Kalau benar, bersumpahlah… tunggu apa lagi?-Malaysiakini
Monday, August 18, 2008
BAIK sahaja Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah, mengakui apa yang selama ini masih menjadi teka-teki, sepatutnya empunya diri, yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim – selama-lamanya, menganggap (baca: mengajak orang ramai jangan mempercayai) semua tuduhan itu adalah konspirasi – bukan sekali bersumpah, malahan, berkali-kali dan di merata tempat.
"Kalau kita benar, kita tidak bersalah, kita difitnah, kita dihina, kita ditohmah… sekaranglah masanya yang paling sesuai, bersumpah seperti orang yang mendakwa bersumpah, memegang al-Quran di mana-mana sahaja, bila-bila masa, untuk membuktikan kita benar!" kata seorang pemandu teksi di Permatang Pasir.
Menurutnya, kenapa harus berdolak-dalik. Kenapa harus mengaitkan Perdana Menteri. Mengapa harus menuding jari kepada orang lain. Datuk Seri (Anwar Ibrahim) perlu mengaku sahaja dia terlibat dan apa yang dituduh itu benar, jika tidak sanggup bersumpah.
"Saya tidak bersetuju orang lain mencabar Datuk Seri (Anwar Ibrahim) supaya bersumpah tetapi saya mengharap sangat Datuk Seri (Anwar Ibrahim) sendiri bangkit mempertahanan dirinya dari tuduhan yang cukup menjijikkan ini.
"Jika tidak, lebih baik mencontohi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketikatimbul dakwaan tersebar rakaman video adegan dia dengan seorang perempuan… dia tampil membuktikan dia seorang lelaki sejati dengan mengatakan… 'sayalah orangnya'.
"Amatlah malang bagi pengundi di Permatang Pauh yang akan membuang undi pada 26 Ogos ini jika mereka terus keliru dengan status Datuk Seri (Anwar Ibrahim) yang mungkin selepas ini disabitkan dengan tuduhan meliwat," sambung pemandu teksi yang sudah tiga kali mengundi Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya lagi, kali ini dia akan mengundi lawan Datuk Seri Anwar kerana tidak mahu terus tertipu dengan kata-kata dan pidato yang berapi-api, sedangkan diri sendiri penuh dengan najis.
"Sebagai seorang yang beragama Islam, apa pun cakap orang terhadap Mohd Saiful Bukhari, hati saya tetap mengatakan bahawa sumpah yang dia lakukan di dalam masjid (rumah Allah) dengan memegang al-Quran ada kekuatannya.
"Mustahil Mohd Saiful Bukhari tidak mempunyai asas yang kuat untuk melakukan sesuatu yang cukup berat untuk dilakukan. Keberaniannya itu jauh lebih hebat dari keberanian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja tetapi menjadi tikusapabila diajak bersumpah," katanya.
Memetik pandangan bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, apa yang dilakukan Mohd Saiful Bukhari bukan sesuatu yang pelik malahan ia pernah berlaku di zaman Rasullullah.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Mohd Saiful Bukhari merupakan salah satu daripada cara untuk dia memberitahu kepada masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan bekas majikannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) itu adalah benar.
"Mohd Saiful Bukhari telah menuduh Anwar dengan tuduhan yang amat berat. Dia sanggup untuk bersumpah bagi memberitahu bahawa dakwaannya itu adalah benar. Dan dalam perkara ini memang dia ada hak untuk berbuat demikian.
"Oleh itu saya berpendapat Anwar juga perlu melakukan perkara yang sama kerana beliau merupakan pihak yang kena tuduh. Sewajarnya Anwar melakukan sumpah laknat. Perkara seterusnya kita serahkan kepada Allah," dia dipetik sebagai berkata.
Walau apapun Anwar mahu menepis sumpah laknak yang dilakukan Mohd Saiful Bukhari, perkara pokoknya ialah sama ada dia bersalah atau tidak. Soal pendakwaan di mahkamah dan kes yang dibawanya ke Mahkamah Syariah, tidak ada kena mengena dengan sumpah ini, tetapi dari segi moralnya, Anwar kena jelaskan apakah dia buat atau tidak!
Sehubungan dengan itu, beberapa pihak bersetuju jika Anwar melakukan sumpah laknat di mana-mana masjid di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Walaupun ramai yang sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar, namun ramai yang percaya bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Nor dan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Keadilan, Datuk S. Nallakaruppan juga boleh membantu pengundi Permatang Pauh 'mengenali keperibadian' Anwar dengan lebih dekat lagi.
Kedua-dua orang yang rapat dengan Anwar ini tidak pernah diserang oleh Anwar dan Dr Wan Azizah Ismail kerana 'mereka berdua mempunyai rakaman' penuh perangai dan sifat peribadi Anwar.
Khabarnya, Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali juga sedang menunggu masa untuk 'dibogelkan' oleh kedua-dua bekas 'sahabat' ini.
6 comments:
Berat mata memandang berat lagi bahu yang di pikul.itu perumpamaan yang sesuai di kaitkan dgn saiful bukhari.Bukan mudah utk mempermainkan agama.saya yakin dgn riak wajah pemuda ini kita dapat lihat dari ketelusan dan kekuatan diri nya dlm menyatakan kebenaran.jgn lah kita mempersendakan sumpah yang di lakukan oleh saiful.dn jgn lah kita mendengar kata2 penipuan dari DSAI lagi.jgn dia berdolak dalik lagi dan seharusnya DSAI juga perlu menyatakan kebenaran dgn cara yang sama.buktikan..
berfikirlah sejenak...wahai org islam...kita jgn meletakkan batu aras terhadap sumpah yang di lakukan oleh saiful.ada yang mengatakan sumpah ini tidak ikut cara islam?mcm2 persoalan dari pelbagai pihak ttg cara saiful bersumpah.tetapi secara amnya sbagai org islam yang telah bersumpah dgn nama allah serta di lakukan di rumah suci Allah...adakah sumpah itu masih tidak benar.dan saya percaya tuhan juga tidak akan merestui org islam yang mempermainkan agama yang tuhan cipta ini.maka balasannya laknat lah org itu.
sudah lah DSAI.dah buat tetapi nak salah kan org lain pulak.lepas tu kata BN yang buat konspirasi nak jatuh kan DSAI.takkan lah bodoh sgt BN nak buat konspirasi mcm ni.zaman TUN boleh la.Sedangkan kita pun tahu zaman pimpinan Pak Lah yang melepaskan DSAI dari penjara.takkan lah die nak tangkap balik dgn cara sama.so jgn lah pengundi2 permatang pauh termakan dakyah2 kotor dari si bangsat ni.cukup lah di merosakkan rakyat malaysia ini.so aku ingin memohon supaya pengundi2 permatang pauh bijak membuat pilihan dalam pilihanraya kali ini.jgnlah di beri peluang kepada pengkhianat ini lagi.
saya tertarik dgn tindakan DSAI untuk mengheret kes liwat beliau ke mahkamah syariah.yang mana beliau cuba meminta utk di kemuka kan 4 org saksi dgn mengikut perundangan islam. tetapi saya terkejut dgn tindakan beliau yang menolak kebenaran bersumpah dari saiful bukhari.yang mana sumpah itu di lakukan dgn nama allah dan juga telah dilakukan di zaman rasulallah lagi.dlm bab ini kenapa DSAI tidak menyetujui konsep dlm islam itu sendiri.kalau hendak mengikut cara islam...ikut lah betul2.atau mungkin DSAI takut dgn cara islam.jgn dimain2 dgn agama islam DSAI.!!!!
Secara jelasnya ANWAR disini takut untuk bersumpah kerana khuatir akan dimanipulasikan. Akan tetapi beliau berjaya untuk memanipulasikan mahkamah syariah dan undang-undang islam yang terdapat di negara ini terhadap kes sodominya. Pelik bukan? Ini menunjukkan bahawa beliau hanya mempermainkan undang-undang yang dibina di negara ini untuk kepentingan beliau, bukannya mempercayai ataupun yakin dengan sistem perundangan yang terdapat di negara ini. Ini berbeza dengan saiful yang nyata jelas yakin dengan sistem perundangan yanag akan membela dirinya daripada disabitkan kesalahan terhadap kes sodomi tersebut.
http://pkrpasdap.blogspot.com
itulah kerajaan BUTA. Siapa yang buta tak tahu. Anwar hanya ramal akan menang tapi belum tentu sebab nasibnya ditentukan oleh pengundi bukan penyokongnya yang ramai.
sebab itulah gus dur sokong. abe MIE ada cerita menarik pasal gus dur. JOM
Post a Comment