Yong Teck Lee ikut jejak Muhyiddin?-Malaysiakini

Monday, June 23, 2008

Oleh Malek Saiful Muda

APAPUN tindak-tanduk Presiden SAPP hari ini, ada orang berpendapat diamengikut jejak Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yangmemulakan isu 'peralihan kuasa' – satu bahasa yang lebih lembut dengan'usul undi tidak percaya' kepada kepimpinan Perdana Menteri, DatukSeri AbdullahAhmad Badawi.

Hari ini, jika betul-betul wakil BN di Parlimen dari SAPP membawa usulundi tidak percaya kepada Perdana Menteri, seperti yang diucapkan YongTeck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah yang pernah menjamah kerusi KMkerana Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan sistem giliran jawatanKetua Menteri Sabah, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh (dariUmno) dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir sepatutnyabangun menyokongnya.

Keinginan mereka, Muhyiddin dan Mukhriz adalah sama dengan hasrat YongTeck Lee yang mendakwa mendapat sokongan besar dari Majlis Tertinggipartinya, walaupun dinafikan timbalan Presiden, Datuk Raymond Tan ShuKiah.Para penyokong Muhyiddin dan para penyokong Mukhriz yang siang malammemaki-hamun Pak Lah, walau di mana sahaja mereka berada, perlu sedar.Kerana sikap mereka, keterlanjuran mereka menyebabkan orang-orangseperti Yong Teck Lee mengambil kesempatan untuk menggugat kestabilanNegara.

Jika mereka masih tidak sedar, menggunakan banyak masa terluang denganbercakap politik, tidak membuat kerja yang sepatutnya, berbincangbagaimana hendak mencari pencalonan untuk Najib menjadi Presiden Umnodan Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden Umno dan Mukhriz menjadi KetuaPemuda Umno, akhirnya parti komponen yang hanya mempunyai dua kerusiParlimen dari 222 kerusi Parlimen di Negara ini, bangkit membawacerita 'usul undi tidak percaya'.

Ini semua mereka buat kerana mereka fikir, "kalau sudah orang-orangUmno sendiri tidak yakin dengan Perdana Menteri yang juga PresidenUmno" mahu ditunggu apa lagi! Sebenarnya, mereka bertindak, selaindari hasutan dan harapan yang diberikan bekas Timbalan PerdanaMenteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak mereka jugaterpengaruh dengan sikap dan tingkah laku Najib, Muhyiddin danMukhriz.Jika perlu, Ketua Whip BN di Parlimen juga boleh menyokong usul inikerana selama ini, Datuk Seri Najib belum sekali pun mengeluarkankenyataan terbuka menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah yang terusmenerus digugat oleh kawan dan lawan.Tiada apa yang pelik dengan tindakan Teck Lee ini kerana Presiden SAPPini sebenarnya penuh dengan kontroversi. Selain isu RM5 juta yangdisebut bekas pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd. Ketikapemeriksaan utama dalam perbicaraan kes terhadap bekas MenteriPembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, di MahkamahTinggi baru-baru ini, Teck Lee juga pernah bermasalah ketika diamenjadi Timbalan Presiden PBS dan kesalahan-kesalahan ketika pilihanraya sebelum ini.Muhyiddin sudah memulakan kempen ke merata tempat bahawa peralihankuasa perlu dilakukan, dengan niat mahu Datuk Seri Abdullah berundurdan tempatnya digantikan dengan Datuk Seri Najib.

Mungkin ayat danbahasa Muhyiddin 'tidak berbunyi undi tidak percaya' tetapi itulahsebenarnya hakikatnya, bahawa sama-sama Umno sendiri, menunjukkanjalan kepada parti-parti komponen yang tamak, tidak dapat menunjukkanmereka bersatu dan kuat.Ketika Datuk Seri Abdullah mengulangi hasratnya mahu mempertahakankedudukannya sebagai Presiden Umno, Disember ini, Datuk Seri Najibpula mengatakan dia adalah seorang ahli parti yang setia dan mahumemimpin parti dalam keadaan bersatu dan kuat, iaitu tidak mahu partiberpecah.

Kalau tidak mahu parti berpecah, Datuk Seri Najib perlu membuat satukenyataan tegas "saya tidak bersedia menerima sebarang percalonansebagai Presiden Umno dan mahu mempertahankan jawatan TimbalanPresiden" dan seterusnya menyeru semua bahagian yang berhasratmencalonkannya supaya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadaDatuk Seri Abdullah!Kenapa mulut Datuk Seri Najib seolah-olah terkunci dengan ayat"calonkan Pak Lah seorang sahaja" sebagai Presiden Umno? Sehingga hariini, ramai yang memerhatikan dengan penuh teliti setiap kenyataanNajib yang semakin diragui kesetiaannya terhadap kepimpinan walaupunPak Lah sudah beberapa kali mengatakan bahawa penggantinya ialahNajib.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim seronok dengan tindakan Yong Teck Leekerana mengikut kehendaknya, Mukhriz pula tidak bersedia menyokongTeck Lee jika dengan tindakan SAPP itu menyebabkan Anwar yang menjadiPerdana Menteri. Mukhriz takut jika Anwar jadi Perdana Menteri,ayahandanya, Tun Dr. Mahathir tidak panjang hayatnya dalam kebebasanmutlak.Bayangkan kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, bolehkah Dr. Mahathirmerayau macam hari ini, bercakap mengutuk kepimpinan parti dan negara?Rasanya semua orang boleh menjawab pertanyaan ini dengan panjanglebar.

Apa yang Dr. Mahathir lakukan sekarang membuktikan betapaliberalnya (dalam bahasa mudah, berlembutnya) Pak Lah sebagai PerdanaMenteri.Ketika semua kepimpinan parti-parti komponen BN menyatakan sokongankepada Pak Lah dan mengutuk Teck Lee, bolehkah ayat yang sama merekahantarkan kepada Muhyiddin dan Mukhriz (juga Najib dan Datuk Seri Dr.Khir Toyo) yang juga sebenarnya sama dengan tindakan Teck Lee 'yangmahukan Pak Lah berundur'.Jesteru, Pak Lah kenalah memikirkan siapa sebenarnya yang bolehberkawan dengannya, menghadapi saat-saat sulit ini keranaMenteri-Menteri Kabinet yang dilantiknya juga kelihatan 'mahumelepaskan diri masing-masing' dengan sibuk berkempen mah menjadiPresiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli MajlisTertinggi Umno.Mereka tidak sibuk mempertahankan parti dan kepimpinan kerana mereka'membawa cerita Pak Lah' sudah tidak mampu lagi menerajui Umno dankerajaan. "Pak Lah perlu digantikan"… kata mereka yang memang tidaksabar-sabar melihat Najib menjadi Perdana Menteri.

Satu puak lagi, bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah tidak henti-hentiberjalan atas tiket 'jemputan cawangan-cawangan parti yang prihatinkononnya' mempromosi diri, mahu menawarkan diri menjadi Presiden Umnoseterusnya menjadi Perdana Menteri.Cerita SAPP menuntut macam-macam, sama ada atas nama kepentingan SAPP,atau kepentingan wakil-wakil rakyat SAPP, atau atas nama kepentinganSabah, atau atas nama kepentingan rakyat Sabah, samalah dengan alasan-alasan yang diberikan beberapa pemimpin Umno bila mereka tidak lagimenghormati Pak Lah.

Mukhriz mungkin seronok dengan tindak-tanduk Teck Lee dan dalam masayang sama, Muhyiddin mungkin merasakan dia sudah berada di ambang'kuasa' dengan regunya Najib yang tidak sabar-sabar untuk menjadiPerdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

4 comments:

Anonymous said...

Bukan Yong Teck Lee ikut jejak Muhyiddin tp diaorg komplot nak jatuh kan PM ....terima lah nasib ko berdua nanti.....

zanul said...

cina di malaysia sudah melampau.ayuh melayu, bangkit dari dibuai mimpi..........................

Anonymous said...

percaturan yang hebat .....tp aku tak merasakan percaturan ini dapat memberi kelebihan kepada Najib dan Muhyiddin...yang mana aku masih dapat merasakan mereka berdua ini tidak akan berjaya dlm pemilihan akan datang....so masih ada masa utk mereka yang masih tak faham behasa melayu utk berfikir.terima lah hakikat bahawa sudah ada tertulis perjalanan utk seseorg manusia itu didlm perjalanan hidupnya...

anwar dot com said...

Anwar mengakui hubungan dengan Yahudi

http://www.youtube.com/watch?v=je403BiF6Pc


Anwar kata NO to Negara Islam & Mahkamah Syariah

http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw&feature=related

sumber :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP