Benarkah Anwar tidak bermusuh dengan Umno?-Malaysiakini
Monday, August 11, 2008
BEKAS Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), yang dipecatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang di Permatang Pauh, 26 Ogos ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon yang hebat untuk berhadapan dengan Anwar.
Bercakap di Terengganu, bekas PM yang sudah keluar dari Umno ini, seterusnya menyindir, soalnya apakah majoriti akan bertambah atau berkurangan. Jika bertambah, bukan kerana Anwar itu hebat tetapi BN sudah semakin merosot sokongan, tetapi kalau berkurangan, bukan kerana BN itu kuat tetapi Anwar tidak mendapat lawan yang setanding.
Bila saya membaca berita itu, timbul rasa kesihan di hati saya terhadap Dr. Mahathir. Dia pernah kalah dalam pilihan raya tahun 1969, menyebabkan dia menulis surat kepada PM Tunku Abdul Rahman supaya meletakkan jawatan.
Dalam masa yang sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mendakwa ada orang dalam Umno, mengkhianati Anwar dan mahukan Anwar tewas di Permatang Pauh. Entah dari mana Nik Aziz dapat maklumat ini, tiada siapa yang tahu tetapi di kalangan orang- orang Umno, mereka tahu, Anwar yang mengkhianati dirinya sendiri. Hal ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mengiringi Anwar di Mahkamah ketika didakwa, Isnin lepas mengetahuinya serta perlu melaporkan kepada bossnya, Nik Aziz.
Husam boleh dapat maklumat itu, dari Anwar sendiri, keana kebiasaannya bila seseorang seperti Husam rapat dengan Anwar, macam-macam maklumat dia boleh dapat. Sama ada maklumat itu betul atau tidak, Husam kena tapis dulu. Jangan terus lapor! Bahaya.
Kebetulan, ketika timbul cerita Muzakarah dan Muqabalah, orang Pas yang dilihat terlalu menentang usaha persefahaman Melayu dan Islam itu ialah Husam. Malahan, Husam dilihat membayangkan Umno itu lebih bahaya dari DAP. Mungkin juga Anwar mahukan Husam menentang usaha tersebut. Bila Husam menentang, tentunya Nik Aziz pun tentang. Kalau Husam setuju, tentunya Nik Aziz setuju. Bukankah Husam dan Nik Aziz itu macam janggut dengan dagu – mereka rapat.
Dalam PKR, hubungan Anwar dengan Azmin juga dilihat cukup rapat. Lebih rapat dari janggut dan dagu. Kalau cukur janggut, berdarah dagu! Rapatnya – memang rapat. Kalau tidak rapat, tidak mungkin Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Nallakarupan meninggalkan PKR – meninggalkan Anwar yang mereka sanjungi selama ini.
Ketika Bar Council beria-ia sangat mahu meneruskan forum mengenai 'memeluk Islam', tidak kedengaran langsung suara Anwar Ibrahim menghalang usaha ini – malahan, dia dipetik sebagai berkata di Petaling Jaya, mahu mengajak Umno berma'aruf, sekaligus mengambarkan dia tidak ada masalah dengan Umno.
Ada pemimpin Pas yang tidak faham apa makna berma'aruf yang Anwar maksudkan. Bukan main hebat Anwar dalam 'hal bercakap Arab' sampai orang yang mengaji Arab, fasih bercakap Arab, tidak faham apa yang Anwar maksudkan.
Tidak tahulah, apakah ilmu Anwar lebih tinggi dari ilmu pemimpin Pas atau ilmu pemimpin Pas tidak setanding dengan ilmu Anwar. Kena rujuk dengan Azmin Ali hal-hal tidak faham ini, supaya Azmin boleh menerangkan, bagi pihak Anwar.
Dalam hal yang sama, Amerika Syarikat juga dilihat menegur Malaysia kerana kes Anwar Ibrahim – menunjukkan bahawa ketika banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian, nama Anwar menjadi fokus setiap orang di Malaysia, dan kini dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tidak pernah ambil tahu jika ada rakyat Malaysia susah atau tidak makan, yang mereka bimbangkan, sahabat rapat mereka, Anwar Ibrahim.
Apakah orang-orang Melayu di Permatang Pauh suka menjadi 'alat dan perkakas Amerika Syarikat' sebagai mana Anwar kini menjadi 'budak Amerika Syarikar'?
Ketika pengundi di Permatang Pauh menghadapi kesukaran, apakah Nik Aziz, Dr. Mahathir, Amerika Syarikat dan Husam Musa berada di sisi mereka? Ketika ini, Bar Council dan Hindraf nampaknya 'menjadi kura-kura yang mahu memanjat pokok yang sudah tumbang', memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Amerika Syarikat dan yang lain-lain di mana?
Ketika Anwar mahu menampakkan dia tidak bermusuh dengan Umno tetapi hakikatnya,segala tindak-tanduknya selama ini, benar-benar membuktikan Anwar sebenarnya 'mahu membunuh Umno' malahan, memperlekehkan semua usaha Umno demi mempertahankan ketuanan Melayu di negara ini.
Lebih menyedihkan, ada budak-budak higusan dalam PKR, bertempik kononnya Umno bukan lagi memperjuangkan hak-hak Melayu. Bila Umno hilang kuasa, bukan Melayu yang hilang kuasa. Mereka tidak Nampak apa-apa, melainkan di depan mereka, suara dan janji Anwar Ibrahim untuk memperjuangkan kesamarataan setiap bangsa di negara ini.
Kebencian budak-budak PKR kepada Umno, menyebabkan mereka tidak nampak bahawa Umno itulah yang menyebabkan mereka semua kenal huruf sekarang ini. Mereka buat-buat tidak tahu, bahawa Umnolah yang menyebabkan Anwar Ibrahim poipular sekarang ini. Mereka tidak sedar, tanpa Umno tidak mungkin Anwar boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tanpa Umno, Anwar tidak mungkin sehebat hari ini, walaupun dia sedang bekerja keras mahu 'membunuh' Umno.
Budak-budak PKR merasakan, dengan bertempik menentang Umno, mereka mendapat sokongan Pas dan DAP. Sebenarnya, Pas dan DAP memperalatkan budak-budak yang tidak tahu apa-apa ini supaya menyerang Umno, menimbulkan keraguan orang ramai kepada Umno dan memburuk-burukkan Umno. Bila Umno tumbang, budak-budak ini bukan boleh jadi Perdana Menteri, bukan boleh jadi Menteri Besar, sebaliknya, mereka dilantik menjadi budak-budak yang mengusung sepanduk berarark di tepi-tepi jalan, memaki Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu.
Budak-budak ini tidak tahu, musuh mereka sebenarnya bukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Musuh mereka bukan Datuk Seri Najib Tun Razak. Musuh mereka sebenarnya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng. Tetapi disebabkan budak-budak ini dikelirukan – dijanjikan bahawa Anwar akan jadi PM, maka mereka 'menyalak'. Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng hidup selesa sekarang, kerana mereka berjaya mengalihkan serangan 'budak-budak Melayu' kepada kepimpinan BN –Umno dan bukan kepada mereka, yang jelas tidak membuat apa pun demi kepentingan Melayu.
7 comments:
Betul. Setuju Fuad. musuh kami sebenarnya bukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sebenarnya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.
Tetapi disebabkan budak-budak ini dikelirukan – dijanjikan bahawa Anwar akan jadi PM dan akan mengadakan reformnasi yang dipercayai akan membelas nasib semua kaum dan hak asasi mereka, maka mereka 'menyalak'. Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng hidup selesa sekarang, kerana mereka berjaya mengalihkan serangan 'budak-budak Melayu' kepada kepimpinan BN –Umno dan bukan kepada mereka, yang jelas tidak membuat apa pun demi kepentingan Melayu.
ANWAR tidak bermusuh dengan BN, ANWAR cuma tidak suka apabila beliau disingkirkan daripada parti BN pada 1998 dahulu.
http://pkrpasdap.blogspot.com
anwar cari pasal dengan keputusan bertanding di PP. dulu beria-ria hendak beli dan melompatkan katak ahli BN kedalam PKR... sekarang bukan main dia susah hati. USA dah lupa kat Brother Anwar Bin Ibrahim-BABI kerana dia ada masalah kat Russia (peperangan). Anwar sekarang hadapai krisis kiri dan kanan...
Gondang berpendapat, Anwar Ibrahim memang seorang yang licik. Masalah dirinya, diajaknya rakyat dan pengundi di Permatang Pauh ikut sama mempertahankan dirinya. Kalau rakyat susah, mampukah Anwar mempertahankan rakyat dan pengundi. Cukup-cukuplah dengan sandiwara, kononnya mah memperjuangkan nasib Melayu. UiTM pun, orang kuat Anwar cadangkan supaya dibuka kepada bukan Melayu. Jawatan Timbalan Perdana Menteri pun nak diberikan kepada bukan Melayu. Apakah Anwar menganggap Melayu ini bangsa yang bangsat? Saya amat kecewa dengan Anwar Ibrahim
Musuh sebenar negara adalah abdullah Bodohwi dan Najis Tun Razak
layari: www.suaralantangjejaka.blogspot.com
12 0gos 2008- Jejaka terjumpa artikel ni... memang ape yang penulis ni cakap.. korang bace... nilaikan sendiri... Sanggup kah melihat maruah bangsa sendiri di lelong oleh petualang bangsa?
UiTM Buka Untuk Non-Bumiputera
Dipetik dari http://www.akubetul.com
Heboh pasal Menteri Besar Selangor announced nak buka UiTM kepada non-bumi student. Hampir semua pihak slammed Tan Sri Khalid, kalau rajin pergi la search… Student UiTM, UiTM vice-chancellor Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, Pak Menteri, tokoh-tokoh pendidik, malah Pak Lah pun kutuk pengumuman daripada Menteri Besar yang baru setahun jagong itu.
Aku tak faham kenapa lah Tan Sri Khalid bangang sangat buat announcement macam tu. Dah sah UiTM bukan bawah jagaan dia, bukan bawah kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa Menteri Besar. Adakah dia dan PKR desperate sangat inginkan sokongan masyarakat Chinese dan Indian sehingga menonjolkan kecetekan pengetahuan dengan buat cadangan sebegitu?
citer lanjut... pegi tgk kt: suaralantangjejaka.blogspot.com
layari: www.suaralantangjejaka.blogspot.com
12 0gos 2008- Jejaka terjumpa artikel ni... memang ape yang penulis ni cakap.. korang bace... nilaikan sendiri... Sanggup kah melihat maruah bangsa sendiri di lelong oleh petualang bangsa?
UiTM Buka Untuk Non-Bumiputera
Dipetik dari http://www.akubetul.com
Heboh pasal Menteri Besar Selangor announced nak buka UiTM kepada non-bumi student. Hampir semua pihak slammed Tan Sri Khalid, kalau rajin pergi la search… Student UiTM, UiTM vice-chancellor Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, Pak Menteri, tokoh-tokoh pendidik, malah Pak Lah pun kutuk pengumuman daripada Menteri Besar yang baru setahun jagong itu.
Aku tak faham kenapa lah Tan Sri Khalid bangang sangat buat announcement macam tu. Dah sah UiTM bukan bawah jagaan dia, bukan bawah kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa Menteri Besar. Adakah dia dan PKR desperate sangat inginkan sokongan masyarakat Chinese dan Indian sehingga menonjolkan kecetekan pengetahuan dengan buat cadangan sebegitu?
citer lanjut... pegi tgk kt: suaralantangjejaka.blogspot.com
Post a Comment