KETUA PEMUDA: LAGI RAMAI LAGI MERIAH. TAPI APA ERTINYA JIKA SEKADAR CUBA-CUBA-Malaysiakini

Thursday, June 5, 2008

Oleh Mahfir Sabtu



Terakhir sekali setakat ini, seorang lagi menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pergerakan UMNO iaitu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Ini menjadikan jumlah menunjukkan minat sudah menjangkau tiga orang.

Mereka terdiri dari Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Walaupun sebelum ini, gah bunyinya, penyandang jawatan naib ketua yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga akan merebut jawatan tertinggi pemuda itu, tetapi belum lagi dari kenyataannya sendiri membuat tawaran terbuka sepertimana orang lain.

Pernah ditanya wartawan, tetapi beliau hanya menyatakan beliau akan mempertahankan jawatan naib ketua. Khairy menjawab begitu kerana beliau sedar bahawa ketuanya Datuk Seri Hishamuddin Hussein belum lagi menyatakan apa-apa yang beliau mahu meninggalkan jawatan ketua pemuda.

Cakap-cakap orang sahaja yang mengatakan Hishamuddin akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Tetapi pendedahan secara sah dari kenyataannya sendiri yang beliau sangat berminat, belum lagi kedengaran.

Setakat ini juga, nampaknya tidak ada siapa yang berminat merebut jawatan yang sedang disandang Khairy. Semuanya bangkit menyatakan mahu rebut jawatan ketua pemuda. Apakah mereka ini sudah membuat ukuran terlebih dahulu.

Seperti Zahidi yang sebelum ini pernah menjawat Ketua Pemuda UMNO Perlis dan nama beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi ADUN Beseri dalam pilihan raya umum lalu, menyatakan beliau berhasrat untuk merebut jawatan ketua pemuda itu semata-mata kerana telah mendapat sokongan daripada ahli pemuda UMNO Perlis dan juga jawatankuasa perhubungan negeri.

Namun alasan yang mendorong beliau membuat keputusan menawar diri merebut jawatan itu seolah-olah macam bergurau bunyinya. Apa kata kalau sokongan yang beliau dapat itu berbangkit dari kalangan orang UMNO yang rapat dengan beliau? Tentulah orang akan kata bagus, layak dan patut tanding.

Orang-orang rapat dengan beliau itu kemudiannya menyampaikan laporan kepada Zahidi bahawa memang benar beliau mendapat sokongan dari akar umbi. Semua orang sokong. Ramai yang kata Datuk layak dan patut bertanding dengan jaguh-jaguh yang sudah lama menyatakan sangat berminat dengan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang kononnya bakal ditinggalkan oleh Hishamuddin untuk merebut jawatan naib presiden.

Soalan yang orang ramai tanya, senada bunyinya apabila Mukhriz mahu merebut jawatan yang sama iaitu apa sumbangan yang pernah beliau buat terhadap UMNO di peringkat nasional terutama pemuda? Kata orang utara, "Takdak apa pun….."

Kurang-kurang, busuk-busuk pun, Muhkriz ada jugalah memainkan peranan dalam Aman Malaysia sedikit masa dulu. Tetapi Aman Malaysia dengan perlahan-lahan menjadi malap apabila Malaysia tidak aman apabila beliau 'melawan tauke' sebaik sahaja beliau meminta perdana menteri mengundur diri . Sepatutnya ketika itu, UMNO sudah mengambil tindakan memecat atau sekurang-kurangnya menggantung keahlian beliau dari UMNO kerana bertentangan arus perjuangan parti.

Begitu juga dengan Mohamad Khir Toyo yang telah terang-terang gagal dalam mempertahankan Selangor daripada tangan parti pembangkang. Dengan wajah baru dan kegagalan yang dipikul hari ini, pemuda UMNO begitu ramai yang menyatakan takut dengan kehadiran beliau. Lebih-lebih lagi untuk menjadi ketua mereka.

Gelaran yang melebel namanya dengan penyapu telah banyak meninggalkan kesan bahawa sifat-sifat kepimpinan Mohamad Khir tidak mudah diperkenankan oleh Melayu keseluruhannya. Tidak kurang yang menyatakan Khir patut duduk diam, makan saja pencen yang ada dan jadilah ahli yang baik. Tak payahlah sibuk-sibuk mengejar pangkat dan jawatan lagi. Masa untuk beliau sudah berlalu. Ramai lagi yang lebih berkelibar.

Datuk Shaziman Abu Mansor pula seperti orang baru dalam barisan pemuda UMNO walaupun kedudukan beliau sekarang sebagai menteri. Ada yang tahu namanya tetapi tak kenal wajahnya dengan jelas. Ertinya dia belum cukup popular lagi untuk memegang jawatan yang begitu memerlukan intigriti, karisma dan perwatakan yang dicari-cari.

Sebagai menteri pun, Shaziman masih baru lagi dan penyerlahannya belum teruji sejauh mana beliau boleh mengetuai kementerian yang dikira cukup penting itu. Lagipun, sebagai seorang menteri, apabila beliau menjadi ketua pemuda mengemudi sayap kanan dalam parti, dapatkah beliau mengimbangkan masa, tumpuan dan merancang dengan berkesan untuk pemuda?

Takut jadi macam Datuk Seri Hishamuddin pula nanti yang apabila timbul isu-isu yang patut pemuda bantah, bangkang dan bersuara, beliau menjadi kaku. Kerana itu, naibnya Khairy terpaksa lebih menonjol bagi pihak ketuanya untuk bersuara bersama barisan bawahan lain.

Hishamuddin lebih dilihat menjadi ketua pemuda ketika perhimpunan agung UMNO sahaja. Itu pun ada yang mencebek bibir apabila suaranya menjadi halus bila cuba dilantangkan hingga menjadi bahan cakap-cakap dari kalangan pemuda sendiri, "mulut besar, suara halus". Maka haluslah bunyi suara pemuda UMNO.

Keris yang dihunus hingga menjadi isu besar kepada bukan Melayu yang walaupun tidak ada apa yang menyalahi adat kerana keris itu adalah lambang pahlawan Melayu, terbantut apabila tindakan beliau kemudiannya dengan cara terdesak memohon maaf pula. Padahal maaf itu pun tidak salah, tetapi persepsi Melayu memohon maaf atas isu keris itu dipandang amat besar.

Masing-masing menggeleng kepala dan di mana ceruk orang membedil kelemahan Hishamuddin.

Sungguh memeningkan. Hunus keris, bukan Melayu marah. Minta maaf, orang Melayu pula marah. Jadi sebagai contoh, untuk jadi ketua bukan mudah. Lebih susah menjadi ketua kepada orang muda daripada orang muda menjadi ketua kepada orang tua sebenarnya. Fomulanya, janganlah kita bertindak mengikut sedap kita. Berunding dan berbincang adalah satu cara terbaik untuk mendepankan atau melakukan sesuatu secara bermuafakat dengan sekutu kita. Biarlah ia didedahkan mengikut suara kolektif yang pasti membawa akibah yang baik.

Untuk menjadi ketua atau lebih jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember nanti, percayalah ada ketua pemuda cawangan pun merasakan dirinya layak untuk bertanding. Malah boleh dikatakan semua ketua pemuda bahagian dan barisan ahli EXCO pemuda merasakan diri mereka layak. Cuma mereka tak cakap saja. Dalam hati, ramai yang ingin mencuba.

Tetapi kita ada sistem pencalonan dan undi dari perwakilan secara demokrasi untuk memilih. Mungkin Khairy menunggu sesuatu yang nyata iaitu pencalonan. Kalau ada pencalonan yang cukup, pasti Khairy akan merebut jawatan ketua pemuda itu biarpun terpaksa berdepan dengan Khir berjenama penyapu, Zahidi yang mendapat sokongan tidak rasmi di paras ini, Shaziman yang juga seorang menteri yang berjadual ketat dengan kementeriannya. Itu pun kalau mereka mendapat pencalonan yang cukup.

Apa kata kalaulah Hishamuddin tidak jadi merebut kerusi naib presiden dan mahu mengekalkan kerusi ketua pemudanya, nescaya Khairy akan pertahankan kerusi naib ketuanya. Ketika itu, apakah yang lain akan teruskan juga melawan Hishamuddin? Atau apakah jawatan naib ketua pemuda pula akan jadi rebutan mereka?

Ini hanya satu gambaran sahaja. Ikutkan adat, masa dan keperluan, saya lebih suka melihat Hishamuddin kosongkan jawatan ketua pemuda, buka jawatan itu untuk Khairy, Khir dan Mukhriz bergelut sementara yang lain seperti Zahidi, Shaziman atau mana tahu kalau-kalau ada lagi mana-mana individu lain teringin merebut jawatan naib ketua yang dikosongkan Khairy kelak. Senario begini akan dilihat lebih kemas dan lebih sihat.

Selepas itu yang menang, jangan pula timbulkan macam-macam cerita belakang dan yang kalah pula jangan merajuk atau dengki kepada yang menang. Jadilah pemuda gentleman yang sihat demi keutuhan sayap penting dalam arena politik bangsa kita. Masing-masing kena terima hakikat kalah menang dalam pertandingan sebagai adat bertanding.

13 comments:

Anonymous said...

Saper berani masuklaaaaa... Kita palam beb... jangan x palam....

Anonymous said...

haha..aku dgr MB pahang pon nak jawatan ketua pemuda..hahaha

palam..jgn tak palam

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

siapa nak jadi ketua pemuda lantaklah, janji dia bela orang melayu dan islam...jangan jadi PAS yang hulubalangnya dan wira nya tumbang dengan PKR dan DAP.

sekarang orang pening passl minyak... waduh-waduh....malaysia udah sama dengan indo, minyaknya udah ketinggi..waduh-waduh..


pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sesiapa yang menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, silakan. Ini bukan masanya untuk mencuba-cuba, malah inilah masanya untuk memerah kudrat sepenuhnya bagi seorang ketua untuk mengembalikan sokongan golongan muda kepada UMNO.

Tanggungjawab berat ini mesti mampu dipikul dengan sebaiknya. Lupakan agenda tersebunyi atau kepentingan peribadi. jadilah pemimpin pemuda yang agresif, berani dan berwawasan serta tulen dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan Islam dan Melayu.

Jika niat dihati sekadar ingin menciba atau sekadar nak 'test market', baik berundur sahaja, kerana UMNO hari ini dan akan datang tidak memerlukan kepimpinan tersebut. Teruskan niat kepada sesiapa yang ingin bertanding dan berani dengan amanah dan tanggungjawab yang sedang menanti di depan mata. bagi saya semakin ramai yang menawarkan diri, ia menjadi lebih baik, kerana kita punyai banyak pilihan untuk memilih yang terbaik. Wassalam.

Anonymous said...

Salam dari Gondang. Semua ketua Pemuda Umno di peringkat bahagian dan perwakilan Pemuda perlulah membuat keputusan tepat memilih siapa yang layak mengetuai Pemuda selepas ketiadaan Datuk Seri Hishammuddin. Bagi saya, nama-nama seperti Dr. Mohamad Khir Toyo, Datuk Zahidi Zainol Abidin dan Datuk Mukhri Tun Dr. Mahathir 'belum layak' menawarkan diri. Mereka ini hanya 'merasakan' mereka layak dan bukan kehendak Pemuda dari peringkat bawahan. Dr. Mohamad Khir dan kerap turun dari negeri ke negeri. Selangor yang 'dilepaskannya' kepada pembangkang tidak diusahakan untuk dirampas kembali, jawatan dalam parti pula yang dikejarnya.
Malanglah Pemuda kalau dapat ketua seperti Datuk Zahidi yang tidak pernah berenggang dengan isteri orang ke hulu ke hilir. Apa sebabnya dia duduk siang malam dengan Misnah? Dia tak tahu dosa dan pahala? ia tidak tahu hukum? Dia tidak tahu adat? Datuk Mukhriz pula, nak jadi hero macam sejarah peribadi bapanya, Tun Dr. Mahathir. Masa dan zaman sudah berubah. Jangan perasan. Wasssalam

Anonymous said...

Salam dari Klang,

Perwakilan Pemuda dari semua bahagian di Malaysia sudah matang. Mereka sudah amat layak untuk membuat penilaian untuk menentukan siapa pemimpin nombor satu pemuda. Biarlah berbagai pengaruh yang datang, namun pilihan tepat akan dibuat pada pemilihan parti Disember ini. Siapa yang akan mengetuai tentera perang pemuda kita tunggu dan lihat, mungkin Khir Toyo, Mukhriz, Zahidi, Khairi atau kejutan baru dari EZAM MOHD. NOOR. Semakin hebat persaingan dalam kepimpinan pemuda nanti. apapun HIDUP UMNO... DULU...KINI...SELAMANYA.

Anonymous said...

Lagi ramai lagi meriah, Aku takut KJ terkeluar rengking jer.

Anonymous said...

It's ok if Dtk Mukhriz decides to stay on and fight the battle from within. But if he wants to leave, then he has the support of thousands of Umno members.

PERJUANGAN YG BELUM SELESAI!

Anonymous said...

well if the father has called on all UMNO members and MP to quit the party, the only right thing Mukhriz shud do is to be the first to resign and follow is father out of UMNO !!

Or else Mahathir will lose face !

Anonymous said...

Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini dicabar supaya keluar daripada Umno tanpa perlu menunggu sehingga Julai bagi berbuat demikian seperti yang disyaratkan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi...

Anonymous said...

The old fox has plans. Otherwise Mukriz would have resigned from UMNO too. His staying on in UMNO, his intended quest for the Youth Presidency are all out to keep the old man relevant to Malaysians. Even if he did not get the support of the UMNO MPs, he made headlines in all the MSMs. That speaks volume for him, and he probably has a plan to keep his secrets intact.
Malaysians as usual seems to have forgotten how much of our monies were squandered by (those close to him). Yes there was development; but at the expense of promoting corruption and nepotism. Money which could have been used to help all ended in the pockets of a few, GLCs lost by the billions, Bank Negara lost billions in forex trading, Petronas money disappeared in the form of wang ehsan and continues to disappear.
He is no sad old man. He is a man with a mission, thus his sudden championing of malay supremacy. He intends to stay relevant and he has big plans for his children too.

Anonymous said...

sudah la tu KJ, kau tu tadbir negara pun tunggang langgang, sampai inflation sana sini. Yet you wanna make us give you a suggestion of how to improve malaysian football? I have a good suggestion. You step down from the vice president seat, and let a footballing man control the whole operation. Can't you see why platini is made the president of UEFA right now?



Just mention the name Arsenal as the club which didn't provide much English player despite the fact that it's an English club. Takde masa Arsenal nak saman budak bodoh yg pemikiran dangkal macam kau ni. Kau pernah terpikir tak kenapa Arsenal taknak ambil player England? Because they're not good enough-lah, wahai genius Oxford! Kalau yang bagus macam Rooney, gerrard, you think their value would be under 30-40 million pounds? Errrr.. you graduated in economy kan? What a joke! You tell me how many English players did Fergie groom until they get into the first eleven. Tak payah la mimpi pasal class of 96, 97..they were the last batch yg fergie groom sampai masuk first eleven. Lepas tu mana ada dah. Ke kau ni sokong Man U semata2 ramai org sokong Man U? Alaaa...mcm ramai2 bahalul yang nyatakan sokongan kepada Paklah walaupun dah terbukti mentua kau tu bingai!


No wonder la kau tindas rakyat, sampai ke hal bola pun kau megah dgn Man U kau yg gunakan wang semata2 beli player power2 , walhal team yang takde duit macam Arsenal ni kau ganyang cukup2 , dan bila diorg boleh berdikari dengan wang sendiri nak fund the team, kau kutuk! Shows a lot about what kind of person you are!

Anonymous said...

Nia sapa lak bingai cerita pasal bola kat sini... gila bingai... nie la owang cakap... bercakap tak tengok cermin... cakap owang lain bingai tp diri sendiri adalah bapak bingai... the king of bingai... hehehe

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP