Bila Ibrahim Ali ‘sergah’ Anwar - Malaysiakini
Wednesday, July 23, 2008
Oleh Saiful Malek Muda
SEBENARNYA, sudah begitu lama saya menunggu satu kenyataan daripada bekas Ahli MT Umno, Datuk Ibrahim Ali mengenai ‘isu dakwaan liwat’ Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Apa tidaknya, ketika Anwar masih dalam Umno, Ibrahim yang ketika itu merupakan anggota MT telah menepuk meja, menyergah Anwar supaya lebih bersikap sopan bila bercakap di hadapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri D. Mahathir Mohamad (kini Tun).
Pita rakaman cadangan Ibrahim itu tersebar dengan meluas, yang menyebabkan Ibrahim akhirnya tewas dalam pilihan raya umum 1999. Kini, selepas kembali menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Pasir Mas, bertanding atas tiket Pas tetapi tetap mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas, Ibrahim dengan tegas berkata, “Anwar jangan berdolak-dalik.”
Menurutnya, kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya.
Katanya, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancer sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah. Ibrahim juga berkata, pihak polis telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar.
“Berani kerana benar takut kerana salah,” Ibrahim dipetik sebagai berkata demikian dalam Ceramah Perdana di Pasir Mas, minggu lalu.
Khabarnya, selepas ucapan Ibrahim ini tersiar di laman-laman portal dan media cetak, telefon tangannya dipenuhi dengan sms yang memarahinya kononnya dia tidak perlu lagi bertanding atas tiket Pas jika tidak ‘menyokong’ Penasihat PKR itu.
Menurut Ibrahim lagi, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.
Keberanian Ibrahim ini, yang dianggap ‘berlawanan’ dengan hasrat pembangkang, tidak menyenangkan barisan pembangkang. Di kalangan barisan Ahli-Ahli Parlimen PKR, sudah mula memikirkan apakah masih boleh ‘berceramah satu pentas dengan Ibrahim’ apabila Ibrahim berpendirian ‘lain’ dari pendirian PKR terhadap isu liwat ini.
Dalam perkembangan yang sama, Peguam Mohamad Saiful Bukhari, Zamri Idrus menafikan sekeras-kerasnya bahawa anak guamnya terlibat dengan kegiatan homoseksual (hubungan sejenis).
Dia berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan wartawan, sama ada pemuda berusia 23 tahun ini terlibat dengan kegiatan hubungan sejenis atau ‘gay’ sebelum kejadian ini.
“Tidak, dia tidak pernah terlibat dalam kegiatan seperti itu (hubungan sejenis),” jawabnya ringkas untuk menafikan anak guamnya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.
Peguam ini juga mewakili bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, 50, mengadakan siding media di sebuah hotel di ibu kota menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kes liwat ini. Sehubungan dengan itu, Peguam Zamri Idrus melahirkan rasa kecewa bapa Mohamad Saiful terhadap Anwar yang sentiasa berdolak-dalik.
Katanya, sikap Anwar yang enggan memberikan kerjasama terhadap siasatan polis telah menimbulkan pelbagai andaian seterusnya melambatkan proses siasatan.
Malah, menurut Azlan, anaknya Mohamad Saiful telah mengambil sikap ‘berani kerana benar’ dengan memberikan kerjasama yang baik kepada polis bagi membantu siasatan kes liwat tersebut.
Lebih penting, Azlan juga mengesahkan anaknya ini sanggup bersumpah mengikut cara Islam dengan sebenar-benarnya di masjid dengan disaksikan para ulama. “Anak saya sanggup berbuat demikian demi menegakkan kebenaran bahawa dia diliwat seperti apa yang dilaporkan kepada polis,” beritahu Zamri Idrus lagi.
Menurutnya lagi, anaknya itu berkali-kali memberitahu keluarganya bahawa dia bertindak begini (membuat laporan polis) kerana kebenaran dan seluruh anggota keluarga turut berdoa agar Allah swt menunjukkan kebenaran.
11 comments:
Kalau Saiful berani bersumpah dimana mana masjid dan depan ulamak sbg saksi, game ovr lah utk Anwar. Dia tak nak bagi sample DNA lepas tu tak nak bersumpah. Nampak sgt cuba sorok sesuatu.
Blogger Tempatan.
Sememangnya semua pihak sudah capai keputusan sendiri sama ada Saiful yang berbohong atau Anwar yang peliwat. Kalau Saiful betul2 berani kerana benar, cubalah memberitahu bagaimana seorang lelaki dewasa boleh paksa seorang lagi lelaki dewasa untuk diliwatnya. Memang pihak Anwar banyak bertolak-dalih, tetapi kalau kita tidak berpihak sesiapa pun, memang orang akan curiga sebab dakwaan liwat membawa banyak soalan yang pihak Saiful tidak jawab.
Anwar is an actor extraordinaire. Lets see him act out of this now. All the PAS guy are even ready talk to UMNO. A clear lost of confidence in Anwar and seculristic DAP. Anwar deserves all this for all the big talk. He is now in a tight tight spot.
Apa lagi yang kita boleh describe pasal Anwar ni? Macam-macam 'gelaran' dah diberi tapi beliau tetap degil dan keras hati tak nak bagi sampel DNA. Secara keseluruhannya, tindakan Anwar melengahkan siasatan sebenarnya lebih menonjolkan seolah-olah memang beliau bersalah. Kalau tak, masakan banyak dolak daliknya...
sebenarnya,susah nak percaya siapa yang betul dan siapa yang salah.bila diikuti kes ni dah rasa macam "rancangan realiti tv" la pulak.tapi Anwar memang banyak berdolak-dalih.habis kecoh sampai di media luar negara.beliau juga mendedahkan yang ramai pemimpin luar negara yang menyokong beliau.
apa niat beliau sebenarnya?
Tidak payah bagi sampel kerana DNA lama dalam simpanan Polis dan boleh digunakan kerana DNA seperti darah, sekiranya Darah A tetap A sampai akhir hayat.
Why you should cry fouls asking on new blood sample? DNA profile remains the same the day you were born till the day you die. Just like your thumb print and blood type.
Anwar have every right to say no for his blood sample and DNA profiling had been done in 1998. What else is needed?
Ibrahim Ali talk nonsense. Next election, he should contest on his own ticket..and let see how people judge him. Last election he won on PAS ticket, remember that!
And for those who are blind about Chemistry, ask someone who knows in this subject matter!
Tak payah tunggu next election (PRU13). Wht not dengan penuh gentlemen dan penuh ta'zim Ibrahim Ali lepaskan kerusi parlimen Pasir Mas, buat pilihanraya kecil dan tengok bagaimana dia tersungkur dengan pukulan KO.
Lupa diri dan takbur. Lupa bertanding atas tiket PAS. Bila menang baru declare bebas. Why not declare awal... Memang takde 'bird' punya orang
DSAI sedap sgt ke?kalau tak buat kenapa tak berani bersumpah.....ntah2 buat kot....
dlm malaysia ni aku tak pernah dgr org kantoi liwat kena ada 4 saksi...so tak payah lah....idea nak kena ada 4 saksi dlm kes ni...
memang tak sekolah geng2 pakatan rakyat ni...
1. Di mana statement yg membuktikan DSAI berdolak dalik?
2. DR segi apa yg menunjukkan DSAI tidak memberi kerjasama yg sepenuhnya?
3. Siapa yg memanipulasikan cerita sebenar?
Kalau mengkaji/ membaca, biarlah sampai habis..jgnlah dok dgr sebelah pihak jer...klu angkat rakyat sbg hakim, kes ni dah lama tutup...apa yg baghal sgt pihak polis ni smp skang x settle2 lagi? drp buang masa siasat kes yg x wujud ni, baik korang gi cari adik Shalinie tu...cari pembunuh adik Nurin...org cam Musa tu , toksahlah nak perbodohkan rakyat..apa ingat sumer polis ni berpihak pada ko ker? takyah susah2 nak tutup 1 pembohongan dgn pembohongan yg lain...lambat laun, ko sndiri yg susah..bak kata org dolu2,
Siakap sinohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama2 jd pencuri..
ko kn ingat 1 perkara, da person who did da test on Saifool tu pon manusia biasa jugak...ada naluri n ada otak. lama2 rahsia x kan twos jadi rahsia....mcm jugak kes 98.. DR yg memalsukan laporan perubatan terhadap anwar, kantoi jugak akhirnya...syukur ako dpt jumpa ngan dr ni...at least, ako menyokong DSAI berlandaskan kebenaran....kesian korang2 yg masih percaya pd KERAjaan BN n TV3...kn bodoh2 jerrrr.....isk isk isk..
to atok...
kesian..nama dah jadi atok...tp hukum islam pon masih samar2...atok..baik atok ni gi ngaji semula...atok nak lawan keputusan yg telah diusulkan sendiri drp mufti perak n beberapa ilmuwan islam lagi...?apa punya turrr lerrr....lenkali mengaji tu bior abis....
Post a Comment