Berani Berubah, slogan yang disalah gunakan!-Malaysiakini

Monday, September 8, 2008

Oleh Saiful Malek Muda


Berani Berubah, slogan yang disalah gunakan!AHLI Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengesahkan dia mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Slogan yang dibawanya, ‘Berani Berubah’. Khabarnya ada sekitar 500 penyokongnya bersama-sama dia di majlis pengumuman itu, yang dibuatnya di rumah keluarganya di Kedah. Ada empat Exco Pergerakan Pemuda Umno bersama-samanya, antaranya Kamaruzaman Kamdias, Marzuki, Azizul dan Sazmi Miah (Macang).

Baguslah! Kenapa saya katakana baguslah, ialah inilah sebenarnya wajah-wajah mereka yang kepingin menjadi pemimpin masa depan parti Umno. Dengan slogannya, ‘berani berubah’ mudah-mudahan mereka berlima, Mukhriz dan empat Exco Pemuda itu, akan berubah menjadi ‘manusia yang lebih bertanggungjawab’.

Ketika ini, Umno menghadapi macam-macam serangan. Umno ada masalah dengan rakan-rakan dalam komponen BN. Umno, diasak kiri dan kanan. Umno sedang berusaha melakukan pemulihan, seperti kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sepatutnya, ketika Umno ada masalah seperti ini, mereka berempat ini, yang membawa slogan ‘berani berubah’ berada di barisan depan, mempertahankan Umno. Mereka mungkin tidak mahu mempertahankan Presiden Umno, kerana mereka taksub dengan perkataan ‘berubah’ mesti dimulai dengan ‘perubahan kepimpinan’ tetapi mereka tersilap faham istilah ‘berani’.

Mereka ‘mengusung’ perkataan ‘berani berubah’ kerana mereka berempat, yang diketuai Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri yang bertuah, walaupun tidak menjadi ahli Umno di Jerlun, tetapi dapat bertanding di situ, di kawasan yang selamat di Kedah, mahu berubah ‘kedudukan peribadinya’.

Dia menang kerusi Exco Pemuda dan kini mahu menjadi Ketua Pemuda kerana dia nampak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga anak bekas PM, berjaya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, mengapa tidak dia.

Dalam ‘kamus Dewan’, ‘berani’ itu bererti gagah, perkasa dan tidak pengecut. Alangkah baiknya, ketika ini keempat-empat Exco Pemuda Umno ini bertindak ‘berani’ berdepan dengan ancaman yang dihadapi Umno? Kenapa mereka tidak mengambil inisiatif, mempertahankan maruah Melayu yang benar-benar tercabar, jika mereka mahu mendokong perkataan ‘berani’?

Kalaulah keempat-empat Exco Pemuda ini betul-betul ‘berani berubah’, berubahlah sekarang dari sikap menyerang kepimpinan, menulis surat mendesak Perdana Menteri berundur, membuat kenyataan-kenyataan yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan, kepada mempertahankan Umno, mempertahankan institusi kePresidenan dan maruah Melayu (Islam) yang benar-benar terancam.

Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri, 16 September ini, kumpulan ‘berani berubah’ ini di mana ya? Ketika Kit Siang, Mahfudz Omar dan Mohamad Sabu seronok membidas kepimpinan Perdana Menteri, tidak pula kedengaran suara empat Exco Pemuda Umno yang menjulang slogan ‘berani berubah’.

Kita petik kata-kata Pak Lah ketika melancarkan Bernama TV, Khamis lalu di Pejabat Perdana Menteri. Kata Pak Lah; “Media di negara ini menggunakan teknologi komunikasi secara membina termasuk menjadi instrumen bagi mempertahankan prinsip-prinsip keadilan serta kebenaran fakta.“Media perlu berdiri di atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan itu.”

Maknanya, jika perkataan ‘media’ itu ditukarkan kepada ‘Exco Pemuda’ bermakna, inilah masanya Exco Pemuda Umno menjadi benteng untuk mempertahankan kebenaran (prinsip-prinsip keadilan serta kebenaran fakta.

Apakah empat Exco Pemuda ini tidak ‘berani berubah’ untuk menjadi jurucakap kepada kerajaan - mewakili parti pemerintah member penjelasan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, adalah bajet istimewa untuk rakyat?

Jika mereka berempat ‘berani berubah’ dan menjadi berani untuk memberi penerangan kepada rakyat di seluruh pelosok negara, bagi menafikan ‘cerita gula-gula’ yang dibawa oleh Anwar dan pasangannya, Azmin Ali, mereka berempat bolehlah disifatkan antara Exco Pemuda yang ‘paling ke depan’ di dalam senarai ‘tokoh-tokoh muda yang berani’ dan bukan setakat menjunjung slogan ‘berani berubah’.

Bekas Ahli Parlimen Macang, Sazmi Miah yang sama-sama Mukhriz di Kedah, ketika pengumum dan memperkenalkan slogan ini dibuat, sepatutnya lebih fokus dengan kedudukannya di Macang. Apakah dia akan selamat dan boleh menang untuk bertanding jawatan timbalan ketua bahagian?

Amatlah malang bagi Pergerakan Pemuda Umno, era kepimpinan Hishammuddin ini kerana ketika dia sudah memohon maaf isu mengucup keris kepada masyarakat Cina dan India, anak-anak buahnya seperti ‘hilang pedoman’ apabila mendengar dia mahu mengosongkan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda.

Satu ketika Mukhriz mengatakan dia ‘mungkin tidak cukup percalonan’ untuk bertanding jawatan nombor satu dalam sayap kanan parti Umno ini, tiba-tiba, dia sudah bersedia menjulang slogan ‘Berani Berubah’, satu slogan yang tidak membawa erti apa-apa, kalau dia nantinya gagal menang semula kerusi Parlimen Jerlun.

Ingat, suatu ketika Jerlun pernah terlepas ke tangan pembangkang. Nasib baiklah, dalam pilihan raya 2004, Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin berjaya merampas kembali kerusi itu dari tangan Pas. Itupun selepas Maukhriz menang, tugas pertamanya ialah menulis surat mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, dan pendiriannya itu tidak mendapat sokongan Umno Bahagian Jerlun yang bermati-matian memenangkannya dalam PRU 12 yang lalu.

1 comments:

Anonymous said...

Inilah UMNO yang sedia tak sedia berbah dan masih berada di takuk lama pemikiran.

Terlalu mudah terpedaya dgan politik ala Anwar Ibrahim si Khairy gelap.

Bila pula Jerlun tempat selamat? Ini pejenios bodoh bigai, budak hingus baru kenali politik!

Sazmi nak pi jerlun ke tidak apa hang peduli? Dia kalah pun akan diganti orang umno sebagai timbalan ketua bahagian.

Cehhh ... pandai megata Kamarulzaman, Azizul, Sazmi .... giler pangkat? Mukhriz tak gila nak jadi Menteri. Tanya si Khairy, sanggupkah dia tak dapat jadi Menteri? Tanya Khir Toyo? Tanya Zahidi?

Ah ... pi belajar dari Kalimullah dan Brendan kalau nak spin la ... Ehhh tak malu sokong kapal karam dan menantu!

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP