KENYATAAN MUKHRIZ MENGENAI TINDAKAN YONG TECK LEE MACAM DUNGGU-MALAYSIAKINI

Friday, June 20, 2008

Oleh Mahfir Sabtu

Memang boleh dijangka Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz tidak akan teragak-agak akan menyokong cadangan Datuk Yong Teck Lee untuk membawa usul tidak percaya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin ini.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi Mukhriz yang sejak dari mula dipilih menjadi wakil parlimen Jerlun dalam pilihan raya umum lalu. Justeru itu, tidak syaklah beliau sangat seronok dengan Yong yang bagaikan lupa diri sedang memperkosa semangat setiakawan dalam BN selama ini.

Tetapi apabila Mukhriz mengenakan syarat sekiranya apa pun usul Yong yang menjurus kepada menyokong Anwar, beliau akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah Mukhriz begitu dunggu untuk memahami bahawa tindakan Yong itu sememangnya terang-terang memberi keuntungan kepada Anwar? Malahan apa yang digendang selama ini terhadap Pak Lah adalah secara langsung memberi markah kepada Anwar. Itulah yang Anwar suka sekali. Pendek kata, apa saja yang mengusik ke arah menggugat UMNO dan BN adalah kredit untuk Anwar yang tak sabar-sabar mahu jadi perdana menteri kalau Pakatan Alternatif berjaya memerintah.

Pada hakikatnya, belum tentu PAS dan DAP dengan mudah mahu member laluan pada Anwar yang bukan presiden mana-mana parti setakat ini. Lagipun, sifat Anwar juga disedari bukan ramai yang berkenan. Dia sudah dilihat seperti orang kenan (terencat akal) bila dia membentak-bentak mahu jadi PM.

Beri ceramah satu pentas dengan PAS dan DAP boleh. Tapi untuk member Anwar mengetuai mereka, cerita lain. PAS lebih tahu apa yang tersirat dalam diri Anwar.

Dalam perkara Yong dengan BN, Anwar memerlukan sangat orang seperti Mukhriz – selalu keliru dengan pendiriannya. Dia jadi bodoh-bodoh alang apabila berdepan dengan keadaan yang mana mahu dikira untung dan yang mana mahu dikira rugi.

Oleh kerana Mukhriz terlalu kemaruk dengan keputusan Yong mahu mengajukan usul tidak percaya kepada Pak Lah yang sekarang ini dianggap bukan lagi presidennya, tetapi musuh, Mukhriz tidak sempat berfikir panjang.

Dia lebih ghairah mahu memanggil sidang akhbar dan membuat kenyataan. Tidak banyak bezanya ketika beliau membaut sidang akhbar mahu menetapkan pendirian sama ada mahu meninggalkan UMNO menjejaki ayahndanya atau tidak, beliau juga mengenakan syarat.

Beliau hanya akan letak jawatan sekiranya Pak Lah tidak berhenti di akhir Julai ini – satu tempoh yang terlalu lama bagi orang UMNO mahu melihat sejauh mana kebenaran Mukhriz dalam menetapkan tarikh itu.Maknanya, kita juga mahu lihat pada 1 Ogos nanti apakah Mukhriz sudah catat dalam diarinya menulis surat letak jawatan kalau Pak Lah masih lagi perdana menteri.

Bukan sekadar ahli UMNO sahaja yang akan mengingati tarikh itu, ahli-ahli parti lain termasuk pembangkang pun menunggu tarikh keramat bagi Mukhriz itu. Tarikh keramat Anwar pada 16 September. Jadi setiap bulan kita ada tarikh keramat dari pemimpin Melayu.

Kerana itulah saya kata Mukhriz memang ada banyak persamaan dan layak benar Anwar ajak Mukhriz masuk PKR saja lebih mudah. Lagipun ayahnda Mukhriz dulu pun bos Anwar. Untuk balas budi bekas bosnya, memang sesuailah Anwar berbaik-baik dengan Mukhriz.

Berbalik pada tindakan Yong, belum tentu lagi seluruh SAPP dengan ahlinya setuju dengan tindakannya. Silap-silap hari bulan, ada anggota SAPP yang tidak berkenan dengan tindakan beliau, ada pula usul undi tidak percaya terhadap Yong. Itu baru padan muka. Tapi mana tahu. Dalam politik ni macam-macam boleh terjadi.

7 comments:

Anonymous said...

Saya pilih Anwar anytime daripada pemimpin UMNO yang nyata memusnahkan bangsa dan negara. Dulu, kini dan selamanya. Mengapalah orang Melayu tak sedar-sedar!

Anonymous said...

sudah jelas nampak kepincangan pemerintahan sekarang, ada yang masih lagi membisu????? lihatlah ekonomi negara pada masa akan dtg...

slyderrose said...

Buat masa ini aku dan kawan2 berani kata, Anwar adalah pemimpin melayu yg paling berkeliber. Tiada seorang pemimpin umno yg setanding dengan Anwar baik di dalam negera mahupun di luar. Inilah hakikatnya. Tetapi orang umno baru masih di takuk lama. siege mentality. Tidak mahu berubah. Masih ampu sana ampu sini. Macam mana melayu nak survive dalam dunia globalisation ini?. Asyik nak kena ampu. Macam mana kaum lain nak hormati orang melayu?. Puncanya melayu umno sendiri.

Anonymous said...

Anwar akan membentuk satu kerajaan rojak yang pastinya menarik.Cuba bayangkan satu parti yang akan membentuk dan membangunkan negara tanpa mengira bangsa dan agama dibawah kepimpinan Anwar,dihidang sama dengan parti yang akan mengutamakan isu dan hukum islam dan dipadukan bersama parti roket cina yang tentunya inginkan lebih keadilan terhadap kaum cina.

Dunia akan dapat melihat satu menu politik yang terlazat pernah dibuat.Parti rojak ini juga bukanlah baru semata.Inti didalamnya adalah jemputan jemputan dari menu lama bernama UMNO.Yang dihidang kepada rakyat atas satu dasar menjanjikan perubahan dengan rencah rencah semalam.Tak basi ke kot???

Sementara menunggu menu rojak ini,rakyat Malaysia terpaksalah pasrah dengan menu yang ada sekarang.Satu intinya telah meninggalkan lauk itu atas dasar inginkan perubahan.Inti ini bagaikan hilang arah.Hendak masuk ke rojak,takut tidak dijemput.Hendak terus berdiam di menu lama,rasanya sudah hilang selera.

Dan jika kita balik ke realiti dan lupakan tentang lauk pauk ini buat sementara,boleh diibaratkan rakyat Malaysia ini bagai anak tidak ber-ibu dan tidak berbapa.Ahli politik yang ada sekarang bukan mencerminkan suara rakyat.Mereka hanya inginkan kedudukan dan status.Dimanakah ahli politik kita yang berani menyatakan kelemahan parti mereka,perubahan yang akan dibuat dan bagaimana mereka boleh dinilai.Seratus hari telah berlepas dan kita hanya melihat proses merampas kuasa.

Jika kita buka mata kita,ahli politiks yang sebenar berada di antara kita yang bernama 'bloggers'.Yang pernah digelar monyet.(telan balik perkataan tu oiii)Bloggers bukan sahaja melihat kelemahan parti yang ada,malah mereka timbul dengan satu kenyataan yang boleh merubah arah negara dibangunkan.

Blog mereka telah menjemput ramai lagi suara rakyat yang menilai,meneliti dan membincangkan cara terbaik satu masalah ditangani.

Justeru,biarlah ini menjadi jemputan kepada semua bloggers yang ada.Bagi yang inginkan perubahan,bagi yang berani berdepan dengan rakyat dan mengakui kesilapan dan bagi yang berani mendengar keluhan rakyat dan bukan puji pujian....masanya telah tiba.

Satu parti Blog harus dibangunkan segera.Nilai hasil tulisan mereka,karya mereka.Satukan mereka dan lupakan saja buat sementara lauk semalam dan rojak yang akan datang.Tentunya akan lahirlah satu parti yang lebih realistik kerana janganlah kita cuba nafikan lagi bahawa suara hati bloggers adalah lebih nyata,ibarat nafas kita.Jika terhenti,maksudnya.....kojol.

Saya berharap dengan hasil tulisan ini,akan lahirlah satu waktu,mungkin bukan esok tetapi suatu ketika...seorang blogger yang berani meneruskan wawasan ini.Kita telahpun bermula kecil.Dan bagai suatu kehidupan diiring masa,ia akan berkembang.Dan waktu itulah,Mahathir,Anwar ,Badawi dan sekutu kutunya dapat melihat bahawa merampas kuasa,mempecah belahkan parti bukanlah satu cara untuk mencampai suara rakyat.Menerima lontaran,membersihkan luka dan terus berjalan,melupakan kemahuan hati dan mengikut kemahuan rakyat adalah ahli politik sebenar.Tak percaya...teruskan membaca blog.

Mohd Ezam Yunus

Anonymous said...

hahaha.anwar dah boleh ketwa besar sekarang.cita-cita untuk menjadi Presiden UMNO hampir menjadi kenyataan.yang ruginya org2 dalam UMNO yg sebelum ini siang malam bekerja tk parti sendiri membunuh sesama sendiri

Anonymous said...

aku setuju..............Anwar bakal jadi Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Ke-6.Maka dengan ini bye bye lah Tok Najib.Hahahahaha

Anonymous said...

Telling the TRUTH Since MALAY become MALAYSIA ONLY HAVE 2 kaliber LEADER. 1 is Mahathir 1 is Anwar Ibrahim.
DOnt tell me Mahathris is diktaktor.. every body know this.. BUT No HIM who we r Malaysian? This is POLITIk. Like CHinese PROVERB said " REN ZAI JIANG HU< SHEN BU YOU JI"
Those not understand may ask our friends who know s those meaning... In between we asking, we create our good relationship among races.. HIDUP RAKYAT !

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP