Dr. M risau pasal peralihan kuasa-Malaysiakini

Friday, July 11, 2008

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin




MELAYARI http://test.chedet.com/, terbaca oleh saya satu tulisan ringkas, tentunya dari bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Ahli Umno, bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerisauannya terhadap peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Sepatutnya, saya tidak membaca tulisan ini kerana, tidak ada faedahnya melayan syak wasangka dan busuk hati Dr. Mahathir terhadap Pak Lah bukan sehari dua ini. Dia sudah melakukan sejak sekian lama, dalam banyak ceramah-ceramahnya selain menulis dalam webside yang kononnya mendapat kunjungan ramai.


Apabila sudah terbaca, saya rasa seperti terpanggil untuk mengulas sesuatu, tentunya bercakap mengenai hak dan keistimewaan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ingat! Ketika Dr. Mahathir menjadi PM dan Presiden Umno, bukan sedikit carca-marba yang dilakukannya. Lupa, bagaimana dia menyindir Datuk Shahrir Abdul Samad apabila MP Johor Bahru itu, yang ketika itu adalah Ahli MT Umno menulis di laman web?


BN biasa kalah di peringkat negeri ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sabah, Kelantan dan Terengganu merupakan 'sejarah hitam' yang tidak mungkin dapat dipadam. Mahukah Dr. Mahathir menafikannya? Kelantan terlepas ke tangan PAS bukankah ekoran 'pergaduhan' Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah?


Lupakah kita, Parti Melayu Semangat 46 pernah menang satu kerusi di DUN Johor, Pahang dan Selangor ketika kemuncak kebencian rakyat terhadap Dr. Mahathir? Hari ini, apabila Presiden Umno yang boleh mengimamkan sholat mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua bahagian dari seluruh negara, Dr. Mahathir nampaknya 'menghasut' mereka bahawa Pak Lah akan memberi gula-gula kepada Najib.


Gambarannya Pak Lah akan berundur 2010, kemudiannya Najib akan diserang dengan pelbagai tuduhan, menyebabkan Najib dianggap tidak layak menjadi TPM dan Pak Lah akan melantik seorang lain yang setia kepadanya sebagai TPM, menunjukkan Dr. Mahathir cuba 'menyamakan ketidak ikhlasan' hatinya dengan keikhlasan hati Pak Lah.


Perdana Menteri pertama yang bermasalah dengan timbalan, bukan Pak Lah tetapi Dr. Mahathir. Gandingan 2M (Mahathir dan Musa) suatu ketika dahulu mengusarkan Dr. Mahathir yang sentiasa menganggap Tun Musa Hitam mahu menentangnya. PM yang tidak mahu berundur sebenarnya ialah Dr. Mahathir. Dia hanya berundur kerana dia tidak ada pilihan lain.


Usahanya menawarkan diri bertanding G7 di Kubang Pasu juga menunjukkan 'ada yang tidak puas di hatinya'. Dia mahu masuk lagi Perhimpunan Agung Umno, walaupun dia sudah menjadi Presiden Umno 22 tahun, tidak masuk tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden.


Hari ini, Dr. Mahathir menyebut nama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mungkin 'dianggap sebagai tidak setia kepada parti, pengkhianat dan tak hormat arahan demokratik dari Presiden Umno' jika meneruskan hasratnya bertanding jawatan yang lebih tinggi dari Naib Presiden Umno.


Muhyiddin mungkin 'tersenyum kambing' dengan kenyataan Dr. Mahathir ini.
Tetapi jika Muhyiddin ingat bagaimana Dr. Mahathir 'menjatuhkannya' dari kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, Muhyiddin mungkin tidak dapat memaafkan Dr. Mahathir sampai ke mati. Ingat, antara kata-kata Dr. Mahathir di dalam Ucapan Dasar Presiden Umno tahun 1996?
Antara kata-katanya;


"Jika kita memilih orang yang member duit kerana membeli undi, orang ini nanti akan menjual negara dan parti ini untuk mendapat semula wang yang digunakan untuk tujuan membeli undi…


" Walaupun kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Muhyiddin yang ketika itu menduduki kerusi Naib Presiden nombor satu, tewas hingga jatuh ke nombor enam. Nasib baik ketika itu, ada seorang calon bernama Yeop Tajuddin (Naib Ketua Umno Cawangan Dalam Bahagian Lembah Pantai) mendapat undi 111, yang meletakkannya di kerusi nombor tujuh. Jika tidak, Muhyiddin tercorot.


Bolehkah Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya memaafkan Dr Mahathir dengan apa yang berlaku? Lupakah Muhyiddin dia hamper-hampir 'bertumbuk' dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana situasi politik ketika itu? Siapa yang melaga-lagakan mereka jika bukan Dr. Mahathir?


Ketika tewas, Muhyiddin dikatakan ada memberitahu kawan-kawannya "saya ditanam enam kaki ke bawah tanah" oleh Dr. Mahathir dan Ghani Othman. Mungkin saya tidak boleh muncul lagi selepas ini. Sebelum itu, apakah Muhyiddin lupa bahawa Dr. Mahathir 'tidak menghormati kedudukannya' sebagai Naib Presiden nombor satu, kerana hanya melantiknya menjadi Menteri Belia dan Sukan sedangkan kementerian itu adalah kementerian paling junior dalam cabinet.


Siapa yang meletakkan Muhyiddin di Kementerian Pertanian (satu kementerian yang cukup besar dengan 13 agensi kerajaan di bawahnya) dan sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Bukankah Pak Lah? Siapa yang berkempen (ketika membentangkan budget dan pertemuan Presiden dengan perwakilan Umno) sebelum pemilihan 2004, untuk Muhyiddin jika bukan Pak Lah?


Hari ini, Dr. Mahathir yang pernah 'takut Pak Lah melantik Muhyiddin' menjadi TPM, tiba-tiba mahu menjadi pembela Muhyiddin. Kata-katanya 'mendahului' orang lain supaya Pak Lah tersepit dengan keadaan ini. Dulu, dia (Dr. Mahathir) tidak berhasrat melantik Najib, bukan kerana Najib tidak layak tetapi kerana 'kehendak Allah' dan rezeki Pak Lah.


Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno. Jika dia tidak ada sesiapa berani mengelarkannya sebagai 'pengkhianat' tetapi hakikatnya begitulah. Parti yang meletakkannya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri kini sudah ditinggalkannya. Memang masih ada orang yang bernostalgia dengannya. Kononnya dialah PM terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia.


Tetapi, untuk memerintah Negara ini, tidak cukup sekadar bernostalgia sahaja. Lama dah… cemoi dah. Cukuplah! Kenapa sampai sudah berundur, masih mahu menyusun atur siapa yang patut berhenti, siapa yang patut menjadi PM dan siapa yang patut melawan Presiden parti.

Jika Dr. Mahathir tidak perlu risau jika ada 'suara-suara dari pengasas parti yang sudah meninggal dunia' marahkah Pak Lah kerana kononnya Pak Lah sudah 'hi-jeck' parti ini kerana apa yang berlaku hari ini, termasuk kemarahan rakyat, Isu Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Daim Zainuddin adalah 'kesilapan di era dia sendiri'.


Tidak ada siapa yang berani menegurnya ketika dia berkuasa hingga menyebabkan dua bekas PM bertindak tidak mahu menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan kawan-kawannya.


Kalau Dr. Mahathir menyangka yang Pak Lah akan melakukan sesuatu yang tidak patut kepada Najib dan Muhyiddin, Dr. Mahathir juga seharusnya bertanya dengan Najib dan Muhyiddin apakah mereka berdua juga ada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada ketua mereka yang jujur dan ikhlas melantik mereka?


Kepada pelayar-pelayar laman web 'chedet' dan memberi komen menyokong Dr. Mahathir, fikirkanlah bahawa Umno itu lebih penting dan berjasa daripada 'Dr. Mahathir tanpa Umno'. Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah.

26 comments:

crower said...

"Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah."

1. Saya lagi rela Dr. Mahathir memegang tampuk pemerintahan daripada Pak Lah. Bawah zaman Pak Lah rasuah, kronisme and nepotisme memang ketara sungguh ditambahkan lagi dengan ketiadaan pembangunan yang dapat dilihat dengan mata kasar rakyat. Yang wujud cuma jawatankuasa-jawatankuasa, koridor-koridor dan pelan-pelan tindakan.

2. "Finishing touch" Pak Lah zero.

Anonymous said...

saya setuju... Dr M jangan main campur lagi... sudah berundur, santai aja. buat apa selalu mau kutuk-kutuk... waktu dia jadi PM, tak ada seekor pun yg berani ngutuk dia. Semua yg dia pilih, sekarang dia kutuk... bila Dr M masih PM, Samy, Rafidah, Pak Lah, Najib... tu semua geng dia... skarang bila dia yang bersara, mau jugak yang lain jatuh.. walau pun saya bukan suka dengan samy, rafidah, pak lah dan lebih-lebih lagi najib tu... tapi jemu selalu dengar DrM dok main kata-kata...

malayamuda said...

for Dr Mahathir he is malaysian citizen No 1, Islam No 1, Malay No 1, Manusai No 1, Mr Perfect No 1.............. ONLY he knows whats best for Malaysia and Malaysians....... therefore ONLY he is capable of leading Malaysia and ONLY he can be Prime Minister..........

Only better if he shuts UP !

Anonymous said...

Pada saya Dr. Mahathir adalah pemimpin ulung. Orang kata Dr. Mahathir diktator, menjatuhkan orang itu dan orang ini tetapi pada sya seorang pemimpin mesti mempunyai sedikit sebanyak sifat diktator sebab tanpa sifat sebegitu seorang pemimpin itu tidak dapat memberi sebarang arahan yang boleh dipatuhi. Pada saya Pak Lah seorang pemimpin yang lembik dan tidak mempunyai "commanding power" yang diperlukan untuk menjadi seorang ketua. Seorang pemimpim mesti digeruni lawan. Kalau pemimpin tidak digeruni, macam-macam masalah akan timbul kerana terlalu banyak permintaan untuk dilayani. Pada saya Pak Lah gagal mentadbir negara.

Anonymous said...

memang betul..sudah tiba masa TDM berundur lah dari kritikan nya yg tak habis-habis. tidak ke Tun sedar bahawa segala kritikan dia atas Pak Lah, dia sendiri pernah buat malah teruk lagi dulu? yang 4 orang deputy nya yg dipecat dulu macam mana? tiba2 nak bela nasib orang lain pulak. kalau dah berundur tu turun lah dengan graceful, jangan menggigit kat pemimpin baru tak lepas2 pulak.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pendapat Sdra.Mohamad Ansar Saifuddin.
Seharusnya sekarang, lebih-lebih lagi selepas diumumkan tarikh peralihan kuasa, kita harus menyokong Pak Lah lebih lagi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan bebas dari fitnah.
Sebab itu lah, Pak Lah memerlukan masa 2 tahun lagi, kerana beliau ingin menyediakan negara untuk pengganti seterusnya, bukannya main lepas sahaja.Ini untuk memastikan semua berjalan lancar pada masa hadapan.

Anonymous said...

Dr M tak layak nak memerintah negara lag. Cukuplah Dr M. Kami tidak memerlukan Dr M sekarang. Dr M sudah terlalu tua untuk memerintah ngara.. Dulu pun kita pernah dengar rata2 rakyat dah menggelarkan Dr M dah nyanyuk. Tapi yang menghairankan, sekarang ramai pulak yang masih menyokong pemimpin diktator macam Dr M. Kami sentiasa memberi sokongan pada Pak Lah. Kepada Dr M, kami minta agar Dr M berehat sajalah di rumah. Banyakkan amal ibadat. Pergi tunaikan haji dan umrah ke.. Itu lebih bagus daripada mencampuri urusan pentadbiran Pak Lah..

Anonymous said...

Apa yang berlaku sekarang i ni dengan kos hidup yang semakin meningkat (pendapatan Benar Rakyat jatuh), tuntutan tidak bermanasabah dari kumpulan kaum bukan melayu dan bukan Islam adalah kerana negara ini dipimpin oleh orang yang tak cukup "power". Pemimpin bukan setakat dihormati, tapi perludigeruni terutama dengan negara yang terdiri dari berbilang kaum dan agama ini. Tambahan pula, hanya selepas era TDM, kumpulan pembangkang menjadi terlalu rakus dan berani kerana kepimpinan negar tidak cukup "keras". Oleh itu, TDM masih yang terbaik sama ada kita suka atau tidak.Dan Pak Lah suka berdolak dalik, mainan politik Pak Lah ialah menyelamatkan kedudukannya menjelang Pemilihan Umno Disember ini dan bila kedudukannya selamat maka dia akan mengubah keputusannya lagi...macam biasalah...flip-flop

malayamuda said...

so pemimpin negara hendak bertindak secara " Keras " supaya pembangkang tidak akan bersuara untuk kebaikkan negara ?

Ini sebahagian daripada ajaran sesat Islam Hadhari ke ?

Panglima Perang Cyber said...

Tun mahathir punca Melayu hilang sokongan..

Tun mahathir salah...

Tun mahathir salah...

Tun dah 'gila talak'

Tun dah 'gila kuasa'

Tun dah ' **la' kerana ganggu pak lah berkuasa.

Tun rasa dia tak akan dipenjara..

Tun akan rasa di ISA kan oleh negara kita..

Tun akan terima balasannya...

Anonymous said...

READING the letter “Call for apology is stupid: Dr M” from former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad (April gave me (and I guess a lot of other people as well) an enormous sense of relief and unbridled joy. At last we can be sure that Tun’s memory is in no way impaired as he was able to clearly recall events that took place 10 years ago. During the recent Lingam tape inquiry, we were told that Tun’s ability to recall past events was somewhat impaired and we were distraught with fear that with advancing age, this frightening development might create a serious problem for Tun. It seems our fears have been misplaced. The rakyat will now have an additional reason to rejoice and celebrate!

MAHA KAYA said...

Adakah Tun M nyanyuk?

Anonymous said...

Dr Mahathir juga mendakwa, ada sesetengah pemimpin Umno yang mahu melihat beliau ` di atas katil tunggu masa’.

Diberi pelbagai gelaran

“Mereka juga memanggil saya dengan pelbagai gelaran; ada yang panggil pemimpin tua, usang dan nyanyuk.

“Mereka juga memanggil saya dengan panggilan beruk dan iblis dan mencabar sama ada (saya) jantan atau betina.

hahaha memang pun... pemimpin tua, usang dan nyanyuk.

Anonymous said...

Jangan asyik menyalahkan Pak Lah. Pada zaman Tun pun, rasuah tetap berleluasa, jatuh-menjatuhkan seseorang juga biasa, apa lagi...Pendek kata, apa yang berlaku sekarang turut berlaku paada zaman Tun. Saya tak rela Tun nak memerintah negara...

Anonymous said...

Hari ni aku terfikir untuk menceritakan perkaitan antara pemimpin-pemimpin kita yang hebat seperti di atas. Persamaan yang pasti di antara mereka adalah mereka ini berbangsa melayu dan beragama Islam.

Mereka ini memang hebat kalau nak dibandingkan dengan kita. Tetapi sejak mutakhir ni terlalu banyak cerita yang menunjukkan mereka ini tidak seiring. Masing-masing melaungkan untuk membangunkan bangsa melayu. Kita ketepikan sejenak soal politik. Kalau cerita politik, sampai bila pon tak seiring.

Alangkah bagusnya jika mereka ini boleh duduk bersama untuk masa depan bangsa melayu Islam. Dalam pada bangsa lain mengatur strategi untuk membangun, kita masih lagi sibuk bertikam lidah…tak salah nak bertikam lidah tapi jangan lah sampai berlarutan…yang pastinya sekarang tak kira BN, PAS, KEADILAN yang berbangsa melayu pasti merasai kerisauan politik melayu yang melanda sekarang. Sampai timbul soal Kedaulatan Melayu….adakah kita mahu benda ini berterusan sedangkan kite sesama sendiri masih bertikam lidah. Marilah kita bersatu…Bersatu tidak semestinya dalam satu parti…kita bekerjasama untuk satu matlamat walaupon berlainan parti. Yang salah ditegur. Tapi janganlah sampai yang salah tak sedar diri tu salah.

Orang melayu kita sekarang sudah cerdik politik. Saya yakin mereka mempunyai semangat Kemelayuan dan KeIslaman yang kuat. Marilah bersatu….Bersatu teguh bercerai roboh. Kita perlu cerdik dalam politik kerana politiklah platform yang akan menentukan masa depan anak cucu cicit kita akan datang. Bertemu kembali diminggu seterusnya……

-Hidup Melayu Islam-

Anonymous said...

Pak Lah memang tak layak menerajui negara ini sebagai PM.Kelemahan yg d tonjolkan amat ketara.Sepatutnya Pak Lah berjumpa dengan Donald Trump dan menyertai rancangan "The Apprentice" untuk menguji kebolehan dia memimpin...ha..ha..ha..

Anonymous said...

http://www.keadilantruth.blogspot.com/

Anonymous said...

Apalah yang dirisaukan oleh Tun agaknya pasal peralihan kuasa? Biarlah Pak Lah buat keputusan macam tu. Hormati keputusan Pak Lah. Saya yakin sebelum Pak Lah buat keputusan, dah tentu Pak Lah fikir sedalam-dalamnya kesannya. Tun tak perlu risau-risau dah. Kalau Pak Lah tak umumkan pun, Tun tetap risau juga.

malayamuda said...

Tun Mahathir anggap Pak Lah nih bodoh !!

Dia jeles , Pak lah mempunyai plan untuk peralihan kuasa dan membuat nyer sebagai gentleman bukan macam Tun.........

Tun pulak nangis macam baby yang kehilangan cuping nyer kat perhimpunan agaung UMNO.

Dia meletakkan kesemua jawatannyer secara serentak tanpe ape2 plan peralihan kuasa.

Hanye selepas di berikan balik cuping nyer dia men cetuskan satu plan peralihan kuasa kepada Pak Lah...

Tun nih, banyak kerenah nyer.......tak dapat nangis, tak dapat, resign...tak dapat,marah......tak dapat, main perkauman.....tak dapat, reka cerita.....tak dpaat, masuk IJN.........tak dapat........

Anonymous said...

Dr M memang tak pernahnya setuju dengan keputusan Pak Lah. Apalah yang didengkikan sangat agaknya?.. Beliau kena ingat, beliau dah tak de apa2 dah. Biarlah Pak Lah dengan keputusannya.

Anonymous said...

Dr.M apasal mau risau....ooo sya sudah lupa , u sekarang sudah tak da kuasa....orang pun sudah tak mau dengar cakap u.banyak kecian.kalau itu macam lu pegi itu negara burkina faso la..mesti orang suka sama u.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

pak lah tidak mahu letak jawatan dalam masa terdekat..najib kena tunggu sampai 2010?

kenapa? mungkin masalah suruh dia letak jawatan tidak kedengaran lagi atau kalau ada hanya bunyi cengkerik sahaja.

tentang TDM, baiklah dia diam. malaysia bukannya negara datuk nenek moyang dia. bagi can orang lain pula...masalah TDM lah menyebabkan pak lah jatuh.


pkrpasdap.blogspot.com

Cheguman said...

Nampaknya ramai yang lupa siapa yang jadi pemimpin kita yang sebenar. Maksud saya: sekarang, bukan dulu.

Bila sdra Crower lahir? Agaknya tahun 2003 kot. Sampai tak tahu apa yg berlaku masa TDM jadi PM.

Siapa yg bersihkan nama TDM? lu pikir la sendiri.

Bukan fanatik pada Paklah, tetapi tidakkah beliau sanggup menerima desakan rakyat untuk berundur? Itu sudah membuktikan ketinggian peribadinya.

Benarkah rakyat yang meminta beliau berundur atau pemimpin tertentu yang menginginkan sesuatu faedah peribadi daripada kekosongan jawatan yang akan muncul nanti? Bukan satu-dua jawatan, bang!

Apabila 'jawatan yang di atas' kosong, berapa ramai yang akan dapat untung?

Bagi saya 'penyokong parti pembangkang' lebih mulia berbanding 'penyokong parti kerajaan' tetapi membenci pemimpin utamanya.

Mungkin ada istilah lain yang lebih sesuai untuk orang yang membenci pemimpin nombor 1? bagi saya istilah yang tepat ialah PENGKHIANAT.

Tetapi jika saudara sebenarnya bukan penyokong kerajaan, maka saudara adalah MUSUH.

Mungkin saya silap memberikan sokongan, namun saya bangga kerana saya sedang menyokong pemimpin sebenar.

Mungkin saudara juga benar, tetapi saudara sedang menyokong musuh pemimpin sebenar.

Secara jujurnya, berapa ramai yang menyokong Tun DrM sekarang adalah orang yang sama menyokong beliau dulu? Tidakkah mereka sebenarnya adalah golongan 'cerdik' yang akan sentiasa mencari-cari kelemahan pemimpin utama negara? Mereka cuba memberitahu orang ramai bahawa mereka lebih bijak daripada PM. Prinsip golongan ini cukup mudah: "aku menang jika engkau kalah." Atau: "Jika engkau bodoh maka aku cerdik." Jika ada sesiapa yang cuba memberitahu mereka tentang konsep menang-menang, mereka tidak akan faham.

Satu soalan mudah:
Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang?

Semasa Tun DrM jadi PM, tidakkah dia yang mengajar kita agar setia kepada kerajaan yang memerintah? Jika beliau sendiri gagal mematuhi ajarannya sendiri, layakkah kita mengikut dia? Atau ajarannya ketika itu adalah bohong semata-mata?

Jika demikian, masih layakkah kita mengikutnya?

Saya juga membaca tulisan Tun tersebut namun saya beranggapan tulisan itu tidak mempunyai nilai yang baik untuk dipertahankan atau dibincangkan. Agak memeranjatkan apabila ada orang yang sanggup mengenepikan kebenaran demi mempertahankannya.

Demikianlah anehnya pandangan-pandangan manusia.

Wallahu'alam.

Pesanan Keramat said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

Anonymous said...

Gondang berpendapat, kita bertanya kepada Tan Sri Sanusi Junid, apa yang dibuatnya semasa dia jadi MB Kedah? Berapa banyak kawan-kawannya, adik beradiknya dan Acheh kaum kerabatnya yang 'dijayakan dan dikayakan'. Janganlah gunakan pelbagai 'quotation' dari buku-buku yang dibacanya untuk menunjukkan dia lebih banyak baca buku dari orang lain. Meluatlah!

Anonymous said...

Tun mahathir punca Melayu hilang sokongan..

Tun mahathir salah...

Tun mahathir salah...

Tun dah 'gila talak'

Tun dah 'gila kuasa'

Tun dah ' **la' kerana ganggu pak lah berkuasa.

Tun rasa dia tak akan dipenjara..

Tun akan rasa di ISA kan oleh negara kita..

Tun akan terima balasannya...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP