MUHYIDDIN SUDAH WAJAR DIPECAT DARI JAWATAN MENTERI-Malaysiakini
Monday, September 15, 2008
Oleh Mahfir Sabtu
Memang sudah patut sangatlah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Muhyiddin Yassin di tahap ini letak jawatan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan haknya memecat beliau dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim seumpama itu amat tepat sekali dan sepatutnya mendapat perhatian perdana menteri daripada membendung seorang menteri yang telah menolak rancangan peralhihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak pada bulan Jun 2010.
Alasan Muhyiddin amat nyata tidak mempunyai sifat sabar apabila beliau terus mengulangi menyatakan beliau tidak setuju dengan rancangan peralhihan itu kerana ia memakan masa terlalu lama yang kononnya beliau mempunyai tongkat sakti untuk memulihkan keadaan politik negara dan UMNO.
Kenyataannya itu bukan sahaja mengejutkan perdana menteri, tetapi juga orang ramai yang turut sama menyatakan tindakan Muhyiddin yang mengeluarkan kenyataan itu di Singapura baru-baru ini sebagai tidak berethika sedangkan beliau berada dalam kabinet ketuanya yang masih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tidak kurang yang menyebut bahawa Muhyiddin memang sudah lama bersikap tidak sopan sebagai pemimpin Melayu.
Apabila Abdullah membuat teguran dan menyatkan terkejut, Muhyiddin dengan angkuh berkata tidak akan takut menghadapi risiko atau dipanggil untuk memberi keterangan. Pada beliau, apa yang hendak ditakutkan kerana sudah sememangnya beliau sepatutnya sudah lama dipecat. Tetapi Abdullah tidak ambil hati atau rasa terkilan dan cuba juga berbaik-baik dengannya. Namun begitu, Muhyiddin sudah tidak lagi senada dengan Pak Lah atas hanya kerana beliau tidak sanggup menunggu peluang merasa jadi timbalan perdana menteri sekurang-kurangnya.
Atas sikapnya yang bagaikan tidak 'geti bahasa' itu telah mengubah gambaran ahli UMNO seluruhnya dan ia juga menyebabkan parti dan negara sentiasa berkocak dan tidak dapat berlayar dengan tenang sepertimana sepatutnya berlaku. Ia memperlihatkan politik di negara ini sentiasa bergolak dengan aktiviti politik yang tidak sihat.
Sejak sekian lama, UMNO yang mengetuai Kerajaan Barisan Nasional berdepan dengan kocakan dalaman yang terus menerus hinggakan Perdana Menteri terpaksa menyatakan seorang menteri seperti Muhyiddin terlalu sibuk dengan percaturan peribadinya hingga lupa akan tugasnya kepada kementeriannya yang memerlukan pembersihan dan peningkatan terutamanya kementeriannya terlibat secara langsung memupuk hubungan baik dengan pedagang tempatan dan luar negara.
Muhyiddin yang dikatakan baru-baru ini bersekongkol dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk beregu menentang pucuk pimpinan UMNO untuk merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atas pakatan bersama dengan bekas perdana menteri Tun Mahathir, menunjukkan Muhyiddin sentiasa sibuk mencari lubang mana hendak ditonjol untuk mempercepatkan cita-citanya turut sama mahu menjadi perdana menteri.
Daripada cara beliau menyampaikan hasrat Tun Mahathir mahu masuk UMNO juga menunjukkan beliau sudah mula merasakan dirinya sudah cukup penting untuk mengenengahkan hasrat Mahathir yang menyesal sendiri atas tindakannya keluar daripada UMNO sebelum ini.
Dalam pada itu, ada pula pihak yang membandingkan Ezam Mohd Nor dengan Mahathir di mana apabila Ezam Mohd Nor boleh terus diterima tanpa melalui Majlis Tertinggi sedangkan Mahathir terpaksa melalui Majlis Tertinggi. Keadaan kedua-dua insan ini sebenarnya berbeza walaupun yang mengesahkan akhirnya diterima memasuki UMNO tetap melalui Majlis Tertinggi juga.
Ezam menyertai UMNO bukan kerana beliau dipecat atau melucutkan keahliannya sendiri. Beliau atas sifat insaf kerana terheret ke dalam PKR kerana pada ketika itu beliau bekerja dengan Anwar. Tetapi keadaan Mahathir pula adalah kerana beliau menyambut cabaran dari ahli sahaja kerana beliau tidak habis-habis menghasak perdana menteri supaya letak jawatan. Malah katanya beliau tidak akan kembali kepada UMNO selagi Pak Lah masih Presiden UMNO dan perdana menteri.
Begitu juga dengan Najib Tun Razak yang dari mula Pak Lah lantik beliau jadi timbalan perdana menteri, beliau telah berkali-kali menyatakan beliau tidak akan lawan Pak Lah. Dia akan setia dan sedia menunggu masanya sampai pada 2010 untuk menerima jawatan yang akan diberi kepada beliau.
Tetapi baru-baru ini dalam satu sidang akhbar bersama Muhyiddin, beliau sudah menunjukkan bunga-bunga yang pelan peralihan itu hendaklah dirujuk semula kepada Bahagian-Bahagian UMNO untuk membuat cadangan supaya tarikh peralihan kuasa berlangsung pada Disember ini.
Ini bererti, Najib sudah termakan pujukan Muhyiddin yang mengekori Najib yang sebelum ini dicemburui dipilih sebagai timbalan perdana menteri untuk bersama mengungkit semula supaya peralihan kuasa dipercepatkan ke Disember 2008. Semua sudah jadi karut belaka.
Itulah rupa pemimpin yang tidak boleh bercakap tak serupa bikin, mulut tak serupa hati. Pantang dijolok sedikit tanpa memeriksa siapa yang ajak bersama itu sama ada ikhlas atau mempunyai agenda tersembunyi. Harap-harap Najib tidak terperangkap dengan kelicikan orang-orang yang tidak sabar untuk memegang jawatan dalam parti seperti Muhyiddin.
11 comments:
ERA kepimpinan Pak Lah dilihat sebagai era ketidakstabilan politik. Kononnya Pak Lah lemah dan lembik. Cengkaman Pak Lah longgar. Pak Lah tidak setanding Perdana Menteri (PM) terdahulu.Biasalah! Bila mereka merasakan tidak ada kestabilan politik, PM pula dilihat lemah dan lembik, cengkaman semakin longgar dan PM sekarang tidak sehebat PM terdahulu, mereka yang lemah pun, nak tunjuk kuat.
Kata orang-orang tua dahulu, ‘pohon kelapa kalau sudah condong, kura-kura pun nak cuba panjat’.
Silap perkiraan mereka ini. Jika fikiran mereka sudah berkecamuk, terasa mereka mampu menstabilkan politik, mereka lebih kuat dan lebih keras dari PM. Mereka sahaja mampu mencengkam dan mereka akan menjadi PM lebih hebat atau setidak-tidaknya setanding dengan PM terdahulu, maka timbulkan cakap-cakap begini;
“Kena fikirkan semula tarikh peralihan kuasa,”
Kenapa ya (?), dalam bulan Julai, mereka ini boleh bersetuju, tetapi dua bulan kemudian, September, mereka tiba-tiba ‘mahu mengajak difikirkan semula’ sesuatu yang mereka sudah persetujui bersama.
Apakah orang seperti ini, yang berubah-ubah pendirian mereka dalam tempoh 60 hari, tidak stabil pemikiran mereka dan kelihatan sanggup memalukan institusi Perdana Menteri di luar negara, boleh diharapkan memimpin Malaysia di masa depan?
Menjadi PM, bukan sahaja kerana sokongan perwakilan. Untuk menjadi PM, bukan sahaja kerana undi rakyat. Banyak faktor lain dan antaranya, kehendak Yang Maha Kuasa.
Dalam isu politik Malaysia sekarang, fokus orang ramai sekarang ialah terhadap Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Bagi mereka yang menyokong Muhyiddin atau, gelaran popular di kalangan para penyokongnya, MY, Muhyiddin dianggap cukup berani.
Keberanian Muhyiddin mereka samakan dengan keberanian Hang Jebat mempertahankan sahabatnya, Hang Tuah yang dihukum Sultan Melaka kerana fitnah jahat ‘orang-orang Istana’ yang cemburukan keakraban Hang Tuah dengan Sultan.
Cuma, Muhyiddin mungkin lupa, keberanian tanpa akal yang waras menyebabkan Hang Jebat mati dibunuh. Namun, Hang Tuah yang sabar dan mendapat ‘perlindungan’ akhirnya ‘hidup’ dan kembali ke istana.
Muhyiddin mungkin tidak sanggup menjadi ‘Sang Rajunatapa’ yang membuka pintu kepada musuh untuk membenarkan musuh menyerang Melaka. Jika tidak sanggup melihat Malaysia ‘diserang’, mengapa Muhyiddin sanggup bercakap isu politik negara di Singapura?
Adakah kerana Muhyiddin merasakan Singapura adalah ‘tempatnya’ ketika dia menjadi Menteri Besar Johor dulu? Singapuralah tempat paling sesuai mengadakan perbincangan dengan ‘kroni-kroni’ termasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari?
Jika Dr. Mahathir Mohamad pernah dikatakan risau melihat Muhyiddin yang terlalu ‘mewah berpakaian’ ketika menjadi MB Johor, hingga memaksa Anwar Ibrahim ‘berbisik kepada Muhyiddin’ supaya berpakaianlah secara sederhana, apakah hari ini, Muhyiddin merasakan dia tidak mempunyai apa-apa dosa terhadap politik Negara ini?
Muhyiddin tidak perlu menjadi Hang Tuah. Muhyiddin juga tidak perlu sabar seperti sabarnya Hang Tuah. Tetapi ketika tidak perlu menjadi Hang Tuah, kenapa Muhyiddin berkelakuan seperti Hang Jebat?
Jangan kerana kekecohan yang dibuatnya menyebabkan orang mengungkit sejarah silamnya ketika di Johor. Jangan sampai orang teringat bagaimana ’satu fail BPR’ terpaksa ‘dipangkah’ kerana kononnya demi kepentingan politik.
Jangan nanti ada orang menyebut isu ‘Mount Austin’ selain dari cerita pengswastaan air yang berkali-kali keuntungan dikaut oleh syarikat swasta – tentunya kepunyaan ‘kroni’ sedangkan rakyat – menanggung bebannya.
Sabarlah! PM yang Muhyiddin kurang senangi ini sebenarnya PM yang meletakkan Muhyiddin di kerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Jika sebelum ini dia dilantik menjadi Menteri Pertanian, kementerian yang kurang glamour bagi Muhyiddin yang suka berbaju besar – tetapi selepas Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanianlah kementerian yang paling besar dari segi keanggotaan staff, agensi di bawahnya dan peruntukan yang diberikan.
Ketika Muhyiddin ‘dilihat’ naik pangkat, sedarkan Muhyiddin bahawa ramai rakan-rakannya terkeluar dari jemaah menteri? Sebenarnya Muhyiddin sudah terlalu lama dalam kerajaan.
Mungkin dia sudah rasa jemu. Maklumlah, dia dilantik menjadi Setiausaha Parlimen dalam tahun 1981. Sejak dari itu, dia berterusan memegang pelbagai jawatan termasuk timbalan menteri, Menteri Besar dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan kini MITI.
Tahukah Muhyiddin, Tan Sri Mohamed Rahmat hanya duduk di Kementerian Penerangan dari mula sampai akhir? Walaupun pernah digugurkan tetapi kemudiannya dilantik semula di kementerian yang sama.
Begitu juga denga nama-nama lain seperti Datuk Abdullah Mohd Zin, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan jika di kalangan parti komponen, lebih ramai lagi yang tidak merasa pindah kementerian.
Kenapa perlu pindah-pindah kementerian? Tentunya PM mahukan dia mendapat banyak pengalaman, sebagai persediaan menjadi pemimpin besar suatu hari nanti.
Malang seribu kali malang, manusia Muhyiddin hanya dapat satu pengalaman yang mungkin dianggap sebagai keberanian – mendesak Pak Lah berundur, sedangkan jika Muhyiddin merasakan dia sudah tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah, berundurlah!
Bukankah lebih mudah Muhyiddin yang berundur daripada mendesak Pak Lah berundur. Pak Lah mempunyai banyak kerja lagi, yang mahu dibereskan kerana ‘itu amanah’ yang dipikulnya sebagai Perdana Menteri – sedangkan kerja Muhyiddin sekarang hanya satu – menjadi jurubicara Tun Dr. Maharthir membuat desakan supaya Pak Lah berundur.
Kerja yang Muhyiddin buat ini, sebenarnya sudah dimulai oleh anak Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz. Jika Mukhriz memulakan, Muhyiddin dilihat mengekorinya!
Lebihnya Muhyiddin dalam hal ini, dia bukan sahaja bercakap di Malaysia malahan terlajak sampai di Sinagpura – satu permainan yang menyerupai permainan Anwar Ibrahim.
Oleh Fuad Rahim
sumber : KPMU
Dollah memang lembap terlalu lembikdan tidak tegas memerintah.Terlalu banyak rasuah berlaku.Dalam laporan Borneo Post bertarikh 15.09.2008, Sarawak negeri paling banyak rasuah.Itu memang betul dan tepat sekali.Balak siapa yang kawal?Tanah siapa yang kawal?Ladang-ladang sawit siapa yang kawal?Kalau tidak BN/PBB yang korupsi pimpinan Taib.Dalam kerajaan negeri bahagian pengambilan jawatan kosong itu rasuahnya amat tinggi,kalau anda tidak ada orang dalaman yang anda kenali atau saudara mara yang bekerja dengan jabatan kerajaan jangan harap anda dapat ditemuduga.GILA RASUAH KERANA PEMERINTAH TIDAK PERCAYA KEPADA TUHAN.
tahniah Muhyiddin.Anda memang berani.Dollah memang patut pun letak jawatan.
The Muslim Consumers Association of Malaysia, Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network yesterday lodged police reports against Teresa Kok over her "alleged act" to prohibit the azan call. As a social and cultural associations, they should show to the general public that they are run by good intellectuals who can provide good examples on righteousness, fairness and integrity. To make such police reports after the fact that the Masjid had denied the involvement of Teresa Kok on the azan issue, the confirmation by the residence association that Teresa Kok did not initiate any petition and that the blogger at the Pembelamelayu Blog has appologized on the mistaken allegations made by him, it makes onwe wonder what is the motive of such police reports now! It has been told that Islam forbids slander against anyone. So in this holy month, why are such actions taking place against the truth and supporting lies by these muslim associatios?
Saudara raksasa BN
Memang sudah patut Muhyidin tu bersuara begitu,menegur PM yang tak 'geti bahasa' buat-buat tak tahu yg majoriti rakyat tak perlukan kepimpinannya lagi.Rakyat bukan hanya bosan dengan krisis politik,tapi bosan dengan PM itu sendiri.UMNO dan BN tak jadi raksasa lagi dibawah pimpinan AAB.RAKSASA BN DAH JADI SIKENIT BN!! HA,HA,HA,....
Contohi,PM Jepun,Pakistan dan Thailand.PM Malaysia bila lagi?Sokong MY dan DS NAJIB!!
che wan
JIka difikirkan semula, apa motif Muhyiddin membuat kenyataan supaya peralihan kuasa 2010 dikaji semula di Singapura? Adakah memang beliau mahu memburukkan Pak Lah di Singapura?..
Muhyiddin sepatutnya sedar tindakan beliau itu hany mengundang seribu satu persoalan yang bermain di dalam kepala kita semua.
Adalah tidak wajar bagi menteri seperti beliau yang pada mulanya sudah bersetujudan merestui peralihan kuasa 2010, tiba-tiba menyuruh Pak Lah mengkaji semula peralihan tersebut atau dengan kata lain, beliau mahu Pak Lah letak jawatan sebelum 2010. Nampak sangat beliau seolah-olah tak sabar untuk mendapatkan kuasa untuk jadi TPM. Sabarlah bang...Jangan ingat Dr Mahathir masuk semula UMNO, beliau boleh oleh menyelamatkan UMNO... Tidak sama sekali. Kemasukan Dr Mahathir hanya akan megundang perpecahan di dalam UMNO...
Zaid dikhabarkan sudah meletak jawatan.Muhyiddin bila pula?
Muhyiddin,Ku Li,Mukhriz - semuanya dari kalangan orang Mahathir.Mukhriz amat difahami jika disokong dan menyokong Mahathir kerana mereka anak-beranak.
untuk Muhyiddin dan Ku Li,mungkin mereka ada perjanjian dengan Mahathir kerana suara mereka senada untuk meminta pimpinan yang ada sekarang beredar secepat mungkin.
mampukah mereka mengalahkan pimpinan yang ada ketika ini?.pastinya Pak Lah dan Najib tidak akan menyerah kalah begitu saja.
http://pkrpasdap.blogspot.com
(kenapa zaid letak jawatan. jom ke website di atas)
zaid letak jwatan tak ada masalah sebab dia pun tak disukai oleh cawangan UMNO. dia kalah semasa pemilihan. tapi sebelum ini dia ada membeli undi dan dikenakan tindakan tatatertib.
zaid bukan ahli parlimen.
ini satunya menteri dari kelantan. lagi bagus sebab bagi kat orang lain yang bijak pandai dalam bidang perundangan yang tidak ada masalah moraliti dan politik wang.
SEPATUTNYA DIA DAH LAMA BERBUAT SEDEMIKIAN.
kalau sesikit letak jawatan... pecat... lucut... habis sampai bila negara nak stabil?... umno yg dulu diasaskan berpaksikan perbincangan kenapa tidak diteruskan sehingga masa kini. Saya percaya semangat setia kawan adalah amat kurang diamalkan di kalangan ahli umno yang menyebabkan mereka lemah dan amat mudah dicucuk dan dihancurkan oleh pihak musuh.... timbang-timbangkan dan canang-canangkan....
dalam memerhati senario politik semasa, saya perhatikan suasananya kian genting setiap hari. Umno yang dulunya menjadi tiang seri didalam negara kini terlalu mudah dikuis-kuis oleh tangan-tangan sakai nie. UMNO rosak bukan kerana tangan pemimpin parti pembangkang tetapi oleh tangan-tangan dalamannya sendiri. Cth, Dr.M, Paklah, Najib, Muhyiddin, Kuli dan beberapa lagi nama besar dalam UMNO. Sudahlah pemimpin parti komponen dalam Barisan Nasional spt MCA, MIC, Gerakan dan tidak ketinggalan PPP tidak menjalankan tugas mereka... dalam parti UMNO itu sendiri bergolak kuat. Adakah pemimpin UMNO masih tidak mahu belajar dari kesilapan yang lalu. Kalau kita terlalu sibuk mengejar kuasa didalam parti akhirnya tewas dihati rakyat. Ingatlah kuasa didalam parti hanya bermakna kalau masih memerintah negara. Lu pikir la sendiri....
saya amat bersetuju dengan pandapat ahli fikir di atas tu... tengok sahaja selangor... bila mantan MB bertindak untuk mencapai cita-cita politiknya iaitu pergi lebih jauh lagi (kononnya nak bertanding kerusi VP UMNO) dia lupa nak jaga negeri selangor yang akhirnya negeri yang dahulunya menjadi kubu kuat umno jatuh ketangan parti pembangkang. Khir tidak dapat tidak dipersalahkan dalam hal ini. Kerana terlalu menumpukan perhatian untuk bertanding jawatan dalam parti, hak-hak dan keperluan rakyat selangor diabaikan.
Rakyat sekarang bukan lagi macam dulu. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Saya percaya kekalahan umno di selangor bukan kerana pembangkang kuat disini, tetapi kerana kelalaian umno sendiri dan rakyat nak tunjuk kepada pemimpim umno rasa marah mereka... mereka dilantik oleh rakyat, oleh itu bekerjalah untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri dan beberapa kerat ahli yang dok jilat bontot dia... rakyat nak pemimpin tau... mereka ada telinga dan mata dan tahu menggunakan kuasa mereka... kalau nie pun pemimpin umno masih tak paham... jangan cerita la nak rampas balik 5 negeri yang tumbang dulu... sesilap lebih banyak negeri tumbang...
harap kita semua dapat ambil iktibar dari semua yang berlaku. Amin!
Post a Comment