Nizar LGE Penipu - DAP Tipu Rakyat Pulau Pinang Dengan Janji Enak Pilihan Raya. Kg Buah Pala Sebagai Bukti.

Thursday, September 3, 2009

Apakah hari ini semua orang akan berdiam diri , semua pemimpin India dalam DAP akan mendiamkan diri dan bersembunyi dan kini penduduk kampung Buah Pala menuntut janji. Lim Guan Eng ketika pilihan raya yang lalu dan setelah melalui segala macam kontroversi mereka kini mengangkat tangan dan mendesak penduduk kampung Buah Pala untuk meneyelesaikan masalah mereka dengan menerima hakikat untuk keluar dari kampung berkenaan. Mana janji mereka pada pilihan raya yang lalu. Lim Guan Eng, harus terima hakikat dalam politik memang mudah berjanji tetapi tak semudah bila nak ditunaikan.

Oleh : Satiasiva Kg Buah Pala

Dalam janji pilihan raya yang dulu DAP berjanji nak tenggalam timbul bersama penduduk Kampong Buah Pala. Janji itulah yang menjadi sandaran kepada tuntutan 23 keluarga kaum India di kawasan berkenaan. Ia sudah terbalik ‘ makan tuan’. Guan Eng akhirnya angkat bendera putih Sabtu untuk bantu selesaikan isu di kampong itu setelah penduduknya menolak tawaran pemaju hendak beri setiap satu keluarga sebuah rumah dua tingkat di situ dan sebaliknya masih-masing mahu RM3.5 juta. Lim Guan Eng kini memberikan kata dua kepada penduduk kampung buah pala, ambil atau tanggung kerugian. Kenapa ini tidak dikatakan ketika berkempen sewaktu pilihan raya dahulu, ketika itu , seolah olah DAP boleh lakukan apa saja jika mereka menjadi kerajaan, kini setelah mereka menjadi kerajaan dan Lim Guan Eng pula menjadi Ketua Menteri, mereka tidak dapat lakukan apa apa untuk penduduk kampung Buah Pala.

Menurut para pemerhati politik beban terbesar pakatan pembangkang sekarang ini memenuhi tuntutan janji pilihan raya. Kampong Buah Pala mungkin boleh menjadi kayu pengukur bila mana pembangkang nak buka mulut mengkritik Barisan Nasional semata-mata kerana nak kekal popular di kalangan penyokongnya. Guan Eng pasti akan melutut kembali kepada penduduk kampung berkenaan menjelang pilihan raya umum yang ke 13. Mereka tahu undi mereka berharga. Ini kegagalan dari salah sebuah negeri yang ditawan oleh Pembangkang, Bukan hanya Penang yang gagal menunaikan janji mereka pada pilihan raya yang lalu. Segala janji mereka bagaikan menanam tebu tepian bibir. Selangor gagal meroboh kilang arak di sekitar Federal High Way dan Hassan Ali terpaksa tunduk dengan Exco DAP mengenai Isu arak. Kerajaan PAS Perak yang hanya menjadi Boneka DAP juga gagal untuk melaksanakan janji mereka terhadap orang Melayu.

8 comments:

botak said...

Penipu punya Lim Guan eng, CM paling haprak, padahal pergi Disneyland dan spend berjuta juta dgn family naik 1st Class flight.

Anonymous said...

LGE (DAP) tidak menipu rakyat P. Pinang dan penduduk Kg. Buah Pala. LGE telah membuat satu keputusan 'win2 situation' dimana keputusan ini boleh diterima oleh rakyat P. Pinang dan segelintir penduduk Kg. Buah Pala. Ini terbukti dengan adanya penduduk Kg. Buah Pala yang telah bersetuju dan menyerah kunci rumah mereka kepada pihak pemaju. Mereka juga setuju menerima pampasan dari pihak pemaju atas usaha gigih LGE untuk mendapatkan suasana 'win2 situation' diantara pihak penduduk Kg. Buah Pala dan pihak pemaju. Cuma ada segelintir kecil penduduk Kg. Buah Pala bodoh tidak berotak yang bersikap tamak selepas diapi-apikan oleh pihak tertentu yang tidak puas hati dan tidak boleh menerima hakikat P. Pinang ditakbir oleh kerajaan dari PAKATAN RAKYAT. LGE bukan tidak mendengar dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Apa lagi yang LGE boleh buat jika cadangan 'win2 situation' itu ditolak oleh pihak yang tamak dan bermati-matian hendak RM3.5 juta ? Kenapa pihak yang mengapi-apikan penduduk yang bodoh itu tidak mengeluarkan RM3.5 juta dari poket mereka sendiri sekiranya mereka betul2 begitu prihatin terhadap penduduk bodoh di kg. tersebut ? Bukankah ini lebih baik daripada menghuru-harakan dan membuat kecuh di Kg. Buah Pala ? Sikap penduduk bodoh itu juga patut dipersoalkan dengan mempunyai pendirian yang tidak konsisten. Di Selangor pula, kilang arak itu diluluskan dan dibina semasa BN mentakbir negeri Selangor. Kenapa sekarang ini beria2 sangat hendak merobohkan kilang arak yang telah diberi lesen oleh BN ? Hassan Ali bukan menunduk kepada Exco DAP. Ini menunjukkan sikap tolak ansur yang matang diantara parti2 dalam PR. Ini juga menunjukkan yang Hassan Ali juga prihatin, menghormati dan bertimbang rasa terhadap rakyat yang berbilang kaum di negeri Selangor. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku didalam BN. Apa yang berlaku dalam BN ialah parti komponen lain tidak akan berani bersuara dan menjadi PAK TURUT setuju dengan kehendak UMNO. Adakah demontrasi dari puak UMNO/BN di Shah Alam tempoh hari prihatin, bertimbang rasa dan menghormati kaum lain ? Di Perak pula, PAS Perak tidak pernah menjadi Boneka DAP bahkan kerajaan PR dinegeri Perak telah banyak membantu kaum melayu dan juga kaum2 lain di Perak yang tidak dapat dilakukan oleh BN semasa mentakbir Perak. Banyak orang melayu di Perak telah ditolong dan diberi bantuan. Cuma kaum melayu kroni sahaja yang tidak puas hati kerana tidak lagi dapat menerima subsidi yang begitu banyak yang telah diberikan kepada mereka semasa BN mentakbir Perak. KERAJAAN PR PERAK TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN MANA2 KAUM SEMASA MENTAKBIR PERAK. Semasa BN mentakbir Perak kaum2 lain banyak dipinggirkan bahkan kaum melayu sendiri turut dipinggirkan. Cuma kuam melayu kroni sahaja yang ditolong dan diberi bantuan. Ini menunjukkan kesefahaman dan sikap tolak ansur yang ada diantara PAS, DAP dan PKR semasa mentakbik negeri Perak. Kesefahaman yang ada diantara parti2 didalam PR memang sangat ditakuti dan digeruni oleh UMNO dan koponen2nya. Jadi biarkanlah negeri2 kerajaan PR mentakbir negeri masing2 dengan cara mereka sendiri dan janganlah ada anasir2 luar yang hendak menjadi 'MAT SIBUK' mengacau serta merosakkan pentakbiran kerajaan negeri2 PR. Sama2lah kita lihat menjelang pilihan raya umum yang ke 13 rakyat Malaysia yang kini sudah matang dan berpendidikan akan memilih siapa untuk menerajui negara Malaysia. Tidak ada gunanya kita bersikap 'syok sendiri' dengan kenyataan2 yang dibuat oleh diri sendiri serta mengaku disenangi dan disokongi oleh rakyat. KITA TUNGGU DAN LIHAT KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM YANG KE13 NANTI !!!

Anonymous said...

Saudara botak,

Kenapa saudara tidak mengutuk Khir Toyo yang juga pergi ke Disneyland dengan family dan spend berjuta-juta juga ? Saudara takut tidur malam nanti dikuncungi TOYOL ke ? Saudara ahli UMNO jugak ?

Anonymous said...

Sapa pangkah LGE dulu mesti menyesal x sudah!

Anonymous said...

ini semua hanyalah satu dakyah pembohongan dr BN! sape yg nak Kg buah pala ni sbnrnya?

Anak Kuala said...

anon 328

bodoh tahap bangang

Persoalannya bukan kilang arak dibina masa dahulu tetapi persoalan mana telor pas sebab dulu kutuk bn ada kilang arak di selangor tapi kini senyap bila dah jadi pemerintah. kalau ada telur dan kuasa tutuplah kilang tu. Dah kuasa ada dalam tangan, laksanakan lah. Akai letak dekat telur anwar, jadi macam tu lah

Anak Kuala said...

lagi satu bodoh ialah ano yang kata khir toyo pergi disneyland. lain kali otak letak kat atas kepala. engkau tgklah dia pi untuk apa? selidik dulu dan dengar penjelasan orang dulu. Bawak anak bini guna duit sendiri apa salahnya. Bodoh punya anon

Raziq Najab said...

BILA BACA TENTANG KG BUAH PALA, TERINGAT AKU PERISTIWA KAT KG BEREMBANG AMPANG SEMASA D.S. KHIR TOYO JADI MB DULU...

ADA YANG TIDUR KAT KHEMAH BERBULAN2 DENGAN ANAK2

X DE PUN JUAK2 UMNO/BN PEDULI!

PERGI JAHANAM DENGAN PARTI KEBANGSAAN

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP