Bloggers upahan Mukhriz mahu menguasai Kabinet dan PM

Thursday, December 10, 2009



Sememangnya telah diduga dua bloggers upahan Mukhriz Tun Mahahthir ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin dan seperti yang dijangkakan ini berlaku apabila ada angin yang bertiup yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri. Seperti biasa angin angin ini akan bertiup dahulu, rahsia kerajaan akan terbocor dan bloggers ini akan mengambil peluang untuk menghasut orang orang tertentu untuk menyingkir semua mereka mereka yang berbau Pak Lah.

Mangsa yang pernah menerima nasib malang ini seperti Rashid yang diurakan akan dilantik sebagai SU Akhbar TPM, Omar Ong yang akan dilantik sebagai Board Director Petronas. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang di ura urakan akan dilantik sebagai CEO MRCB. Bloggers ini lah yang akan memberikan pandangan dan bloggers inilah yang cuba menghalang. namun tidak semua yang dilakukannya berjaya. Mereka gagal menghalang Sdr Omar Ong walaupun desakan demi desakan tetapi mereka gagal juga.
Mereka yang suka melainkan isu ini adalah bloggers yang rapat dengan Tun Mahahtir , Big Dog , Sdr Zakir . Sedangkan Sdr Zakir ini adalah sepupu kepada Omar Ong tetapi oleh kerana telah terhutang budi dengan Tun Mahathir dan juga Mukhriz , Zakir terpaksa mencincang sepupunya sendiri.

Zakir sememang dikatakan tidak sebulu dan tidak boleh menerima langsung budak budak tingkat empat dan jika boleh Zakir mahu menghapuskan budak budak tingkat empat ini sampai ke cucu cicit mereka. Sebenarnya budak tingkat empat ini langsung tidak mengenali si Zakir ini. Mereka langsung tidak pernah usik keluarga, anak atau isteri Zakir. tetapi oleh kerana Zakir ini banyak termakan budi dengan Tun dan juga Mukhriz, beliau terpaksa memusuhi semua kaum kerabat tingkat empat.

Apa juga agenda Zakir, itu hak dia. Tapi Zakir tidak boleh mengarah atau memberi arahan kepada Perdana Menteri mahu pun kabinet. Biar kabinet yang menentukan. Zakir bukan antara yang akan menentukan kabinet Najib. Dan Najib juga tidaklah mahu dikatakan mendengar cakap cakap bloggers. Najib tahu apa yang beliau lakukan demi kebaikan negara dan bangsa. Najib juga tentu mahukan sokongan padu dari keseluruhan ahli UMNO. Tiada sebabnya KJ tidak boleh dilantik menjadi Menteri jika dia layak. Jika ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda Wanita dan Ketua Puteri UMNO layak dilantik sebagai menteri dan timbalan, kenapa KJ tidak layak? Ketua Pemuda PPP yang kontroversi juga layak untuk dilantik sebagai timbalan menteri , kenapa KJ tidak layak? Apa koman sangat ke ketua Pemuda UMNO ?

KJ menang bertanding secarta sah, Dia layak bertanding kerana dibenarkan untuk bertanding, jika tidak kenapa benarkan KJ bertanding. setelah dia menang kenapa mahu ada diskriminasi terhadap beliau. Beliau bertanding secara Gentelman dan menang secara Gentelman.

Mengenai pencacai Parpukari, Mesin fotostate yang hanya menyalurkan berita cilok itu bukanlah masalah besar sangat.. Dia berjaya mengaut duit Mukhriz dengan maki dan carutnya. Jika pancacai macam ini diambil kira sebagai penasihat kepada PM, jawabnya PRU13 kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada kerajaan BN.
Petikan dari: Man Toba

41 comments:

ank johor said...

berapa banyak kj upah ko??? utk pengetahuan ko, kitorang kat johor ni benci sgt2 kt kj, si perasuah tu!

PR Bangsat said...

aku pun baru nak tanya soalan yang sama macam ank johor tu.. aku rasa baik ko buat survey yang JUJUR untuk ukur berapa ramai manusia yang benci KJ.

Anonymous said...

satu malaya dah tau sapa itu KJ. sudah gaharu cendana pula. orang yg tak boleh diharap utk selamatkan umat melayu. kalau nak lihat umno terus ditalkinkan di kedah ......... pilihlah KJ

Bekas penyokong KJ
Kedah

Anonymous said...

Wah... betul2 gelabah penyokong2 mukriz nie... tak sangka lak macam tu skli...
tak pe la... itu menandakan mereka berada di pihak yg salah dan sekarang mereka amat takut dgn KJ.. mudah je kesimpulan dia...hahaha...

Anonymous said...

Betul tu... nanti KJ dah jadi menteri kita boleh raikan kebenaran kita... dan mereka yg ketinggalan kapal akan menangis lak kat pelabuhan... hahaha...

Anonymous said...

Sapa kata semua orang johor tak sokong KJ... Nie anak jati johor yg menyokong KJ... siap undi dia lagi... apa ko nak cakap...

Anonymous said...

Lahanat betol la kowang yg menyokong mukris nie... kat sini pun kowang nak melalak... woi... pegi tempat lain la... ini khas untuk penyokong KJ SAHAJA... tak paham bahasa ke?

Anonymous said...

Bosan betul cerita nie... orang nie bayar dia nie... orang tu bayar orang tu... tak boleh ke kita terima hakikat yang kat malaysia nie ada orang yang sokong mukriz dan ada orang yang sokong KJ... itu je...

Anonymous said...

Betul la tu... kami tak kisah orang yg nak sokong mukriz tp kenapa lak bila ada ura najib nak lantik KJ jadi timb. menteri... yang bukan penyokong KJ nie gelabah semacam? Masa Mukriz naik jadi timb. menteri, kami takde lak gelabah macam penyokong mukriz nie... itu je...

Anonymous said...

Itulah orang Melayu... Kalau kita belajar sejarah Melayu... orang melayu kalah bukan kerana kita tidak kuat atau tidak pandai tetapi kerana hasad dengki dan iri hati... Cuba kita renungkan kenyataan ini dalam-dalam...

GAP KEMBALI said...

salam sahabat

aku tak berpihak mana2 kem pasal aku bukan ahli umno. baik mukriz atau kj, kedua-duanya ahli parlimen ini ada kelebihan masing-masing.itu hakikat yang aku mesti akui.

aku lebih prefer untuk memberikan ruang sepenuhnya untuk NAJIB memilih. dia PM bukan kita.

aku mohon kita fokus untuk rampas balik semua seat parlimen/dun yang hilang..

Anonymous said...

Tp... ada gak terjadi dalam sejarah Melayu... melayu jatuh kerana orang MAMAK... kena ingat tu, jangan lupa... Mcm parpukari...

Anonymous said...

Nasib baik ada Bro. Zakir dan Bro. Parpu yg membawa perkara2 yg mustahak kepada umum. Dan mereka telah membwa banyak perkara2 yg munasabah dan kepentingan untk pengatahuan umum. Yg saudara sebgai bloggers buat apa? Sedanag dajjal dan komunis bermaharajalela, saudara sibuk nak menghentam sesama sendiri, tolonglah buka minda kolot saudara. Janganlah berpeikiran budak2 tabika, pikiran ingusan dan berlagak samseng kampong dusun. Kalau saudara soerang gentlemen, anak jantan dan pendekar, itu melauan, komunis, yahudi dan DAPig yg bermaharajalela kenapa tak berani nak mengehentam mereka. Kenapa sibuk nak menghentam bangsa sendiri. Jagnalag kerana dapat habuan dari KJ, nak menghentamkan rakan bloggers sepasukan. Kesian melihat bila ada bloggers mentaliti kampongan. ishh ishh ishh ishh iishh kesian Melayu.

Hang Tegar said...

BerHati Busuk

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”.

Ayat di atas dengan terang mengajak kita semua supaya bekerja sama bagi membuat amal dan kebaikan dan menegah sebarang gerakan yang bertujuan untuk membuat jahat dan dosa. Di dalam konteks ini, kita harus melihat hubungan itu berdasarkan dua alam dan persekitaran hubungan iaitu Hablun Minallah (hubungan kita dengan Allah) dan Hablun Minannas (hubungan kita dengan manusia).

Hang Tegar memulakan artikel ini dengan Muqaddimah di atas kerana sudah agak lama tidak menulis dan atas refleksi daripada gabungan gotong royong pencacai di internet yang tidak habis-habis berusaha selagi mana boleh untuk menjatuh dan memburukkan manusia lain, dan dalam kes ini ke atas Khairy Jamaluddin.

Ini bermula daripada laporan muka 2 Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu yang merujuk kepada satu tulisan di Malaysia-Instinct yang menyebut akan kemungkinan rombakan kabinet melibatkan perlantikan Khairy, dan di dalam artikel tersebut sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Tak lama selepas itu, laju bak angin yang lalu dan bingkas umpama mata yang bekerdip maka berduyun-duyunlah satu gerakan blog yang di bawa oleh Parpu Kari, BigDog, Piggy Singh (antara lain), serta gerombolan komen di Facebook yang mengguna segala daya upaya, dan cebisan argumentasi (walaupun dangkal dan cetek) yang ada untuk menolak kemungkinan Khairy dilantik. Pelbagai omongan, tahyul dan cerita di guna pakai, di recycle bagi tujuan ini dengan lancaran bom anti kabinet pada KJ.

Sesiapa yang membaca pasti terasa jijik dan kesian dengan tahap kesihatan mental dan emosi mereka kerana tampak begitu taksub sekali serangan tanpa logik dan ketajaman akal yang di guna.

BigDog mengomel dengan temberangnya yang kata pengundi akan lari kalau KJ dilantik sebagai ahli kabinet. Apa buktinya? Apa hujahnya? Let me remind BigDog that KJ’s call for the Malays to get themselves escape from the siege mentality is a notion that is tenable, parallel and compatible with PM Najib’s 1Malaysia. Further, KJ’s speech for a magnanimous and inclusive leadership for all is a good narration of what 1Malaysia is about. That’s from the compatibility stand point, and if 1Malaysia, as observed by Merdeka Poll Centre and other research firms, have gained the traction of supports from the public – would it not wrong to argue that KJ’s statement and position are in actual fact, an asset for the PM.

Lagi pula, kalau kita kaji kekuatan pembangkang berbanding BN, hasil daripada kajian beberapa research firms adalah disebabkan oleh peranan mereka yang dianggap lebih membela rakyat dan jaguh di dalam isu kesamarataan dan keadilan sejagat. Tidak ada yang kata sebabnya adalah KJ.

BigDog mencacai lagi dengan kata PM Najib akan kelak penat nak dok menjawab-jawab pada rakyat – come on lah BigDog, if you are really Big as what BigDog name suggests, then I hope that such a size is true for your brain too. Apa yang BigDog et al buat adalah nak create persepsi huru hara dan pecah belah, supaya aka nada intervensi. Sebenarnya depa-depa inilah yang dok buat perpecahan dan bukannya rakyat. Depa yang sebenarnya tak setuju, wahai pembaca. Kenapa? Wallahu Alam dan saya harap Allah dapat menyelematkan mereka daripada tergolong dengan kelompok yang bergotong-royong membuat dosa dan perlanggaran serta perpecahan sesama umat.

Bukan sahaja rakyat, malahan mereka yang menyokong pembangkang juga akur KJ memang ada leadership material dan layak sangat berada di dalam kabinet. Rakyat tak heran kalau dia masuk jadi Menteri atau Timbalan Menteri, yang heran sebenarnya adalah depa – kerana depa tak kan senang melihat perkara yang macam ini.

Hang Tegar said...

Rasulullah SAW pernah ditanya apakah kita boleh berdengki kepada orang? Rasulullah kata dalam Islam boleh kita berdengki dengan cara kita berusaha untuk menjadi sama dan lebih baik dari orang yang kita observe itu. Ini suatu yang positive, sustainable dan membawa progress dan modernization pada society kerana menggalakkan persaingan dan perlumbaan untuk jadi baik. Tetapi dengki yang dikeji adalah PhD yang penyakit hasad dengkinya tidak lebih dari bermodalkan usaha menjatuh dan mentaik-kan orang.

Parpu Kari pulak menggunakan pendekatan character assination berdasarkan kepada Majalah Harper’s Bazaar. Come-on lah Parpu, Hang Tegar faham yang Parpu mungkin oversized atau bukan front-page or model-like material tetapi cara hentam sebegini low-class amatlah menjijikkan. Semua maklum bahawa akan ada hampir 4 juta pengundi baru dan 80% daripadanya adalah pengundi muda yang begitu kontemporari, kosmopolitan dan urbanite. Semua maklum bahawa kekuatan BN amat lemah di kawasan bandar. Ini semua menuntut pendekatan penuh segmented dari Pemuda dan juga pimpinan Pemuda. Tidakkah Parpu sedar, atau sudah tidak larat bangun kerana terlalu banyak makan ayam dan ikan masak kari, bahawa tindakan KJ adalah bagi memenangi niche segment majalah tersebut. Ia tindakan berani, mengalun ombak, melawan arus pada kacamata segilintir pihak, tetapi kita kena ada daya empati untuk melayan bacaan dan mood segmen orang muda yang pelbagai.

Juga, Hang Tegar nak tanya kalau nak hentam tindakan very unconventional KJ dalam Harper’s Bazaar, kenapa Parpu tak komen pula lakonan KJ dalam filem pendek 15Malaysia sebagai pemandu teksi yang banyak membawa mesej sarat sosial. File mini menampakkan bakat dan karisma KJ dalam bidang lakonan dan mendapat pujian tinggi orang ramai serta penggiat seni. Ini adalah salah satu vote-winning iniatives.

Seterusnya Piggy. Hang Tegar sedih juga sebab Piggy ni orang baik, alim lagi reasonable. Tapi nampaknya, dan saying sekali, beliau begitu giat menyerang KJ kebelakangan ini – bukan sahaja di laman blog malahan di dunia Facebook. Seperkara mengenai Facebook ini, ia adalah satu social instrument, bukan sahaja bagi utiliti peribadi, malahan juga komuniti, yang mempunyai ramai penyertaan. Ok, hold that thought.

Seperkara lagi adalah mengenai muka-muka. Hang Tegar sebut muka-muka sebab pastinya setiap orang mempunyai muka-muka yang suka atau menyokong dan juga muka-muka yang tidak gemar atau menentang. Itu lumrah, semua orang ada – baik dalam kelompok keluarga, pejabat, kampung etc. Jadinya, adalah lumrah bagi seorang pemimpin, apatah lagi pemimpin politik muda seperti KJ, mempunyai penyokong dan yang kurang atau tidak menyokong. Its so simple…. And hold that thought too.

Bila dah hold the two, combine kan with an analysis of Piggy’s compilation of Facebook comments. Semua yang komen tu adalah komen negatif pasal KJ. Come on lah, ini bukan teka teki tahap tadika tapi lawak tahap gaban. Mestilah ada yang kurang setuju with KJ, and mestilah ada bagi komen and mestilah kalau kita copy-paste and page-screenkan komen depa, yang keluar adalah a compilation of blended and biased comments. That’s it. Itu aja, so ini bukan cerita ramai yang kutuk KJ etc dan ada facebook profile and identity etc. Malah BJ telah membuktikannya dengan bukti komen-komen yang ada menyokong KJ.

Hang Tegar said...

Kalau nak tahu pasal sokongan KJ, beliau ada KJFC yang ada hampir 4 ribu ahli serta 2 Facebook accounts. Satu dah penuh (i.e. 5 ribu) and the other, menurut maklumatnya dah hampir penuh (so close to another 5k). Ini tak masuk facebook groups yang lain yang sokong KJ. Mungkin ada yang balas kata ada ramai juga yang tak sokong KJ di Facebook dan memberi stats and numbers of the members, well… so what? Memanglah hidup lagu tu, ada yang sokong and ada yang tak sokong. Depa ni nak buat kita heran pada benda yang tak ada menghairankan pun. Nak memelikkan menda yang tak pelik.

So, konklusinya: Hang Tegar nak balik semula pada seruan Allah SWT supaya kita semua bergotong royong ada perkara kebaikan dan jangan bergotong royong membuat dosa dan perbalahan. Hentikanlah…

Anonymous said...

Blogger House PK said...

KJ jadi menteri atau timbalan maka ku sudah tak sokong Najib lagi....bye bye najib!

December 9, 2009 12:16 PM

Anonymous said...

kj KP Perasuah tahap maksimum.

wei mangkuk siapa arah PM .kita warga membenci KP Perasuah merayu lah bodoh. dasar budak tongong memang mcm ni tak tahu beda antara merayu dan arahan...

drmuzi

down down down with KP Perasuah

Anonymous said...

apa kecoh2 ni? aku pun tak nak memihak kepada mana2 pihak, bg aku KJ tak melatah sikit pun yg korang nak hentam KJ pesal? nasihat aku,BigDog dan Parpukari dinasihatkan supaya jgn jd gunting dlm lipatan! bahaya korang ni. boleh memecah belahkan perpadua pemuda dalam UMNO!

Anonymous said...

hang tegar kata face book kj ada dua satu 4 k satu 5 k

kah kah kah...facebook anti kj aje dah lebih 10 k...

belum masuk facebook facebook yg seangkata dgnnya

facebook TUn DR M aje najib pun tewas, malahan anwar al jub pun tewas..

jgn cakap pasal facebook lah ...brader..

hang tergar , tak payah lah nak tunjuk ulamr dlm semak....bawa firman dan sebagainya jika bos ko tu tahi segala najis dan rasuah..

drmuzi

Khairuddin said...

Anon 7:50 PM
WHAT THE HELL ARE YOU FREAKS TALKING ABOUT? ... Just Shut Up!

Klu tak tahu apa-apa jgn byk bunyi!
Sokongan kami kpd KP Umno tidak pernah berbelah bagi!

Anonymous said...

Mari masuk PAS... Jom ramai2 masuk PAS! Syabas

Adrian Ejay said...

kita cari pemimpin punya wawasan dan ada lontaran idea membantu rakyat bukan idea menghasut anak bangsa, rakyat tidak akan mencari mereka yang punya idea perosak bangsa perosak perpaduan dan pengkhianat negara.Rakyat ingin mencari pemimpin punya wawasan dan idea yang bernas untuk negara, rakyat tidak mencari pemimpin yang hanya ada fatamorgana sahaja.....cakap besar sahaja, rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya tahu cakap pasal agama last2nya agama dipolitikkan, Negara ini mencari pemimpin yang hanya mampu memerintah dan tahu ke mana hala tuju negara ini, DS NAJIB IT'S RIGHT PM . Rakyat mahukan kedamaian, keamanan, perpaduan bukan mencari dan mendengar fitnah, sumpah menyumpah sesama islam, mengkafirkan sesama islam.

Kepada KJ pedulikan orang mcm ni...ini golongan kecewa dan kecewa....teruskan kepimpinan anda KJ......

Anonymous said...

aku bebetul tak paham...nih ker masa kite nak menjatuhkan sesama sendiri...

dalam keadaan UMNO yg camni pon masih ada yg nak menghentam sesama sendiri...pihak lawan kat luar sana tuh sibuk tertawakan
kite..

tak kisah sapa jadi pemimpin sekali pon tetapi para perwakilan dah bijak memilih..sekarang nih masa untuk kite mera...patkan saf untuk memperkukuhkan parti n pemuda...camnih ker cara nak menang PRU13...

Ali Isa said...

UMNO makin lama makin goyang. Saya sudah menjadi ahli semenjak 1987 sebelum UMNO baharu. Apa yang saya lihat sama macam dulu. Mesti ada perang dalaman. Yang sedihnya bangsa melayu di luar bandar. semasa Tun Mahathir menjadi PM macam2 tomahan, caci mengatakan beliau perasuah, anak2 beliau dengan mega projek semua tomahan. Tiada bukti. Apa yg saya lihat ramai orang yang iri hati. Akan tetapi Dr M berjaya menaikkan taraf Malaysia ke serata dunia. Sekarang sudah zaman Najib. Zaman ICT dan teknologi tinggi. Najib sendiri pun tidak terlepas dari serangan peribadi seperti saudara KJ. Pada pandangan saya, pemimpin UMNO mana yang betul2 bersih? Kalau penulis2 yang mengkritik KJ perasuah, tunjuk kan bukti. Dan anak saya pernah berjumpa dengan KJ juga Dato Mukris. Dia berkata beza KJ ngan Mukris ialah Toyota Landcruser dibawa oleh KJ dan Prsche Cayenne oleh Mukris. Apa pendapat umum? Bagi saya kalau rakan2 yg sayangkan UMNO marila kita bersatu demi kebaikan orang Melayu. Lagipun kita rakyat Malaysia ingin lihat kalau betul KJ berwibawa, Najib berila dia peluang untuk menunjukkan bakat anak muda melayu ini. Saya berdoa kita semua bersatu demi bangsa, agama dan negara.


Pak Ali
Bukit Mertajam
P. Pinang

Anonymous said...

Betul Pak Ali! Saya sokong!!! Hidup KJ!! Hidup KJ!!!

Anonymous said...

Saya lihat Najib seorang pemimpin yg tidak mudah bertukar fikiran. Jika betul khabar angin tentang KJ Menteri, itu hak Najib. Dan kenapa Tun M dan koncu2nya mesti menulis seperti KJ ini dalam parti lawan? Bukan kah KJ asset kepada UMNO dan negara? Pada pendapat saya KJ mesti diberi peluang!

Anonymous said...

Zakir dan parpukari maniam sebenarnya pengkhianat bangsa! Traitor to their own race and country... Wait a minute... Parpu tu melayu ke??? Zakir ko beringat la sikit ko tu Allah dah buka otak ko untuk beri nama haram seperti Big Dog!!! Kenapa tak Big Pig mcm Parpi!! I mean Parpuki??? Atau memang dah ada?


adik Zakir yang disown Zakir! Fuck u brother!!!

Anonymous said...

GAP berapa banyak Jinggo suap kau untuk tulis komen disini?

Meru said...

ASTAGA! Apa perangai para bloggers sampai macam ni? Kita sesama islam, melayu...jangan lah. KJ patut di beri peluang dan ruang, lagipon sokongan dia kian bertambah. Give him a break!

Johor Ori said...

Saya anak Johor dari pontian dan ramai teman d Johor suka KJ, jangan pakai main hentam ekkk...Johor banyak KP suka dia macam Fadhil Ayer Itam, Halim Tenggara, Khalid, Nurjazlan...nasrihat, Ariffin Sembrong...ramai penyokong KJ, tapi mereka sokong KJ kerana dia orang UMNO, bukan mcm kalian, dok membenci ikut blogger upahan Mukhris.

Onom said...

Inilah Parpu dan bloggers berbayar...cuit sikit terus melatah. Tak matang. Dia cakap dan tulis mcm2 takpa.

Pulai springs said...

Ali Mazat pon kuat sokong KJ, EXCO dari Johor. Apa cerita ank johor?

Ipoh Marley said...

terima je kenyataan KJ xjd MENTERI..

Anonymous said...

Ipoh arley, takda pon nak melobi ...macam haram jadah mukhriz pakai bapak dia.

Anonymous said...

kj 2 memang perasuah.masa pemilihan umno tahun lepas dah sah dia main duit.kesalahan dia sama je ngan ali rustam.tapi dia dilepaskan.anti kj

Anonymous said...

haha..blog ni betul suck up to khairi la..come on la..dlu aku pun cam respek kj ni tapi setelah melihat perlakuannya..hak tuihh..mampuih aku xsokong..lembik nak mam***please la..bagi FAM cam tu je bagi pemuda cam 2 gak..tin kosong la pemimpin ko ni..ko bkn nak umno hidup balik..korang nak kj je naik..hadoi..

Anonymous said...

kj..mmg la banyak ketua pemuda sokong kj sebab kroni dia..patut la makin ramai rakyat biasa benci umno..sebab sikap korang ni la..please la parti 1st baru ketua orang

Anonymous said...

Ini yang aku menyampah peel orang UMNO ni. bukan sibuk nak rancang strategi tawan balik negeri-negeri yang dah kalah tapi sibuk lobi ketua pulak. Halo bloggers, you all ni ahli UMNO ke atau musuh dalam selimut UMNO...rakyat dah boring dengan cara politik korang ni. INSAFLAH....

Anonymous said...

Ini bolggers KUAT MAKAN namanya. Sebab tu dua-dua gemok.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP