Pakatan Rakyat jangan hendak menipu penduduk Kg Buah Pala lagi!
Wednesday, September 2, 2009
Semalam penduduk di Kg Buah Pala membuat perarakan di hadapan rumah Lim Guan Eng, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengecam sekuat-kuatnya pihak-pihak yang cuba manipulasi, tukar milik dan merampas tanah Kampung Buah Pala pada beberapa tahun lepas. Ini merupakan satu lagi kes rompakan tanah.
Dalam menyuruh rakyat Pulau Pinang berjimat cermat dan menolak untuk menolong rakyat, penduduk Kg. Buah Pala dengan alasan kos yang terlalu tinggi.
Guan Eng sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa dia mampu berpindah ke banglo mewah tersebut. Alasan musang dan semut api sama sekali tidak logik.
Desakan rakyat mahu mendengar alasan sebenar dari Guan Eng dibuat pekak olehnya.
Musang dan semut api, kecil sangat berbanding dengan penduduk Kg. buah Pala yang akan kehilangan tempat kediaman mereka.
Yang paling penting sifat amanah, janji dibuat PR untuk mendapat undi rakyat dibakul sampahkan setelah menang.
Kampung Buah Pala mempunyai sejarah yang hampir 200 tahun dan penduduk kampung sekarang merupakan generasi yang ke-lima yang menduduki di atas tanah ini. Adalah tidak wajar untuk Pakatan Rakyat untuk masuk dan ambilalih hak milik tanah.
Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala telah memberi rintangan yang cukup kuat terhadap rompakan tanah ini. Mesej yang disampaikan oleh penduduk kampung adalah jelas, iaitu orang kampung mahu teruskan kehidupan di atas tanah.
Jadi, keputusan mahkamah 24 Jun 2009 sekadar keputusan mahkamah sahaja. Biarpun keputusan mahkamah berpihak kepada penduduk kampung mahupun keputusan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, penduduk kampung turut mahukan kerajaan PR Penang untuk gazette dan memberi tanah ini kepada orang kampung.
Jangan mempertikaikan suara rakyat!
Hentikan janji kosong, bertindak sekarang!
3 comments:
nasib engkaulah pr. bn ngok yang buat taik engkau yang kena basuh. pada aku jangau engkau tenyeh taik tu engkau tenyeh orang yang buat taik. Nasihat aku pada penduduk kg buah pala kau orang berarak lah ke rumah koh tsu kun kerajaan lama yang terlibat dalam kes ini dulu
Saya raso inilah caro org cino memerintah...kuku besi.
Teringat aku kat Kg Berembang Ampang zaman Khir Toyo dulu, x de tolak ansur langsung, sampai ada yang tinggal dalam khemah berbulan2..
X kan x ingat?
Melayu (Umno) mudah lupa!!!
Post a Comment