Surat terbuka kepada Datuk Seri Khir Toyo - Berundur bukan bererti kita lemah ~ Malaysiakini
Thursday, February 26, 2009
Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun melaksanakan proses peralihan dan memberikan lalauan kepada Timbalan beliau untuk menang tanpa bertanding dan Insyaalah segalanya akan berjalan dengan lancar menjelang April 2009. Dalam desakan Datuk Seri kepada Presiden parti seolah-olah Datuk Seri langsung tidak merasa bersalah dengan kekalahan besar UMNO di Selangor dan tergadainya maruah UMNO di Selangor.Datuk Seri seolah-olah meletakan semua tanggungjawab berkenaan kepada Presiden Parti dan sebagai Ketua sebuah negeri Datuk Seri tidak pernah merasakan bersalah dan jauh sekali mengakui akan banyak kesilapan dan penyalah gunaan kuasa dan rakyat miskin teraniaya dan terabai di bawah kepimpinan Datuk Seri.
Sebenarnya apa yang berlaku kepada Datuk Seri adalah pintu keluar yang telah ditunjukan oleh rakyat Selangor yang tidak dapat menerima cara kepimpina Datuk Seri yang angkuh dan langsung tidak mahu mendengar suara rakyat. Memang benar Datuk Seri telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kepada Tan Seri Mohd Mohamad Taib dan kami hargai apa yang telah Datuk Seri lakukan dan sememangnya wajar tindakan yang telah Datuk Seri lakukan.Adalah lebih baik jika Datuk Seri memikirkan pula untuk melepaskan "title" Ketua Pembangkang UMNO kerana ianya langsung tidak relevan kepada Datuk Seri kerana rakyat sudah tidak mempercayai apa saja yang keluar dari mulut Datuk Seri.
Walaupun perkara yang Datuk Seri nyatakan adalah perkara yang benar tetapi ianya akan menjadi satu back fire kepada UMNO kerana yang bercakap adalah Datuk Seri. Ada yang berkata, mana orang percaya si penyamun yang mendedahkan keburukan penyamun yang lain walaupun ada peribahasa Inggeris yang bermaksud, hanya pencuri saja yang boleh menangkap pencuri.Contohnya, apabila Datuk Seri mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang, beliau akan mendedahkan balik kepincangan Datuk Seri yang lalu. Lagi banyak Datuk Seri dedah lagi banyak beliau akan mendedahkan kembali, ini merugikan UMNO kerana usaha untuk mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang boleh kita ibaratkan bagai mencurah air ke daun keladi.
Adalah baik jika kepincangan ini kita serahkan kepada pemimpin lain yang mendedahkan seperti Ketua Pemuda UMNO Shukur dan adalah baik beliau sendiri dilantik untuk menjadi Ketua Pembangkang. Datuk tidak perlu bimbang, jika sekiranya Selangor kembali ke tangan BN. Datuk tidak akan dilantik untuk menjadi Menteri Besar lagi. Adalah baik jika sekiranya Datuk Seri berehat dari politik sepenggal dan memperbaiki akan imej Datuk dan kembali semula dalam politik selepas itu.Datuk Seri masih muda dan banyak masa lagi.
Datuk Isa yang di gantung keahlian beliau, kini kembali untuk bersaing dalam pemilihan ini dan berjaya melepasi kuota Naib Presiden UMNO. Demi UMNO dan bangsa Melayu, adalah lebih baik Datuk Seri lepaskan title Ketua Pembangkang kerana bukan hanya Datuk Seri yang mahu perubahan, ahli UMNO Selangor juga mahukan perubahan di Selangor. Adalah tidak adil Datuk Seri masih tidak berubah setelah tewas sebesarnya di Selangor tetapi Datuk Seri pula yang menjadi pendesak agar Presiden parti berundur.
Datuk Seri juga perlu berundur demi parti dan jika sekiranya sayangkan parti dan UMNO.Mungkin Datuk Seri langsung tidak nampak akan kelemahan Datuk Seri kerana kita tidak akan nampak akan kelemahan kita tetapi rakyat yang menilainya. Buktinya rakyat Selangor telah meterjemahkan maksud yang tersirat, itulah bukti penilain rakyat terhadap Datuk Seri. Masakan kuda yang telah tempang boleh masuk ke gelanggang lagi dan bertarung di medan perang, Datuk Seri ........Berehat dan berundur buat seketika adalah penyelesaian yang paling baik dari tewas dalam gelanggang dan hilang kehormatan, berundur bukan bererti kita kalah.
Berundur untuk mencari kekuatan dan mahasabah diri untuk mengesan kelemahan dan kembali dengan satu tenaga yang baru. Perbaiki lagi dan kenali team Datuk Seri, adakala pemimpin ini lemah kerana orang-orang disekeliling.Dengan rela hati mengizinkan surat terbuka ini di edarkan dan di cetak kembali di laman-laman web lain agar ianya akan sampi kepada pembacaan Datuk Seri Khir Toyo.
Contoh apa yang tersirat di hati penulis ini - Baca disini
3 comments:
Selangor tewas bukan kerana Khir Toyo, tetapi kerana sabotaj oleh Khairy Jamaluddin semasa Khiry MB dengan bantuan TV. Lupakah peranan KSW dalam isu Bukit Cerakah dsb? Siapa punya "arahan" ?
selangor tak perlu 'TOYOL' untuk menjadi penjaga negeri.berapa banyak khazanah negeri seperti tanah,pasir dll telah dicuri dan samun oleh kumpulan toyol namun DrKkhirtoyo berdiam diri.Beliau tidak layak lagi dan pembongkaran berterusan,.....
di peringkat akar umbi,rakyat tidak dapat menerima tun dr mahathir dicerca sebegitu rupa,juga dasar paklah yg rakyat rasa tidak membela nasib rakyat...sebab tu umno kalah.
bukan benci umno,taklah benci paklah sangat cuma sebagai org no 1 umno,Paklah gagal...
tapi org atas umno takmau terima,tersepit la pejuang umno dibawah...bila ckp pasal paklaj ni,most percentage go to the khairy thing la...
ni yang susah paklah nak terima...rakyat pun merana.
-sicilian defence not rushing to attack-
Post a Comment