KHIR HANTAR MEMO KEPADA KARPAL ADALAH KERJA GOBLOK ~ Malaysiakini

Monday, February 16, 2009

Oleh Salim Selamat

Bila tersebar berita Datuk Seri Khir Toyo ditahan polis kerana menyertai perhimpunan kira-kira 500 orang hanya kerana usaha untuk menyampaikan memorandum kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh di Pulang Pinang semalam, saya banyak terima komen yang Khir sedang melakukan kerja tidak cerdik walaupun ada sesetengah ahli politik menganggap itu kerja bodoh dan goblok.

Sebenarnya buat apa serah memorandum kepada Karpal? Apa gunanya memorandum itu kepada Karpal? Karpal hairankah dengan memorandum yang datang dari orang UMNO? Sedangkan Sultan pun dia tak peduli, inikan pula kumpulan yang dipimpin oleh Khir Toyo yang sudah 'diterajang' dek pembangkang di Selangor.

Sepatutnya Khir hantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agung, Peguam Negara, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara mendesak supaya mereka mengambil tindakan terhadap Karpal yang telah dibuat laporan terhadap beliau. Itulah baru dinamakan cerdik.

Tidak kurang yang mengatakan Khir nak tunjuk hero membela institusi kesultanan yang mana orang lain sudah terlebih dulu bertindak dengan pantas sepertimana Khairy Jamaluddin lakukan di Perak sebelum ini.

Dalam pada itu, apabila Khir bertindak mengumpul orang ramai yang kononnya menunjukkan beliau mendapat sokongan ramai dan menarik perhatian media massa untuk merakamkan kononnya beliau berani berdepan dengan Karpal yang mana beliau sudah tahu mungkin yang Karpal memang tidak berada di rumah ketika itu.

Mengetahui perangai Karpal, ramai juga yakin Karpal tidak diberitahu Khir akan datang beramai-ramai mahu menyerahkan memorandum terlebih dahulu. Kalau tidak, tentunya Karpal memang sedia menunggu untuk menghalau Khir dan rombongan seperti halau anjing saja. Murjurlah Khir.

Diberitakan juga dari salah seorang yang berada sama ketika Khir dengan tiga orang Ketua Bahagian macam gembira apabila dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kerana mendapat publisiti yang sentiasa beliau perlukan ketika ini sebelum menghadapi pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Memerhatikan gelagat calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini lewat-lewat ini, selain daripada bertindak 'membeli' orang-orang yang menyokong Mukhriz dan Khairy hingga ke tahap meminta perwakilan mengangkat sumpah menyokong beliau semasa pemilihan nanti, Khir memerlukan publisiti seberapa banyak yang boleh sebagai menunjukkan beliau prihatin dengan pergolakan politik di Perak.

Ramai yang kasihan melihat gelagat Khir yang semakin hari semakin terdesak hinggakan terpaksa melakukan perkara sia-sia menghantar memorandum kepada Karpal sedangkan Karpal boleh campak sahaja memorandum itu ke longkang kerana Karpal ialah dari kalangan pengamal undang-undang berkepala batu dan sudah hilang pedoman kerakyatannya di negara ini.

Kata seorang ahli Veteran UMNO: "Tak payah la Khir nak sibuk-sibuk nak tunjuk hero. Oang lain dah awal-awal bertindak. Semasa hari Datuk Dr. Zamry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak awak di mana?

"Sekarang ni dah lambat. Lagipun menghantar memorandum kepada Karpal Singh itu amat melucukan. Sedangkan Anwar yang jadi 'ketua' Pakatan Pembangkang pun Karpal tak hairan, inikan pula Khir yang politiknya cacat itu, dia nak hairan! Hentikanlah Khir…….."

Nampak sangat calon Ketua Pemuda yang ini sedang memikirkan cara mana pun asalkan dapat publisiti dan menunjuk-nunjuk pada orang ramai beliau turut sama berjuang untuk kepentingan institusi raja yang jauh dalam hatinya dia mungkin lebih busuk dari hati Karpal agaknya.

Itulah gambaran yang orang ramai lihat ketika ini. Banyak sudah isu-isu karut yang Khir buat termasuk diakhir-akhir pemerintahannya di Selangor dulu seperti mengubah mukanya untuk publisiti, menyerahkan penyapu kononnya simbolik bersih kepada pegawai kerajaan juga untuk mendapat publisiti.

Dengan menghantar memorandum kepada Karpal pun satu kerja karut sedang dilakukan. Lainlah kalau Khir hantar memorandum kepada Kedutaan India merayu supaya Kerajaan India beri kerakyatan Negara India kepada beliau dan sediakan tempat elok-elok di India supaya Karpal yang berpengalaman dalam bidang undang-undang perlu berada di negara yang sesuai untuk beliau.

1 comments:

Anonymous said...

khir toyol ni memang bodoh goblok bangang

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP