Ketika percalonan banyak, Mukhriz masih mengelabah ~ Malaysiakini
Monday, February 23, 2009
CALON Ketua Pergerakan Pemuda yang mendapat pencalonan terbanyak, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sudah mula meminta perwakilan Pemuda yang akan membuat pengundian dalam pemilihan Mac depan, menterjemahkan suara akar umbi melalui undian.
Kononnya, dengan cara itu sahaja mampu memastikan Umno terus relevan pada masa depan. Dia bercakap di Kota Bharu selepas Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Calon-calon Exco Pemuda Umno Malaysia bersama Pergerakan Pemuda Umno Kelantan baru-baru ini.
Dari kata-katanya itu, jelas Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun tidak mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap pendirian dan kejujuran Perwakilan Pemuda Umno, malahan, pesanannya itu membuktikan bahawa dia sudah tidak relevan lagi dengan Pergerakan Pemuda Umno.
Orang seperti ini, bukan sahaja tidak layak menjadi Ketua Pergerakan Pemuda, malahan, sepatutnya tidak menjadikan jawatan Ketua Pemuda Umno untuk dijadikan tapak untuknya melompat ke jawatan yang lebih tinggi.
Mungkin Mukhriz ini terlalu baru dalam Umno. Dia tidak tahu hak dan kuasa perwakilan. Dia tidak pernah belajar dari sejarah, sudah ramai calon-calon yang mendapat pencalonan tertinggi, kalah ketika undian dijalankan.
Salah seorang yang sudah menerima 'akibat' dari banyak pencalonan tetapi tewas dengan undi, termasuklah dirinya sendiri kerana dia mahu mengalahkan Zul Beras di Kubang Pasu, beberapa tahun lalu. Pencalonan yang dikatakan dibelinya, tidak menyebabkan dia mampu dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu.
Hari ini, Mukhriz sudah menampakkan dirinya risau. Dia risau kalau-kalau apa yang pernah ditempohnya di Kubang Pasu akan berulang di dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pula. Maklumlah, dia sendiri sedar, Pemuda Kubang Pasu sendiri pernah mengalahkannya walaupun dia anak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menguasai Umno Bahagian Kubang Pasu lebih 25 tahun.
Kalau Pemuda Kubang Pasu sudah mengajar Mukhriz dengan cara pencalonan bukan bererti undi, kini, sejarah hitam Mukhriz itu dijangka berulang. Pergerakan Pemuda Umno sudah 'tersindir' dengan permintaan Mukhriz supaya para perwakilan diminta menterjemahkan suara akar umbi melalui undian dilaksanakan.
Kalau Mukhriz sedar dan tahu membaca sejarah Umno, sudah ramai pemimpin Umno 'tersungkur' hanya kerana pencalonan tinggi tetapi undi yang mereka dapat, tidak membolehkan mereka memenangi pertandingan. Antaranya, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang pernah mendapat pencalonan kedua tertinggi bagi kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 2000, tetapi undi tidak menyebelahinya.
Begitu juga dengan Datuk Seri Osu Haji Sukam, yang ketika itu Ketua Menteri Sabah, turut kalah walaupun jumlah pencalonannya cukup tinggi tetapi undi bukan 'terjemahan' dari pencalonan yang diterimanya.
Itulah sebabnya, dari pengalaman Dr. Mahathir sendiri, ketika beliau mendapat banyak pencalonan untuk jawatan Presiden Umno dalam tahun 1987, pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah hampir-hampir menumpaskannya dengan kekurangan 43 undi sahaja.
Inilah yang menyebabkan Mukhriz tidak lena tidur. Duit sudah banyak dihabiskan walaupun tidak ada rekod yang dicatatkan. Ini kerana pencalonan tertinggi yang dia dapat, tentulah 'disyaki' mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan Mukhriz terpaksa meminta perwakilan menterjemahkan pencalonan dalam bentuk undian.
Alahai Mukhriz, adalah lebih baik jika dia melihat bagaimana bijaksananya Presiden Umno yang dia benci, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jika Mukhriz sedar bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sepatutnya boleh 'mencontohi' pelan peralihan itu dengan memberi laluan kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menggantikannya.
Kenapa susah sangat hendak faham 'pelan peralihan kuasa' jika kematangan kita mengatasi kepentingan peribadi? Kenapa terlalu sukar untuk bercakap mengenai kekuatan dan perpaduan akan lebih relevan dalam Umno jika pertandingan ketika Umno sedang menempuh pelbagai gelora dapat dielakkan.
Mukhriz dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo datang dari negeri yang kalah. Adalah lebih baik bagi Mukhriz menjelajah siang dan malam ke seluruh Negeri Kedah, tarik balik sokongan yang semakin mengecil untuk mereka kembali menyokong Umno dan BN daripada ke hulu ke hilir menemui perwakilan Pemuda dengan memburuk-buurkkan sesama sendiri hanya kerana mengejar jawatan peribadi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, tujuan Mukhriz menyertai pertandingan ini hanya kerana dia mahu menjadi pembela bapanya yang sudah keluar dari Umno. Mukhriz siang dan malam berucap untuk membertahu orang ramai, kekalahan BN di Kedah kerana Umno dan BN tidak tahu menghargai Dr. Mahathir.
Mukhriz tidak sedar, bahawa kekalahan Umno bukan kerana Umno dan BN tidak tahu menghargai Dr. Mahathir tetapi ia disebabkan Dr. Mahathir dan Mukhriz tidak tahu menghargai Umno dan BN yang banyak berjasa kepada dirinya dan keluarganya selama ini.
Hari ini, Mukhriz tampil untuk menyambung tugas Dr. Mahathir yang dilihat belum selesai dan dalam masa yang sama, tidak berusaha untuk memperkuatkan kembali Umno terutamanya di Kedah. Merayau ke sana ke mari, mencari pengaruh dengan 'adegan hulur menghulur' sebenarnya semakin merosakkan Umno.
8 comments:
Mukhriz tak cerdik, mcm nak jadi KP, harap bapak sahaja.
Salam buat semua. Cukup2lah kita mewariskan parti milik semua org Melayu kepada mereka yang tidak pernah tahu erti perjuangan. Dia popular kerana bapanya menjadi PM selama 22 tahun dengan meninggalkan nama yg kurang baik buat Umno. Isu kehakiman, Raja-Raja dan perbalahannya dengan timbalan2nya menyebabkan Umno berpecah. Keengganannya berundur ketika menang hanya dengan 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah juga menyebabkan Umno berpecah hingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46. Cukuplah legasi Dr. Mahathir dalam Umno.
Mungkin dia tak secerdik bapa dia atau sebagus veteran2 UMNO, tapi pasti dia tak seBEBAL dan seBANGSAT korang semua...
At least bapa dia banyak juga berbakti, korang???? BUAT DIRI JADI BABI ader ler...Kotor lagi mengotorkan.
G naik KLCC pas tu terjun ler senang...
dari bagi kat KJ (keling Jaga), adalah lebih baik bagi Mukhriz jadi KP.
Setidak-tidak nya dia lebih kerja dari KJ lebih berlakon. Bapak mertua dengan anak menantu kerja asyik nak gadai negara.
Biar Mukriz atai Khir menang daripada beri kemenangan kpd Pelakon Terhangat (KJ). Gua tau apa yang KJ buat.
Dulu lain bro. Untuk makluman,dulu hampir semua undian dibuat secara undian perwakilan. Bukan mcm dulu tak demokratik dimana diputuskan oleh Ketua Bahagian/Ketua Pemuda Bahagian.
YB Mukhriz memang layak jadi KP UMNO dan bukan Khir Toyo (KT) atau KJ. KT tidak layak memimpin Pemuda sekurang-kurangnya buat masa ini kerana beliau telah gagal sebagai pemimpin bilamana S'gor jatuh ke tgn PR. Rehatlah dulu dan kembalikan semula s'gor ke tgn BN. Kemudian barulah calonkan diri. KJ plak merupakan LIABILITI BESAR kepada UMNO dan BN.
KJ nak jadi Ketua Pemuda ? Jangan bermimpi bila hari dah siang (najib jadi presiden) awal-awal lagi dah nampak perancangan Najib tak akan sehaluan dgn Pak Lah dalam berberapa perkara besar......Nak senang lagi cerita kita semua angkat KJ suruh berangan jadi Menteri Kanan jer lah (senior minister)..... KJ hanya layak pegang jawatan Ketua Pemuda PKR atau DAP....baru masuk gang....KJ adalah seorang liberal/demokrat yang kurang cerdik sejarah......pemilihan ini akan menyaksikan pertandingan sengit antara Khir & Mukhriz.....(KJ tak masuk book pun...) cuma isi tempat kosong jer....haha..!
Akhirnya KJ jga yg menang & itulah hakikatnya ok...
Post a Comment