Malaysiakini - SUDAH TERLAMBAT UNTUK MUKHRIZ AJAK UMNO KEMBALI KEPADA ADAT MELAYU

Thursday, February 26, 2009

Agak terlamat bagi Mukhriz Mahathir menyatakan supaya UMNO kembali kepada adap Melayu menghormati orang tua dan mengenang budi bekas pemimpin mereka sepertimana beliau menyebutnya dalam satu majlis suaikenal calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Kota Bharu baru-baru ini.

Mukhrizlah orang yang tidak mengamalkan apa yang beliau katakan hari ini. Beliaulah orang yang tidak henti-henti meminta Pak Lah letak jawatan perdana menteri hingga pernah mencabar mahu keluar UMNO kalau Pak Lah tidak letak jawatan hingga bulan Julai tahun lalu. Sampai hari ini beliau masih dalam UMNO lagi.

Ketika itu, ramai menganggap Mukhriz sebagai anak bekas perdana menteri yang paling biadap dalam arena politik Melayu terunggul di negara ini yang beliau sendiri menganggotainya. Tambah lagi beliau juga sebagai Ahli Parlimen Jerlun yang sepatutnya tidak tergamak untuk mengeluarkan cabaran yang benar-benar menentang arus semata-mata mengikut rentak ayahndanya menyatakan perkara yang sama.

Malah tindakan Mukhriz yang biadap itu mengejutkan ramai pemimpin lain yang memang sentiasa menjaga adat dan menghormati orang tua dan pemimpin.

Sepatutnya ketika Mukhriz menyatakan meminta Pak Lah letak jawatan, jawatankuasa disiplin UMNO bertindak memecat atau sekurang-kurangnya menggantung keahlian beliau. Tetapi kerana Mukhriz anak kepada Mahathir, beliau terlepas dari tindakan itu yang menyebabkan kepalanya semakin besar.

Inilah satu-satu perkara yang amat kurang dalam diri Mukhriz yang dilupakan oleh pemuda sendiri apabila beliau sedang belakon sebagai orang baik bila menyatakan supaya orang UMNO kembali pada adat Melayu menghormati orang tua dan pemimpin.

Begitulah mentahnya seorang calon yang meletakkan dirinya untuk menjadi pemimpin muda hari ini yang cakap tidak serupa bikin, lupa diri, tidak mengenang budi semata-mata melayan nalurinya yang tamak dan berfikiran tidak matang.

Begitulah attitude seorang pemimpin muda yang dari awal-awal sudah menunjukkan belang tidak elok untuk ahli pemuda partinya. Kalau orang inilah yang digemburkan untuk memegang jawatan Ketua Pemuda nanti, nescayalah kata-katanya, tindakannya, pembawakannya tidak akan memberi faedah kepada pemuda Melayu mengikut arus kepimpinan sepertimana diharapkan.

Mukhriz juga tidak akan senang melihat kepimpinan di atasnya dan tidak hairan tangga yang dinaiki hari ini semata-mata untuk suatu hari akan mengetuk pintu pejabat perdana menteri, Najib Tun Razak pula bertanyakan bila lagi nak turun untuk beliau duduk di kerusi itu.

Mukhriz mengimbas kembali peristiwa Mahathir disembur dengan pemedih mata di Lapangan Terbang Kota Bharu kira-kira tiga tahun lalu. Itulah tanda-tandanya seburuk-buruk Pak Lah, belum lagi dihina sebegitu sekali setelah menyalak menyebar sentimen anti Pak Lah secara terbuka yang mengaibkan pemimpin gentian pilihannya.

Bukan semua orang suka dan sayang pada Mahathir. Begitu juga bukan semua pemuda suka dan sokong Mukhriz apabila dilihat dua beranak ini tidak sayang pada adap budaya Melayu dan berpura-pura dalam banyak perkara yang tidak terungkai dek kata.

Menunjukkan baik dan menyatakan sokongan supaya bekas perdana menteri yang dimaksudkan kepada Pak Lah tidak berulang seperti yang dialami ayahndanya adalah satu kata-kata yang sebenarnya mengingatkan ramai betapa buruknya pemimpin yang tergila-gila mahu memimpin sedangkan usia politik dan jasanya kepada UMNO tidak seberapa.

Mukhriz mungkin dapat tepukan dan pujian di majlis, tetapi tidak di hati sebenar pemuda yang melihat dan mendengar apa yang dikatakan itu ikhlas ataupun tidak. Keikhlasan yang tulin adalah dari awal. Bukan diakhir-akhir berkepetingan merebut jawatan semata-mata. Insaflah Mukhriz. Jangan ingat orang lupa akan kata-kata kesat dan menghina ketika baru sahaja menjawat Ahli Parlimen Jerlun dulu.

Ingatlah juga, seburuk-buruk perangai dalam adat budaya Melayu ialah menghina ketuanya. Musibahnya akan pasti menyusul dan sama-samalah kita lihat sejauh mana perginya pemimpin berjiwa kufur dan menyimpan hati yang busuk di dalam dirinya.

Oleh Salim Selamat

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya membaca dengan penuh minat tulisan Sdr Salim Selamat mengenai 'Sudah terlambat untuk Mukhriz ajak Umno kembali kepada adat Melayu'.
Bagi saya, dalam satu-satu hal, jika ada kepentingan, kita akan kembali kepada adat Melayu tetapi dalam masa lain, ketika kita tidak ada kepentingan, kita hina dan kita tidak mempertahankan Melayu. Jika kita tidak mempertahankan Melayu, kita tidak beradat. Tetapi jika kerana ingin merebut jawatan Ketua Pemuda, kebetulan Pemuda Umno itu Pemuda Melayu, maka kita bertempik, mari kita kembali kepada adat Melayu. Selama ini, kita tidak menghormati orang tua, tidak tahu menghormati pemimpin, tidak pandai berterima kasih kerana ketika kita tidak berjawatan dalam parti di peringkat bahagian, pun kita diberi tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Adatnya, orang seperti ini perlu dilemparkan jauh-jauh dari' Umno. Salam perjuangan kepada semua Pemuda Umno yang kekal beridealisme SETIAKWAN!

Anonymous said...

Mukhriz hypokrit!!! cakap taknak rasuah, tapi turun duit di Johor melalui KP Simnpnag Renggam dasar mamak.

income protection said...

Nice blog. This information is important for us. Thanks for sharing this information with us

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP