Nik Aziz dah nyanyuk!

Thursday, December 3, 2009





Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di kota bharu semalam.

Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib 'ditimpa kemusnahan'.

Nik Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya Nik Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman. Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas.

Selagi Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan pelbagai lagi kata-kata buruk dan memalukan akan terus keluar dari mulutnya yang celupar dan akan berakhir dengan kehilangan keyakinan rakyat kepada PAS.

Memang benar ada pihak dalam PAS yang mahu kekalkan Nik Aziz lagi. Mereka merasa itu cara PAS untuk kekalkan kuasa di Kelantan tapi impaknya di luar Kelantan buruk. Ini pula dengan Nik Aziz dilihat sebagai pelindung Anwar dan kumpulan Erdogan yang mana Nik Abduh sendiri tidak setuju dengan bapanya.

Penyokong PAS pun harus sedar bahawa Nik Aziz sudah nyanyuk.


3 comments:

Hamdan said...

Bukankah "doa" yang dianjurkan TGNA merupakan suatu "hasutan"?

skru baru said...

Alangkah baik kalau TGNA mendoakan supaya Tuhan lembutkan hati Najib supaya memberi apa yg TGNA hajati?

Anonymous said...

hal doa tu dia nak alih hal yg dia lantik menantu dia tu.,.... alihkan masalah tersebut. takut org boom lagi kreabiliti dia..

doa tu tak ada masalah laa wat apa nak takut nye ..bukan bulih bawa mati pun.. biar laa dia nak doa pecah perut pun... kalau dah rasa hebat... bia pecah semua rakyat malaysia.. bia tinggal dia ngan kuncu2 nya je.. dah hebat!... ko org umnuh jangan takut laa... dia kalih hal lain serang balas.. yg penting janga senyap.. nanati kena cop pengecut.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP