ANWAR SUDAH RANCANG MUNGKIN BERATUS CARA ALIH PANDANGAN RAKYAT SUPAYA KES LIWATNYA DILUPAKAN-Malaysiakini
Thursday, July 31, 2008
Dengan tiba-tiba sahaja heboh pasal rekod perubatan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pusat perubatan swasta dihebahkan di laman web yang kononnya Saiful tidak pernah diliwat. Serentak itu juga Anwar terus meminta supaya kes liwatnya itu digugurkan serta merta. Pada hal perkara itu belum tentu sesahih mana dan dalam peringkat tidak menentu lagi kerana ia bukan disiarkan oleh pihak yang layak membuat hebahan seumpama itu.
Ini adalah salah satu lagi tektik pihak Anwar yang begitu banyak menguasai blog dan laman web pada ketika ini untuk dipergunakan bagi mencelah kesempatan mengalih pandangan orang ramai supaya tidak mempercayai apa yang Anwar perjuangkan mencari jalan menutup malunya dituduh meliwat.
Tidak dinafikan sama sekali bahawa masih ramai yang masih tidak percaya Anwar terjebak dalam aktiviti liwat sejak dari dulu lagi dalam round pertamanya semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri. Dan apabila timbul round ke dua ini, masih lagi di tahap yang sama, penyokong taksub dan orang yang melihat Anwar hebat dari pertuturannya yang berupa orang bijaksana tidak mudah menerima bahawa ia mungkin ada kebenaran disebalik tuduhan itu yang memungkinkan ia dijadikan kes dan memang cukup memalukan.
Kebijaksanaan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu dari aspek positif dan negatif. Yang negatif pun misalnya, ada yang sanggup menyangkal hingga ke paras apa salahnya kalau Anwar meliwat pun kerana itu dianggap peribadi yang tidak ada kena mengena dengan kepimpinan yang ditunjukkan layak jadi perdana menteri. Kalau boleh semasa debat pasal minyak di TV pun ada orang berkata bahawa apa salahnya kalau beri peluang kepada Anwar jadi perdana menteri dalam waktu percubaan selama enam bulan atau setahun.
Begitu sekali pandangan orang yang taksub dengan seseorang yang boleh berfikir hingga ke tahap tidak munasabah kerajaan sekarang mahu menyerah untuk menyelesaikan soal kenaikan harga minyak dengan menyerahkan kepada beliau untuk mentadbir negara sedangkan kesnya yang menunggu didakwa cukup memalukan bangsa agama dan negara kita di mata dunia terutama dunia Islam. Macam cerita Hindi pula yang boleh buat filem memberi pinjaman jawatan sepenting perdana menteri sehari sebagai menyambut cabaran dari pihak pembangkang.
Kalau dilihat secara positif pun perkara ini, ia juga memerlukan makanisme lojika di mana apabila seseorang sudah membuat dakwaan dan polis sudah mengambil kes itu dalam keadaan susah payah dan berhati-hati supaya tidak timbul kes lebam mata kali kedua, Anwar semakin dilihat mengada-ngada. Sikapnya terhadap kes liwat ini telah menampakkan Anwar dari peringkat awal pun sudah menunjukkan beliau bertindak seperti orang sasau kononnya beliau hendak dibunuh lantas mendapatkan perlindungan di kedutaan luar negara.
Dia meracau-racau tidak tentu kalu walaupun akhirnya memberanikan diri keluar menyertai debat yang tiada kaitan dengan kes liwatnya. Lepas itu tidak takut pula ada orang mahu membunuhnya dan boleh pergi pula ke BPR membuat kenyataan atas laporannya terhadap peguam negara dan ketua polis mahu mendapat pembelaan terhadap kesnya di round pertama dulu.
Tetapi Anwar bersikap enggan membuat kenyataan kepada polis terhadap kes liwatnya hingga polis terpaksa bertindak menangkapnya sebelum dia kembali berkurung di rumah yang sudah pasti penuh dengan kumpulan reformasi untuk menimbulkan kekecohan jika Anwar ditangkap di rumahnya. Walaupun tempoh diberi hanya sejam lebih awal, tetapi polis sudah mendapat maklumat bahawa Anwar kalau tidak diserbu secara begitu, beliau akan merancang perkara lain pula yang boleh dengan mudah membabitkan nama buruk polis.
Dan tempoh sejam itulah yang Anwar gunakan untuk membidas polis yang tidak lagi mempercayai dia kononnya akan pergi membuat kenyataan. Waktu sejam itu adalah waktu kecemasan bagi polis untuk bertindak kerana bagi mengelak daripada menimbulkan kekecohan sebagai salah satu usaha beliau menarik perhatian ramai ke pandangan perkara lain.
Adalah diduga selepas mainan rekod perubatan Saiful, ada banyak lagi yang Anwar dan orang-orangnya telah menyusun strategi mengalih pandangan orang ramai sambil mencari ruang supaya rakyat bersimpati dengannya semata-mata kerana pada Anwar, kes liwatnya dengan Saiful mesti ditutup rapat-rapat.
Daripada rentetan perkembangan yang boleh dikatakan setiap hari ini, Anwar berharap dia masih boleh dipercayai bahawa kes liwat itu tidak benar dan terus menerus menuduh dirinya dirancang oleh satu konspirasi menyekat beliau dari mendapat pengaruh untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti yang telah diuar-uarkan pada 16 September akan datang.
Tidak menghairankan pula selepas ini adalah pihak yang mengeluarkan hasil siatan polis lebih awal menyebut, kes liwat Anwar dengan Saiful adalah rekaan semata-mata walaupun sebelum peguam negara membuat pernyataan sama ada dia perlu didakwa atau tidak. Soal buang kes, tidak timbul langsung dalam hal ini kerana kalau Anwar tidak didakwa, Saiful tetap akan didakwa kerana membuat laporan palsu. Sebaliknya kalau Saiful didapati ada kes, Anwar tetap akan didakwa. Yang tidak timbul sekarang ini ialah Anwar tidak mendakwa Saiful membuat laporan palsu atau bersedia menyaman Saiful jika dia fikir dia benar.
Anwar tidak mahu dirinya menjalani pemeriksaan DNA. Dia juga tidak mahu menyambut cabaran supaya dia bersumpah mengikut hukum syarak. Dia tidak mahu hadir kepada polis hingga ditangkap. Jadi, apa yang dia mahu ialah rakyat percaya dengan dia. Dia mahu orang percaya bahawa polis membiarkan dia tidur atas simin kosong mengakibatkan dia sakit-sakit tulang kononnya dia sudah tua. Itu yang mahu diperbesarkan kerana Anwar tahu, sebilangan besar rakyat negara ini masih jijik dengan penglibatan pemimpin terhadap hubungan pemimpin yang mempunyai rekod kemungkaran terutama terhadap kes liwat, hubungan seks dengan bukan muhrim dan terkejar-kejar perempuan untuk memuaskan nafsunya. Ubah muka dan biadap pun rakyat tak suka lagi dah. Anwar kena ukur dirinya dulu sebelum mahu menjadi pemimpin kepada rakyat yang belum lagi hilang pedoman.
8 comments:
ada yang penah memberitahu saya bahawa Anwar ni "a man with many tricks".kata-kata itu mungkin ada benarnya kerana Anwar seoalah-olah banyak "twist and turn" dalam kes sodomi ini.
Paling baru sekali ialah ialah keluarnya medical report yang mengatakan Saiful tidak diliwat walhal repot itu belum cukup lengkap dan doktor yang menjalankan pemeriksaan bukanlah pakar dan tidak menggunakan peralatan yang mencukupi.
saiful juga dilapurkan baru-baru ini akan sanggup bersumpah menggunakan Quran bagi membuktikan dia benar-benar diliwat Anwar jika ulama mengatakan Saiful memerlukan Quran.
sekarang ini ada pulak penyokong Anwar yang agak "hilang akal" mengatakan biarlah Anwar liwat sesiapa pun kerana ia urusan peribadi Anwar.ini tidak sepatutnya berlaku.Adakah kita mahu pemimpin yang jika benar di meliwat untuk dijadikan pemimpin kerana selama ini dia menipu dan menafikan tuduhan keatasnya?.
Saya setuju dengan i'm just a guy,
Anwar memang terkenal dengan putar belit dan dolak daliknya. Yang kesiannya ialah penyokong fanatik Anwar yang beriya-iya menyokong beliau sedangkan sebenarnya mereka ditipu bulat-bulat tanpa mereka sedari. Apa jua tindakan kerajaan tetap akan mengundang kritikan dan andaian buruk dari mereka. Sedangkan Anwar belum pun disabitkan kesalahan...
Anwar terlalu banyak bersandiwara dalam karier politiknya, sampaikan semakin ramai rakyat sudah menyampah dengan tindakannya itu.
Gondang tertawa membawa Suara Keadilan yg baru. Muka hadapan melaporkan 'sah' - tiada liwat kononnya dipetik dari Laporan Perubatan dan 'sah' kedua, kononnya Anwar Ibrahim nak bertanding di Kulim. Kedua-dua laporan 'sah' ini menjadi tidak sah dengan sendirinya apabila Anwar mahu bertanding di Permatang Pauh pula, manakala Laporan Perubatan sudah dinafikan sebagai bukan 'laporan rasmi' dari Pusrawi. Apa lagi, 'trick' yang hendak digunakan? Masihkah ada lagi yang hendak mempercayai Anwar dan Wan Azizah ini? Kesihan juga apabila kita sudah tidak 'dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata'.
BILAKAH KEBENARAN AKAN MUNCUL..MUDAHAN ALLAH TIDAK MENIMPA BALA KE ATAS KITA SEMUA DISEBABKAN OLEH PERBUATAN LAKNAT YANG DILAKUKAN OLEH SEBAHAGIAN DARIPADA KITA..
http://pkrpasdap.blogspot.com
Anwar kalau kalah, dia bertanding lagi kat mana-mana parlimen di malaysia. dia tu bukan tahu malu.
kalau menang, mungkin tapi kena ingat kata presiden gerakan, permatang pauh diaorang dah lama intai. Firdaus kalahpun tak seteruk PAS dan DAP kalah semasa lawan anwar dalam BN dahulu.
2004, azizah menang tak sampai 1000 undi.
2008, lakin kira sebab kita masa itu mabuk reformasi konon.
Anwar ni memang kaki drama.
Hari tu bukan main lagi cakap akan bertanding kat kawasan yang memang bukan kawasan PKR. Nak 'luaskan tanah jajahan'. Tapi tengok-tengok dia lari ke Permatang Pauh juga akhirnya. Kalau menang pun memang tak bergaya langsung. Tak cukup syarat untuk glamour lebih.
KABINET BAYANGAN ANWAR
PM = ANWAR IBRAHIM
TPM = LIM KIT SIANG
MENTERI DALAM NEGERI = KARPAL SINGH
AKU NAK TANYA GAK...WAKIL DARI PAS MANE EK? KESIAN...KESIAN..
GELI GELEMAN AKU TENGOK KABINET BAYANGAN DIA NI...
WOI ORANG - ORANG MELAYU SEDARLA....
Post a Comment