Kisah Mazlan Harun bela kuda dan laporan BPR yang dibuatnya-Malaysiakini
Saturday, August 9, 2008
Oleh Mohamad Ansar Saifuddin
TIBA-TIBA ada beberapa orang yang mahu dikenali sebagai veteran Umno, menyerahkan laporan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai apa yang didakwa penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin tertinggi Umno.
Veteran itu, dikenali dengan nama Datuk Mazlan Datuk Harun, anak kepada seorang bekas Menteri Besar Selangor dan katanya diiringi seorang lelaki berkulit hitam, bernama Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman, anak kepada seorang bekas Pengerusi Tetap Umno.
Khabarnya, sms disebarkan sehari sebelum itu, mengajak ahli-ahli Umno bersama-sama mengiringi Mazlan dan Kadar Shah, dibuat oleh seorang bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn (anak kepada Tun Hussein Onn) dan seorang lagi, anak kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, yang cukup terkenal kerana sering 'baling batu sembunyi tangan'.
Inilah serba sedikit yang boleh disebut dalam tulisan ini, kerana kesemua nama-nama yang disebut (termasuk yang tidak disebut) adalah mereka yang hidup kaya raya, mungkin kerana Umno (yang menyebabkan mereka jadi kaya raya) dan mungkin juga kerana kepandaian mereka berniaga ketika Umno dan beberapa orang tertentu, yang rapat dengan mereka, sedang berkuasa.
Khabarnya, mereka ini semuanya 'suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah' untuk bertanding kerusi Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.
Entah betul entahkan tidak, nama Kadar Shah ditulis pula sebagai Ketua Umno Bahagian Muar oleh sebuah akhbar tempatan sedangkan, Kadar Shah tidak pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Muar, tetapi Allahyarham bapanya, Tun Sulaiman Ninam Shah memang pernah mengetuai Umno Bahagian Muar, berbelas tahun lamanya.
Menurut ceritanya, laporan tersebut adalah berdasarkan surat terbuka yang dihantar oleh Ketua Umno Bahagian PetalingJaya Selatan, Datuk Kapten (B) Zahar Hashim kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta pemimpin berkenaan dikenakan tindakan tatatertib atas penyalahgunaan kuasa.
Maka, Mazlan yang sudah lama 'ke sana ke mari' termasuk ke Pulau-Pulau di Terengganu atas urusan peribadi dan perniagaannya tiba-tiba bangkit dari 'era berbulan madu' untuk "saya menaruh segala kepercayaan kepada pihak BPR untuk menyiasat kes terbabit."
Di mana orang-orang ini, ketika Umno menghadapi pilihan raya? Ke mana orang-orang ini ketika Umno menerima serangan dari rakan-rakan parti komponen BN? Di mana orang-orang ini ketika bangsa asing menyerang ketuanan Melayu. Ke mana orang-orang ini ketika kepimpinan Umno sedang berusaha menarik balik sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN?
Adakah mereka di Pejabat BPR? Adakah mereka di Balai Polis? Atau mereka duduk selesa, mengumpat dan mengata-ngata kepimpinan tidak pernah buat betul, tidak pernah buat baik dan semuanya kepimpinan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak betul, tidak kuat, lemah dan tidak berkemampuan untuk terus menerajui negara dan parti.
Di mana mereka bersembang, tentulah di tempat-tempat mewah kerana mereka ini sudah kaya raya, sejak zaman 'orang-orang tertentu' memegang kuasa dahulu.
Yang mereka nampak, (barangkali), Pak Lah perlu digantikan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Yang peliknya, ada antara mereka, menjadi penyokong Tengku Razaleigh ketika ini sahaja, ketika Tengku Razaleigh mahu bertanding. Ketika tidak ada pertandingan, mereka pun malas nak ke Pejabat BPR, bersebelahan dengan Bangunan Dayabumi, kat Kuala Lumpur itu.
Rakyat (baca: orang Melayu) di kampung-kampung, yang tidak ada membela kuda seperti Mazlan membela kuda, yang tidak memakai rantai leher dan gelang tangan seperti Kadar Shah pakai, yang tidak beristerikan seorang ratu cantik sebenarnya amat mencintai Umno kerana jasa Umno kepada bangsa Melayu lebih dari apa yang dirasai 'anak-anak bekas pemimpin ini' dan perasaan bekas Pegawai Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mereka, mahu terus bersama-sama Umno, tetapi mereka kini dikelirukan dengan perjuangan 'orang yang suka membaling batu sembunyi tangan'. Mereka ini (anak kepada bekas pemimpin) semuanya pernah berjawatan di peringkat bahagian kecuali Kadar Shah yang tewas dalam beberapa kali percubaan mahu menjadi Ketua Umno Bahagian Muar, sudah tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno di bahagian masing-masing.
Kalau mereka masih hebat, kenapa mereka tidak mahu bertanding? Takut kalah sebenarnya… bukan tidak berminat atau mahu memberi peluang kepada muka-muka baru atau orang yang lebih muda sebenarnya.
Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Hishammuddin juga pernah kalah di salah satu bahagian dalam usahanya mahu menjadi ketua bahagian.
Cukuplah. Sudah semakin ramai orang bercakap soal bapa mereka, walaupun tanpa bukti, kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan suasana tidak harmoni sesama sendiri.
Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak ke Subang Jaya, bertemu dengan kepimpinan Umno Negeri Selangor di sebuah hotel berdekatan sebuah pusat perubatan, ada beberapa sepanduk dipasang yang berbunti 'sokong peralihan kuasa – Najib Presiden, Muhyiddin Timbalan Presiden'. Kerja siapakah ini kalau bukan kerja orang yang 'bila dah buat, terus ke luar negara' kerana banyak duit, hidup kaya raya dan boleh upah budak-budak buat kerja ini.
Datuk Seri Najib mungkin suka semua ini, tetapi tiada siapa pun pernah mendengar Najib berkata; "buatlah."
Para pengiring Mazlan ke Pejabat BPR Wilayah Persekutuan, sepatutnya pergi ke rumah Mazlan di Tanah Merah, Sungai Buloh. Tengok berapa puluh hektar tapak tanah rumahnya itu dan ada berapa orang pekerja yang bekerja menjaga kuda-kudanya. Yang mengiringi Mazlan, bukan sahaja tidak ada kuda, malahan, nak beli kacang kuda pun nak kena minta duit dari orang lain.
Harakahdaily turut melaporkan, kisah laporan BPR ini bagi memberi gambaran bahawa Umno 'bergolak'.
8 comments:
Saya tidak begitu mengetahui latar belakang Mazlan. Dengan membaca tulisan anda, saya mendapat sedikit sebanyak informasi, dan boleh juga menilai Mazlan dan gengnya , walaupun dari jauh sahaja.
Tahniah!!! Episode ini semua adalah bukti nyata yg tak payah disuluh lagi untuk bangsa Melayu menolak umno yang sudah tidak relevan,malah WAJIB dikuburkan saja dengan batu nisannya tertera perkataan INILAH KUBUR PENGKHIANAT BANGSA.Umno itu sendiri adalah bahasa INGGERIS. Dimanakah logiknya sebuah pertubuhan yg KONONNYA memperjuangkan BANGSA dan BAHASA MELAYU tapi nama parti guna nama INGGERIS. PKMB adalah lebih sesuai bagi parti UMNO. Dengan segala kebatilan yg dilakukan oleh UMNO selama 51 tahun, sangat tepat kita rumuskan PKMB sebagai Pertubuhan KEBANGSATAN Melayu Bersatu.............
Aku nak muntah bila ketuanan melayu dijaja dan dilelong olih para pecinta umno(baru)kununnya akan tergugat dan melayu akan merempat. Poorahhh. Orang tidak tahu atau buat tak tahu saja akan percaya atau bersongkongkol dengan mitos ini. Apa yg tergugat ialah sesetengah pemimpin umno yg sudah pun kaya raya dan ingin mempertahankan kuasa mereka untuk menambahkan harta dan dihormati. Period. Dalam apa jua pun keudukan melayu akan tetap terpelihara sebab 1. Perlembagaan sudah jelas akan kedudukan melayu. 2. Undang-undang tubuh persekutuan/ negeri. 3. Sultan. Tiga benteng ini tidak akan terungkai. Inilah realitinya. Kaum lain pun tidak mempersoalkam tiga benteng ini. Apa mereka mempersoalkan ialah keadilan dan kedudukan masa depan mereka di tanah air lahir mereka sendiri. Inilah pemimpin umno(baru)sekarang tidak laksanakan. Asyik mementingkan umnoputras dan kroni-kroni mereka dalam MIC, MCA, PPP dan parti komponen BN yg lain.
Atas kedudukan dan kuasa yg ada para pemimpin umno (baru)menyalahgunakan kuasa dan tidak bersikap adil dengan orang2 melayu yg tidak sekapal dengan mereka, contoh menganaktirikan Kelantan yg mana 98% adalah melayu. Merampas duit royalti minyak kerajaan PAS Trengganu. Banyak lagi contoh kemunafikan pemimpin umno (baru).
Banyak kepincangan dalam umno (baru). Penyalahan guna kuasa, politik wang, rasuah, dll lagi. Pemilihan umno (baru) di setiap cawangan dan bahagian agenda kotor ini diteruskan juga.
Olih itu tidak salah bagi saya kalau Datuk Mazlan Harun dan teman2beliau tidak berpuas hati dan membuat polis report. Soal dia banyak wang atau tidak, ada pelihara kuda atau apa pun, selagi tidak menyalahi undang-undang atau tidak kebas duit rakyat, tidak mengapa. Cuma kita nak tengok sama pihak BPR atau polis beran tak mendakwa para pemimpin tertinggi umno (baru) ini? walaupun bukti sudah jelas di depan mata.
Yg peliknya ahli2 umno (baru) ini majoriti orang Islam. Solat bolih tahan hebatnya. Bab korupsi, ketidakadilan, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi siap dengan bukti, of course, tidak keluar dalam media perdana, telah dilaporkan. Tiada tindakan langsung dan yg paling malang ahli2 yg islam cukup menarik ini masih menyokong dan bermatian mempertahankan pemimpin2 terlibat.
Bukankan amar makruf nahi mungkar wajib bagi setiap individu islam?. Kenapa ini tutup mata?. adakah islam hadhari kata ok?
Q43. Divide and rule exists in all politics and religion. (Fact or Fiction)
Memecah belah dan memerintah terdapat di semua fahaman politik dan ugama. (Fakta atau Rekaan)
Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)
Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)
Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com
Gondang berpendapat, Umno perlu dipertahankan. Tidak ada parti Melayu selain Umno yang mempunyai paling ramai ahli. Soal parti lain pun boleh mempertahankan ketuanan Melayu, belum pernah dibuktikan. Budak-budak baru sayangkan PKR kerana mereka melihat fartomorgana. Biarkan mereka kerana, masa akan menjawab segala-galanya. Hisup Umno, hidup Melayu.
Datuk Mazlan Harun? Siapa Bapa dia? Tiada credibility!!
http://donplaypuks.blogspot.com
UMNO macam tu la caranya,dok perjatuh sesama sendiri lepas tu dok persalahkan pembangkang...salah dan silap sendiri tak mau ngaku tapi dalam masa yang sama dok pertahan juga yang korupsi..gukalah apa jua istilah, pemberian yang dibuat oleh pimpinan UMNO dalam perjumpaan setiap UMNO Negeri dengan Presiden dan Juak-juaknya adalah nyata RASUAH...soal mazlan bela kuda atau jadi kuda itu lain hal boleh kita isukan...lepas ini akan ada pulak yang isukan hal mazlan anak datuk harun anak idris mantan MB selangor yang pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah..kes balas dendam ni...tunggu la..nanti keluar la tu..UMNO..
thanks!
Kau orang ni bangkai hidup semua.
Ada tak kenal Datok Harun Idris?
Tak layak cakap pasal UMNO.
Layak panjat tiang pasang poster dan kasi buntut kat anwar dan khairy
Post a Comment