Anak Bapak Hipokrit ~ Malaysiakini

Friday, February 20, 2009


Di sebalik kelantangan Datuk Mukhriz Mahathir maka Anak Bapak terletak suatu hipokrasi yang melampau, terutamanya dalam isu sensitif politik wang. Memang tidak dinafikan, kata-kata dari perwakilan menyatakan bahawa daripada tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mukhriz lah yang paling kurang menggunakan wang. Kadang-kala duit minyak pun tak diberi. Semuanya dengan harapan bahawa salah satu atau kedua-dua Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin akan 'sangkut' dan Mukhriz menang free.

Namun, kini selepas gelombang SPRM yang rakus campurtangan dalam isu dalaman UMNO mulai reda, Mukhriz sudah mula panik. Kerana dengan tinggal hanya enam minggu sahaja lagi sebelum Persidangan di PWTC, Mukhriz ketinggalan jauh dari dua calon yang lain, dan dalam keadaan kelam-kabutnya, Mukhriz sudah mula 'tabur' jumlah tinggi.

Minggu lepas misalnya, Mukhriz memberi RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.

Yang pasti kepala Agong akan mula kerap bertukar tangan di antara ejen Mukhriz dan perwakilan. Selain cara biasa, modus operandi pelik Mukhriz akan bertanya perwakilan apa sebarang 'masalah kewangan' dan terus mengarahkan pegawai baruanya Anas untuk memasukkan wang terus ke akaun bank perwakilan.

Hipokrasi Mukhriz yang kononnya tak mahu membayar secawan kopi perwakilan pun kerana ianya merupakan rasuah. Dengan lantang dan tidak menghormati sumbangan dan pengorbanan perwakilan, Mukhriz pernah berkata mengenai kaedah menggunakan dana politik untuk menghargai perwakilan, "Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secaraamalan terkeji tersebut". Terkeji? Jadi perwakilan yang menerima wang pun terkejilah? Tapi yang paling penting, mengapa setelah menggambarkan amalan ini sebagai 'terkeji' Mukhriz pula kini yang mahu menggunakan wang sebanyak-banyaknya? Hai, sudah lah lantang tak bertempat, hipokrit juga!

3 comments:

Anonymous said...

kejap cakap nak ISA semua orangg, lepas tu nak ada speakers corner mcm hyde park? Kluek KLek punya calon. Mukhriz ni sah boleh jadi duta sahaja.

Anonymous said...

Tak lepas lah calon tua mcm Mukhriz dan Khir. Pemuda for Pemuda. Yang dua tu takda relevance.

raplahjingaa said...

Saya menyokong penuh KJ untuk jawatan ketua setiausaha kementerian kebajikan...supaya beliau boleh di didik dalam menangani kepayahan orang kampung sebelum beliau boleh bermimpi untuk menjadi Ketua Pemuda.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP