Bunut Payung Kota Bahru, memiliki 4 ieteri dan mendemonasikan perniagaan membuat poster dan signboard di seluruh Kelantan untuk kerajaan negeri.Perniagaan beliau sungguh lumayan .Ramai yang bertanya, Macam mana nak jadi YB kalau ada 4 isteri, untuk melayan isteri pun adakala tidak cukup masa? Tidak dinafikan itu hak lelaki Islam, tetapi secara lojiknya, macam mana nak jaga rakyat? Melainkan menjaga nafsu sendiri..

Read more...

Anwar Ibrahim memang lidah bercabang : NIZAR...

Thursday, September 10, 2009




Tempoh hari, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dituduh pengkhianat bangsa cuba ‘cover’ balik dengan menekankan belang ke-Melayuannya. Pada satu ceramah di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh di hadapan rakyat Malaysia berbangsa Cina, dia seperti biasa meniup semboyan kesaksamaan dengan kata-kata indah yang pengisiannya sendiri tak tentu arah. Di hadapan penyokong-penyokong DAP dia dengan penuh bangga memuji kepimpinan DAP dan menyebut bahawa dia baru sahaja tamat mengadakan perjumpaan yang panjang bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapaknya yang celaka Lim Kit Siang. Dalam ceramah itu, Anwar berkata seolah-olah dia dan DAP sahabat saudara seperjuangan. Maklumlah, nak menang undi Cina dan India macam-macam depa dah janji sampaikan hubungan kaum Melayu dan bukan Melayu rosak sebab si pengkhianat ini (pada saya Anwar bukan sahaja pengkhianat Melayu tetapi pengkhianat negara kerana akibat dia orang Melayu dan bukan Melayu mula saling mencurigai). OK, takpa kalau depa nak janji langit dan bumi kepada kaum bukan Bumiputra, dan tidur sebantal dengan DAP– itu kita dah lama tahu.

Tapi beberapa jam selepas ceramah di Dewan Tow Boo Keong itu, Anwar bergegas ke Surah Nurulhuda Batu 6, dan berceramah pula di hadapan orang Melayu. Wah, di situ lain pula mesejnya. Anwar dengan lantang menyebut “Saya akan berpisah dengan DAP kalau DAP mencabar kedudukan istimewa Melayu, Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu. Tiada langsung pengagungan terhadap DAP – malah di hadapan orang Melayu Anwar cuba nak tunjuk dia tidak berapa senang dengan DAP. (Lihat laporan Malaysian Insider di sini)

Inilah dia sikap seorang ahli politik yang lidah bercabang, hipokrit dan tidak punya idealisme atau pegangan yang tetap. Depan kumpulan lain, cakap benda lain.

Siapa mungkin lupa, dahulunya Anwar menjadi wira muda ABIM dan membina reputasi sebagai jaguh Melayu yang memegang mantera Melayu sampai ke kubur. Lepas dah kena tendang keluar UMNO, dia tidak teragak-agak menukar belang mengutuk konsep Ketuanan Melayu dan mencaci-cerca UMNO, parti yang telah membawanya sampai ke tahap Timbalan Perdana Menteri pada umur yang sangat muda pada waktu itu. Selesainya PRU-12 yang menampakkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat hasil janji-janji manis tentang penurunan harga minyak, serta slogan-slogan menggodakan seperti “Ketuanan Rakyat” dan “Merdeka dari kesengsaraan BN”, Anwar semakin berani mengorak langkah bagi menjana “Harapan Baru” di mana Kontrak Sosial tidak lagi dihormati.

Tetapi kini, setelah Anwar berbulan-bulan menyepi dan tidak member komen mengenai isu-isu kontroversi (sebab takut) seperti isu kebiadapan Karpal Singh, isu tanah di Perak, isu Hudud, isu arak di Selangor mahupun isu kuil di Shah Alam baru-baru ini, Anwar sudah mula merasakan impiannya ke singgahsana Putrajaya mungkin terkubur. Orang Melayu yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah mula curiga akan motif sebenar DAP, dan trend pilihanraya kecil kebelakangan ini menampakkan sudah ada peralihan kembali sokongan orang Melayu dan orang muda kepada UMNO/BN.

Orang Cina yang menyokong DAP pula semakin khuatir terhadap motif PAS untuk mewujudkan undang-undang Hudud yang sudah pasti tidak disenangi mereka. Memang benar, penyokong tegar DAP takkan mengundi BN, tetapi sedikit demi sedikit, golongan Cina yang tidak ekstrimis DAP juga akan menyedari bahawa BN menjanjikan jalan tengah yang terbaik. Kita perlu ingat, sejak Merdeka lagi Cina melihat bahawa lebih elok lagi mengundi UMNO dari PAS – cuma sejak PRU-12 sahaja mereka mula menguji atau ‘eksperimen’ dengan PAS, dan orang Cina sudah mula sedar kesilapan eksperimen tersebut. Semakin lama PAS dalam Pakatan Rakyat, dan kekal dengan agenda Hududnya, semakin ramai orang Cina akan teragak-agak mengundi mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, termasuklah DAP.

Sudah terancam dengan perkembangan ini, dan terasa panas dek serangan dari YAB TPM sendiri, rasanya Anwar dah mula getar. Dia kembali ke strateginya yang biasa – ceramah ceramah, dan ceramah. Memang diakui kepetahannya berpidato memukau pendengar dan masuh tidak dapat ditandingi lagi – kecuali mungkin Tan Sri Anuar Musa. (Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga nampak potensi sekiranya dia boleh tambah sikit lawak jenaka dalam ceramahnya dan menggunakan nada yang tidak terlalu ‘keras’). Tetapi kali ini, mesej Anwar bercanggah dalam satu ceramah dengan satu ceramah yang lain. Sudah mula terserlah panik si Anwar ini, dan rakyat Malaysia wajar menyedari hakikat bahawa Anwar adalah seorang individu yang tidak mempunyai apa-apa pegangan sebenar. Apa yang diingini adalah kuasa dan menjadi PM, tak kiralah apa mesej pun.

Sekurang-kurangnya bangsat-bangsat dalam DAP tu konsisten dengan pendirian mereka. Tetapi manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat.

Read more...

Nizar - Khalid Ibrahim yang kaya raya dan rasuah!

Friday, September 4, 2009




Khalid Gagap berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.

Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan lain-lain lagi.

Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya di Selangor.

Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

Read more...

Nizar LGE Penipu - DAP Tipu Rakyat Pulau Pinang Dengan Janji Enak Pilihan Raya. Kg Buah Pala Sebagai Bukti.

Thursday, September 3, 2009

Apakah hari ini semua orang akan berdiam diri , semua pemimpin India dalam DAP akan mendiamkan diri dan bersembunyi dan kini penduduk kampung Buah Pala menuntut janji. Lim Guan Eng ketika pilihan raya yang lalu dan setelah melalui segala macam kontroversi mereka kini mengangkat tangan dan mendesak penduduk kampung Buah Pala untuk meneyelesaikan masalah mereka dengan menerima hakikat untuk keluar dari kampung berkenaan. Mana janji mereka pada pilihan raya yang lalu. Lim Guan Eng, harus terima hakikat dalam politik memang mudah berjanji tetapi tak semudah bila nak ditunaikan.

Oleh : Satiasiva Kg Buah Pala

Dalam janji pilihan raya yang dulu DAP berjanji nak tenggalam timbul bersama penduduk Kampong Buah Pala. Janji itulah yang menjadi sandaran kepada tuntutan 23 keluarga kaum India di kawasan berkenaan. Ia sudah terbalik ‘ makan tuan’. Guan Eng akhirnya angkat bendera putih Sabtu untuk bantu selesaikan isu di kampong itu setelah penduduknya menolak tawaran pemaju hendak beri setiap satu keluarga sebuah rumah dua tingkat di situ dan sebaliknya masih-masing mahu RM3.5 juta. Lim Guan Eng kini memberikan kata dua kepada penduduk kampung buah pala, ambil atau tanggung kerugian. Kenapa ini tidak dikatakan ketika berkempen sewaktu pilihan raya dahulu, ketika itu , seolah olah DAP boleh lakukan apa saja jika mereka menjadi kerajaan, kini setelah mereka menjadi kerajaan dan Lim Guan Eng pula menjadi Ketua Menteri, mereka tidak dapat lakukan apa apa untuk penduduk kampung Buah Pala.

Menurut para pemerhati politik beban terbesar pakatan pembangkang sekarang ini memenuhi tuntutan janji pilihan raya. Kampong Buah Pala mungkin boleh menjadi kayu pengukur bila mana pembangkang nak buka mulut mengkritik Barisan Nasional semata-mata kerana nak kekal popular di kalangan penyokongnya. Guan Eng pasti akan melutut kembali kepada penduduk kampung berkenaan menjelang pilihan raya umum yang ke 13. Mereka tahu undi mereka berharga. Ini kegagalan dari salah sebuah negeri yang ditawan oleh Pembangkang, Bukan hanya Penang yang gagal menunaikan janji mereka pada pilihan raya yang lalu. Segala janji mereka bagaikan menanam tebu tepian bibir. Selangor gagal meroboh kilang arak di sekitar Federal High Way dan Hassan Ali terpaksa tunduk dengan Exco DAP mengenai Isu arak. Kerajaan PAS Perak yang hanya menjadi Boneka DAP juga gagal untuk melaksanakan janji mereka terhadap orang Melayu.

Read more...

Pakatan Rakyat jangan hendak menipu penduduk Kg Buah Pala lagi!

Wednesday, September 2, 2009


Semalam penduduk di Kg Buah Pala membuat perarakan di hadapan rumah Lim Guan Eng, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengecam sekuat-kuatnya pihak-pihak yang cuba manipulasi, tukar milik dan merampas tanah Kampung Buah Pala pada beberapa tahun lepas. Ini merupakan satu lagi kes rompakan tanah.

Dalam menyuruh rakyat Pulau Pinang berjimat cermat dan menolak untuk menolong rakyat, penduduk Kg. Buah Pala dengan alasan kos yang terlalu tinggi.

Guan Eng sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa dia mampu berpindah ke banglo mewah tersebut. Alasan musang dan semut api sama sekali tidak logik.

Desakan rakyat mahu mendengar alasan sebenar dari Guan Eng dibuat pekak olehnya.

Musang dan semut api, kecil sangat berbanding dengan penduduk Kg. buah Pala yang akan kehilangan tempat kediaman mereka.

Yang paling penting sifat amanah, janji dibuat PR untuk mendapat undi rakyat dibakul sampahkan setelah menang.

Kampung Buah Pala mempunyai sejarah yang hampir 200 tahun dan penduduk kampung sekarang merupakan generasi yang ke-lima yang menduduki di atas tanah ini. Adalah tidak wajar untuk Pakatan Rakyat untuk masuk dan ambilalih hak milik tanah.

Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala telah memberi rintangan yang cukup kuat terhadap rompakan tanah ini. Mesej yang disampaikan oleh penduduk kampung adalah jelas, iaitu orang kampung mahu teruskan kehidupan di atas tanah.

Jadi, keputusan mahkamah 24 Jun 2009 sekadar keputusan mahkamah sahaja. Biarpun keputusan mahkamah berpihak kepada penduduk kampung mahupun keputusan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, penduduk kampung turut mahukan kerajaan PR Penang untuk gazette dan memberi tanah ini kepada orang kampung.

Jangan mempertikaikan suara rakyat!

Hentikan janji kosong, bertindak sekarang!

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP