Abu Zahar… eloklah cari cara lain balas budi Muhyiddin-Malaysiakini

Tuesday, September 16, 2008

Oleh Malek Saiful Muda

TIBA-TIBA nama Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang menjadi popular. Dia popular bukan kerana dia patut popular tetapi dia diberikan pelbagai jawatan yang membolehkan dia menjadi popular.

Sebelum pembaca membaca tulisan ini, eloklah diberitahu apa hubungan Abu Zahar dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Mereka bukan sahabat lama, tetapi bersahabat kerana 'ada kepentingan' bersama.

Ketika Muhyiddin menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abu Zahar dilantik menjadi Pengerusi satu jawatankuasa di bawah kementerian itu, sedangkan ketika itu, Abu Zahar sedang menjunam dalam karier politiknya.

Dia menjadi Pengerusi RISDA, walaupun sudah tidak menjadi Ahli Parlimen Kuala Pilah kerana kalah dalam usahanya mempertahankan jawatan itu dari Datuk Ismail Lasim.

Apabila Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin melantiknya menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

Selain itu, dia mendapat gelaran Tan Sri dalam 'era kepimpinan Pak Lah' dan kini merupakan Presiden Peguam Muslim.

Bila dia tampil bercakap panjang lebar mengenai 'hak bahagian' menentukan peralihan kuasa, dia sebenarnya mahu memberitahu orang ramai bahawa dia sebagai salah seorang Ahli Lembaga Disiplin Umno amat pakar Perlembagaan Umno dan orang lain, termasuk yang menyandang jawatan tertinggi dalam parti, tidak faham sebagai mana dia faham.

Kalaulah semua pihak faham apa yang dimaksudkan dengan Pelan Peralihan Kuasa yang sudah dipersetujui, Jun 2010, isu ini tidak perlu disebut lagi. Ia sesuatu yang cukup 'tidak sihat' kerana kelembutan Pak Lah sudah dieksplotasi mereka yang berkepentingan.

Hakikatnya, apabila Najib sudah menerima Pelan Peralihan Kuasa ini, tugas utamanya dengan kawan-kawan yang masih dalam MT Umno ialah turun ke bahagian-bahagian, berjumpa dengan seberapa ramai ahli parti menerangkan mengapa perlunya diterima pelan ini.

Tradisi parti, jika pelan ini diikuti dengan sempurna, bukan sahaja pengganti akan menerima parti dalam keadaan 'bulat' malahan, citra parti juga akan menjadi semakin baik.

Abu Zahar mungkin tidak berapa faham hal ini apabila dia 'membuat pendirian' menyokong Najib kerana Abu Zahar tidak pernah dalam sejarah, duduk dalam MT dan kabinet. Jadi, bila dia jadi Presiden Mubarak, janganlah ada perasaan macam jadi Presiden Umno.

Jadi Presiden Mubarak, jaga wakil rakyat pencen yang sudah 'uzur' tetapi menjadi Presiden Umno, secara langsung menjadi Perdana Menteri, menjaga 23 juta rakyat Malaysia dan hubungan dengan negara-negara luar dari dunia.

Dalam masa yang sama, mahu menangani isu yang dicipta oleh parti-parti pembangkang, yang semakin biadap sekarang ini hingga sanggup 'mengajak orang ramai' menolak tulisan Jawi pada penanda jalan.

Mungkin disebabkan Abu Zahar merasakan dia Presiden kepada Peguam Muslim dan Presiden kepada Mubarak, maka isu Teresa Kok isu kecil yang menyebabkan diabaikan isu ini dari menjadi bahan ulasan, sebaliknya memilih cerita Pelan Peralihan Kuasa sebagai 'isu yang harus diberikan keutamaan'.

Abu Zahar mungkin seorang pegawai penyiasat yang baik di dalam Pasukan Polis suatu ketika dahulu tetapi cara dia bertindak di dalam kes politik wang Umno, jelas dia hanya berminat untuk 'menangkap Tan Sri Isa Samad' sahaja. Mungkin, ini adalah atas permintaan 'orang yang pernah melantiknya ke jawatan-jawatan penting di bawah kementerian tertentu' tetapi, dia jangan ingat orang tidak tahu permainannya.

Baguslah, jika Abu Zahar membuat komen 'untuk mengambil hati Najib' tetapi mahu membalas budi Muhyiddin yang banyak 'berbudi' dengannya, jangan sampai dia lupa, Muhyiddin menjadi Menteri kerana dilantik Perdana Menteri. Jika dia 'bantai' Perdana Menteri, bererti dia tidak tahu siapa yang melantik 'Muhyiddin' hingga membolehkan Muhyiddin melantiknya.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan ini adalah 'orang Anwar Ibrahim'. Banyak juga air matanya mengalir ketika Anwar dikenakan tindakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tahun 1998 dahulu. Namun, janganlah dia 'silap perhitungan' sekali lagi kali ini, walaupun harapan untuk dia kembali dalam politik bahagian dan MT sudah 'tidak ada kesempatan'.

Dalam isu Pelan Peralihan Kuasa, semua pihak sepatutnya berdiri di belakang 'persetujuan yang sudah dicapai' iaitu Jun, 2010. Kalau tidak sabar, berundurlah! Mungkin boleh menyertai Pakatan Rakyat yang mengheboh-heboh mereka mahu menubuhkan kerajaan seawall 16 September 2008.

Jika sayangkan parti, Umno yang banyak berjasa dan sentiasa dikhianati oleh bekas-bekas pemimpinnya, utamakan kestabilan. Perdana Menteri sudah berbincang dengan Datuk Seri Najib, kerana inilah yang dikehendaki oleh seluruh pemimpin Umno, supaya menyerahkan kepada Pak Lah-Najib membincangkannya… tetapi masih ada cakap-cakap yang tidak mempersetujuinya.

Begitu juga dengan para penyokong Muhyiddin yang lain, ketika mereka menyokong Muhyiddin kerana 'mencetuskan kekecohan ini semula' kerana Muhyiddin 'membantu mereka' tetapi jangan lupa bahawa Muhyiddin di situ (sebagai Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa) bukan kerana dia bijak, tetapi kerana sokongan Pak Lah.

Dalam pemilihan 2004, mustahil Muhyiddin boleh menang kerusi Naib Presiden jika tanpa sokongan terbuka (di Parlimen dan Pre-Council Perhimpunan Umno) Pak Lah yang memuji Muhyiddin kerana keikhlasan dan kemampuannya menjadi seorang Menteri yang komited. Jika tidak, bukan sahaja Naib

Presiden, silap-silap Muhyiddin mengalami sejarah buruknya dalam tahun 1996 – kalah teruk apabila Ucapan Dasar Presiden Umno ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru perwakilan menolak mereka yang 'mencari sokongan dengan menggunakan wang' hingga boleh mengadai maruah bangsa dan menjual negara!

Jom… semak semula Ucapan Dasar Presiden 1996! Semoga Melayu tidak mudah lupa..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadan...
Begitulah kisah orang yang tidak mengenang jasa.. Muhyiddin sepatutnya bersabar dan menunggu 2010 untuk Peralihan Kuasa. Nampaknya beliau terikut-ikut dengan trend tidak percaya kepada pentadbiran Pak Lah. Padahal Peralihan Kuasa 2010 ini telah pun dipersetujui bersama oleh semua pemimpin parti. Kenapa tiba-tiba beliau mahukan Peralihan kuasa di kaji semula? Apa sebenarnya yang beliau mahu?

Anonymous said...

Pantun Si Najis dan Si Kentut

Encik Rakib jual juadah,
Dicelah rumah di kampung Ajil,
Najib dah mula mengenakan Pak Lah,
Anunya kecil dah mula menggigil

Najib dah mula nak mengenakan Pak Lah,
Pak Lah pun dah mula bersin-bersin,
Amatlah tersinggung perasaan Pak Lah,
Angkara durjana Muhyiddin Yassin

Angkara durjana Muhyiddin Yassin
Kerana hasutan si Najib tak sabar
Bodoh Muhyiddin tak berharga satu sen
Dipergunakan si Najib panjang akal

Sekarang tinggal Pak Lah keseorangan,
Najib dan Muhyiddin dah pasang badan
Bagaimana Khairy yang dah lama berangan
Tak kan lah nak biarkan dirinya terkorban

Wahai Pak Lah yang sentiasa ‘bengong’
Jangan biarkan diri disembelih dicincang
Si Najib bukanlah tak boleh dikangkang
Keluarkan semua dia punya tembelang

Keluarkan semua Najib punya tembelang
Baru rakyat tahu segala-galanya
Alang alang bermain dengan jembalang
Biar putih tulang jangan putih matanya

Diantara Pak Lah dengan Najib
Tiada beza, kedua-duanya karut,
Pak Lah ‘bengong’ Najib penuh aib
Ibarat sisa najis dengan kentut.

Zahar said...

Soalnya kalau tunggu sampai dah terlambat, penyesalan. 2010 mungkin sounds good, tapi PRU13 hanya dalam dua tahun setelah itu.

Sekarang pun ekonomi global dah hampir nak tenat, ergo Lehman, Merrill Lynch, AIG et al, kalau ditunggu dengan buai-an mimpi yang things are just gonna be fine by itself, mampus lah kita semua.

Anonymous said...

Argumen yang cetek ...

Susah untuk kamu pertahan bapa dan menantu.

Dua2 fail!

Nak menegnag budi semua ni buat apa? HIngga UMNO berkubur?

Pak Lah dan Khairy seharusnya berani berkorban utk parti!

HE FAILED TO DELIVER!!!!!!!

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP