Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?-Malaysiakini
Thursday, September 11, 2008
Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."
Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.
9 comments:
Jadi, sebenarnya Ahamad Ismail adalah boneka Anwar Ibrahim. Kiranya beliau sengaja mencetuskan kontroversi semenjak kekalahan BN di Permatang Pauh untuk membalas jasa Anwar terhadap dirinya. Dan kini beliau cuba mencetus kontroversi atas arahan mentornya iaitu Anwar Ibrahim supaya Anwar Ibrahim akan mengambilnya semula selepas digantung dari UMNO.Kesimpulannya, Anwarlah yang menjadi dalang dalam sandiwara ini...Apa nak jadi dengan kita hari ini...
Ya Allah ! gagalkan niat jahat meruntuhkan kerajaan Malaysia oleh makhluk nama Anwar !
jadikan tipudayanya dikalahkan oleh tipudaya Mu yang maha Agung.
Bukakan pintu hati semua agar nampak kebenaran yang sudah kelam ditutup dengan fitnah dan akuan sumpah serta berita palsu ini.
Dengan berkat Ramdhan dan Penghulu Ramadhan dan kekasihMu maka kabulkan doa ini.
Jangan biarkan agamaMu dihina mereka yang berselindung di belakang nama politik.
Sedangkan mereka berniat jahat ingin merosakkan kesucian Islam di Malaysia yang telah menjadi paksi keamanan selama usia merdeka.
Amin.
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com/
Nampaknya Ahmad Ismail ni pun jenis yang tidak peduli siapa yang dia pijak asalkan dia mendapat kuasa. Sebiji perangai Anwar.
Orang-orang sebegini la yang perlu kita elak daripada menjadi pemimpin Malaysia. Hancur dan ranap negara kita alamatnya.
'Andaian' yang amat berani. Saya fikir saudara perlu bersedia dgn hujah & bukti lain terutamanya hubungan Ahmad Ismail-Anwar selama ini.
Sepatah perkataan untuk Anwar: "licik"
Projek PORR yang Ahmad Ismail tak dapat dari Pak Lah menyebabkan dia memberontak.
1. Kempemimpinan UMNO buat keputusan untuk gantung keahlian Ahmad Ismail kerana kes "kenyataan bersifat hasutan" berkait "hubungan bangsa". Itu hak UMNO.
2. Ahmad Ismail bercakap dihadapan 200 orang sewaktu kempen pilihanraya, di satu tempat, dalam kawasan Permatang Pauh. Bermacam faktor terlibat dalam keadaan sedemikian.
3. Sebuah akbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh, telah melapor isi ceramah Ahmad tersebut, dan pembacanya jauh lebih besar daripada 200 orang. Antara Ahmad Ismail dan akhbar Sin Chew Jit Poh, siapa yang lebih berpengaruh untuk mampu mewujudkan kekacauan? Ahmad Ismail cuma pemimpin bahagian yang tidak pun dikenali pada peringkat nasional. Koh Tsu Koon adalah pemimpin nasional parti terkenal Gerakan, dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, terkenal bukan sahaja di Malaysia. Antara Ahmad dan Koh Tsu Koon, siapa yang lebih berpotensi untuk melancarkan kekacauan?
4. Kenapa pengarang Sin Chew Jit Poh meneruskan penerbitan isi kandungan berita yang berpotensi menjadi sensasi itu? Kenapa pengarang tersebut tidak terus melapurkan kepada polis, atau mengarahkan pemberitanya supaya terus melapurkan kepada polis jika mereka berpendapat ada kes "hasutan"? Antara Ahmad Ismail dan pengarang Sin Chew Jit Poh, siapa yang lebih "berniat jahat", jika itulah sebab Ahmad Ismail digantung? Antara Ahmad dan Sin Chew Jit Poh, siapa yang lebih banyak dapat untung, sama ada dari segi kewangan, populariti atau pengaruh, jika keluarkan atau sebarkan kenyataan sedemikian?
5. Bila semua perkara seperti ini berlaku, siapa yang rugi? Siapa yang untung?
6. Saya amat benci kepada percakapan dan tindakan yang bersifat perkauman. Tetapi keadilan adalah hak sejagat. Keadilan tidak akan tertegak bila 'kemenangan' berpihak kepada 'kita'. Kemenangan bukan bererti keadilan. Keadilan adalah keadilan.
Abezi - cuma mengutarakan persoalan-persoalan yang tidak mampu dijawab sendiri.
SEBENARNYA, HUKUMAN KEPADA DATUK AHMAD ISMAIL TIDAK ADIL KERANA PIHAK POLIS MASIH BELUM HABIS SIASATAN. DIA IBARAT HANG JEBAT YANG MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU TAMPA MENDAPAT RESTU DARI PEMIMPINNYA SENDIRI. APA KATA KALAU POLIS MENDAPATI IANYA TIADA KES ATAU TIDAK BERSALAH? KELEMAHAN KITA KERANA HENDAK MENJAGA HATI ORANG LAIN BIAR ANAK DI KEPOK MATI KELAPARAN. MANA PERGI PRINSIP HIDUP KITA? HUKUM MEMANGLAH 'SEDAP', TETAPI BUKAN SEMUA HUKUMAN MENYELESAIKAN MASALAH.
Masih ada kemungkinan benda ini betul. Anwar ni penuh dengan taktik2 kotor dan sandiwara yang bermacam. Berjaga2 dengan Anwar, dia sanggup buat apa saja untuk capai keinginan dia.
Apa nak cerita benda2 lama? Bukan kah hampir semua orang adalah orang Anwar! Yang tak adalah Pak Lah dan Sanusi yang menentang team wawasan.
Tapi Pak Lah berasal dari kawasan bersebelahan di Pulau Pinang. Anwar mengaku dia ada pertalian keluarga dengan Pak Lah. Ah! Sama2 orang Penang. Dua2 pengahncur negara.
Ahmad Ismail tak kata apa2. Ia jadi mangsa permainan Cina yang dimulai oleh media dan disambut oleh parti2 politiknya serta dibantu Anwar.
Yang Pak Lah bahalol tak ada telor, kerana di simpan Kamal dan Khairy dalam almari, boleh hukum seorang bangsanya sendiri.
Bercakap pun flip flop dari terima peneranagn Ahmad ke suruh dia beri penjelasan dan akhirnay akan bertindak tegas.
Sudahlah lalang tak ada tulang belakang. Atau sakit belakang macam Anwar. Ini pemimpin dari Penang mmg byk sangat makan nasi kandar dah jadi keling.
Pak Lah dan Anwar bersekongkol. Ini semuanya untuk memastikan Khairy akan naik dalam kerjaya politiknya.
Yang paling bahalol kelabu asap adalah orang seperti hangpa semua. Dari pertahankan UMNO kamu pertahankan DAP dan gerakan.
Apa hang bodoh sangat dalam hujah. Ho ... serupa budak belajar menulsi dan belajar ABC.
Post a Comment