PERMAINAN BARU DALAM PERANCANGAN? -Malaysiakini

Tuesday, July 8, 2008

Majlis perkumpulan “AllBlogs 100 Days” yang diadakan di Blog House semalam nampaknya mendapat sambutan bukan sahaja daripada para bloggers, akan tetapi turut mendapat sambutan para Ahli Parlimen dan artis tempatan negara kita ini.

Ternyata perkumpulan ini lebih mengeratkan tali ikatan yang wujud sesama manusia dan tidak kurang juga menimbulkan persoalan yang agak memusykilkan. Namun, segalanya sukar untuk dikenal pasti kerana masing-masing menggunakan helah dan berselindung disebalik terang yang nyata.

Pada majlis tersebut, kelihatan juga dua orang anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu Marina dan Mukhriz begitu rancak bersenda dengan para bloggers dan Ahli Parlimen yang hadir.

Marina yang dikenali tidak begitu menonjol secara terbuka sepertimana Mukhriz dalam diam sebenarnya turut sama membantu keinginan adik dan ayahnya dalam dunia politik negara ini. Marina lebih banyak menyumbang dalam dunia siber dan menggunakan tulisannya untuk membantu ahli keluarganya dengan kerjasama blogger besar seperti raja segala pembohongan Raja Petra Kamaruddin(RPK) dan Ahiruddin Atan(Rocky Bru) yang sememangnya dikenali sebagai blogger yang tidak takut pada undang-undang dan sentiasa ada idea baru mencetuskan pembohongan terutamanya membabitkan pemimpin kerajaan kini.

Raja Petra merupakan penulis blog Malaysia Today yang memaparkan isu-isu kontroversi yang telah membuat beliau meringkuk dalam lokap. Raja Petra boleh dikatakan 'penjual ubat' yang mendapat upah daripada pihak pembangkang untuk mensensasikan isu-isu semasa memandangkan dia memang tidak ada kerja lain selain menulis. Ada juga sumber-sumber mengatakan Raja Petra ialah Paderi Melayu yang sering berulang-alik ke gereja tetapi kononya telah diislamkan dengan cara PAS walaupun sampai sekarang beliau masih berulang alik ke gereja.

Raja Petra begitu bangga dengan tulisanya yang kononnya berkualiti walaupun ia hanyalah kenyataan syok sendiri. Setelah polis mengambil keterangan mengenai tulisan-tulisan beliau yang menjadi isu kontroversi, beliau dengan serta merta membuat kenyataan di sebuah TV internet yang pro-pembangkang. Semasa ditemuramah memang hebat betul Raja Petra 'menjual ubat'nya. Hanya itulah sahaja yang termampu dilakukan oleh pihak pembangkang. Melalak melolong menyebarkan ketidakbenaran. Silap-silap suatu hari nanti negara turut terjual.

Namun, bagaimana pula Mukhriz boleh kelihatan begitu mesra bersama mereka ini sedangkan beliau berada seailran dengan pihak kerajaan? Mungkinkah Mukhriz sebenarnya duri dalam daging dan bertindak sebagai serampang dua mata kepada pihak pembangkang? Mukhriz yang pernah mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri seharusnya tidak boleh mendapat pelepasan sebegitu mudah. Beliau merupakan pengkhianat besar dalam parti dan hanya menggunakan parti sebagai medan untuk beliau dan bapa beliau membuat tohmahan kepada kepimpinan kini.


Nurul Izzah juga kelihatan hadir dalam majlis tersebut. Dan beliau juga kelihatan berbual mesra dan amat mesra dengan Marina Mahathir dan Nuraina Samad. Sudah pasti ada satu perancangan baru yang dirancang oleh mereka ini.

Jika Marina anak kepada Mahathir(yang kini amat sibuk bersuara kononnya Pak Lah teruk) dan Nurul Izzah pula anak kepada Anwar Ibrahim(yang sememangnya nak sangat jadi Perdana Menteri) berbual bersama blogger, pasti ada agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri lagi.

Busuk! Itulah perkataan yang selayaknya diberikan kepada segala pakatan kotor yang dibuat oleh mereka ini. Walau bagaimana sekalipun perancangan perang saraf yang akan mereka lakukan ia tidak akan mampu mengatasi kecekalan yang ada pada pemimpin negara kita kini.

Politik negara ini semakin hari semakin kotor, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan hal tersebut. Jika musuh sudah menjadi sahabat kepada rakan seperjuangan, pasti ada permainan kotor yang dalam perancangan… `

Bukan mudah angkatan tentera Mahathir dan Anwar untuk menang begitu sahaja. mereka harus membuktikan terlebih dahulu bahawa diri mereka bersih dan tulus dalam kepimpinan sekiranya ingin menapak lebih jauh.sekiranya keadaan masih sebegini, mereka pasti tidak akan ke mana.

11 comments:

Anonymous said...

jgn tanya ape diaorg ni buat pada majlis ni....diaorg ni semuanya perosak bangsa...buat cerita memecahbelahkan rakyat.manusia bertopeng kan binatang

Anonymous said...

blogger2 macam rocky bru semua tu hipokrit..cakap konon dan muak dengan keadaan politik semua, padahal yang tukang canang segalanya orang macam dia lah..dia lah orang yang paling cepat menyebarkan, tak kira fitnah ke apa ke..semua nya nampak menyumbang kearah keburukkan cerita2 buruk yang suka disebarkan..

Anonymous said...

Macam mana nurrul izzah boleh duduk sekali dgn mukhriz yang bapaknya hina peliwat????

Anonymous said...

“I am not seeking sympathy from anyone. But it is a little bit too much to expect me to forget and forgive something that is happening now as a result of Anwar’s plotting.”

According him him, Anwar had now turned his attention on Najib Razak, adding that: “as usual Anwar has found someone to make incriminating evidence for him. There seems to be no connection between his plotting against me and the attack against Najib.”

“But if we were to look into whom would be the beneficiary, we would see the connection,” Dr Mahathir insinuated but did not named the person concerned.

Anonymous said...

Macam mana nurrul izzah boleh duduk sekali dgn mukhriz yang bapaknya hina peliwat????
-------------------
Ini semua lakonan.. POLITIK skrg ni kotor beb!!!

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir Mohamad today claimed that all the high-stake political drama now playing before the eyes of the public is the result of the plotting by his former deputy Anwar Ibrahim.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam....

jumpa sesama orang Melayu tidak salah..kan dalam islam kita semua adalah saudara? TAKKAN jadi isu- tak boleh pula.


pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

UMNO masih tak nak berubah. Ahli nya kena lebih terbuka dan menarik ramai lagi orang muda dan ahli professional. Dan lepas masuk janagan cepat terpengaruh dgn budaya UMNO lama. UMNO parti baik, cuma pemimpin spt Khir Toyo, Muhiyiddin dan juga ahli lama spt sanusi junid dan tun mahathir bagi rosak dgn duit dan korupsi.


Giant Selangor

Anonymous said...

Memang kotor lagi busuk. Mereka tak akan berhenti dari menyiapkan perancangan baru dalam permainan yang akan datang. Selagi Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara, selagi itulah mereka sentiasa untuk menjatuhkan Pak Lah.. Selagi nafsu mereka tidak dipuaskan selagi itulah mereka akan mencari jalan.. Memang kotor dan busuk mereka ini...

Anonymous said...

Jumpa sesama orang Melayu memang tak salah tapi jika perjumpaan tu ada agenda tertentu untuk menjatuhkan orang Melayu, tak ke jadi isu?

Cheguman said...

Nak ulang sekali lagi sifir asas dalam perjuangan:

orang yang menentang ketua sendiri dinamakan PENGKHIANAT

orang yang menentang pemimpin lawan dinamakan MUSUH

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP