BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN Tahniah KJ FAM Rajagopal dan squad muda pasukan Bola sepak Malaysia

Friday, December 18, 2009

Skuad bola sepak kebangsaan hari ini meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di sini, hari ini. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0.
Sekalung tahniah kepada pasukan Bola sepak negara yang berjaya merangkul pingat emas di kejohanan Bola sepak di SEA game. Kemenangan ini menamatkan kemarau pingat emas Malaysia selama 20 tahun.

Tahniah kepada jurulatih yang berjaya melatih pemian sehingga menjadi jaguh dan berjaya menjadi johan sukan SEA. Tahniah Rajagopal dan tahniah kepada pengurusan FAM kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kemenangan ini kerana hampir keseluruhan pemain ini adalah dari skuad harimau muda dari cetusan idea Khairy Jamaluddin dan Dato Azzudin setiausaha FAM supaya harimau muda bermain di liga premier Malaysia, supaya mereka dapat beraksi dengan kelab dan negeri senior.

Pemain pemain kita telah menunjukan semangat yang kental dan komitment yang begitu tinggi . Kita telah dapat melihat semangat juang mereka ketika mengalahkan Laos pada peringkat separuh akhir lagi. Setem yang di implimentasikan oleh pengurusan FAN kali ini nampak berkesan.pemain muda kita seperti Aidil dan Azmi Muslim perlu diberikan pujian. Sekali lagi Tahniah buat Khairy Jamaluddin kerana menjadi pencetus idea untuk pasukan harimau muda.

2 comments:

sukanmalaysia said...

dari layan politik, skali skala layan sukan pulak.. yg penting malaysia negaraku telah menang lawan bola yabedabeduuuu!! tang ni aku sokong malaysia.. hahah.. nntkan kemunculan sukanmalaysia.com 1januari2010..

YANG GAMBI said...

Salam Bro, tahniah ank-anak muda Malaysia........ teruskan perjuangan.....

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP