Cakap lain buat lain ~ Malaysiakini
Wednesday, February 11, 2009
Oleh Zainal Yusof
INILAH susahnya, kalau kita tidak dapat mempertahankan prinsip hidup kita. Kita bercakap lain, kita buat lain. Kita buat lain, kita bercakap lain. Kalau orang lain buat macam tu, kita serang mereka. Kita kutuk mereka. Kita tidak akan terima manusia yang cakap lain buat lain.
Hari ini, dalam Umno, kita boleh lihat bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang dilanda sindrom 'cakap lain, buat lain dan buat lain, cakap lain'.
Sepatutnya, apabila dia keluar dari Umno, dia kenalah ajak anak dan isterinya keluar dari Umno sama. Ingat tak kita belajar bagaimana Rasullullah saw, ketika menerima wahyu, orang pertama yang Baginda seru untuk memeluk Islam ialah isterinya, Khadijah.
Ketika itu Rasullullah belum mempunyai anak. Jika Baginda mempunyai anak, sudah tentu seruan serupa juga ditujukan kepada anak Baginda. Mereka (isteri dan anak) adalah orang yang paling rapat dengan Baginda.
Dr. Mahathir tidak. Ketika dia bertindak keluar dari Umno, dia ada mengajak orang lain keluar sama. Ada seorang berdua, yang terikut keinginannya itu tetapi, selepas itu senyap begitu sahaja. Apa yang peliknya, mengapa dia tidak mengajak anak dan isterinya untuk mengikut jejak langkahnya kerana mereka adalah insan yang paling rapat dengannya.
Apa yang pelik, Dr. Mahathir yang bukan lagi ahli parti, berkempen untuk membantu anaknya Datuk Mukhriz bertanding kerusi Ketua Pergerakan Pemuda. Belum ada bukti yang Dr. Mahathir bertunggu tangga berkempen, tetapi khabarnya dia sibuk menjalankan tugas berkempen bagi menjamin anaknya menang.
Janganlah! Cukuplah. Umno sudah begitu teruk ditinggalkan selepas 22 tahun dia menjadi Presiden. Bukan main ramai pemimpin Umno yang dicantasnya ketika dia mahu mengekalkan kedudukannya. Dia akan berpaut dengan sesiapa sahaja kalau dia mahu terus kuat. Tun Ghafar Baba (Allahyarham) antara orang yang 'dicapai dan digayutnya' untuk dia berdepan dengan serangan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam (Datuk ketika itu).
Pemuda Umno, mungkin terfikir kehebatan Dr. Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kini diwarisi anaknya Mukhriz. Tetapi, mereka yang tahu meniliai, mustahil boleh meneirma Mukhriz yang tidak tahu apa mengenai Pemuda untuk memimpin sayap parti ini.
Ketika semua orang mahu mengenang kembali kehebatan Pemuda dalam era Allahyarham Datuk Harun Idris dan Sardon Jubir, mana mungkin nama Mukhriz mahu disenaraikan sama. Jauh panggang dari api, kata bijak pandai. Bahasa badannya tidak menunjukkan dia mempunyai kemampuan untuk memimpin Pemuda dalam alaf baru ini.
Pemuda Umno memerlukan mereka yang cergas. Pemuda Umno memerlukan seorang yang bertenaga. Pemuda Umno memerlukan seseorang yang belum membawa parti kalah dalam pilihan raya seperti apa yang berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Tidak malukah 'orang Kedah' yang tidak menang pilihan raya dan tidak malukan Pemuda Selanor jika mereka mahu mengenengahkan calon-calon dari negeri-negeri kalah untuk menerajui Pemuda Umno? Bukankah lebih baik Mukhriz dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memikirkan kembali hasrat mereka untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Namun, jika mereka tidak mempunyai kesedaran ini, perwakilan Pemuda dari seluruh negara bolehlah mengajar mereka berdua dengan mengalahkannya dalam pemilihan Mac depan bagi 'memberitahu' mereka bahawa Pemuda bukan tempat orang yang gagal memberi kemenangan untuk menjadi tapak bermain politik.
Memetik kata-kata seorang pemimpin kanan Umno, 'kalau tempat sendiri pun kalah' macam mana nak jadi pemimpin?
Sedarkah Mukhriz, dia datang dari negeri kalah, sama seperti Dr. Khir Toyo yang dia sendiri mengakui BN (Umno) kalah di Selangor disebabkan kegagalannya yang menyebabkan dia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.
Orang Umno di Kedah sepatutnya mempersoalkan apakah yang menyebabkan Umno (BN) Kedah tewas sedangkan negeri ini pernah berbangga kerana melahirkan seorang Perdana Menteri bernama Dr. Mahathir Mohamad yang menerajui Umno selama 22 tahun tetapi gagal mendoktrin ahli-ahli Umno di Kedah supaya mencintai dan setia kepada parti Umno yang banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Apakah Mukhriz tidak berasa dia 'kecil' ketika mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno kerana dia bukan sahaja tidak ada sumbangan kepada Pemuda Umno di seluruh negara, malahan, dia sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu demi kejayaan Umno (BN) di Kedah.
Dr. Mahathir sedaya upaya mahu memberitahu orangramai bahawa kepimpinan Datuk Seri Abdullah lemah kerana empat negeri terlepas ke tangan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak (yang sudah kembali ke tangan BN), tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir mahu mengajak rakyat lupa bahawa dalam era kepimpinan dia, ada tiga negeri pernah tumbang ke tangan pembangkang, iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan.
Lupakah kita Sabah hanya kembali ke tangan BN betul-betul seperti apa yang berlaku di Perak sekarang, manakala Terengganu berjaya dirampas kembali oleh Datuk Seri Abdullah walaupun yang 'menyebabkan Terengganu kalah' ialah Dr. Mahathir manakala, angkara Dr. Mahathir, Kelantan sehingga hari ini masih kekal di tangan Pas.
Janganlah buat-buat lupa dan kemudiannya menyelar Melayu Mudah Lupa padahal, yang buat-buat lupa ialah Dr. Mahathir, Mukhriz dan Dr. Khir Toyo. Hukumlah kesilapan Dr. Mahathir ini dengan mengalahkan Mukhriz dan Dr. Khir Toyo yang dilihat terlalu taksub kepada
Dr. Mahathir, mentang-mentanglah Dr. Mahathir yang melantiknya menjadi MB Selangor menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar.
Adalah lebih baik, daripada banyak bercakap Dr. Khir Toyo menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengembalikan semula kuasa BN di Selangor manakla Mukhriz, membantu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid merampas kembali Kedah dari tangan Pas.
Buktikan kebolehan itu dan selepas sudah berjaya, bolehlah memikirkan jawatan apa yang hendak mereka berdua tandingi. Jika masalah di negeri masing-masing pun mereka masih belum dapat buktikan, bertanding jawatan pemeriksa kira-kira adalah yang paling wajar.
5 comments:
Askum. Ketika kebangkitan suara Pemuda Umno berdepan dengan isu Karpal-Sultan Perak, di mana Dr. Mahathir-Mukhriz-Dr. Khir Toyo ya? Adakah mereka di belakang menyebabkan tak kelihatan kelibat mereka? Salam perjuangan
Cara mengambilalih kerajaan negeri Perak amatlah memalukan. Lepas itu menuduh pihak pembakang derhaka pada sultan. Tapi ingat kah lagi, sebelum perlantikan MB Trengganu. Sapa yang membuat poster 'natang'. Sudahlah dengan mainan yang jijik tersebut. Kapal kini hanya menunggu hendak karam.
so...pakatan ke..bn..ke..semua nye same je..gila pangkat..gila kuasa..dan gila semuanya..cakap berapi-api nak tolong rakyat..tapi hampeh...dua kali lima...yang kena tipu rakyat yang tak berdosa...
Khir Toyo buang masa sahaja. Leading KJ dan Mukhriz.
Beraper nyer bebal tul ler ko nih!!! Orang kalo nak suku sakat nya continue pegang kuasa adalah biler orang tu pegang jawatan no.1, bukan bila dah berenti...
BAHLOL BONGOK BANGANG, BEBAL, BENGAP, BAGHAL...
Kecik2 tak nak mampos, dah besor nyusahkan orang... ORANG2 BEBAL CAMKO NI ELOK KASI PELEMPANG JER
Post a Comment