MUKHRIZ TAK PERLU BIMBANG, REZEKI ITU DI TANGAN ALLAH-Malaysiakini
Monday, August 4, 2008
Pilu pula dengar EXCO Pemuda yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz anaknda kepada Tun Mahathir menyatakan bimbangnya tidak dapat bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO nanti yang didakwanya atas sebab berlaku penyelewengan dan politik wang di peringkat cawangan.
Beliau mengeluh bukan sahaja di forum pertemuan pemuda, malah di mana-mana beliau pergi dan dengan siapa sahaja beliau bertemu. Keluhannya itu mendapat simpati ramai tetapi sekadar simpati sahaja yang diharapkan simpati itu dapat membantu beliau meraih pencalonan di saat-saat akhir.
Namun Mukhriz secara tidak langsung memberikan alasan awal yang tidak baik kerana dakwaannya itu sebenarnya kenyataan orang lemah. Dari awal lagi sudah tunjuk pelbagai kelemahan yang membuatkan bukan sahaja dari kalangan pemuda di semua peringkat, malah orang yang tidak ada kena mengena dengan pencalonan atau yang menjadi perwakilan pun mengakui Mukhriz sudah terlilap langkah dari awal-awal lagi.
Semua orang tahu bahawa Mukhriz mengekori ayahndanya membuat desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebaik sahaja diisyitiharkan Ahli Parlimen Jerlun. Suaranya kedengaran di mana-mana hingga ramai yang meluat dengan kenyataannya itu hairan kenapa beliau tidak dipecat daripada UMNO atas sifat tidak bersetia kawan dalam sebuah parti.
Malahan Mukhriz pernah memanggil sidang akhbar mengumumkan khas dengan kata-kata cabaran beliau akan keluar dari UMNO jika Pak Lah tidak berhenti sehingga bulan Julai 2008. Sekarang sudah masuk Ogos. Kenapa masih lagi tidak berhenti saja daripada UMNO?
Atau beliau mempunyai rancangan untuk memohon EOT (Extention of Time) hingga akhir bulan September atau November pula? Inilah yang dikatakan sudahlah lemah, tidak sedar dari keluarga parti mana beliau dilahirkan dan atas tikit apa yang beliau dapat anugerah kebesaran dan segala kemewahan yang ada pada dirinya sekarang!
Sifat beliau terbawa-bawa sebagai anak terlalu muda dalam pemuda menjadikan Mukhriz memang sudah hilang kelayakan dari awal lagi dan semua itu menjadi perhitungan pemuda di semua peringkat mengukur dirinya dari kelompok apakah beliau yang cuba meniti jambatan emas yang rapuh sekali. Cabaran-cabarannya juga sekarang sudah menjadi buah mulut orang - bila lagi Mukhriz nak tinggalkan UMNO kerana Pak Lah masih jadi Perdana Menteri?
Kalau setakat mahu menuduh pasal penyelewengan, politik wang, orang main kayu tiga, ada orang potong jalan, orang lain main taktik kotor dan sebagainya, memang layaklah beliau akhirnya terpaksa merintih dengan sesalan yang tidak nampak sahihnya lagi itu dengan alasan-alasan yang berupa pepatah, kalau tak sampai untuk memetik buahnya, janganlah kata buah itu tidak enak dimakan.
Perkara paling penting untuk Mukhriz fahami dan ketahui ialah pentas yang mana Datuk berada hari ini adalah pentas politik di mana ukuran sebagai seorang pemimpin muda untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO ialah semestinya orang bukan dari kalangan kaki lawan tauke. Pemimpin itu mestilah juga dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin dengan baik, dalam hatinya tidak mempunyai bintik-bintik perasaan wasangka terhadap orang lain, tidak mudah mencabar dan tidak melaksanakan cabaran itu selain daripada mempunyai visi yang tinggi untuk ditanggung semampu-mampunya.
Sebaik sahaja Mukhriz mula menuduh orang lain menyeleweng, dengan sendirinya rakan-rakan lain yang bertanding seperti Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin adalah orang yang dalam senarai dituduh,. Oleh kerana masing-masing mempunyai penyokong dan pengaruh, nama Mukhriz berdentum merudum ke pangkal senarai. Mereka itulah yang Mukhriz maksudkan. Kalau tidak, siapa lagi?
Dalam pada itu, pandai pun Mukhriz menyebut rezeki itu di tangan Allah. Sepatutnya kalau benarlah beliau tidak dapat pencalonan yang cukup, redzailah dengan sambutan bersyukur dan masa masih panjang untuk beliau diberikan petunjuk bagaimana untuk menjadi rakyat yang baik dan ikhlas terlebih dulu sebelum diberi sesuatu mandat penting untuk memimpin.
Juga Mukhriz harus sedar bahawa kalau ayahnya seorang guru besar, tidak semesti anaknya juga perlu jadi guru di sekolah yang sama. Bahkan untuk jadi ketua darjah pun tidak semestinya kerana ayahnya guru besar kerana kriteria menjadi ketua darjah juga memerlukan karisma dan kemampuan yang tidak sepatutnya dipilih kerana siapa ayahnya untuk diberi pilihan menjadi ketua darjah mahupun memegang jawatan pengawas sekolah.
8 comments:
Alah Mukhriz, yang duit kau sumbat kat Sazmi miah KP Machang dan Suffian KP Kuantan apa cerita? Zubir KP Alor Setar dan Karim Merbok dah mabuk dgn duit korupsi kau sang mamak. mukhriz, kau lakhnat hipokrit. Pakai duit melalui proksi kempen manager kau faizal Azumu yang dulunya penghimpit Dato Hisham dan KJ, tiba2 tak dapat kontrak, terus nyendeng kay mamak botak korupsi.
Sudah lah dgn sandiwara mamak kau ni Mukhriz, macam bapak hang jugak.
Mukhriz tu bukan apa, dia dah kemaruk nak naik jawatan yang lebih tinggi. Yalah, nak ikut pepatah bapa borek anak rintik.
Lagipun sekarang ni, Tun M dah mula dikritik oleh sesetengah pihak lagilah susah bagi dia nak dapat jawatan yang tinggi.
Jadi sekarang dia nak guna 'taktik simpati' pula untuk raih undi.. Cara yang lemah nak dapatkan undi. Tak jantan langsung.
ahhhhhhhhh.koorg jangan percaya dengan lakonan botak no.ini mesti ada kutu di sebalik bulunya yg botak ni.koorg bukannya tak tahu mamat ni Maha Bollywood.mcm bapa dia juga yg menangis mcm budak2 tatkala mengistihar perletakkan jawatannya semasa perhimpunan agong UMNO dulu.
zaman sekarang ni org dah boleh baca dah lakonan si Mahatirwood ni.
diharap para pembaca dan yg komen2 dalam blog ini berhati2 sket dengan lakonan si botak ni.
bahaya.............
dia memang suka menang dengan meraih simpati orang ramai. kita tak boelh terima gologan yg menderhaka kepada pemimpin mcm dia ni
YANG MAIN BANYAK DUIT KHIR TOYO. SATU BHG DIA BAGI RM10,000. TANYALAH KP POKOK SENA ARIS CHE MAT.
Datuk mukhriz bimbang? Biar betul. Beliau bimbang tak dapat jawatan ke bimbang bimbang beliau sudah tidak boleh gunakan politik dan penyelewengan serta politik wang untuk dapatkan jawatan kerusi tersebut?
hati-hati dengan muslihat SI Mukriz ni.
This guy won't be going anywhere in UMNO. You see, he has to pay for the sins of his father.
He should join PAS and repent.
Kebimbangan berasas sebab ada orang takut kalah... hahahaha
Post a Comment