Jangan keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya-Malaysiakini
Monday, June 30, 2008
Cuba fahami kata-kata akhir dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Kajian Separuh PenggalRancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) di Parlimen, Khamis 26 Jun 2008lalu.
Katanya; "sesungguhnya seluruh lapisan rakyat harus tabah dan bersatuhati dalam mengembeleng tenaga bagi menangani krisis kenaikan hargaminyak dan komoditi ini.
"Ia merupakan kemelut yang bakal memberi impak negative bukan hanyadalam tempoh akhir RMK-9, malah untuk tahun-tahun seterusnya."Usaha kita harus ditentukan kea rah mendepani cabaran ini danmelakukan penyesuaian; bukannya membenarkan pemimpin dan kumpulantertentu menangguk di air keruh dan mengapi-apikan sentiment rakyatdengan janji-janji palsu, semata-mata untuk merebut kuasa di luarbatasan demokrasi dan memenuhi agenda peribadi.
"Sementara saya dan rakan-rakan sejawat serta pegawai-pegawai tinggikerajaan dan juga wakil-wakil swasta sedang berusaha menentukanlangkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani krisis ini danmengurangkan beban rakyat, ada pula yang mengambil kesempatan mencubamerampas kerajaan dengan cara yang tidak demokratik.
"Saya percaya rakyat boleh melihat yang mana benar dan yang mana palsu."Saya percaya rakyat bijak menilai langkah-langkah yang diambil bagimemelihara kepentingan rakyat dan bagi menjaga kebajikan golonganberpendapatan rendah dan sederhana. Saya percaya pada suara dan hatibudi rakyat."
Jika sesiapa tidak sempat mendengar siaran langsung yang disiarkan diradio dan tv, bacalah petikan ucapan pembentangan tersebut dalam mediacetak, sehari kemudian dan ulangi membacanya, sekali, dua kali, tigakali dan seterusnya, sampai faham.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlumenelitinya secara mendalam agar tidak terus berteka-teki mengenaihasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.Untuk apa, ketika Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mahukanNajib menjadi regunya dalam pemilihan akan datang, Najib pulamengeluarkan kenyataan, masih ada masa untuk bercakap soalpertandingan itu kerana sekarang belum sesuai untuk menyentuh mengenaipertandingan tersebut.
Tidak bolehkah Najib mengeluarkan kenyataan tegas; "Saya memangberminat untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden," atau jikamahu terus dikenali sebagai seorang pemimpin yang cintakan keharmoniandan perpaduan, mengeluarkan kenyataan; "Saya ingin menegaskan bahawaberilah sokongan dan percalonan kepada Datuk Seri Abdullah sebagaiPresiden dan saya sendiri, sebagai Timbalan Presiden!"
Terlalu sukar membuka mulut untuk menyusun patah-patah perkataan itu?Atau, sedang menyusun strategi mahu mengutip pencalonan jawatan nomborsatu dalam parti terbesar orang-orang Melayu ini.
Ketika Umno dilihat lemah, ketika BN dilihat kurang bermaya, merekayang berjawatan ini bukan mahu mengembeleng tenaga mencari formulamemperkuatkan kembali Umno, sebaliknya mereka menggunakan kesempatanini 'menangguk di air keruh' seperti mana pembangkang yang disifatkanPerdana Menteri sebagai 'cuba merampas kerajaan dengan cara yang tidakdemokratik."
Para pemimpin Umno di seluruh negara, yang bakal membuat pencalonanperlulah berhati-hati dengan "janji-janji palsu" mereka yang kinikononnya mahu muncul sebagai pemimpin yang amat prihatin terhadapnasib dan masa depan Umno.
Ketika Perdana Menteri dihimpit dengan pelbagai tekanan, masing-masingyang dikenali sebagai 'rakan sejawat' sibuk menjalankan kempen-kempenperibadi, mahu mencari kedudukan sebagai Presiden, Timbalan Presiden,Naib-naib Presiden dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Kenapa mereka tidak gunakan wang ringgit, tenaga dan masa yang merekaada untuk menyusun kerja, mencari ruang dan peluang berjumpa ahli-ahliparti di peringkat akar umbi, bagi mendengar suara mereka untukmemperbaiki beberapa kelemahan parti ketika menghadapi PRU-12, 8 Macyang lalu.
Apabila Datuk Seri Abdullah diserang, beliau sendiri yangmempertahankan dirinya. Rakan-rakan sejawatnya, tidak mempertahankanbeliau. Masing-masing menjauhkan diri seolah-olah, mentertawakanPerdana Menteri dari jauh.
Jawatan dalam kerajaan mereka mahu. Berkempen untuk diri sendirimereka jalankan, tetapi mempertahankan kepimpinan mereka tidak sudimelakukannya. Kenapa Yong Teck Lee 'menyerang Pak Lah?'. Mungkin YongTeck Lee mahu membantu Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin 'memberitekanan' kepada Perdana Menteri supaya mempercepatkan proses peralihankuasa.
Datuk Seri Abdullah tidak bernasib baik ketika ini kerana beliaudipersalahkan kerana keputusan pilihan raya umum yang lalu, tidakberpihak kepada BN. Ketika beliau memperolehi kemenangan besar dalamPRU-11, 21 Mac 2004 yang lalu, bukan main ramai yang mendatanginyamengakui 'sahabat dan saudara' selain dari memuji-mujinya. Kini,orang-orang ini jugalah yang 'memaki hamun' dari belakang, kononnyadengan peralihan kuasa yang segera akan memperkuatkan kembali Umno.
Bila Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Peneranganmenganjurkan pertemuan pemimpin-pemimpin masyarakat di bawah(grassroot) berjumpa dengan Perdana Menteri, sudah ada yang membuatreport kepada BPR kononnya 'ada penyalahgunaan' wang rakyat untukkepentingan politik Umno.
Para perwakilan Umno, jangan terkejut jika mereka kini dicari beberapaorang pemimpin Umno yang selama ini 'masam mukanya' untuk meraih undidan sokongan. Mereka akan ditaburi dengan janji, hanya pemimpin inisahaja yang mampu memperkuatkan semula Umno, sedangkan apabila diamenang, beberapa kali dia boleh bercakap melalui telefon dengan paraperwakilan semua?
Pak Lah bukan terlalu hebat dan terlalu sempurna tetapi apakah yangberangan-angan mahu menggantikan Pak Lah ini seorang yang sempurna danjauh lebih hebat dari Pak Lah. Jangan nanti, 'keluar dari mulutharimau, masuk ke mulut buaya'.
Fikir baik-baik. Jika Pak Lah lemah, kita semualah yang kena bersatuuntuk memberi sokongan bagi memperkuatkannya. Jika beliau kuat,kitalah yang sewajarnya bersama-samanya untuk menjalankantanggungjawab membantu negara yang menghadapi krisis kenaikan hargaminyak.