Jangan peduli, jangan layan dan jangan ambil kisah desakan Karpal Singh - Malaysiakini

Monday, July 28, 2008

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


RINTANGAN pertama, pertemuan antara Pas dengan Umno, ialah – suara Pengerusi Dap, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat – Gabungan antara PKR,Dap dan Pas, mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu.


Tentunya, ada sedikit kerisauan di dada Menteri Besar (MB) Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang dilihat, menjadi MB atas 'ihsan' Sultan Perak dengan persetujuan Dap – tetapi janganlah kerana 'kerisauan' itu, kepentingan Islam dan Melayu, secara keseluruhannya mahu dipinggirkan.


Umno, tidak perlu 'terkejut' dengan kenyataan Karpal kerana Karpal ini seorang 'manusia unik' yang tidak memerlukan sesiapa untuk menasihatkannya. Dia tidak nampak lain, kecuali kepentingan Dap yang telah meletakkan dirinya dan anak-anaknya di satu tempat yang cukup membahagiakannya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya 'tidak akan tergamam' untuk meneruskan usaha-usaha pertemuan yang dinamakan sebagai muzakarah dan kemudiannya bertukar menjadi muqabalah, walaupun Karpal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula 'kedudukan Pas' dalam pakatan tersebut.


Umno dan Pas tentunya tahu, Karpal bukan Melayu dan bukan Islam. Jadi, kalau dia khuatir dengan pertemuan antara Umno dengan Pas, ia adalah perkara biasa. Yang luar biasanya, jika Karpal yang mencadangkan supaya Umno dan Pas mengadakan muzakarah.


Biarlah Karpal menentang. Biarlah Karpal curiga. Biarlah Kapal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu, yang pentingnya, aspirasi perjungan Umno dan Pas, bukan aspirasi Karpal. Kenapa Umno dan Pas nak pedulikan apa yang Karpal perkatakan.


Karpal mungkin tidak memerlukan sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk memenangkannya dalam setiap kali pilihan raya. Begitu juga Abdul Hadi dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak memerlukan sebarang undi dari Karpal untuk menang pilihan raya. Maka, antara Hadi, Pak Lah dan Karpal – mereka berada di tempat yang berlainan dan kepentingan berbeza.


Karpal menganggap dia peguam yang cukup popular. Kadang-kadang, percakapannya seolah-olah orang lain tidak ada yang 'tahu undang-undang'. Jangan dilayan manusia seperti ini. Lagi pun dia bukan ramai, dia hanya seorang dua. Dia tidak boleh buat apa-apa kalau Pak Lah dan Hadi mahu terus berjumpa.


Pak Lah pula, tentunya beliau tahu yang beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tanggungjawab Pak Lah bukan sahaja untuk membela orang-orang Melayu dan Islam di negara ini, tetapi juga kepada bangsa lain dan penganut agama lain. Maka, para pemimpin parti komponen BN yang lain tidak perlu 'risau' dengan tindakan Pak Lah – walaupun ia dilihat seperti 'perbincangan perkauman'.


Kebijaksanaan Pak Lah, tiada siapa boleh mempertikaikan. Jika Pak Lah melakukan pertemuan dengan Pas, Gerakan, MIC dan MCA tidak perlu risau. Tidak perlu dipertikaikan. Seperti kata Presiden MIC, Samy Vellu, dia akan menunggu penjelasan Pak Lah di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.


Dari kenyataan ini, ketika banyak pihak 'tidak puashati' dengan Samy Vellu, termasuk bekas anak-anak buahnya yang bertindak keluar parti – tetapi dalam isu muzakarah ini, jauh Samy Vellu menunjukkan kematangannya berpolitik. Samy Vellu tahu, calon-calon MIC yang bertanding, memerlukan sokongan semua kaum untuk menang.


Berbeza dengan Karpal, mungkin dalam kotak fikirannya, dia menang kerana pengundi mahu menolak BN – mengundi Dap. Maka, kita boleh menilai kenyataan Samy Vellu dengan kenyataan Karpal Singh. Samy Presiden MIC dan Karpal Presiden Dap. Walaupun kedua-duanya Presiden, tetapi kedua-duanya 'jauh berbeza' dalam melihat kepentingan politik di Malaysia.


Dap sebenarnya sebuah parti yang tidak boleh dihampiri. Kepentingan 'Malaysian Malaysianya' mengatasi kepentingan Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Bagi Karpal Singh, Melayu dan Islam bukan 'urusannya' kerana itulah terlalu kecil orang Melayu dan Islam berada di Dalam Dap.


Jika ada pun, seorang dua, yang ibarat melukut di tepi gantang. Adanya mereka tidak menambah, tiadanya mereka tidak mengurang. Kita pernah dengar nama-nama seperti Abdul Muluk Daud, Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi, yang sukar untuk diingati. Ia bukan kerana Dap minat untuk meletakkan Melayu dan Islam di dalam parti itu, tetapi, sekadar 'menutup mata' dari disebut sebagai sebuah parti perkauman yang cukup tebal.


Apabila PKR menerima Dap sebagai 'sahabat' mereka, tidak ramai yang melihat Pas akan ikut sama. Antara Pas dengan Dap, ibarat langit dengan bumi. Namun, PKR adalah 'jambatan' yang menghubungkan Pas dengan Dap. Jika ditakdirkan PKR 'berkubur' – mustahil Pas dengan Dap akan bekerjasama, seperti mana mereka bekerjasama sekarang.


Dalam situasi politik sekarang, Dap perlu menunjukkan mereka 'boleh menerima Pas' kerana mereka tidak ada pilihan. Tetapi apabila mereka cuba menghalang 'usaha baik' yang hendak dibuat oleh pemimpin Pas dengan Umno, ia sesuatu yang boleh dianggap sebagai keterlaluan. Kalau kita tidak mampu berbuat kebaikan, kenapa harus kita tentang orang berbuat baik?


Jika Pas, mahu menghentikan pertemuan dengan Umno ini, bermakna Pas 'akur' dengan kehendak Karpal Singh sedangkan Pas sebenarnya masih ingat ayat yang pernah keluar dari mulut Karpal Singah 'langkah mayatnya dulu'…. apabila ada pihak menyebut mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Noktah.

8 comments:

Anonymous said...

sekarang ni heboh pula isu idea tentang pembubaran UMNO dan PAS demi membentuk satu parti.saya tidak pasti jika ianya diteruskan.jikalau mahu diteruskan,hendaklah mengkaji dengan secara menyeluruh.PAS perlu juga menemui ahli Pakatan Rakyat yang lain untuk perbincangan.

tetapi jika benar ia diteruskan,mereka harus ingat bahawa Malaysia ini negara yang berbilang kaum.maka jangan dilupakan parti-parti lain yang berbilang kaum.jikalau penubuhan parti diadakan demi kestabilan negara tak kira bangsa,maka elok juga.tapi walaubagaimanapun hendaklah dikaji dahulu sedalamnya.tanyakan juga parti-parti kompenan mengenai idea itu dan dengarkan pendapat parti-parti komponen tersebut.

Anonymous said...

memang patut pun Karpal bimbang, kalau rakan sekerja saya berbincang pasal gabung parti dengan parti2 lain yang sememangnya musuh politik..tidak salah apa yang En Karpal cakap. Tidak ada perkenaan dengan isu2 agama atau bangsa. tapi memang Pakatan ni semakin retak.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Nampaknya keadaan sudah menjadi semakin runcing. PAS dan UMNO telah mula berbaik-baik dan berhasrat untuk bergabung dan menubuhkan pakatan yang terdiri daripada orang melayu dan beragama islam. Saya percay bahawa parti pakatan yang baru ditubuhkan ini mungkin akan menjadi sebuah parti pakatn yang kuat sekiranya ia direalisasikan.

Kerana takutnya akan kemungkinan benda tersebut akan terjadi, maka Pakatan Rakyat telah mula untuk mengesyaki tindakan PAS dan juga mula mengkaji semula status PAS di dalam pakatan rakyat tersebut.

Disini ada 2 kemungkinan yang akan berlaku, sama ada PAS akan meninggalkan pakatannya dan bergabung dengan UMNO; PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat dan gagal bergabung dengan UMNO.

Jelas yang utama cadangan nik aziz untuk pembubaran kedua-dua parti ini adalah kerana beliau khuatir akan perjuangan orang melayu dan agama islam di dalam negara malaysia akan dilupus dan dilemahkan oleh pengaruh-pengaruh tertentu. Pada pendapat saya cadangan beliau untuk pembubaran kedua-dua parti ini adalah sesuatu taktik 'play safe', kerana khuatir sekiranya UMNO mempunyai muslihat tertentu di dalam meleraikan PAS didalam PR.

UMNO kini bagi saya sememangnya sudah kian lemah dari segi pengaruhnya dan keputusan untuk berbincang dengan PAS adalah suatu tindakan yang bijak kerana kedua-dua parti mempunyai ciri-ciri yang serupa cuma dasar perjuangan yang berbeza.

Perjuangan ini mungkin menandakan suatu tanda revolusi baru bagi orang melayu dan umat islam dalam negara kita, namun sebaliknya mungkin akan menjadi ancaman yang besar terhadap bangsa-bangsa dan agam uyang lain di negara kita, kerana khuatir akan kehebatan pengaruh parti pakatan baru diantara PAS dan UMNO akan menghasilkan sebuah PAKATAN YANG SUKAR DITANDINGI DI DALAM PILIHAN RAYA AKAN DATANG..

Anonymous said...

Karpal yang racist. Tak boleh tgk Melayu bersatu. Ini lah sparring partner Tun Mahathir, dah kuno dan nyanyuk. Pergi mati sajalah.

Harun

Anonymous said...

siapa karpal singh?jgn biar kan makhluk ini menikam melayu .....pastikan melayu bersatu menentang karpal laknat ini....mari lah bersatu PAS dan UMNO.bangkit lah melayu islam membangunkan bersama.

Anonymous said...

karpal memang x akan duk diam.
memang keje dia menikam melayu untuk pastikan idea malaysian malaysia tajaan singapura itu menjadi kenyataan di bumi Tanah Melayu ni.

Anonymous said...

UNTUK SEMUA PENYOKONG PAS DAN UMNO CUBA KORANG CELIK MATA SIKIT...KALO MALAYSIA NI JATUH KAT TANGAN ORANG MACAM KARPAL NGAN LIM KIT SIANG KORANG INGAT NASIB ORANG MELAYU NI AKAN TERBELA KE? KORANG JANGAN HARAPLA..DEKAT PERAK NASIB BAIK SULTAN DI BIJAK..KALO X DAH TENTU NASIB MELAYU PERAK SAMA MACAM NASIB MELAYU SINGAPORE..UNTUK PENYOKONG PAS KORANG JANGAN BONGKAK..TAK SEMESTINYA KORANG DI AJAK BERBINCANG DENGAN UMNO KORANG KENE MASUK UMNO BEGITU JUGA SEBALIKNYA..KITA NAK BINCANG PASAL HAK MELAYU YANG SEMAKIN TERHAKIS DEK PERMINTAAN YANG BUKAN2 OLEH BANGSA YANG DATANG MENUMPANG DI TANAH AIR KITA..INI UNTUK MASA HADAPAN ANAK CUCU KITA..PIKIR2 KANLA...

Anonymous said...

hahahaha.akhirnya PAS tunduk kepada desakan Karpal. Power betul SI OKU ni.OKU mcm ni pun PAS takut. Dimananya Perjuangan Demi Agama Islam. Terang2 si OKU ni tolak habis2an penubuhan agama Islam.Sedih dan kecewa tul aku dgn kepimpinan PAS yg ada ni.Cakap tak serupa bikin.porah

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP