Tidak mustahil BN tawan Kubu Anwar-Malaysiakini

Tuesday, August 5, 2008

Kalah atau menang adalah perkara yang kedua dan yang penting BN perlu memberikan tentangan kepada Awar Ibrahim dan BN perlu mengambil kesempatan ini untuk turun padang dan menerangkan kepada pengundi Permatang Pauh bahawa pilihanraya bukanlah satu-satunya gelanggang untuk mencari kepopulariti mahu pun bukanlah tempat untuk agenda politik peribadi sesebuah keluarga. Bn juga perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada hard core Anwar ini bahawa politik juga bukanlah perisai untuk melepaskan diri dari kasalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.


Mungkin agak sukar untuk melakukan di Kubu kuat PKR ini tetapi ianya tidak pula mustahil untuk dilakukan kerana dengan usaha dan keihklasan mungkin usaha ini akan berjaya. Jika ianya tidak berjaya sepenuhnya , ianya dapat merubahkan sedikit hati hard core Anwar inisudah mencukupi. BN adalah under dog di Permatang pauh dan BN juga tidak tertekan jika kalah di Permatang Pauh , Namun jika BN dapat mengurangkan pengaruh Anwar di Permatang Pauh ini sudah merupakan satu kejayaan kepada kerajaan BN.

Tidak mustahil juga BN akan dapat mengalahkan Anwar di Permatang Pauh ini dengan mendedahkan semua penipuan dan tingkah laku Anwar kepada penyokong beliau dan inilah masa yang paling baik untuk menekan Anwar dan PKR untuk membuktikan dan menafikan segala penipuan mereka kepada rakyat. Kesempatan ini perlu digunakan oleh BN dengan baik kerana inilah merupakan satu hikmah kepada Kerajaan BN kerana berpeluang bersekemuka dengan penyokong kuat Anwar Ibrahim.

BN perlu bersatu dalam menghadapi pilihanraya kecil ini kerana itu adalah asas yang kuat BN selama ini dan pemipin-pemimpin BN perlu melaksanakan tanggungajwab dengan penuh komitment kerana dengan komitment kepimpinan UMNO pasti Anwar dan PKR dapat di tumbangkan diKubu beliau sendiri dan kemenangan ini tentulah amat manis sekali untuk dikenang dan merupakan hadiah yang istimewa buat penyokong yang setia kepada BN.

BN hanya perlu mencari calon yang lebih baik keperibadiannya dari Anwar Ibrahim dan setiap ahli BN perlu memberikan sokongan padu kepada calon berkenaan. Sokongan bekas ahli PKR juga diperlukan untuk membantu BN untuk merobekkan kubu kuat Anwar ini, sekiranya ini berjalan dengan lancar. Insyaalah Permatang Pauh akan kembali ketangan BN. Selamat bertanding .......

9 comments:

Anonymous said...

Angan2 mat jenin....

Anonymous said...

Bn dah stanby duit berguni2 utk jatuhkan Anwar!!!

Anonymous said...

tak mustahil BN kalahkan Anwar. Rakyat Permatang Pauh dah muak dengan barua Amerika Syarikat ni. Pengundi Permatang Pauh dah bijak dan matang dalam membuat pernilaian.Tambahan keadaan yg kurang senang setelah beberapa bulan diperintah oelh Parti Kezaliman Rakyat (PKR) membuat rakyat mengambil keputusan untuk memilih calon BN pada kali ini. Keruntuhan akhlak yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima rakyat. Pemimpin PAS sendiri melalui Nasruddin Mat Isa mula meragui Anwar. Beliau hampir percaya bahawa Anwar terlibat dalam hubungan luar tabi` dengan pembantu khasnya Saiful. Kepada rakyat Permatang Pauh sedarlah apa yang berlaku.buatlah keputusan dengan memilih calon BN pada kali ini.

Anonymous said...

Kenapa mesti menjangkakan perkara yang buruk-buruk...BN beli pengundi la, bagi duit berguni-guni lah.
Dalam PilihanRaya, walaupun sekecil mana, keputusan selalunya tidak dapat dijangka. Itu semua bergantung kepada rakyat yang keluar mengundi, dan pertimbangan mereka.
Tengok saja PRU 12, tidak disangka kerajaan hilang 5 negeri.
Jadi keputusan tu sebab PR sediakan duit berguni-guni juga ke anon?

Anonymous said...

Sebenarnya, Anwar MINTA untuk di tangkap. Anda akan dapat lihat, apabila polis mengeluarkan perintah untuk Anwar memberi statement, Anwar akan bagi alasan seperti di atas. Kemudian, satu court order akan di ambil untuk memerintahkan Anwar hadir bagi keterangan. Dan Anwar akan bolayan lagi dengan memberi alasan alasan yang penuh muslihat. Agak2 lepas tu apa jadi? Sudah tentulah Anwar akan di tangkap. Tatkala ini lah Anwar akan menggunakan penyokongnya yang ramai untuk mengelakkan diri di tangkap, sama seperti apa berlaku pada tahun 1998. Jadi boleh la di tunjuk pada satu dunia, Anwar di tangkap dengan zalim, pintu rumahnya di pecahkan.

Kepada yang tak tahu cerita, saya ada di kejadian malam Anwar di tangkap dan memang terdapat ribuan penyokongnya menghalang Anwar di tangkap. Sudah semestinya tangkapan tersebut akan menjadi kacau bilau, kalau tak pintu pecah, tentu ada orang yang cedera, dan Anwar MAHUKAN perkara itu berlaku. Dia tak peduli orang mati, janji dia boleh jadikan isu ini untuk menunjukkan kerajaan zalim.

Anonymous said...

Betul. Bn juga perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada "hard core" Anwar ini bahawa politik juga bukanlah perisai untuk melepaskan diri dari kasalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di dalam negara malaysia. Bn juga patut mengambil kesempatan ini untuk turun padang dan menerangkan kepada mereka bahawa pilihanraya bukanlah suatu pentas yang hanya untuk mecari politik semat-mata mahupun bukanlah tempat untuk agenda politik peribadi sesebuah keluarga.

Anonymous said...

anon 2:42 pm, betul juga kata awak. Mungkin ini merupakan muslihat DSAi untuk memberi gambaran kepada rakyat tempatan akan tindakan pihak kerajaan yang kononnya ingin bertindak zalim keatas beliau yang seakan-akan menyerupai insiden pada 1998 dahulu. Namun pihak polis tidak tergesa-gesa untuk menagkap DSAI pada masa kini kerana khuatir akan menimbulkan kritikan yang serupa seperti tahun 1998 dahulu.

Anonymous said...

aku yakin dan pasti barua amerika ini akan ditangkap polis sebelum penamaan calon nanti.bukti sahih bahawa barua ni telah meliwat saiful. Ataupun barua ni kena lakhnat dengan kuasa Allah.biar dia kena panah petir time sibuk berkempen atau jadi batu.biar orang ingat dia sampai bila2.

Anonymous said...

erms! dulu pak lah bebas kan dia sbb kata dia tak bersalah.. tapi kali ni dakwa lagi.. bersalah ke dia? contoh : kalau dah merompak sekali.. pastu kene tangkap (duduk lama dlm penjara = reman / jatuh hukum).. then dibebaskan sbb tak bersalah.. org tu nak merompak lagi sekali ker?

p/s : melainkan merompak tapi tak kantoi kantoi.. macam yg kebanyakan jadik sekarang ni..

"fikir fikirkan"

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP