Najib tidak akan berganding dengan Muhyiddin-Malaysiakini

Monday, June 9, 2008

Jika Najib Perdana Menteri, bukan Muhyiddin Timbalannya KETIKA BN menghadapi suasana kurang selesa sekarang, hasil keputusanPRU 12, 8 Mac 2008, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang paling teruk menerima bebanan. Beliau dilihat keseorangan ketika diserang, bukan sahaja oleh lawan, malahan, oleh kawan-kawannya yang pernah suatu ketika dahulu, dalam menyambut kemenangan besar PRU11, 21 Mac 2004.

BN dilihat gagal menguruskan kekalahan. Semua orang nak menuding jari ke arah PM. Hebatnya PM, beliau tidak kisah dengan serangan dan tundingan itu. Hakikatnya, beliau sekarang sedang berhadapan 'suasana yang membenarkan' beliau menilai semula di mana kawan-kawan sejati, sewaktu menangis dan kenalilah kawan-kawan yang hadir ketika 'ketawa'. PM tidak perlu sedih dengan situasi ini, kerana di sinilah letaknya hikmah Allah di sebalik semua kejadian.

Kehadiran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Nor, juga dikecam oleh rakan-rakan kabinet sedangkan PM sebenarnya 'mahu memberi ruang' kepada lebih ramai' yang tersesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan'. Siapa Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu membantah? Belajarlah menghormati PM yang juga Presiden Umno. Kedudukan Najib, Muhyiddin dan Rais itu sendiri pun atas 'ihsan' PM, mengapa tidak PM boleh 'mengumumkan' penerimaan Mohd Ezam ke dalam Umno. Bukankah Mohd Ezam juga bekas Ahli Umno yang juga merupakan kawan kita semua. Mohd Ezam keluar Umno bukan kerana 'kerelaannya'.

Dia dipecat kerana bersama-sama bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Mohd Ezam masuk, kita pernah diberitakan beberapa bekas orang kuat Keadilan (sekarang PKR) turut menyertai Umno 'melalui pintu Datuk Seri Najib' yang didakwa diusahakan Datuk Sulaiman Ibrahim, orang kuat Najib dengan sedikit habuan. Kenapa tidak jadi isu ketika itu? Siapa yang beri 'lampu hijau' Najib menguruskan kemasukan mereka ini antaranya Ruslan Kassim, Zahid Mohd Arip dan Hanafiah Man? Apakah kalau masuk Umno melalui 'pintu Najib' semua ok tetapi kalu masuk Umno melalui PM, Muhyiddin akan marah-marah.

Suara Muhyiddin kebelakangan ini dan Najib, nampaknya senada. Mulai bila mereka berdua ini boleh 'selangkah dan sehayun? adakah mereka mempunyai matlamat yang sama ketika ini untuk 'melangkah lebih jauh dalam hiraki Umno? Kalau orang-orang Umno masih ingat, cerita gandingan Najib danMuhyiddin ini jika berlaku (saya ulangi – jika berlaku) samalah dengan apa yang berlaku dalam tahun 1987, Tengku Razaleigh Hamzah berganding dengan Tun Musa Hitam. Ku Li dengan Musa mungkin tidak ada masalah kerana mereka 'hanya berdua' tetapi bolehlah penyokong-penyokong mereka, yang bukan sedikit jumlahnya 'melupakan' segala-galanya? Bolehkah Najib melupakan bagaimana Muhyiddin 'memotongnya' dalam 'team wawasan' tahun 1993 dahulu? Bolehkah penyokong-penyokong Najib melupakan bagaimana 'serangan wang ringgit yang berbakul-bakul' dari kumpulan Muhyiddin hingga menyebabkan Najib 'terpaksa' berpuas hati dengan hanya menduduki tempat kedua di barisan Naib Presiden Umno ketika itu.

Nasib baiklah ada usaha dari Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dengan sokongan (jika tidak silap) Datuk Mazlan Abu (Ketua Umno Bahagian Bakri dan Datuk Abdul Ghafar Gorahhu (Ketua Umno Bahagian Kluang) mendedahkan beberapa hal mengenai 'politik wang' kepada Presiden Umno ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga menyebabkan Dr. Mahathir membuat ucapan khas, membelasah calon-calon yang hendak bertanding (beberapa pihak mendakwa ditujukan kepada Muhyddin) bahawa mereka yang menang kerana 'wang' akan menjual negara ini jika mereka menang.

Maka, sejarah mencatatkan tewaslah Muhyiddin dalam usahanya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden dalam tahun 1996,dengan satu keputusan yang cukup teruk dan memalukan hingga membuatkandia bercadang meletakkan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika itu.Apakah semua orang sudah melupakan ini semua. Apakah tidak ada perananNajib menjatuhkan Muhyiddin dalam tahun 1996? Atau Muhyiddin sudah boleh melupakan semua ini untuk mencapai cita-citanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri? Atau Najib sudah boleh memaafkan kesalahan Muhyiddin yang memintasnya dalam tahun 1993 dahulu, hanya kerana sekarang Muhyiddin sudah 'menjadi kempen manager' kepada Najib dalam usahanya menjadi Perdana Menteri?Betullah, politik itu adalah permainan serba mungkin.

Tiada perkara mustahil dalam politik. Tiada musuh kekal dalam politik. Tetapi, baik Najib atau Muhyiddin, cuba-cubalah 'menoleh sebentar kebelakang' dan belajarlah 'jujur' kepada diri masing-masing bahawa 'mereka berdua bukan sahabat' dalam politik. Mana mungkin Muhyiddin boleh bersama Najib. Mana mungkin Najib boleh bersama Muhyiddin kerana mereka renggang dan jarak renggang mereka 'umpama langit dengan bumi'. Bolehkah YB Aziz Kaprawi dan Datuk Nasir Safar 'menerima' Muhyidddin dalam kumpulan Najib?Bolehkah Datuk Mohd Shafie Afdal 'menerima' kehadiran Muhyiddin dalam kumpulan Najib? Begitulah juga dengan orang-orang Muhyiddin seperti Datuk Ir. Hasni Mohamad (Ketua Umno Bahagian Pontian) bolehkah menerima kehadiran Najib dalam kumpulan Muhyiddin?Nama-nama yang saya sebutkan ini 'sentiasa memakin hamun' antara satu dengan lain, setiap masa kalau bercakap soal politik.

Yang sayangkan Muhyiddin tidak akan percaya kepada Najib dan yang mana sayangkanNajib, mustahil dapat menerima kahadiran Muhyiddin dalam kumpulan mereka. Cuba kita bertanya; "Pernahkah Aziz Kaprawi ke rumah Muhyiddin walaupun ketika sambutan Hari Raya?"Ramai juga yang beranggapan, kalaulah Najib dapat menjadi Perdana Menteri, bukan Muhyiddin bakal menjadi timbalannya! Apakah Muhyiddin sedar itu? Muhyiddin semakin sibuk sekarang ini berkempen kononnya 'atas tiket memberi penerangan kod etika pemilihan' tetapi hakikatnya, tiket itu digunakan untuk menyerang kepimpinan PM. Mustahil PM tidak tahu semua ini tetapi, PM bukanlah jenis pemimpin yang bertindak mengikut emosi.

Beliau boleh sahaja menggugurkan Muhyiddin dari kerusi kabinet tetapi ketenangan dan kesabaran sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar menyebabkan Muhyiddin terselamat. Hakikatnya, Muhyiddin pernah merasakah dia lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih dahulu dari Najib tetapi kononnya desakan Tun Dr. Mahathir terhadap perlantikan itu menyebabkan PM melantik Najib. Bukan main kecewa Muhyiddin. Adakah, kekecewaan itu sudah terubat sekarang dengan mendesak PM berundur? (SCA).

Oleh S. C. Adnan

9 comments:

Anonymous said...

In 1999, when Abdullah was made deputy prime minister, he was not the vice-president who garnered the highest number of votes during the party election three years earlier.

In that election, Najib secured the most votes — 1,483. Abdullah received 1,053 votes while Taib 1,045.

In the 2000 party election, Najib, who is also defence minister, secured 1,289 votes, Taib 853 and Muhiyidin Yassin 813.

Based on this, if the party election scheduled for next year is cancelled, Najib will most probably be the country’s next deputy premier.

Mahzrid said...

Muhiyidin pula mula tunjuk belang dan Najib pun mula berjinak-jinak dgn TDM. Katanya akan jumpa TDM buat kali kedua.

Senario inilah yg membolehkan Ezam menonjolkan diri.
Ezam dijulang oleh Pak Lah dan KJ yang sedang lemas.
Orang sedang lemas, tahi pun dia dakap kalau ianya boleh dijadikan pelampong.

Yang bersalah bukan Ezam tatpi Pak Lah dan Khairy.

Marilah sama-sama kita harap ahli MT akan tolak permohonan Ezam.
Kalau Pak Lah berdegil juga, dan MT serba salah, kita harap akan ada ahli MT yg dedahkan tentangan mereka dalam mesyuarat MT nanti.
Biar Ezam sedar kedudukannya dan Pak Lah sedarkan diri sikit.

shenyeeaun said...

Mahathir , Anwar dan Pak Lah adalah senjata ataupun buah catur Hisham , Khairy dan Najib.

Setiap langkah yang diambil oleh anwar , mahathir ataupun pak lah hanya akan menguntungkan tiga orang itu yang tengah diam-diam merancang dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Setiap pergelutan ataupun suara A,M DAN P juga akan memberi lebih ruang kepada K ,H dan N.

Tak percaya? Kita tunggu dan lihat.

Ada kemungkinan dalam keadaan terdesak Najib akan bergabung dengan Hisham dan Khairy dengan Muhiyidin.

Kalau lawan individu peluang Khairy lebih cerah tetapi kalau 2 bekas anak perdana menteri bersatu maka tidak kira siapa Khary bersatu tetap akan kalah.

Gabungan Najib dan Hisham terlalu kuat.

Ini hanya pendapat peribadi dan tafsiran peribadi mengenai perkembangan politik

Amin Ahmad said...

Khairy perlukan Anwar masuk UMNO. Kalau tak Najib akan pancung dia bila naik jadi PM sebab Khairy dah banyak kacau line Najib.

Pak Lah bagi aku ada sisi yang kuat tapi dia tak ada team yang cukup kuat. Kerana tak ada team yang cukup kuat inilah orang macam Khairy banyak ruang untuk ke depan. Kawan-kawan Khairy bukan orang biasa dari segi pemikiran cuma sepak terajang politik Malaysia ni sebenarnya 'kejam'.

Anwar? Aku masih percaya bisikan Malek Hussin pada aku pada hujung tahun 2001 "Pak Lah akan naik, tetapi dengan itu rakyat akan sedar bahawa mereka perlukan Anwar".

abe MIE said...

orang sudah muak dengan cerita UMNO-BN walaupun orang itu adalah ahlinya. sekarang BN dah gagal tewaskan dan cari kelemahan PR sebab BN banyak lemah...betul tak?

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

PAKA LAHAP makin pelahap.
Ko bela la Ezam tu agar senang jadi pencacai kpd anak hantu ko tu.

TPP

mma said...

team najib

timbalan : hisham
naib : zahid hamidi
: rais yatim
: ali rustam

Anonymous said...

blog ini sengaja direka bagi melaga lagakan ahli umno sendiri..apa boleh buat,melayu memang ada sifat dengki mendengki sesama sendiri....

nabil said...

blog ini sengaja direka bagi melaga lagakan ahli umno sendiri..apa boleh buat,melayu memang ada sifat dengki mendengki sesama sendiri....
____________
A hahaha nasib la... lu piiiikiiirrr la sendiri beb...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP