Nizar - Khalid Ibrahim yang kaya raya dan rasuah!

Friday, September 4, 2009




Khalid Gagap berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.

Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan lain-lain lagi.

Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya di Selangor.

Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

10 comments:

Anonymous said...

Hek elleh... Kenapa lah nak curiga sgt pasal khalid ni? Dah itu cara pentadbirannya. Kenapa nk amik peduli pulak? Dulu si Toyol tu ada x sibuk2 nak jenguk stail pemerintahannya? Tau-tau dapat penyapu je.. Haram jadah!

Biarlah dia pikir camna nak tadbir negeri. Bkn mudah nk bagi yg terbaik tuk rakyat. Dan Khalid pun mesti ada perancangan tersendiri. Kalau ada mende yg salah, biarlah yg berkenaan siasat dan tunjukkan bukti. Takat rumors semata2, buang air liur jer memekak.....

Kalau dah jadi kepala, mesti ada satu kuasa khas MB yg membenarkn beliau buat keputusan sendiri. Kalau x, org xkan berebut jawatan tu. Dan apa guna jadi MB kalau decision tu org lain yg tentukan. Itulah kelebihan kalau jadi ketua kan?

Yg penting, rakyat dpt sesuatu dari pentadbiran khalid. Dia pun tau ada mata2 dan telinga tg sedang cari point nak jatuhkan beliau. Dan sekurang2nya, apa yg dia buat, baik perancangan atau perlaksanaan, tertera utk rakyat bersuara. Bukan stail MB BN yg lama dulu. Ada ke dok tayang apa2 planning? Tau2 dah jalan dah... Yg kaya, puak2 dorang.

Baik dpt pemimpin yg gagap tapi jaga kebajikan rakyat. Dari pemimpin yg byk cakap, tapi kerja x jalan sampai naik berkarat!!!

Anonymous said...

khalid gagap tu bagi air percuma???...duit KDEB dia cekau..bukan semuanya dapat air percuma...sapa dok rumah pangsa bayar la cam bbiasa....cukup tahun KDEB bangkrap bayar air..kakakaka

semalam tergagap gagap si khalid tu nak jawab pasai duit sambutan 100 hari masuk akaun PKR. kot kot akaun si khalid yang penuh.....lom apa apa lagi dah ada problem...dia pun dah mula sedut duit masuk poket sendiri....alamat tak lama la si khalid ni..kakakkakka

Anonymous said...

Rasuah ke cam tu.. tak nampak pun rasuah. Walau pun aku paling tak suke PKR... namun bagi pendapat aku itu bukan lah rasuah. Wahai penulis.. kalau rasuh g lah report kat BPR :)

Anonymous said...

DAH SAMPAI MASA NYA PENULIS WEBSITE NI JANGAN NAK CARI KESALAHAN PEMBANKANG TENGOK DIRI SENDIRI TERUTAMA PENYELEWENGAN DAN RASUAH OLEH PEMIMPIN2 UMNO RAKYAT BUKAN LAGI BOLEH DI PERBODOH-BODOHKAN..

Anonymous said...

Jgn jadi bodohlah. Aku ni memang suka sgt dpt subsidi air dr kerajaan Selangor yg baru. Kalau korang tak suka, pindah keluarlah dari Selangor. Yang mana elok tu, sokong jelah.. Takkan kita ni nak jadi mcm Pok Lah jugak.

Kalau subsidi dikira rasuah, emmm memang lah kerajaan BN pun kaki rasuah jugaklah yek.

Anonymous said...

Apa pun sesiapa yg berkuasa itu jugalah yg d buatnya, sebelum berkuasa mcm2 janji2 syurga, baik apa pun parti politik d Malaya ni waima KIMMA sekalipun itu jugalah yg mereka bedal, cuma yg jauh lebih baik UMNO & BN ini adalah partinya suci murni cuma segelintir yg berkuasa buat taik, jika tak ada UMNO pun tak ada juga PAS, Semangat 46, PKR termasuklah Parti Negara, ingatlah jasa UMNO ini, salam, WIP.

Tok Janggut said...

Hidup UMNO!

harapan said...

Aku malas nak kata apa,Khalid tu bagus sebenarnya,tapi sayang sungguh semolek-moleknya duduk dalam parti pas bukan pkr.

Anonymous said...

at least si khalid tu dah kaya before jadi MB selangor
tengok si toyo tu ...belum jadi mb
takde apa sangat
dah jadi mb fuhhhhhhh
malas nak cerita la wahai si penulis...mengapa tak tulis cerita toyo sebelum jadi mb dan semasa jadi mb dan selepas tak jadi mb.
tu la buruk org nampak sangat buruk dan busuk pasukan hang lagi besar tak nampak ...dasar ngok
dah nak karam dah..saya karam sing song melapurkan untuk raksasa BE END

Raziq Najab said...

TERIMA KASIH SEBAB BAGITAU TENTANG DATO KHALID NI WALAUPUN BELUM JELAS KEBENARAN SEPENUHNYA NAMUN NAMPAK HEBAT BERITANYA! TAHNIAH raksasa BN.

NAMUN BEGITU HEBAT LAGI D.S. KHIR TOYO PEMBERI ANUGERAH PENYAPU TU, HEBAT LAGI T.S. ISA SAMAD TU. HEBAT LAGI MB2 UMNO DULU KINI DAN X LAMA LAGI NAK BERKUBOR TU...

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!!!

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP