ANWAR MEMANG PERLU ORANG LEMAH MACAM YONG Malaysiakini

Thursday, June 19, 2008

Inilah rupanya apabila jasa, budi baik, peluang dan pembelaan yang telah Barisan Nasional berikan kepada seorang berupa patriotik, tetapi akhirnya menjadi pembelot – Yong Teck Lee. Kalau tidak kerana BN, tidak siapa kenal Yong.


Beliau yang pernah menjamah jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996 tidak begitu menjadi kerana beliau lebih menunjukkan kuasa dan keangkuhan lebih dari mahu membangunkan Sabah. Ketika di bawah tangannya, peranannya tidak menyerlah jika dibandingkan dengan zaman Musa Aman hari ini.

Sabah yang terus maju selepas beliau menjadikan dia cemburu dan sanggup hidup berpura-pura menyokong BN untuk menduduki parlimen hanya mahu membuat kacau dan merobek kestabilan politik Sabah dengan satu niat yang jahat.

Malang bagi rakyat Sabah terutama di kawasan parlimen beliau telah meletakkan kepercayaan dan memberi undi kepada orang yang tidak mengenang budi, mempunyai kepentingan peribadi semata-mata. Lebih dari itu, beliau adalah seorang yang dilihat tidak puas dengan wang dan tidak berpuas hati dengan kekayaan yang dicipta sendiri.

Kemudian dalam tahun 1999, beliau telah terlibat dalam skandal rasuah pilihan raya di mana ketika itu hingga terpaksa mengosongkan kerusi DUN Likas buat sekian lama. Tetapi kembali hanya mahu membawa parah kepada Sabah.

Walaupun bukan semua ahli Parti Progressive Sabah (SAPP) setuju dengan tindakan beliau itu, tetapi itulah hakikatnya Yong merasakan bukan saja SAPP kepunyaannya, tetapi mahukan Sabah seluruhnya menjadi miliknya. Itulah sebenarnya yang tertanam dalam hatinya.

Beliau yang pernah dituduh terlibat dalam skandal rasuah pilihan raya dalam tahun 1999 telah terpaksa meninggalkan kerusi DUN di Likas pada ketika itu. Dari rasuah itulah beliau menjadi insan mewah dan terus kelihatan berlagak sepanjang masa dan terus tidak berpuas hati dengan kedudukan dan kekayaannya mahu terus berkuasa dan besar kepala membelakangkan rakan-rakan parti lain yang terlalu ingin mahu bersatu hati membangunkan Sabah habis-habisan.

Tidak kiralah sama ada Yong dipengaruhi parti pembangkang yang percaya dapat menggugat BN melalui tindakannya membawa SAPP keluar dari BN, tetapi apa yang dilihat Yong bukan seorang warganegara yang boleh mengucapkan terima kasih kepada sesiapa. Apatah lagi kalau beliau mahu menjadikan partinya parti sundal untuk dijaja ke sana sini untuk memuaskan nafsu orang lain yang terlalu menunjukkan gila kuasa tanpa menyempat-nyempat.

Yong yang memfokus mahu membawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Jun ini dan pasti untuk mendapat sokongan rakan ahli parlimen lain dari SAPP lebih mahu menunjukkan beliau kononnya paling berani dalam kemelut politik. Pada hal dalam keberanian itu beliau telah secara tidak langsung telah menunjukkan sifatnya sebagai seorang pengugut biadap dalam etika politik masa kini.

Beliau bertindak demikian, pastinya ada agenda peribadi yang gagal diperolehi dari perdana menteri yang tidak dapat melayani semua permintaan yang disenaraikan menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin rakyat yang baik.

Kalau Yong seorang yang berkelibar dan seorang yang pintar boleh membawa kemajuan pesat di Negeri Sabah, beliau tidak akan sibuk menjadi pengkhianat dan menghampakan pengundinya yang mengharapkan mereka mendapat bimbingan dari seorang pemimpin atas nama BN.

Kerana beliau tidak berkelibarlah dan tidak ada kepandaian langsung dalam memimpinlah maka di saat inilah beliau mahu menggagalkan kejayaan orang lain yang mana nescaya karier politiknya akan berkahir di sini sahaja sebagai petanda Yong benar-benar bukan seorang pemimpin tulin kepada bangsa dan partinya.

Semoga Yong berpuas hati apa yang dilakukan dan sama-samalah kita lihat ke mana beliau akan pergi dan apa jadi pada politiknya bersama misai melenting dan jambang mengurainya itu. Kalau dia mengekori Anwar selepas ini, ertinya benarlah Anwar memang mahukan pemimpin tidak cerdik bersamanya supaya mudah dibuli dan di 'terajang' suatu hari nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Pernah ketuai kumpulan khianati Pairin sehingga kerajaan PBS tumbang pada 1994

KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan.

Perdana Menteri, dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan terbaru Presiden SAPP itu adalah disebabkan 'saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.' Beliau tidak mengulas lanjut tetapi seorang pembantunya memberitahu, Abdullah akan membuat huraian kemudian.

Yong, ketika mengumumkan pendiriannya pada sidang media di sini, berkata dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Soal sama ada SAPP terus kekal sebagai komponen Barisan Nasional (BN) pula, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di sini, esok.

"SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media selama 45 minit di ibu pejabat SAPP di Luyang di sini.

Dr Chua yang juga Naib Presiden SAPP turut hadir, manakala Eric berada di luar negara bagi tugasan rasmi tetapi menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatanganinya.

Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak menghadiri sidang media itu tetapi ketika dihubungi berkata, beliau terkejut dengan tindakan Yong kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi parti untuk diperhalusi.

"Ia bukan persetujuan sebulat suara, malah ia sepatutnya dibincang di mesyuarat Majlis Tertinggi terlebih dulu. Saya tidak nampak sebarang sebab ini perlu dilakukan dan ketetapan itu salah sama sekali," katanya yang tidak diundang ke sidang media berkenaan.

Tan menyifatkan pendirian terbuka membabitkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sama seperti menyokong pembangkang dan boleh menimbulkan ketidakstabilan bukan saja di Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.

"Saya tidak mahu menyokong pendirian yang cenderung menyebelahi pembangkang kerana ia bermakna kita memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya.

SAPP mempunyai dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tanjung Papat (Tan), Likas (Datuk Liew Teck Chan), Luyang (Melanie Chia), Elopura (Au Kam Wah).

Pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah. Malah, tindakannya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah mengambil tindakan serupa 14 tahun lalu.

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik.

Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun China daripada PBS, membentuk SAPP.

Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga 1998 mengikut sistem penggiliran, semalam mendakwa BN hanya wujud di Sabah secara dasar tetapi bukan kuasa yang membolehkan pelbagai tuntutan dipenuhi demi manfaat rakyat negeri ini.

"Selepas pilihan raya umum lalu, beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut menganggap BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negeri ini. Bagi saya, semangat BN di Sabah hilang sejak beberapa bulan lalu dan cuma wujud sebagai nama.

"Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kami memulakan langkah dengan menunjukkannya secara terang-terangan menerusi undi tidak percaya.

"Ada pihak meramalkan SAPP dipecat daripada BN sebelum Jumaat dan ada berpendapat sebaliknya. Kami sudah menyatakan pendirian dan sedia menghadapi apa juga kemungkinan," katanya

Ditanya sama ada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dirujuk sebelum SAPP membuat ketetapan berhubung undi tidak percaya itu, Yong berkata, segala isu yang dibangkitkan sudah kerap dibincang bersama pemimpin BN negeri.

"Peluang keemasan ini tidak akan berulang selepas 45 tahun Sabah menyertai Malaysia dan kita mesti menyatakan pendirian sebelum Ogos ini.

"Mulai Ogos, tumpuan akan beralih kepada pemilihan Umno dan MCA, disusuli kesibukan menyambut puasa dan Aidil Fitri, peperiksaan dan acara hujung tahun.

"Ketika itu, politik tanah air akan berhenti memperkatakan isu berkaitan Sabah dan SAPP berpendapat sekarang adalah masa terbaik Sabah mendapatkan kembali autonomi, royalti minyak sebanyak 20 peratus dan meminta Labuan dikembalikan," katanya.

Yong bagaimanapun berkata, beliau tidak menentang Perdana Menteri secara peribadi, malah pertemuan tertutupnya bersama Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dalam suasana mesra.

"Tiga kali saya beritahu Perdana Menteri, hanya kerana tiada Ahli Parlimen BN melompat parti pada 14 Mei lalu, ia bukan bermakna perkara itu mustahil berlaku selepas ini. Walaupun kerajaan mendakwa komited menangani isu di Sabah, saya tidak nampak kesungguhan ke arah itu," katanya.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, isu meninggalkan BN atau beralih kepada komponen lain tidak berbangkit kerana tumpuan parti itu ialah mendapatkan semula autonomi politik Sabah.

Katanya, SAPP tidak berminat menyerahkan autonomi berkenaan dengan menjadi sebahagian daripada pakatan lain.

Yong juga mengakui pernah menemui Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak dua kali, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur.

PROFIL: Datuk Yong Teck Lee

Dilahirkan pada 1958.
Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.
KRONOLOGI:

19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.
Sumber http://www.bharian.com.my

AIDC said...

setuju dengan pendapat anda

Anwar tak sesuai jadi PM

Salam

Betulkah Anwar Agen Amerika ? http://www.youtube.com/watch?v=2Sc5irk1zHk

Anwar sokong Amerika serang Iraq http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

Betulkah Anwar terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Quantum Metal Consultant said...

Bukan sahaja anwar memerlukan orang yang lemah macam Yong, tetapi Dolah juga sudah lama memperkudakan Najib, Ali Rustam dan yang sekuda dengan mereka dalam faktor dan keadaan yang sama.

Sekurang kurangnya Yong telah menunjukkan kejantanannya, sekurang kurangnya dia tidak 'koro' dalam politik. Bacul dan dayus seperti sesetengah pemimpin yang bersembunyi atas nama 'setia' dan 'sejati'.

Sejarah akan mencatitkan Yong sebagai pencentus dan penyelamat bangsa malaysia dari dalam.

Anonymous said...

Memang lah semua ahli politik ada cerita tersendiri dalam megharungi dunia politik didalam Malaysia, tetapi ada ahli politik yg mementingkan diri sendiri dan ada juga yg punya hati demi rakyat, contohnya kebanyakan ahli politik DAP. Apa yg berlaku dgn SAPP adalah kebetulan dan mereka ingin menebus dosa lama, yg penting agenda mereka bukan untuk kepentingan SAPP tetapi yg jelasnya adalah kepentingan Sabah yg mana selama ini PM kita tidak mahu tengani masalah PTI dan Projek IC dgn secara tindakan RCI, seolah-olah ada yg diselindungi, PM cuma mahu Komiti yg sedia ada untuk menengani. Saya sebagai rakyat Sabah mengucapkan tahniah atas usaha demi untuk Sabah.

Anonymous said...

Saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada SAPP didalam BN,ini adalah titik permulaan era politik yg sihat diMalaysia,kita mahu semua party betul2 berkhidmat untuk rakyat. Malaysia adalah umpama sebuah syarikat besar dan pihak pentadbiran yg ada sekarang sudah banyak masalah, maka itu kita perlu menganti dgn org baru yg punya kemahiran tinggi, pentadbir yg ada sekarang seperti katak dibawah tempurung maka itu kita nak ganti pada org yg berfikiran jineus. Selamat berjuang.

Anonymous said...

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.

"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita

"Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.

"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.

Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab:

"Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat.

"Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.

Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN.

"Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.

"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.

Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan.

"Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang.

"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Mengulas isu pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, Anwar berkata media yang dimiliki Umno terus-terusan cuba menggambarkan pembangkang tidak menghormati institusi raja.

Dalam perbincangannya dengan Karpal, tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, ahli parlimen Bukit Gelugor "tidak bermaksud menyinggung atau tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu".

Beliau juga menganggap siasatan polis terhadap Karpal menunjukkan pihak berwajib menggunakan piawaian yang tidak konsisten apabila penghinaan terhadap institusi raja yang jelas seperti di Terengganu dilambat-lambatkan siasatannya.

"Ketua polis negara hanya menyegerakan siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang," katanya.

"(Keadaan) ini mengesahkan kebimbangan rakyat selama ini bahawa dalam badan kehakiman, dalam siasatan polis, dalam pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tidak banyak perubahan selepas pilihanraya yang lalu."

Anonymous said...

Benarkah wujudnya konspirasi Anwar Abdullah? Suatu episod politik Malaya Baru…………. Marilah kita rungkaikan bersama!

Sebelum Pak Lah menjadi PM beliau secara peribadi pernah menyatakan simpati terhadap Anwar Ibrahim. Hubungan Pak Lah & Nuar ibarat abang dan adik yang suka bersaing, bertumbuk namun selepas itu berbaik semula bagikan “buddy”………

Pak Lah bermula sebagai pemimpin GPMS…. Anwar pula pimpin ABIM….. Pak Lah dulu bertanding di Kepala Batas, lalu Anwar pula selepas itu di Permatang Pauh. Pak Lah masuk kabinet dulu dan lepas tu Anwar…..

Kemudian kedua-duanya sama pangkat sebagai Naib Presiden…… Dam dam dum….. Anwar pintas…. jadi TPM…… Anwar pulak dum dum dam…. Pak Lah korner jadi TPM…. Selepas itu…… Pak Lah jadi PM dulu……

Kata Pak Lah, “Anwar ni sinikal…… Masa saya menang balik jawatan Naib Presdien tau apa Anwar cakap? …… Anwar kata < I dah buat macam-macam nak bagi you kalau u menang jugak Dolah…. Hebat U ni…..>… ” Pak lah tersengih seketika……

Dan menyambung lagi, ….” wan Azizah itu I simpati dengan dia,,,,,, Orangnya lembut, baik….. Bukan orang lain dengan saya pun……”

Anonymous said...

Amboi, sedapnya bercakap.

Tiada BN, orang tak kenal Yong Teck Lee? Orang Malaysia barat pernah kenalkah siapa2 orang Malaysia Timur bukan BN? Siapa yang kenal YTL bila dia bising2 pasal 20 perkara? PM pun buat2 tak kenal masa tu. YTL bukanlah org yang paling disukai di Sabah tapi cuba tanya siapa2 org Sabah dan banding dengan hero UMNO dari Sabah Musa Aman, dengar apa dia akan cakap. Tahukah apa tu 20 perkara?

Anon1,

Pernah dengar nama Chau Tet Onn? Kalau tak pernah, jangan sebut pasal 1994 lah.

Anonymous said...

Ibrahim Othman berpendapat, pecat sahaja Yong Teck Lee atau jika SAPP bersama-sama Yong Teck Lee, BN perlu menyingkirkannya. Takut apa?

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP