Kenali calon Ketua Pemuda dengan lebih dekat-Malaysiakini

Saturday, September 20, 2008

Oleh Saiful Malek Muda

HARI ini, saya terbaca di dalam akhbar-akhbar harian, sudah ada empat calon yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Kalau tidak silap saya, yang awal mengumumkan hasratnya hendak bertanding ialah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Calon kedua, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, bekas MB Selangor dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Calon ketiga, Zahidi Zainal Abidin, bekas Exco Kerajaan Negeri Perlis. Dia pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan 2 dan kemudiannya menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Perlis.

Seorang lagi calon, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, MP Rembau dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Dalam tulisan saya kali ini, saya ingin member pandangan terhadap calon kedua,Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Apa kelebihannya dan apa kekurangan yang ada pada dirinya, yang patut menjadi 'bahan penilaian' para perwakilan Pemuda dan ketua-ketua Pemuda bahagian, untuk mencalonkannya.

Apabila Datuk Seri Abu Hassan Omar (kini Tan Sri) diarahkan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan sebagai MB Selangor, nama Dr. Khir tiba-tiba muncul di celah-celah nama-nama besar yang lain, di kalangan ADUN di Selangor.

Tentunya, ini kehendak Dr. Mahathir dan menjadikan sebab mengapa Dr. Khir sehingga hari ini, masih mahu duduk sepentas dengan Dr. Mahathir, sebagai panel forum atau sebagainya, dengan tujuan mahu mengambarkan bahawa dia 'setanding' dengan Dr. Mahathir.

Dari seorang yang berwajah 'jawa' yang hitam kulitnya, kini dengan 'bantuan botox dan vitamin', wajah Dr. Khir sudah menjadi cerah dan putih. Kalau dibandingkan gambar lamanya, dengan gambarnya terkini, jauh betul bezanya. Hidungnya pun sudah mancung dan tidak kemek, bulat macam hidung anak-anak jawa yang lain.

Cuma, sebagai anak jawa kampong, Dr. Khir lupa, wajah jawanya yang kehitaman dan tidak cantik itu, meletakkannya sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi apabila dia 'mengubah' wajah kurniaan Allah itu, jawatannya sebagai MB terbang, bersama-sama wajah kejawaannya dulu.

Kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian, tidak berguna. Segala-galanya sudah terlepas. Bukan sahaja Dr. Khir terlepas pejabat MB di tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, malahan, Umno (BN) Selangor kehilangan kuasa kepada PKR.

Jika dulu, dalam pilihan raya kecil Ijok, Dr. Khir membuka sebuah pejabat 'wakil MB Selangor' di situ untuk tujuan menjalankan perkhidmatan kepada pengundi di Ijok, kini pengundi Ijok meletakkan seorang MB sebagai wakil rakyatnya di DUN Ijok.

Ketika pegawai-pegawai dan kakitangan PBT seluruh Selangor bersungut kerana malu dengan 'anugerah penyapu' yang disampaikan Dr. Khir kepada PBT paling rendah kutipan cukai, hari ini, semua PBT sudah mempunyai Ahli-Ahli Majlis dari kalangan parti-parti pembangkang di seluruh Selangor.

Isu sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dr. Khir, Lebar Daun mengondolkan tanah dan kawasan hijau di Selangor, masih lagi tersimpan di kotak fikiran para pengundi dan rakyat Negeri Selangor. Meruntuhkan kuil Hindu ketika kaum India mahu menyambut Deepavali juga dikatakan menjadikan sebab mengapa pengundi India tidak lagi mahu member sokongan kepada BN (Umno) dalam pilihan taya yang lalu.

Semua perkara yang ditimbulkan ini, sudah dijawab Dr. Khir tetapi jawapannya tidak dapat mengembalikan Kerajaan Negeri Selangor kepada BN. Ia sudah terlewat dan kekurangan hadir Dr. Khir dalam mesyuarat MT Umno sejak tidak menjadi MB, juga mula dipersoalkan.

Khabarnya, dalam satu mesyuarat MT, keceluparan Dr. Khir mempertahankan dirinya menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegurnya supaya 'tutup mulut'.

Kini, ketika berjalan ke sana ke mari, ada satu sumber memberitahu, Dr. Khir membawa isu kempen 'kalau hendakkan Pak Lah, jangan undi KJ (Khairy Jamaluddin)' dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Padahal, ketika itu, KJ belum pun mengumumkan hasratnya mahu bertanding atau pun tidak, KJ sudah diserang awal-awal lagi, oleh kawannya sendiri, Dr. Khir yang pernah berjanji dengan KJ, tidak akan bertanding jawatan dalam Pemuda.

Khabarnya Dr. Khir juga meminta Mukhriz Dr. Mahathir supaya jangan turut bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno kerana – dia melihat lebih senang berdepan dengan KJ, kalau Mukhriz tidak ada sama. Dalam masa yang sama, Dr. Khir mencadangkan supaya Mukhriz bertanding MT Umno, mengambil tempat dia, yang pernah mendapat undi tertinggi dalam MT tahun 2004.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Dr. Khir tidak yakin dengan sistem pendidikan negara ini. Ada orang beritahu, sama ada betul atau tidak, Dr. Khir kenalah jawab, anak lelakinya yang baru berusia Sembilan tahun dihantar belajar di Australia. Mungkin kerana dia banyak duit dan mungkin juga dia dan isterinya banyak urusan di sana, termasuk 'menjadikan wajah semakin muda'.

Malanglah Pergerakan Pemuda Umno, jika memilih orang seperti ini. Suatu ketika dahulu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno memang ada yang datangnya dari Selangor. Antaranya Allahyarham Datuk Harun Idris dan Datuk Suhaimi Kamaruddin. Jika dibandingkan Harun-Suhaimi dengan Khir Toyo… macam langit dengan bumi. Lu fikirlah sendiri!..... kata Nabil.

3 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Mcm berbelit2 je..

Sapa yang nak tanding Ketua pemuda yang sebetulnya ni.. :-)


Ok.. Dah faham ;-)



Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Gondang berpendapat, biarlah 'orang muda' yang berjawatan di peringkat bahagian, sebagai ketua pemuda, menjadi ketua pemuda di peringkat nasional. Bahasa 'orang muda', biarlah orang muda juga memahaminya. Yang sudah menjadi ketua bahagian, lebih baik bertanding MT. Lagi pun, kenapa tidak benarkan 'orang nombor dua' dalam Pemuda menjadi pengganti Datuk Seri Hishammuddin?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blohgspot.com

KHIR LAH punca kemerosotan BN pada pilihanraya lepas...

dia naikkan Datuk Z... lepas tu mati terkejut sebab BN kalah di selangor...

kini, Khalid-PKR nak jadi Bapa Khir..buat macam-macam suruh orang marah...

MB SELANGOR DOK ATAS KERUSI PANAS

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP