YAB Dato' Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami
Wednesday, December 9, 2009
YAB Dato’ Seri,
1) Kami mewakili kumpulan penyokong Khairy Jamaluddin merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kami bagi memastikan Dato’ Seri mendapat perspektif yang menyeluruh mengenai apa yang sebenarnya berlaku di alam siber perihal persepsi dan penerimaan warga siber terhadap KJ.
Tetapi pertama sekali izinkan kami berkongsi dengan YAB Dato’ Seri bahawa setahu kami, KJ tidak pernah melatah atau merungut lantaran tidak dilantik di dalam kabinet. Malah walaupun lawannya untuk jawatan Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir serta Naibnya diangkat menjadi Timbalan Menteri, KJ tidak pernah pun mempersoalkan keputusan Dato Seri. Malah KJ berkali-kali telah menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh Dato’ Seri sewaktu Dato’ Seri berjumpa dengannya pada malam sebelum pengumuman jemaah menteri – Iaitu fokus tugasan memenangkan kembali pengundi muda.
Malah, apabila Dato Seri Idris Jala dilantik menjadi Menteri penuh, KJ adalah pemimpin UMNO pertama untuk mengeluarkan kenyataan di alam siber, melalui Twitter dan Facebook bahawa ia satu pelantikan yang baik kerana mengambil seorang dengan track record yang cemerlang – Sekaligus menunjukkan betapa serius usaha Dato’ Seri untuk menjana pembaharuan dalam BN.
Kami yakin Dato’ Seri dapat menilai sendiri keikhlasan KJ dalam perkara ini.
2) Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini. Bukan sekadar mengkritik dan membelasah KJ sekali-sekala, tetapi blog mereka ini diwujudkan semata-mata untuk memburuk-burukkan KJ, baik dari segi nama blog itu sendiri mahupun isi kandungannya. Terbaru sudah ada akaun Facebook dan blog yang diwujudkan atas nama Maya Khairy – ini sudah cukup menggambarkan betapa taksubnya mereka ini yang bergelar bloggers dan pejuang UMNO.
Suatu perkara yang unik mengenai golongan ini adalah betapa tersusunnya kaedah mereka menyerang KJ, sekaligus menampakkan bahawa ini satu gerakan yang khas dan dibiayai sesetengah pihak. Kami member contoh:
a) Setelah satu jangka masa beberapa minggu ‘senyap’, semua mereka akan tiba-tiba online pada waktu yang sama, dan mengutuk habis-habisan KJ.
b) Mereka mengambil masa dan mengerah kepala menggunakan grafik dan kaedah copy+paste untuk menunjukkan bahawa tiada langsung penyokong KJ di alam siber, kerana mereka hanya fokus kepada komen atau tulisan dari kalangan mereka sahaja.
Ini menunjukkan ia bukan satu ‘groundswell’ yang organik dan spontan, tetapi satu gerakan tersusun oleh segelintir orang yang bekerja 24 jam menjatuhkan KJ.
3) Maka paradoksnya, dikala golongan ini mereka tidak habis-habis mengungkit isu persepsi buruk terhadap KJ, hakikatnya smereka-lah yang menjana persepsi (fabricating perception) tersebut di kalangan mereka-mereka sendiri. Kami tidak terkejut andainya dalam kehidupan kepompong mereka itu, persepsi telah bertukar menjadi realiti – daripada ‘terpaksa’ benci KJ sebab duit, sekarang tampaknya mereka telah menyemai perasaan benci yang teramat mendalam terhadap KJ.
Contoh fabricating perception ini jelas berlaku semalam apabila Piggy Singh, antara golongan anti KJ ini, menulis satu kisah dongeng kononnya ramai di alam siber amat menentang KJ dan tidak mahu KJ dilantik ke dalam jemaah menteri. Mereka berkongsi ‘luahan hati’ kepada YAB Dato’ Seri sendiri, dengan hanya mengetengahkan komen-komen dari pihak taksub anti KJ, iaitu komen-komen mereka sendiri, tetapi cuba menyatakan bahawa ia satu gambaran perasaan rakyat sebenar.
Hakikat sebenar jauh berbeza sekali. Di sini kami berkongsi juga komen-komen pro KJ yang wujud di alam siber. Beza kami dan mereka adalah luahan kami adalah ikhlas dan tidak dibuat-buat. Kami yang menyokong KJ hanya sekadar menyokong sahaja dan tidak berniat menjatuhkan sesiapa lain pun.
4) Paling penting sekali, YAB Dato’ Seri, kami sebagai penyokong KJ juga tidak pernah cuba mengajar Dato’ Seri apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Kami tidak pernah ‘berkempen’ untuk KJ dilantik menteri, tetapi golongan anti-KJ ini berperangai sebaliknya – mereka kini tidak henti-henti berkempen siang malam dengan taktik kotor merangka strategi cuba menghalang Dato Seri dari melantik KJ.
Kami menghormati dan menyanjungi kepimpinan Dato’ Seri dan kami tidak akan sekali-kali mengugut Dato’ Seri sepertimana Parpu kari mengugut untuk meninggalkan UMNO sekiranya KJ dilantik.
12 comments:
Kami rakyat yg bodoh pun tahu bagaimana KJ menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO hari itu. KJ cekap dia tidak menyogokkan wang kpd perwakilan Pemuda. Dia cuma berjanji kpd perwaklilan jika dia dilantik sbg Ketua Pemuda dia akan dilantik sbg menteri atau sekurang2nya sbg timbalan menteri. Nanti dia akan memberi imbuhan dpd wang rakyat yg boleh dia balun melalui projek2 di bawah kementeriannya. Ini yg Pemuda harapkan. Tak usahlah nak berrdalih!
Mohd...ini semua manufactured perception, takda siapa yang disogokkan selain dari Mahakutty nak menangkan anak bongsi dia yang biadapa dan bodoh tu.
Deserves a chance! KJ Shld be given a chance!
Pendek kata panjang cerita...KJ kena tunjukkan keberkesanan dalam mengembalikan Kekuatan Pemuda UMNO seluruh Negara. Dah nak 2 tahun dah sejak jadi KP Malaysia apa yang ada tentang Pemuda. Takkanlah kerana tak jadi Timb Menteri atau Menteri tak boleh nak gerakkan Pemuda. Kalau permuda pun tak boleh nak memperkasakan, macam mana nak memperkasakan Kementerian bagi meningkatkan prestasi kerajaan di mata dunia Glokal.
Yang menyokong KJ, pandangan aku, KJ lebih layak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Biar dia report duty kat Nazri Yeop Botak atau pun Datuk Halimah Saddique. Tapi bukan sebagai Timbalan Menteri ataupun Menteri. Just bagi KJ satu permit lesen TEKSI dibawah LPKP. Sejak dua tiga menjak ni KJ kan berminat sangat bawa TEKSI dengan rakan SETIAKAWAN dia Namewee hamsat yg hina negara. Maka biarlah KJ dengan SETIAKAWANnya dan kepada penyokong KJ, U just stick to SETIA KAT WANG. Itulah matalamat u all yg nak sangat KJ jadi timbalan atau menteri.
YAB Dato Seri Najib Tun Razak, UMNO sekarang dalam keadaan graf yang melonjak sedikit demi sedikit. Jangan hanya kerana MAMAT Pemuda Malaysia sorang ni, belum sampai pick graf UMNO terpaksa MERUDUM dan akhirnya UMNO dulu, kini dan selamanya MELINGKUP.
Apapun perlantikan YB Dato Razali dan YB Dato Mukhriz dalam kabinet Najib satu perkara yang tepat dan berkelayakan. Yang tak di lantik tu kena faham bahawasanya tiada kelayakan walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti politik. Kena sedar diri. Pemimpin yang meminta-minta untuk dijadikan pemimpin tidak boleh memimpin. Pemimpin yang di angkat jadi pemimpin itulah ketetapan yang allah taala tetapkan. Contohnya " KJ, kau jangan minta, nanti satu hari aku jadikan kau drebar TEKSI ok "..insyallah jadi..kun faya kun.
razali dan mukhris tepat? ahahahahahahaha!!! gila ke? mukhris bagi AP kat NAZA Brabus punya mokhzani, Razali ni lembik, NKP tak guna....
KJ is squeaky clean from day one. All accusations thrown to him are fabricated by those who hate him. But anyone other than KJ are dirty. It's true. It's true. Please believe me. No lies. Swear to God. KJ is a true great leader. His oratory skill, his leadership quality, his charismatic charm, are unmatched by any current youth leader. He deserves to be a full minister - Minister of Education is best for him, or Minister of Finance, better still. He's Malaysia best hope. After all he's an Oxfart.
tok pawi, why u peddling lies?
Adakah amanah Najib kepada KJ untuk menguatkan dan menyatukan PEMUDA UMNO SELURUH MALAYSIA TELAH BERJAYA??JIKA TIDAK SELESAIKAN DULU KERJA DIDALAM PEMUDA DAN BARULAH NK MELOBI!!!
psl percakapan dan lontaran negatif kepada khairy..masakan pokok akan bergoyang..TEROK SGT LA PUN SAMPAI NK BUAT SURAT SUH DILANTIK TIMB. MENTERI..HAHAHA..KERJA KERAS DULU INSYAALLAH DAPAT LA JAWATAN TU..
apa yang dilihat PEMUDA semakin menjadi BAPOK MCM PAK DOLLAH..JGN LA MENONGKAT DUNIA SGT
salam,
if you really want umno/bn to lose in the coming GE, yes, please appoint this chap as a minister. umno will not get my vote. so go ahead.p/s: everybody knows how kj won ketua pemuda.
Saudara semua berhak bersuara.. Ada yang menyatakan KJ menang kerana rasuah. Dua lagi calun tidak mengamalkan politik wang ke? Knp team Mukriz tidak seperti team Khir Toyo yang dapat menerima kekalahan dalam pemilihan. Cuba ambil pendekatan mudah, beri peluang kepada KJ menjadi Ketua Pemuda Msia. Andai beliau gagal, di pemilihan akan datang kita pilih yang lain. Mudahkan bergitu? Tak perlu kita bercakaran sesama Melayu. Bagi pejuang/// kalau KJ dilantik, memang beliau layak atas tiket Ketua Pemuda Msia. Kalau tak dilantik pejuang/// tidak akan kecewa kerana KJ adalah PEMUDA, dari PEMUDA jugalah untuk PEMUDA.
SALAM SETIAKAWAN semua...
Awwwwwwwww so sad, crying to PM what these so called bullies have done to ur boss. Awwwwwwww.
HEY!! what the hell is wrong with u guys, u guys just like bunch of high priced babies. To make things worst u guys are high flyer self proclaimed smart guys. If u guys cant handle these "bullies" how u can handle other bigger challenges. HANDLE IT!!! Im the guy who starting to like/sympathy KJ, u guys just disappoint me. Sigh.......
If u dont like, get a tissue and have a cry privately, god damn it.
"Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini"
The General of Pemuda having problems handling these guys? bunch of bloggers? Cmon, show what u made off, not crying abt this, sheesh!!
Be a man for god sakes.
Post a Comment