GERAKAN ANWAR SEDANG PERBODOHKAN PARTI SEKUTUNYA-Malaysiakini
Tuesday, July 15, 2008
Oleh Sabrani Muin
Dalam rayuan Ahli Parlimen Pematang Pauh dalam sidang rakyat semalam, Datin Seri Wan Azizah Ismail berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyebut bahawa beliau ingin menyampaikan suara rakyat.
Mungkin Wan Azizah keliru agaknya menggunakan perkataan betul. Yang betul suara pakatan rakyat, bukan suara rakyat. Kedudukan rakyat secara majoritinya ialah suara rakyat yang buktinya ialah Barisan Nasional yang memerintah sekarang ini. Suara Pakatan Rakyat ialah di tahap minoriti lagi.
Kemungkinan dari kenyataan itu Wan Azizah sengaja mahu mengelirukan rakyat kononnya beliau seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia. Perkara ini tidak betul.
Kekeliruan yang mahu dicipta Wan Azizah sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjadi kebiasaan daripada kalangan anggota parti dalam Pakatan Rakyat di mana-mana dalam ceramah mereka selalu menyebut suara rakyat. Perkara ini perlu diperbetulkan.
Hendaknya pula rakyat jangan turut keliru dengan salahguna perkataan ini kerana bukan semua rakyat menyokong PR. Majoriti masih menyokong BN. Ini perkara nyata.
Usul tidak percaya kepada perdana menteri digerakkan sebelum ini diuar-uarkan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee. Tetapi Wan Azizah bagaikan terpaksa mendahului SAPP kerana parti pimpinannya sedang sibuk mengalih pandangan rakyat daripada tumpuan kes liwat suaminya yang juga penasihat PKR dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang rakyat ingin sangat mengetahuinya.
Apa pun usaha dan cara anggota PKR mahu mengalih pandangan rakyat, ia tetap menjadi fokus bukan sahaja rakyat Malaysia semata-mata, bahkan seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat yang bagaikan bersekutu dengan apa jua tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memerangi kerajaan.
Saban hari rakyat menunggu berita untuk melihat sepantas mana pihak polis bertindak terhadap kes liwat ini di muka pengadilan. Di mana-mana orang ramai mahu tahu kedudukan kes ini yang sudah berada di paras paling atas selain dari kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Sharribuu yang tidak habis lagi dibicarakan.
Pada mata rakyat, kes Altantuya juga bagaikan sudah boleh diteka ia akan berakhir dengan pelbagai percanggahan kenyataan yang membawa kes ini ke arah kesilapan teknikal. Jawabnya, Altantuya 'tidak dibunuh oleh sesispa atau tidak ada siapa yang mengarah supaya ia dibunuh dan diletupkan.'
Tetapi dalam kes liwat Anwar dan Saiful, awal-awal lagi Anwar sudah menunjukkan dia gelabah dengan menggunakan pelbagai istilah kononnya ada konspirasi untuk memalukan dirinya. Untuk mengelak daripada bersumpah, Anwar membuat laporan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Lebih sahih lagi apabila Anwar tidak hadir untuk memberi kenyataan kepada polis apabila sampai masanya dia berbuat demikian. Daripada sikap ini pun kita boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar sudah menunjukkan dia terus mengelak dari satu pendedahan besar untuknya.
Semua ini, parti-parti pembangkang yang walaupun tahu perkembangan ini terdorong menyokong usul tidak percaya kepada PM bagi membantu sekutu mereka supaya isu liwat Anwar tidak terus diperhangatkan. Kalau tujuan PKR mahu rakyat lupakan isu hangat lagi menarik ini, tidak semudah itu kerana kes ini akan terus hidup selagi Anwar masih hidup.
Keadaan sudah menjadi semakin ketara dengan langkah-langkah PR membantu niat Anwar mahu rakyat lupakan hal ini. Lebih buruk daripada itu, 'kumpulan Anwar' sudah dilihat terlalu terdesak hingga bertindak mengajak rakyat mencetuskan kekecohan pula. Inilah gerak tidak sihat yang cuba dibangkitkan supaya apabila kekecohan berlaku, Anwar fikir dia akan terlepas daripada apa yang mengancam dirinya untuk menjadi hero kepada satu kumpulan yang sedang diperbodohkan.
Ketelanjuran Anwar sudah jelas dan kerajaan tidak boleh lagi sepatutnya bertolak ansur kerana negara kita tidak memerlukan insan seperti Anwar bebas terus mempengaruhi rakyat yang dia berada di pihak yang benar sebelum mahkamah menentukan nasibnya.
15 comments:
Saya tak setuju pendapat anda berat sebelah. Sila buat penilaian jujur tentang apa yang berlaku pada Anwar. Anwar adalah sperti mewakili rakyat Malaysia yang dianiyai dan terjadi konsipirasi untuk menjatuhkannya. Sejarah hidupnya telah membuktikannya. Dia seprti kancil beradu tenaga dengan Gajah. Memang rakyat biasa tidak akan menang bila berlawan dengan pihak pemerintah sebab mereka ada cukup kuasa. Sejak dari dulu lagi sudah jadi adat dalam dunia" yang salah jadi tak salah' 'yang tak salah disalahkan' atau dijadikan 'kambing hitam' demi kepentingan orang tertentu. Adalah sangat menyedihkan apabila kebenaran dan keadilan cuba diperjuangkan oleh seseorang rakyat..seperti
Anwar dia pula diserang tanpa berperikemanusiaan. Sayat tak kata BN atau PKR yang salah.....Parti-parti politik tak salah - sebab semua parti memiliki manifesto membangunkan negara dan membela nasib rakyat. Tetapi yang salahnya adalah beberapa pribadi yang terlibat dan mempunyai kepentingan tertentu. Nereka tak tahu berhujah dan ketandusan dalam melahirkan visi-visi membela rakyat; sehingga sanggup mencari jalan paling buruk dalam usaha mengaibkan kewibawaan pribadi musuh-musuh politik mereka masing-masing.
Kita kena fikir apa untungnya perbalahan sesama pemimpin atau sesama rakyat Malaysia??? Tetapi masalah harga barang-barang naik dan harga minyak tetap sama dan tak dapat diselesaikan!!!
Adalah patut pihak pemerintah bergabung tenaga dan pendapat dengan PKR untuk selesaikan masalah harian rakyat. Ini yang kita rindukan!!!
Sesiapa pun yang memerintah jika masalah harga minyak dan harga barang2 tak dapat diselesaikan - majoriti rakyat berpendapatan rendah tetap menderita juga.
Sesiapa pun yang memerintah jika asyik melakukan konsipirasi menjatuhkan musuh-musuh politik mereka - di manakah keadilan..dimanakah belas kasihan kepada sesama rakyat Malaysia, ..di mana?? Apa lagi sesama agama seperti apa yang terjadi kepada Anwar dan orang-orang lain.
Samada Anwar memperbodohkan sekutunya..sukar kita lihat kerana pakatan itu masih muda umurnya. BN ???? Tak pasti..sebab terlalu banyak janji. Ternyata betapa kejamnya mereka tegah memperbodohkan rakyat dengan pelbagai cara. end
Komen Amat....ada konspirasi mahu menjatuhkan anwar.....biarlah kita berfikir secara logik...anwar bukan sesiapa, bukan MP, Bukan Presiden Parti dan bukan sesiapa...dia hanya bekan TPM, bekas Menteri, bekan MP dan bekas banduan.....ramai yang buta hati dan mata....tiada yang pernah terfikir satu perkara penting iaitu...setelah dibebeskan sepenuhnya bulan April lalu...KENAPA ANWAR TIDAK MENGAMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN PKR?,,,,,,KENAPA?...kerana dikalangan PKR sendiri tahu...anwar adalah beban atau sokong yang akan membawa rebah...dan Anwar bukan setakat bukan sesiapa... malah sudahpun jatuh sebelum dijatuhkan lagi......so tidak perlu sebarang konspirasi untuk menjatuhkan anwar kerana dia memang sudah jatuh sebelum dijatuhkan....hehehehhe...
Pengajaran untuk anwar....dia paling hebatlah dia rasakan....memekik seluruh dunia mahu menjatuhkan itu dan ini....tapi akhirnya....dia menjatuhkan dirinya sendiri.....itu sahajalah kehebatan yang ada pada ANWAR...
Orang yang sokong BN = Manusia yang tak berperikemanusian = Bangkai Yang bernyawa
Sandiwara Anwar lagi. Dari dulu sampai sekarang lakonan tamil. penipu. jual bangsa adalah.
Anwar - Nowwar
Anwar - Now Worry
Anwar masih jadi ancaman kpd BN...tu lah depa dok buat road block hehehe
MCKK kaki liwat. Memang budaya sekolah.
BETUL 100% SOKONG!
Saya rasa terpanggil untuk menasihati Wan Azizah usahlah sibuk nak mengurus kerajaan dan negara.Nak jaga suami yang seorang pun terpaksa ke hulu ke hilir,dalam dan luar negara -(isu 1998),berkeliling dengan bukan muhrim,tak kira bangsa,agama(rimas rakyat tengok)semata-mata nak mempertahankan/menafikan kesilapan suami?? (yang memang Wan Azizah sendiri telah lama tahu agaknya -GERAK HATI SEORANG ISTERI pastinya Allah kurnia,lebih-lebih lagi kalau isteri selalu ditipu/aniaya)
Nasihat saya kepada Wan Azizah,tak usahlah kita 'aibkan' diri kita sebagai seorang isteri,menjelajah dan meraung keseluruh pelusok negara/dunia,bersandiwara melakonkan apa yang di arahkan oleh...? semata-mata untuk mempertahankan/menafikan perlakuan suami( bukan parti).SUAMI ni, kalau si isteri menunjukkan setia dan BODOH di matanya,...menjadi-jadilah dia...sebab itu kemungkinan episod lama bila ada kesempatan,.. diulangtayang!! Wan Azizah yang comel akan diberi peranan berlakon jadi heroin lagi....sampai bila?? Sampai heroin jadi tua???
gerakhati isteri selalunya benar!Banyak sabar Wan Azizah.MAAF jika terkasarkata.
Salam semua,
Yang saya peliknya, kenapa Anwar tak junjung saja kitab Suci Al Quran? Kenapa takut sangat? Ramai tertanya tanya kenapa tak junjung?
Memandai je Wan Azizah gunakan alasan ingin menyampaikan suara rakyat.
Saya pun rakyat Malaysia, tapi saya tak bersetuju dengan tindakan Wan Azizah. Lagi -lagi sebab usul ni dibuat sebab nak publisiti murahan.
DSAI amat merbahaya kepada MAT JENIN yang berangan nak jadi perdana menteri, kepada yang sedang berusaha mendapatkan pencalonan untuk merebut jawatan presiden umno, kepada yang sedang menunggu jawatan prdana menteri semuanya berada gelisah bila melihat ANWAR MAKIN HAMPIR dengan PARLIMEN, jadi ANWAR SANGAT MERBAHAYA untuk kita, justru beliau perlu di cegat terlebih dahulu sebelum beliau sempat masuk parlimen ikut pintu depan, orang ini perlu dihalang jangan beri peluang dia bercakap di parlimen nanti ramai yang akan terpesona. Apabila ramai yang terpesona dengan pidato beliau maka akan senanglah katak-katak lompat parti,almaklumlah pidato anwar memang hebat, beliau mempunyai daya tarik massa, berbeda dengan menteri yang ada kalau dibandingkan DEBAT MINYAK baru-baru ini nampak sangat menteri yang lawan debat tu .....tut tut. Jadi Anwar perlu di halang ke parlimen.... lakukan apa saja yang penting dia akan kena denda RM2000 atau penjara sebulan, itu sudah cukup untuk menghalang beliau dari bertanding di mana-mana pilihanraya selama 5 tahun berikutnya. So...entah betul atau tidak konspirasi...yang penting kalau saya jadi musuh politik anwar, maka inilah yang akan saya buat....Maaf ini cuma sebuah nukilan cerpen
dulu anwar mungkin pembela melayu. tapi sekarang tidak lagi. anwar terdesak mendapatkan sokongan DAP yang sememangnya anti melayu dan anti islam. jangan sampai makan diri dan bangsa. jangan sampai generasi akan datang mengenali anwar sebagai pembelot bangsa dan negara
ANWAR TAK BOLEH BELAH..NAK JADI PM PUN BELUM TENTU. KALO JADI PM PUN TAK LAMA,LEPAS TU KARPAL SINGH OR SAPA2 LAK JADI PM..LAGI HANCUSS NEGARA. APATAH LAGI KEDAULATAN MELAYU DAN ISLAM
bila kat parlimen je, pakatan rakyat mesti hujah kononnya 'kami bawa suara rakyat'..ape kejadahnya. sepatutnya 'kami bawa suara hindraf' baru sesuai
YB Mat Sabu Pernah Menggelarkan Anwar Sebagai Sheikh Anwar al-Juburi...pernah kita lihat Mat Sabu pernah membela Anwar? Sebab Mat Sabu Tahu Semua rahsia Anwar Sebelum Anwar Masuk Politik lagi....Masa Dok Jadi Pengetua Yayasan Anda kat Jalan Pantai Baru...Depa selalu ada perjumpaan di sana...tak mau cerita panjang jumpa Mat Sabu tanya...
Post a Comment