JOLOKAN SOKONGAN MUHYIDDIN TERHADAP NAJIB MENPUNYAI 'DOUBLE MEANING'-Malaysiakini

Friday, June 27, 2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata sedang mengintai peluang yang lebih tinggi untuk menempatkan diri beliau dalam pemilihan UMNO pada bulan Disember akan datang. Namun sehingga kini beliau mengambil sikap berdiam diri dan memberikan alasan bahawa masa yang sesuai belum tiba untuk mengumumkannya. Muhyiddin yang sebelum ini begitu lantang menyokong usul peralihan kuasa agar ia dilakukan secepat mungkin demi kepentingan parti dan negara ini sebenarnya mempunyai ‘double meaning’ menjurus kepada kepentingan diri beliau sendiri.

Beliau yang kononnya prihatin terhadap parti menyatakan kekuatan BN akan hilang kuasa dan pengaruh jika tidak ada perubahan dibuat ke atas barisan pucuk pimpinan parti. Muhyiddin juga pernah menyatakan persetujuan beliau supaya sistem kuota yang tersedia ada sekarang dihapuskan segera bagi membolehkan seseorang ahli bertanding secara bebas pada pemilihan parti untuk merebut jawatan yang diinginkan.

Pelaksanaan kedua-dua kenyataan itu sememangnya amat dinanti-nantikan oleh Muhyiddin bagi melancarkan hasrat beliau untuk merebut jawatan yang lebih tinggi daripada yang dipegangnya sekarang dalam pemilihan UMNO akan datang.

Jika difikirkan, jawatan yang lebih tinggi yang diinginkan oleh Muhyiddin hanyalah dua kebarangkalian iaitu Timbalan Presiden ataupun Presiden kerana itu sahaja jawatan yang lebih tinggi daripada Naib Presiden yang disandangnya sekarang. Mana mungkin Muhyiddin mahu menurunkan tangkuk jawatan beliau kepada MT sahaja kerana ini akan mengurangkan kepopularitian beliau kelak.

Muhyiddin sedar bahawa jika sistem kuota tetap diteruskan, beliau tidak akan berpeluang untuk bertanding jawatan yang diidamkan kerana kekuatan pencalonan yang akan diperoleh beliau tidak akan setanding dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang diketahui tidak mampu digoyahkan oleh sesiapapun.

Maka disebabkan itulah beliau kini berusaha keras untuk menyakinkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendesak Pak Lah untuk segera berundur dan membuat peralihan kuasa.

Sokongan Muhyiddin terhadap Najib sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Muhyiddin begitu licik menusuk jarum beracun dan menjadikan Najib kuda tunggangan beliau. Beliau akan berusaha keras untuk menjolok Najib sehingga naik menjadi Perdana Menteri. Sekiranya Najib menduduki kerusi Perdana Menteri, kerja Muhyiddin akan lebih senang. Najib akan dipangkas dan tidak akan dibiarkan menjawat jawatan tersebut miskipun sepenggal.

Muhyiddin yang diketahui begitu akrab dengan mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan saling berganding bahu untuk menggulingkan Najib dengan mengada-ngadakan pelbagai isu palsu dan membongkar segala hal berkaitan Najib sehingga menjatuhkan reputasi Najib dan nama beliau tidak lagi bersih.Inilah peluang yang amat dinantikan oleh Muhyiddin.

Apabila Najib sudah digulingkan, beliau pula yang akan terus mendaki tangga ke jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Sudah kedengaran juga keluarga Muhyiddin telah memasang angan-angan untuk menjadi keluarga pertama dan menantunya, Adlan Berhan juga memasang cita-cita untuk menandingi kepopularitian Khairy Jamaluddin selaku menantu Perdana Menteri.

Manakala Anwar pula sudah pasti akan menjadi rakan gandingan dan peluang untuk Anwar melebarkan pengaruh kembali dalam UMNO akan cerah pada masa tersebut.

Ternyata Muhyiddin sedang galak menjalankan rancangan bagi memastikan segala impiannya tercapai. Masa yang dikatakannya belum tiba untuk diumumkan sebenarnya penuh dengan muslihat. Perancangan yang teratur dan teliti harus beliau jayakan terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan. Disebabkan itulah beliau belum membuat sebarang komen. Dan apabila beliau bersedia bermakna Najib dalam bahaya.

15 comments:

tonini said...

Setuju! Asal dapat guling bodowi dan NAJIB ! itu ok sudah !

Stock said...

Muhyiddin Yassin calon terbaik untuk PM berbanding Badawi, Najib mahupun Anwar Ibrahim

Anonymous said...

wahai pengikut mahakaya.. korang ni semua haprak!!! inilah melayu.. menuduh memfitnah dan bergaduh... muhyiddin sedang cuba sedaya upaya melindungi bangsa melayu kita... korang tuduh macam2... ketahui lah wahai melayu yang dah lupa.... bangsa kamu ni sudah dimakan hasutan bangsa lain..dan yang akan kerugian adalah generasi kamu.... selagi kita memilih pemimpin macam paklah dan kj....

Anonymous said...

saya amat setuju muhyiddin yassin betanding kerusi naib president mahupun president. beliau calon terbaik untuk menaikkan semula martabat melayu dan menjana ekonomi negara. bukannya menjana ekonomi keluarga. jika sayangkan UMNO, kita harus perjuangkan hak UMNO, bukannya hak president. jika nak dikatakan menantunya gila glamour, mana ada menantu MT UMNO yg tak glamour. itu semua biasa la. kita harus lihat bagaimana mereka ini mendapat glamour itu. jika melalui kerja yang bagus, bagus la glamour. di dalam UMNO, kita harus bermula dari akar umbi, bukannya terus ke MT.

Anonymous said...

Bagi saya jawatan timbalan presiden dan presiden harus dijawat oleh mereka yang betul betul telus dan ikhlas terhadap perjuangan bangsa. saya dapat melihat jatidiri ini didalam muhyiddin. track record beliau selama ini pun telah terbukti berkemampuan, jadi apa salahnya kalau beliau kedepan. Saya pun suka cara muhyiddin yang serba serbi low profile. senyap tapi berisi.

Anonymous said...

Saya ingin menarik perhatian sedar sebangsa kita bahawa negara kita berada didalam crisis politik yg sangat goyah baik umno, mca, mic ataupun pakatan rakyat. Oleh itu saya percaya muhyiddin tergerak untuk menyatakan sebab musababnya dan keperluan kita untuk bertindak dgn segera. Jika UMNO dpt diselamatkan maka parti komponen lain akan mengikut sama. UMNO adalah tunggak kerajaan dan kita tidak boleh melalui krisis ini dgn perdana menteri yg lemah dan mementingkan keluarga dari rakyat. Pada pandangan saya,jika kita berkata bahawa muhyiddin mementingkan dirinya dlm perjuangan ini, itu tak benar. Beliau skrg adalah menteri kanan iaitu menteri industri dan perdagangan antaranbagsa. Satu potfolio yg sungguh besar.kenapa beliau sanggup menggadaikan posisi yg sungguh besar itu? Lagi baik beliau duduk disitu dan jangan mengambil risiko digugurkan dari kabinet seperti menteri2 yang lain. Mengenai keluarga atau lebih2 lagi menantunya, muhyiddin terkenal sbgai seorang yg tegas dan berdisiplin. Bukan lemah dengan memberi segalanya pada permintaan anak2 ataupun menantu seperti pemimpin kita skrg.muhyiddin adalah org yg memutuskan keputusan dan berani membuat keputusan tanpa perlu pengaruh sesiapa. Jadi saya percaya kalaupun menantunya cuba mengalahkan populariti kj, adalah tiada maknanya kerana muhyiddin tidak perlu mendengar ataupun membenarkan anak atau menantunya campur tangan didalam halnya dan perkara ini diketahui umum.

Oleh itu berhentilah cakap bohong kerana kita perlu menyokong dan membantu perjuangan beliau demi bangsa, agama dan negara.

Anonymous said...

saya rasa sdr mahakaya ada agenda tersendiri atau pun dibyr oleh seseorg untuk membunuh karier politik muhyiddin yassin.ini kerana jika anda mengenali muhyiddin tentu anda x kan bersetuju dgn tulisan skeptikal n berat sebelah beliau kpd muhyiddin.saya sudah jangka yg muhyiddin akan cuba difitnah melalui cara blog yg semcm ini kerana beliau sememangnya seorg menteri yg kuat bekerja , taat pada parti n presiden n kurang berckp..jika dilihat kpd ministry yg beliau telah berkhidmat sebagai menteri semuanya berjaya n dpt memberi impak n perspektif yg baru kpd ministry tersebut.dlm umno pula jika dilihat kpd susur galur perjuangan politik beliau boleh lah kita anggap sebagai seorg yg setia kpd presiden parti.jika diukur kpd sejarah itu kita tak sepatutnya melatah dgn membuat spekulasi yg buruk terhadap beliau.Rasional nya kita harus bertanya kpd diri kita mengapa seseorg yg mempunyai latar blkg yg sedemikian tiba2 mengesa pak lah mempercepatkan kuasa peralihan kpd najib..beliau saya rasa terpangil untuk membuat kenyataan tersebut dlm akhbar kerana tak lain n tak bkn kerana ingin melihat umno terus hidup dihati org2 melayu kita skrang yg semakin terpecah kpd beberapa kelompok..keuntungan drpd pepecahan ini sudah tentu akan dirasai oleh parti pembangkang yg dikuasai oleh kaum lain yg minoriti.sebagai org johor saya rasa beliau terpangil untuk kedepan ialah kerana jiran johor itu sendiri iaitu singapore..lihat lah nasib org melayu di republik singapore itu..mereka terpingir dari pembangunan baik dari ekonomi mahupun sosial..mahukah sdr2 melihat dlm masa 10 -15 tahun lagi anak2 org melayu menjadi sperti disana,ianya tak mustahil lagi buat masa skrang ini..oleh itu saya rasa eloklah diberi peluang kpd muhyiddin yassin untuk mencurahkan idea n pendapat beliau didlm jawatan yg lebih dihormati drpd yg beliau sandang skrang ini..maksud saya 2 post teratas didlm umno..saya bknya nk memberi kempen atau kredit kpd muhyiddin tetapi kerana budi pekerti beliau bersih dari sebarang skandal n rasuah..daya juang yg tinggi dan kualiti kepimpinan yg bagus n terpuji..karisma n tegas..mempunyai didikan agama yg baik dan yg penting beliau berasal dari kampung dan amat mudah bagi dirinya untuk bergaul n bermesra dgn org kampung apatahlagi untuk memahami masalah org kampung itu sendiri..oleh itu jika mahakaya memdpt sagu hati hasil tulisan yg tak btl n salah maka anda juga akan menyumbang kpd kekalutan politik parti n org melayu khasnya dan nmpaknya mahakaya pun samalah hinanya dgn pencacai politik yg sanggup gadikan maruah bangsa dan agama semata mata demi wang..jgn gunakn pena hanya untuk mefitnah kerana satu hari jika beliau dpt jadi pm tentu u akan tulis yg bagus n baik untuk beliau kan ?anda mesti ada prinsip dlm penulisan n asas kpd ssebuah berita sperti tadi itu ok.saya rasa tiada org yg bole memimpin kita selain dari muhyiddin ataupun najib no 1 , mana2 pun bole asal muhyiddin in the row..harapan saya ialah agar kita semua bersatu demi sebuah parti yg telah byk brjasa kpd bangsa kita ini...jgn termakan dgn hasutan n fitnah kerana logiknya org yg jadi mangsa ialah org yg terbaik drpd yg lain,maka ianya harus dicantas supaya yg gile kuasa n wang dpt naik..fikir2kan lah wahai bangsaku....

Anonymous said...

First as a malay commoner yang mengikut perkembangan politik secara jauh namun penyokong setia Parti Kebangsaan MELAYU Bersatu saya biasa dgn kerja2 jentera/gerak gempur dan bercampur dgn Intel2 UMNO. Mahakaya ni seperti comment yang sedia ada mempunyai agenda tersendiri sekecil2 pun cari makannya di tanggung oleh org tertentu. Nampak sgt berat sebelahnya terutama tanpa mengenali muhyiddin atau tak mau hightlight kelebihan muhyiddin berbanding dgn ketua2 sedia ada. Pak lah- tak clean, yg dulunya mr clean; scomi,dpt prjk bukan concesssion but direct nego dpt progress payment and government yg manage nk cover balik duit tu,bukan mcm PLUS, ecm libra ada share dlm pos malaysia, mkn duit subsidi road tax, dll yg malas nak sebut, anak cina makan pengat, sendiri mau ingat. khairy dah tentu cop barua cina dkt dahi.and menang apa2 pun pakai gangster, kaum2 36. mana ada rembau undi pos?! zulhasnan dah tentu jilat bontot pak lah, aktif pekida pun tak bawak apa2 perubahan. Busuk nama PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah) lagi ada lah!Nasib baik setiawangsa ada ramai kuaters askar logiklah ada undi pos. Mula@ kira itu hari, muka pun dah terduduk.Sampai tong pos, ada hati org kiri kanan nak julang dia. Sharizat gentle, salam nurul siap@, sblm tong2 sampai. As for maha kaya punya comment on adlan berhan, menantu muhyiddin tu, nampak sgt pukimak ni mcm kena bayar. Kau kenal ke adlan ni yang cakap dia nak jadi next khairy? Compare the two jauh langit dgn bumi. Aku kenal! Aku budak st john yang tak rapat tapi dia tolong tanpa aku bagi apa2 sumbangan politik pada dia.And dia yang aku tahu tolak sebarang jawatan even exco bahagian, dlm cawangan pun tak aktif. Sebab contoh depan mata, KJ!. buat pe kena cop macam kj. khairy is known to be ambitious way before jadi menantu TPM. ada hati naik jadi naib ketua pemuda without any grassroot! Barua cina ni pun aku kenal! Belum apa2 dah sombong. Langsung aku tak layan dia.sebab aku tak pilih bulu. belum mintak projek, baru jumpa dalam ngo meeting.Buat tak kenal. Dulu kat uk minum arak sama2. maha kaya, jgn ckp benda tak tau. umur u klu betul 37, tak cukup belajar lagi. i ni dah rasa susah senang. kj dan u mungkin, tak pernah jatuh. dunia ni bulat beb. Muhyiddin terang2 calon terbaik, boleh nampak, mcm najib, its now or never, he can go no 1but berulang2 dia ckp, its not about post! he just cannot work with a SLEEPING prime minister. Dia mekanik, letak mana2 pun boleh buat kerja. Tun dulu, buruk baik pun, melayu tak di terlanjangnye. tak timbul pun isu ketuanan melayu. sebab melayu terjaga. Semua org, melayu, cina, india, 'harmoni' dan boleh hidup. Pak lah, TELUS, TELUS, TELUS, what the heck?? masuk PKR lah, parti komunis rakyat.. DAP/PAP S'pore pegang. Dalam mayarakat majmuk yang berpelembagaan, ada raja, agama rasmi islam, pucuk pimpinan mesti melayu, mana boleh telus 100%. Hancur lah. Especially bangsa melayu rata@ still behind. tarik sikit2 privillage to motivate and make the malays work harder takpa but not bloody telus till we lose all our powers. what will hapeen? KL jadi s'pore, penang, next? pulau batu putih dah beri, apa org tua tu ckp, TAK PELAH.. itu lah pak lah. And I have no further comment on khairy, enuff said semua org tau, maha kaya je mungkin terhutang budi. adlan i pun tak tau, so far tak nampak pun cita2 politik dia. Business lain, semua org yang duduk kat aras tu makan dari dulu lagi. asal kan konsep kronism ialah sambil menyelam, minum. sambil berbakti masyuk. tapi jgn bunuh org lain, rakyat jelata, small fish,...

Anonymous said...

Double meaning atau tidak kita melayu harus sedar bahawa kita sudah mula menjadi BANGSAT ditanahair air kita sendiri.Statistik mengatakan Presiden Italy adalah orang terkaya di Italy begitu juga dinegara2 lain cthnye Nigeria dll.Cuma di mlaysia kita tkd bukti apa yg no 1 dan menantunye dah kumpul utk anak branak dia..tp kita pun tahu setiap projek kerajaan mesti melalui saudara KJ (blum dpt dato sebab sultan bukan bodoh).Kita balik pada hakikat plihanraya..satu dunia tahu kita bernaung dibwh PM yg kehilangan negerinya. Bak kata Nabil raja lawak "Lu pikir la sendiri". Saya malu tapi tak tahu la tuan2 sekelian. Dan soal (Tan sri Muhyiddin) nak cuba merebut jwtan adalah satu keputusan yang tepat..mungkin ramai yg berpendapat akan muncul KJ baru tapi peduli apa, kita mencuba mugkin ada 2 kemungkinan, lebih baik dari membiarkan orang melayu telanjang di mata asing.Menfitnah menantu muhyiddin adalah politik yg terlalu murah. BUDAK darjah 6 boleh buat pikir tu. Carilah idea lain...Yang baik dari ALLAH yang buruk itu diri saya sendiri...LU PIKIR LA SENDIRI.

Anonymous said...

Komen diatas macam anak beranak muhiyiddin je tulis. Marah nampak.

Hidup Tan Sri Isa, semoga rangkaian lama berserta guru guru dalam UMNO memeberi sokongan. Selamat Pulang.

Anonymous said...

salam..
dalam keadaan ekonomi yg tak bergerak macam sekarang,i would prefer Ku Li.tapi, TS Muhyiddin Yassin mungkin jadi pilihan kedua!secara peribadi,saya kenal dgn Ku Li..kenyataannya,walaupun TS Muhyiddin tidak ku kenal,tapi..setakat ni rasanya tak pernah kedengaran apa2 yg tidak elok atau songsang pasal beliau..bagi lah kedua mereka peluang..seandai benar mereka boleh menyatukan MELAYU yg sudah semakin HILANG kuasa..Kenapa tidak kita beri sokongan pada mereka?soal anak menantu dan kronism, adatlah!mana2 pun ada!tapi kalau ekonomi negara meningkat,tak ada cacatnya..Dlm ISLAM pun, digalakkan menolong sanak sedara sendiri!

Anonymous said...

Wahai mahakaya, (ALLAH LAH YANG MAHA KAYA) mana ahli politik yang bertanding tidak merancang langkah2 mereka??? kenapa kaitkan Najib atau Anwar dengan Muhyiddin dengan sebegitu rupa??? Bukankah Muhyiddin Yassin VP UMNO yang berkelibar??? Tak perlu dia menjatuhkan orang lain untuk naik ke tangkuk Timb. Persiden atau seterus nya.... umumnya, akar umbi UMNO kenal siapa dia.

Wahai mahakaya, semenjak menantu Pak Lah menjadi maha berkuasa... beritahu saya, menantu siapa yang tak nak yang sama??? Menantu Kassim, menantu Pak Mat, menantu Hamid... blah,blah....semua menantu
yang bapa mertua nya jika dilantik jadi DPM ke? atau PM ke? akan berangan-angan nak jadi seperti menantu Pak Lah.... alah biasa la tu. saya, menantu Pak Sahak ada juga berangan jika bapa mertua saya jadi Timbalan Menteri nak saya menyumbang tenaga dan nyawa kepada rakyat... alahai, sama lah dengan keluarga-keluarga yang mengharapkan ketua keluarga mereka menjadi seseorang yang penting... alah biasa lah tu. Itu semua tak penting!

Yang penting, seorang hamba Allah bernama MUHYIDDIN YASSIN, adalah orang yang ditunggu tunggu untuk membawa bahtera UMNO untuk mula berlayar keluar dari dilemma dibelengu kemerosotan dan kemelesetan kearah era dinamik dan GAH!!! UNTUK UMNO DAN UNTUK MELAYU!!!

Wahai mahakaya....kenapa nak menafikan yang tersirat???

Anonymous said...

Tak lepas lah Muhiyiddin. Dia korap sangat. Masa MB Johor, sampai sultan Johor tak nak dia. Lepas tu apa track rekod depa? masa KBS pon Sukan lomanwel habis banyak isu duit hilang dan bill tak berbayar, mara pon tak ada kesan, MOA tak ada kesan.

Kuli patut diberi laluan. senang jawapan nya,

Anonymous said...

Tak lepas lah Muhiyiddin. Dia korap sangat. Masa MB Johor, sampai sultan Johor tak nak dia. Lepas tu apa track rekod depa? masa KBS pon Sukan lomanwel habis banyak isu duit hilang dan bill tak berbayar, mara pon tak ada kesan, MOA tak ada kesan.

Kuli patut diberi laluan. senang jawapan nya,

Anonymous said...

TS Muhiyiddin tak bagus macam shabery cheek, zaid ibraim, rais yatim, syed hamid ataupon azalina. At least buat kerja selepas di lantik.

Muhyiddin buat apa? main politik, tau hari tu, tak payah bg jawatan dalam kabinet.HAMPEH.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP