Sumpah bersyarat sama macam syarat Puteri Gunung Ledang
Tuesday, July 8, 2008
Kalau pembaca semua masih ingat, cerita bersyarat ini samalah dengan 'menolak'. Kisah Puteri Gunung Ledang menerima pinangan Sultan Melakadengan bersyarat, termasuk jambatan emas dan hati kuman, menunjukkan sebenarnya Puteri Gunung Ledang tidak berminat untuk menerima pinanganSultan Melaka.
Anwar mungkin jadi bersumpah dan mungkin juga tidak. Tetapi kenapakita semua harus hanyut dengan cerita 'kejujuran' Anwar? Jika Anwar jujur, kisah ini (liwat) ini tidak timbul. Biarlah Anwar menyelesaikan kes ini, kerana polis pun sedang memulakan penyiasatan. Bukan ada apa-apa kisah bersumpah ini sebenarnya jika kita fahami betul-betul. Biarlah Anwar seorang sahaja 'mempertahankan dirinya'kerana tangan yang mencincang, biarlah bahu yang memikul. Kenapa kita pula mahu menjadi tukang pikulnya?
Isu dalam negara ini, bukan isu Anwar sanggup bersumpah atau tidak! Pihak polis tentunya mempunyai mekanisme sendiri untuk menjalankan siasatannya berdasarkan report polis yang dibuat Mohd Saiful BukhariAzlan. Biarlah pakar-pakar ini menjalankan siasatannya. Kita kena tumpukan soal-soal lain, soal-soal memperkuatkan negara ini dariserangan yang bertalu-talu.
Jika Anwar bersumpah sekalipun, tetapi ujian DNA yang telah dijalankan membuktikan dia terbabit dengan isu ini, dia kena hadapi pendakwaan di mahkamah Malaysia. Anwar boleh mendapatkan khidmat peguam-peguam yang sanggup mendapat publisiti mudah, jika mereka menjadi pasukan pembela Anwar.
Taktik tidak percaya hakim, tidak percaya Pejabat Peguam Negara dan tidak percaya Pasukan Polis ini mainan macam cerita Puteri Gunung Ledang sanggup menerima pinangan Sultan Melaka dengan bersyarat. Jika siasatan dan pendakwaan menyebelahi pengadu, kradibiliti mereka sudah dipertikaikan tetapi jika siasatan dan pendakwaan itu nanti menyebelahi Anwar, masing-masing akan mengatakan nanti, pasukan peguam mereka hebat-hebat belaka.
Rakyat usah membuang masa, melayan 'karenah' orang yang terdesak. Banyak hal lagi yang hendak kita perjuangkan. Biarlah Azmin Ali danTian Chua sahaja menjadi pembela Anwar di samping 'kawan-kawan yangsewaktu dengannya'. Kenapa hari minggu yang sesuai untuk kita gunakan bersama keluarga, dipersia-siakan dengan menghadiri majlis anjuran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang?
Jika minyak naik, salahkah kita merancang penggunaan kenderaan kita? Jika harga beras naik, tidak bolehkah kita menyusun semua perbelanjaan keperluan kita dengan kos yang tidak menyulitkan. Memanglah agak sukar tetapi, memetik kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan akan terus membantu meringankan beban rakyat. Subsidi minyak selama ini dibazirkan, kini akan digunakan kerajaan untuk perkara lain pula.
Kita kena sedar, kita tinggal di Malaysia. Sebuah negara yang cukupaman dan harmoni. Jika negara kita susah, mustahil pendatang asing sanggup bergadai nyawa datang ke Malaysia. Apakah kita tidak nampak semua ini. Apakah kita tidak nampak, bagaimana warganegara asing boleh hidup senang dan mewah di negara kita?
Tentu ada silap kita di mana-mana. Kita kena tumpukan perhatian kitauntuk menambah pendapatan keluarga. Kita kena berjimat. Kita kena merancang ekonomi kita. Susah? Semua orang susah tetapi mereka sabar dan tekun. Kita, sibuk bertempik di Stadium MBPJ. Apa yang kita dapat?Harga minyak turun hasil mendengar ucapan Anwar dan lambaian tangan Lim Kit Siang?
Kita semua, buat-buat tidak tahu kisah liwat ini. Kita serahkan bulat-bulat kepada polis dan Pejabat Peguam Negara menguruskan hal ini. Lagi pun kita bukan pakar dalam hal-hal perundangan. Kalau kita bercakap, silap cakap, berdosa. Kalau kita menuduh, benda yang tidak betul, berdosa. Kita kena ingat dosa dan pahala kerana kita akan mati juga akhirnya.
Tugas kita, beri sokongan kepada pucuk pimpinan kita, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memikirkan formula bagi membantu rakyat di semua peringkat. Dengan penarikan semula subsidi minyak ini, wang yang ada akan digunakan untuk pembangunan rakyat juga.
Bukan untuk masuk poket Perdana Menteri. Kita biarkan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Mahathir berdepan dengan Anwar Ibrahim. Mereka mungkin mahu menyenggarkan semula cerita 10 tahun dahulu, ketika era reformasi hangat. Anwar, jika dia betul, dia pertahankanlah dirinya dan jika dia salah ,tanggunglah apa yang dibuat. Kenapa nak seret rakyat bersama-sama. Masa dia 'sedap' dia seorang diri. Bila dia nak sakit, dia ajak rakyat sakit sama.
Berbeza dengan Pak Lah. Dia selesa tetapi dia tidak mahu rakyat sakit. Dia berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat. Rakan-rakannya dalam kabinet sibuk berkempen merebut jawatan, tetapi beliau buat tak tahu aje. Sebenarnya Pak Lah tahu banyak cerita kerana beliau pun banyak kawan-kawan yang melaporkan.
Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Biarlah mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sendirian. Lagi pun mereka yang ada hubungkait dengan tertuduh pertama kes Altantunya Shariibuu, Abdul Razak Baginda.
Razak Baginda bukan kawan Pak Lah, bukan kawanAnwar Ibrahim dan bukan kawan Tun Dr. Mahathir. Razak Baginda adalah 'orang yang buat ucapan' Datuk Seri Najib suatu ketika dahulu. Jika ucapan Datuk Seri Najib sekarang kurang berbisa, bukan kerana silap sesiapa tetapi kerana ketiadaan Razak Baginda. Ketiadaan Razak tidak dapat diganti dengan kehadiran Nasir Safar dan Datuk Shahlan Ismail. Tidak hairanlah kalau Nasir Safar ke hulu ke hilir sekarang, menceritakan perlunya Pak Lah berundur dan Najib menggantikan Pak Lahdalam masa terdekat.
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor janganlah garang-garang sangat dengan pegawai-pegawai dan orang-orang lain walaupun dia tidak pernah mahu menghormati suaminya Najib Tun Razak.
4 comments:
Setuju dengan pendapat bahawa memang kadang2 Pak Lah seolah berjuang sendiri untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan rakyat, Ada je pihak2 dari kiri kanan atas bawah yang memang sah2 nak menjatuhkan Pak Lah hanya kerana beliau seorang yang dikatakan baik, sabar dan tidak provokatif. Orang2 ni lah yang bersalah mahu menghuru-harakan keadaan harmoni di Malaysia ini.
Sumpah bersyarat, memang kalah puteri! Ops lupa, bukan ke Anwar ni "drama queen" mestilah mengalahkan PUTERI!
Hmm... cik suzi, ada benar ke Pak Lah seorang mangsa keadaan? Mungkin tidak ramai orang yang mahu berfikiran seperti cik suzi ni. Tapi kalau difikirkan semula, masing2 mahu menang dalam politik. Dan dengan menggunakan apa cara sekali pun, bahkan boleh sampai pijak kepala orang2 sendiri. Jadi mungkin itu satu perspektif yang lain
Assalamualaikum semua,
Anwar ini banyak songeh betul. Nak bersumpah pun macam-macam alsan nak diterbitkan oleh beliau.
Bila disuruh bersumpah dengan quran, kata hendak ulama yang berkredibiliti pulak. Apa kejadah Anwar ini? Agaknya biar AAB import ulama dari Arab untuk puaskan hati DSAI. Agaknya darjatnya lagi tinggi kot dari orang-orang biasa tu nak yang special tu.
banyak sangat songeh..berdrama, kalau betul tak salah sumpah je lah..takut ke nak bersumpah?takkan macam2 syarat dan alasan diletakkan?
Post a Comment